Akibat Kelemahan, Kesetian dan PENCACAI kepada KAFIRUN.....Tok Janggut wafat di tangan Bangsa sendiri.....
Tun
M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan
menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya-
perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali
tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah
dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan
bangsa sendiri.
Bagi
generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai
sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah
dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika
mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih
perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga
penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata
mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa
kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka
terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan
mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka
sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang
putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas,
tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka.
Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat
atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa
kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan
Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak
cekap.
Datang
Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan
rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan -
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika
tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun,
mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan
jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi
askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok
meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa
bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik
negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu,
iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana
membalas budi Siam.
Di
bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu
kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua
Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam
dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan
ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak
berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan
boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa
tolong.
Kemudian,
British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta
mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya
negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja
Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri
mereka.
Cadangan
Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai
Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang
mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam
keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan,
tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu
berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang
lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka.
Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang
Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair.
Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah.
Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara
mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa
mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada
raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan
bangun menentang rancangan Malayan Union British.
Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya
sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu,
maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan
sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan
undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan
lain-lain kemudahan.
Untuk
bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi
untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak
memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang
kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan
dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan
ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam
pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan
pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO
yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka
dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja
yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi
Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana
ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah
besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada
Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu
kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa
merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu
berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan
bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah
dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan
bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan
harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang
diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua
ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin
Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain
terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya
kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak.
Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca
kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan
daripada parti utama mereka.
Mereka
yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan
pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit
mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini
mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak
suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan
dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya
ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang
dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang
berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk
mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha
untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma.
Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah
yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa
oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang
kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah
dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang
Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu.
Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh
mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia
merdeka.
Oleh
kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang
memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan
dipisah daripada kuasa yang sedikit
yang ada pada mereka.
yang ada pada mereka.
Sebab
inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani
kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur.
Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa
kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan
bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah
dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang
gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan
oleh kita sendiri.
47 comments:
-
MELAYU MUDAH LUPA? KERANA DISOGOKKAN KEMARAHAN MAKA SANGGUP MENGKHIANATI
BANGSA SENDIRI. KEMARAHAN MENGATASI FIKIRAN WARAS MAKA HILANGLAH RASA
KESYUKURAN. HARI INI KITA MERASAI KENIKMATAN ATAS USAHA ORANG TERDAHULU
DAN SANGGUPKAH KITA HANCURKAN KEBAHAGIAN ORANG YANG AKAN DATANG KERANA
KEMARAHAN YANG KITA PUN TAK TAHU KENAPA KITA PERLU MARAH?
-
Orang Melayu harus menyedari hakikat bahawa ada pemimpin2 Melayu kini
yang sanggup menjual maruah dan jati diri sendiri dan bangsanya demi
untuk mencapai cita-cita peribadi. Pemimpin ini memang telah desperate
dan sanggup menjual apa sahaja....apa sahaja....demi mencapai hasrat
individu walaupun menjual negaranya sendiri.
-
Melayu mmg bangsa bodoh dan mudah diperalat wpun asal usul Melayu ini konon baik dan beradab.
Org Melayu lemah dr segi self-strength, lemah apabila ada anasir luar yg pandai hasut. Org Melayu antara spesis yg paling malas guna OTAK untuk buat justifikasi. Sbb itu di surau2 dan masjid2 xramai yg mahu ikuti majlis ilmu kitab2.. tp kalau di konsert2 atau ceramah2 mengutuk maki hamun, kasi duit pun ramai yg berbondong2.
Org Melayu bangsa yg IQ lemah.. boleh fikir satu dua direction lepas tu xblh pikir dah direction lain. SBb tu DAP berlakon 'warok' sikit lebai2 PAS jd serupa ANJING KEBULURAN. Kebaikan yg mereka kecapi selama ini lenyap dgn lakonan kafir DAP.. sbb apa? sbb IQ lemah, otak letak kt bontot..
Akhirnya dgn satu dua perkataan fitnah speerti RASUAH dan KAPAL SELAM sudah cukup utk 'halalkan' kerajaan yg banyak berjaa ditumbangkan. UMNO BN ada kelemahan tp bukan sehingga perlu ditumbangkan.. sebaliknya diperbaiki.
Tapi malang sekali itulah Melayu.. tidak sukar musuh2 luar utk kerjakan, tp kerana UMNO it tidak sebodoh di Timur Tengah, melatah apabila diasak, jadi skrg musuh2 susah jugak nk tumbangkan UMNO wpun dana berjuta2 masuk krn sikap UMNO kelihatan lembut
Bayakangkan jika UMNO BN agresif membalas spt rejim2 Arab, sgt mudahlah anjing2 luat gunakan elemen demokrasi dan freedom utk pelingkup kita.
PRU13 sgt penting.. sama ada kita mahu ikut hawa nafsu atau mahu ikut akal fikiran. Jika kita mahu bertuhankan hawa nafsu syiatan bersekongkol dgn puak2 demokrasi Syaitan iji.. maka akan runtuhlah negar ayg kita bina ini.. mungkin selagi tidak merasa selagi tiulah bangsa Melayu IQ lembab ini xkn percaya.. semuanya propa UMNO BN.. itulah talian hayat Melayu2 IQ lembab terutama kelahiran PAS ini!
-
cuba baca apa yg depa kata kat Mahatdir...
http://blog.limkitsiang.com/2012/09/23/dr-m-mahukan-orang-melayu-berlindung-di-bawah-umno-walaupun-sudah-busuk-sampai-ke-ususnya/
-
Sape yg lebih dgr Lim Kit Siang dr Tun M mmg berhati BANGKAI lah.
Tun M sudah beri jasa yg cukup banyak utk negara dan Melayu. Tapi kit Siang ialah SIALAN CINA KAFIR yg bencikan Melayu tetapu pura2 mcm Kuan Yew mahu Singapura dahulu.
Kalau level inipun anjing2 PR xboleh differentiated macam manakah jika eleman saraf tipu helah jahat lain yg perlukan deep thinking dapat mereka detect dn fikirkan?
Cuba describe apa itu busuk usus?? Jiba jadikan Melayu bangsa yg belajar guna otak dan hati-combine these two elements.
Org yg pernh tolong kita dgn org yg xpernh beri apa2 tp pandai ckp.. so which one yg kita nk deliberate? consideration based on slanders? itu sudah cukupkah utk otak org Melayu ambil sbg justifikasi..?? shameful these kind of malays-- PAS hound od DAPigs!
-
Sayang Tun Dr Mahathir...Negarawan Terbilang.
-
DAP sial..
-
Hasil kerja kerajaan dapat berkereta 2-3 biji.rumah besar dan anak2
sekolah agama swasta tetapi bersyukur jauh sekali. Bulan ramadhan baru2
ni pun dipenuhi dengan caci maki kerajaan.Tu sebab melayu jenis ni boleh
berdamping dengan kafir harbi
-
Itulah hakikaktnya bangsa Melayu kufur nikmat. Raya baru ni sy juga jd
saksi betapa ramai ipar duai yg merasi nikmat dgn izin ALlah melalui krn
BN. Adyg sempat cekau keta baru lagi 2minggu nk raye.. katanya dpt
BONUS.. ada yg tukar set dlm rumah, beli baju raya utk sedara2..
tp pd hari yg sama mereka kutuk UMNO BN berterusan.. bukan kutuk soal yg benar.. tp kutukan bertajuk UMNO zalim tindas rakyat??? Allahu Akbar.. apakah ini bibit2 Tuhan akan tarik semula nikmatyt.. ??? dikala limpahan besar nikmat Allah melalui krjn yg ada.. tiba2 mereka tk rse itu nikmat??
mereka kata itui zalim? Apakah kita mahu ALlah miskinkan kita semiskin2nya.. dn barulah renewal of generation akan sedar sperti zaman sblm merdeka dulu apa yg dikatakan oleh UMNO itu benar belaka???
Kenapakah Melayu kini jd keras hati??? kenapakah berjuta rakyat asing mengerumini negara ini jika tidak kerana kecekapan UMNO BN memerintah? Mana ada negara yg rasuah kuat boleh melimpah rezeki??
-
ini kiasan ...bukan fitnah k..
DAP. Dap Anak Penang - Tengku Aziz
PAS. PARTI ANJING SURUHAN. WUF WUF WUF.......DAPAT TULANG BUSUK PUN MASIH TAAT PADA TUAN DAPnya. MENYALAK SANA, MENYALAK SINI, TETAP DAPAT TULANG BUSUK. WUF WUF
PKR. PARTI KONGKEK 'errRRRRR' falsafah hidup: janji rasa..janji sedap..janji pm...cara..tak kira..
menipu tak kisah
muslihat tak apa
mengencing pun ok..
mengentut da biasa
errr errrr eRRRR Takan tak biasa..
janji piiii eeemmmm
DAP dpt jd menteri kewangan xkisah dap dpt m.pertahanan xpe
dap dpt jaga menteri dlm negeri lantak la..
-
SALAM TUN
YOU ARE A TRUE MUSLIM AND MALAY LEADER.
YOU HAVE DONE A LOT FOR THE NATION.
TERLALU RAMAI ORANG YANG SAKIT HATI, DENGKI DAN IRIHATI TERHADAP TUN. ADA DIANTARA MEREKA BERPENDIDIKAN UGAMA YANG TINGGI. BEING HUMAN MEREKA TIDAK MAKSUM. IGNORE THEM. JUST CARRY ON WITH YOUR NOBLE WORK.
HANYA ALLAH YANG TAHU DAN MENILAI SUMBANGAN TUN KEPADA UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
SEMOGA TUN SIHAT SELALU, DAN BERTAKWA PADA ALLAH SWT.........AMIN
-
AMINN utk TUN! AMINN!
We care it!! Hidup Tun M!