Siri melayu rasis kali ini membicarakan bagaimana pengaruh DAP mencorakkan ideologi politik pakatan. Penafian para penyokong pakatan yang mereka bukanlah tunggangan dan alat kepada DAP sebenarnya ditutup oleh kurangnya pengetahuan mengenai sejarah.
Pisau melihat penyokong pakatan secara semborono,atas dasar marah dan emosi hinggakan mereka sendiri tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh mereka.Pelbagai jenis bentuk kebencian ditanam didalam pemikiran orang melayu agar membenci kepada parti nasionalis Melayu.Kenapa?
Baru baru ini Pisau menulis artikel mengenai Umno adalah musuh utama DAP. Parti chauvanis ultrakiasu yang rasis ini terang terangan mengistiharkan parti nasionalis orang melayu sebagai musuh yang harus dihapuskan.Entri itu mahukan pendapat para pembaca kenapa DAP begitu memusuhi Umno.:klik sini
Pelbagai macam pendapat,tetapi tidak menjuruskan sebab dan kenapa DAP begitu memusuhi Umno dan sejarah perjuangan DAP yang konsisten memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kemudian perkembangan terkini apabila gerembolan PKR pula melancarkan ABU(Asal bukan Umno) ,menariknya golongan seperti CheguBard dan gerembolannya sama ada sedar atau tidak telah dijadikan sebagai tunggangan DAP untuk melaksanakan grand design menakluk negara.
Perancang strategik PAP berpendapat parti nasionalis Umno hanya mampu dihapuskan jika melayu sendiri yang menyerang institusi itu sendiri.Maka kempen membenci Umno dilaksanakan dan DAP sejak sekian lama telah memasukkan jarum dan makin menampakkan hasil semasa kempen PRU12.
Orang melayu Islam PAS atau pun PKR sebenarnya tenggelam didalam ideologi politik pakatan tanpa mengambil kira apakah perjuangan DAP sebenarnya,sama ada sedar atau tidak perjuangan pakatan bukanlah perjuangan 3 parti tetapi lebih kepada perjuangan DAP.
Kalangan mereka yang menyokong membuta tuli kempen ABU tak lebih kepada menjadi alat DAP meluaskan pengaruh mereka.
Amat lemah dalam pengetahuan sejarah menjadi punca yang membarah kenapa orang melayu sanggup menyokong ideologi DAP .Hinggakan ada juak pakatan menyalahkan Umno kononnya menjadi punca kehilangan Singapura.
Hujah dangkal tanpa usul periksa ini membuktikan betapa pemalasnya melayu hingga terus menyalahkan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama sendiri tanpa mengetahui sejarah disebalik perpisahan Malaysia dan Singapura.
Kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan Singapura bergabung kembali bersama Malaysia sejak 1997.
Dan pada 2004 Lim Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat Umno harus dihapuskan,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi.
Dan sekali lagi 3 tahun kemudian ,2007 Lim Kuan Yew menyatakan hal yang sama
SINGAPORE, Oct 11 (Bernama) -- Some 10 years after remarking that Singapore might rejoin Malaysia if the island state's economy faltered and if Malaysia pursued meritocracy, Minister Mentor Lee Kuan Yew has again spoken on the subject.Jika anda perhatikan,setiap kali kenyataan Lim Kuan Yew bercakap mengenai meritokrasi sama rata dan pengabungan adalah hampir kepada setiap pilihanraya umum dinegara kita.Adakah Lim Kuan Yew bercakap bagi pihak DAP?
Kenapa Kuan Yew begitu memusuhi Umno?Jika Kuan Yew memusuhi Umno maka PAP juga memusuhi Umno begitu juga DAP. Di sini anda sudah nampak kaitan yang amat kukuh mereka bermusuh dengan Umno atas sebab yang sama.Ini bukan satu kebetulan kerana sejak dari dulu lagi tertubuhnya DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sebenarnya adalah perjuangan PAP.
Rahsia disebalik kempen ABU(Asal Bukan Umno) dan mengapa DAP begitu memusuhi dan dendam kepada Umno,kita harus kembali melihat sejarah :
Negara kita dibentuk pada 16 September 1963 ,dari segi aspek keselamatan ancaman domestik dan serantau maka tertubuhnya Persekutuan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ,Brunei Darussalam serta Singapura.Namun Brunei atas perkiraan politik menarik diri kerana ingin menentukan hala tuju sendiri dengan tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Permusuhan dan dendam PAP terhadap Umno apabila Lim Kuan Yew gagal untuk memperluaskan pengaruh politik beliau di semenanjung Tanah Melayu selepas pengabungan Singapura bersama Malaysia.
Masalah bermula dalam masa beberapa minggu penggabungan apabila BN pada waktu itu dikenali sebagai parti Perikatan berganding bahu dengan parti-parti kecil di Singapura untuk membentuk satu kelompok baru dan menentang PAP dalam pilihan raya Singapura pada bulan September 1963.
Dalam memperluaskan hagemoni dan ideologi politik PAP,Lim Kuan Yew begitu agresif sebaik saja Singapura menyertai Malaysia,beliau terus memulakan kempen memperluaskan pengaruh politik . Kuan Yew melihat pengabungan ini adalah peluang buat beliau dan etnik cina untuk menguasai pucuk pimpinan negara memandangkan jumlah majoriti kaum cina secara langsung telah mengatasi dan menjadi lebih majoriti daripada kaum melayu.
Tunku khuatir bahawa PAP akan menggalakkan para pengundi Cina di tanah besar untuk menyokong mereka dan membolehkan PAP untuk mengambil tempat MCA sebagai parti Cina dalam Perikatan.Berdasarkan fakta jika Tunku membenarkan para pengundi dari Singapura boleh mengundi di seluruh semenangjung sudah semestinya pada waktu itu PAP akan menguasai seluruh semenanjung tanah melayu dalam sekelip mata.Apakah ini yang dimahukan oleh juak pakatan hingga menyalahkan Umno kononnya kehilangan Singapura?
Berdasarkan senario ini bukankah pada waktu sekarang ini kita dapat melihat bagaimana peranan MCA dan Gerakan sudah diambil alih DAP?Kita dapat melihat melalui kempen propaganda DAP yang menyemai kebencian kaum kononnya parti MCA dikatakan sebagai tunduk kepada Umno.
DAP berperanan menghasut kaum cina kononnya MCA tidak ada langsung berjasa kepada kaum cina dinegara ini.Kesemua jasa dan sejarah MCA cuba dipadam oleh DAP.
On 16 September 1963, Singapore became part of Malaysia. However, the union was short-lived. The Malaysian Central Government, ruled by the United Malays National Organisation (UMNO), became worried by the inclusion of Singapore's Chinese majority and the political challenge of the PAP in Malaysia. Lee openly opposed the bumiputra policy and used the Malaysian Solidarity Convention's famous cry of "Malaysian Malaysia!", a nation serving the Malaysian nationality, as opposed to the Malay race.Sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia, antara tahun 1964 dan 1965.
Terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara orang melayu dan pelampau perkauman di kalangan chauvanis cina PAP di Singapura.Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur.
Usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
Pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’.
Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan(BN), khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.
Perbezaan-perbezaan politik di antara Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan PAP, memuncak sepanjang tahun 1964. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura, yang Tunku bersetuju untuk melakukannya.
Pada ketika itu strategi PAP nampak seperti cuba untuk memecah belahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan. Ini adalah harapan yang dikejar oleh PAP semasa pilihanraya 1964 apabila ia bertanding di kawasan yang ditandingi oleh MCA dan bukan terhadap UMNO.
Namun usaha memecahkan MCA dari UMNO gagal. Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang, memandangkan terdapat kemungkinan rusuhan-rusuhan yang sukar ditangani berbanding peristiwa-peristiwa yang serupa sebelumnya. Jika Lee tidak ditahan, ia bukan berkemungkinan bahawa beliau akan mengecam perjanjian Malaysia.
Matlamatnya adalah untuk memprovokasi Perikatan hingga sampai satu keadaan yang mana mereka dianggap dengan jelas salah, sebagai contoh dengan cara menahan Lee.
Selain daripada pengaruh komunis, Tunku melihat ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia. Dengan cara ini PAP telah cuba untuk menguasai beberapa kumpulan berhaluan kiri, terutamanya masyarakat Cina. Lee menyatakan idea ‘Malaysian Malaysia’ yang bertentangan dengan perlembagaan negara seperti berikut:
Malaysia seharusnya menjadi sebuah masyarakat demokratik yang mana perbezaan pendapat yang sah... sepatutnya dibenarkan dan mana-mana individu dan parti politik mempunyai kebebasan penuh untuk memujuk warganegaranya secara berperlembagaan dalam menerangkan sudut pandangan masing-masing.
Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kebudayaan mesti menunjukkan penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang sah. Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia secara menyeluruh dan bukan untuk mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.
Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari tanah besar dan Sarawak menghadirinya serta turut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP).
Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pemimpin Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.
Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada 6 Jun 1965, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Berbeza dengan PAP yang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap negara, pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan untuk orang Melayu - semuanya boleh dirangkum di dalam hak Melayu & bumiputra di negara ini yang tertakluk kepada perlembagaan negara.
Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu.
Kedudukan orang Melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan masyarakat bukan Melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap rakus dan tidak sensitive kepada budaya masyarakat Melayu.
Berasa tidak selamat dan perasaan rendah diri Melayu berbanding dengan kemewahan dan keagungan masyarakat Cina menjadi pokok pangkal perdebatan tentang nilai ‘Malaysian Malaysia’. Maka inilah yang diperjuangkan sehingga sekarang secara konsisten oleh Umno.Malangnya melayu yang menyokong pakatan secara membuta tuli hanya berlandaskan pelbagai sentimen benci hasil momokan DAP sama sama berganding bahu bersama chauvanis ultrakiasu menentang perjuangan Umno dan BN.
Sebagai tambahan pada waktu itu, konsep ‘Malaysian Malaysia’diterima oleh bukan Melayu, orang Melayu menolak konsep tersebut. UMNO menuduh Lee dan PAP mempersoalkan kedudukan istimewa dan kelebihan orang Melayu. Sebenarnya, perasaan marah timbul hasil dari PAP yang dianggap cuba merampas penguasaan politik.( Senario ini anda dapat lihat sejak PRU12,dimana konsep Malaysian Malaysa,Buku Jingga dan Negara Berkebajikan diperjuangkan oleh DAP,PKR dan PAS.)
Bertitik tolak daripada itu, ia mendorong kewujudan pejuang Melayu di Singapura yang dipengaruhi oleh Syed Albar dan Syed Nasir di dalam UMNO menjayakan perhimpunan-perhimpunan demi menentang PAP. Perhimpunan-perhimpunan ini menyebabkan kekacauan di Singapura pada tahun 1964. Sehari sebelum kekacauan berlaku, Syed Albar berucap dalam sebuah perhimpunan Melayu dengan ucapan yang berapi-api dengan katanya:
Kita mempunyai kekuatan terakhir yang kita boleh bergantung. Kita adalah lemah di semua bidang. Kita adalah lemah dari segi ekonomi. Kita adalah lemah dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun,kita tetap memiliki senjata terakhir dan kekuatan yang kita boleh gunakan dengan mengenakan desakan terhadap pihak lain untuk mengenali kewujudan kita dan kehadiran kita, di pulau Singapura ini.(Jika diperhalusi ucapan tersebut,pada ketika itu kaum melayu berpecah atas perbezaan fahaman politik,namun mereka bersatu padu dengan menolak perbezaan ideologi politik untuk menentang Malaysian Malaysia.Cuba anda perhatikan sekarang ini apabila melayu berpecah kepada 4 Umno,PAS,PKR dan atas pagar.DAP chauvanis ultrakiasu memainkan peranan menggunakan peluang ini untuk memperluaskan pengaruh Malaysian Malaysia yang diterjemahkan didalam buku Jingga manakala PAS turut menjadi alat dengan konsep negara berkebajikan.)
Senjata ini adalah tidak lain dari perpaduan kita ... dengan perpaduan ini kita akan menyelamatkan orang kita, kita akan memperbaiki diri kita. ...jika perpaduan ini berterusan, oleh kemahuan Tuhan, saya memberitahu anda, tidak ada kuasa di bumi boleh menginjakkan kita, tiada kuasa yang memandang rendah kita.
Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan Singapura adalah penubuhan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang diketuai oleh PAP dan terdiri dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, 'Malaysian Malaysia’ mendesak kewujudan sebuah negara yang menolak perlembagaan negara .
Bagi Perikatan(BN), slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan malahan Sultan Melayu.Perbandingannya pada masa sekarang anda dapat lihat bagaimana DAP,PKR dan PAS turut sama mengadakan kempen yang mirip kepada Malaysian Malaysia.
Lee Kuan Yew bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah negara telah dilihat sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik bersifat politik dan perkauman ini.
Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat seimbang bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjaga hak dan kepentingan bumiputra .
Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuan Lee di Singapura dengan kumpulan-kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu,pertemuan itu semata-mata untuk mengutuk isu perkauman.Di sini Pisau mahu anda lihat bagaimana secara konsisten DAP memainkan sentimen perkauman,rasis dan menyerang kesemua institusi yang menjadi tiang kepada negara.
Kita dapat melihat pada ketika itu orang melayu yang mempunyai perbezaan politik turut sama bersatu dalam memerangi Malaysian Malaysia.Sebagai contoh Parti PAS juga menggesa Tunku untuk mengambil tindakan keras terhadap Lee dan pengikutnya, sebagai contoh, dengan menahannya di bawah ISA.
Tetapi amat berbeza pada zaman sekarang apabila Nik Aziz dan semua pemimpin PAS begitu sayangkan dan tunduk kepada DAP. Dalam pelbagai isu PAS dilihat menjuarai mempertahankan ideologi DAP hingga menyerang dan memperlekehkan peranan bangsa melayu dan kepentingan pengaruh politik melayu adalah penting.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, orang Melayu telah dijanjikan dengan hak keistimewaan khas. Apabila hak-hak mereka telah diancam oleh slogan MSC, orang Melayu bertindak balas dengan kuat kerana khuatir akan berlakunya sekali lagi peristiwa Malayan Union. Oleh itu, perjuangan Singapura membentuk satu masyarakat sama rata tidak diterima baik oleh kaum Melayu.
Ringkasnya, MSC, yang berakar umbi dari semangat kebangsaan Singapura tidak diterima oleh pendokong semangat kebangsaan di Malaysia pada ketika itu. Sepintas lalu, ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ telah mengancam kepentingan politik pemerintah Melayu. Perbezaan idea-idea dan pendekatan-pendekatan berkenaan isu-isu bersifat perkauman dan politik mendorong ke arah konflik di antara PAP dan perikatan. Selepas penggabungan Singapura dengan Malaysia, 'Malaysian Malaysia’ berterusan mencabar kepimpinan perikatan(BN).
LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.
Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.-Azihanizam
Sebaik saja Malaysia berpisah dengan Singapura,DAP ditubuhkan untuk meneruskan agenda PAP. Pisau melihat usaha yang dijalankan DAP begitu berjaya hinggakan segolongan orang melayu turut sama bangkit memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Melihat kepada situasi ini,DAP turut mengubah nama Malaysian Malaysia kepada Middle Malaysia untuk mengaburi dari mata rakyat kononnya perjuangan mereka tidak serupa dengan PAP.
Kita juga boleh lihat bagaimana DAP menyerang orang melayu, Jika bangsa melayu bercakap akan soal hak dan kepentingan bangsa sendiri akan dituduh sebagai rasis! Jika mereka mengkritik ,memperlekeh,persoal hak dan kepentingan melayu dan Islam tidak pula digelar sebagai rasis. Melayu diasak sebegitu rupa hingga langsung tidak boleh mendonggak kepala.
Sedarkah anda?
Jika anda telah baca sehingga baris ini,anda sudah nampak bagaimana DAP dan PAP menggerakkan grand design memperluaskan hagemoni politik Singaporean Singapura kedalam pemikiran rakyat negara Malaysia.
Kenapa?
Lim Kuan Yew mengakui didalam memoir bahawa beliau bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Lee Kuan Yew di dalam Memoirnya berkali-kali menceritakan bahawa beliau lebih baik daripada Tunku Abdul Rahman. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri Cina Malaysia yang pertama.
Walaupun tidak berjaya, Lee Kuan Yew telah menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia semasa melawat negara-negara barat pada awal tahun 1960an. Delegasi Singapura diistilahkan dengan nama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri, dengan duta-duta Singapura disebut tidak sebagai dari negara Malaysia.-mymassa
Tun Mahathir juga mendedahkan cita cita Lim Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia
Singapore’s Lee Kuan Yew longed to be prime minister of the much bigger Malaysia, political arch-foe Tun Dr Mahathir Mohamad said in his memoirs out today. “The Singapore of the early 1960s was too small for him and his ambitions. Malaysia was a real country, not a city-state and to become Prime Minister of Malaysia would satisfy his ambitions, especially for power and a more than municipal role,” Dr Mahathir, Malaysia’s PM from 1981 to 2003, wrote in his autobiography “A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.
The 84-year-old said that when Malaya’s foremost freedom fighter, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, first spoke of a bigger country made up of the peninsula, Singapore and all of Borneo, “Lee eagerly welcomed it”.
“He even aspired to become its Prime Minister, something he knew was entirely possible because the Chinese would make up the biggest racial group in the Federation,” Dr Mahathir added.
When Malaya won its independence in 1957, the Malays were slightly more than half the total population of the peninsula, the Chinese 30 per cent, the Indians about 10 per cent and the rest a mix of other races.
Dr Mahathir blamed this on the British colonial masters who had allowed the Chinese to migrate freely into the strategic island port to safeguard their trade in the Far East.
He wrote that colonial Britain had turned Singapore into a Chinese settlement, and effectively, a Chinese country after independence, where the Malays were second-class citizens.
“Not the kind of person to be content with a secondary role, Lee saw Malaysia as his chance to dominate a substantial nation and become its Prime Minister,” Dr Mahathir said.
He said that Lee was not bothered to correct the disparities between the Malays and the non-Malays and had instead banked on Chinese votes on both the island state and the peninsula to boost his standing as leader of the People’s Action Party’s (PAP) position for the prime ministership of Malaysia.
“He denounced what he called Malay racism, but in expecting the Chinese to support him as a Chinese who would uphold Chinese interests, he revealed himself as a racist,” Dr Mahathir said.
Katakanlah negara ini berjaya diperintah oleh pakatan,sudah pasti corak dan dasar pemerintahan negara kita akan mengikuti acuan Singapura. Di Singapura apa lagi yang tinggal untuk orang melayu? Sama sama kita fikirkan..
amukanmelayu - sengaja ALLAH panjangkan umur LKY untuk kita melihat apa yang tersembunyi di LUBUK HATInya.seperti ALLAH ilhamkan kepada HITLLER untuk meninggalkan sedikit dari kaum yahudi dari di bunuhnya untuk kita MENGENALI KEJAHATAN dan KELICIKAN Yahudi.