,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 13 January 2015

ERIC PAULSEN EXTREMIST DAN ANTI ISLAMELAYU

 

SELEPAS DITANGKAP, POLIS PULA DIFITNAH & TABIAT ERIC PAULSEN DIDEDAHKAN !

Semua orang sudah tahu bahawa peguam Lawyers For 'Liberty' yang pro-pembangkang telah diberkas oleh pihak polis. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvY8u3NogPEBGIJyntDL66y1uNxqG_AXgPGY9LrebFQl_4o9Ge6C7ysSq0LiZactgYdVFvRAaSMnNIKkTRTlGk8LD2mSzXspYwcc2ixSHyXGgvZRWKJZspeGRtAxrdqQzlbUCD4eFdnIk/s640/blogger-image-49660920.jpg
 
 
Sebelum ini, Ketua Polis Negara telah menyatakan bahawa kenyataan bodoh Eric Paulsen ini wajar disiasat dibawah Akta Hasutan.

Lihat printscreen di bawah :  


Sebelum ini juga TS Khalid Abu Bakar telah memberi amaran. Lihat printscreen : 

Dan apabila Eric Paulsen diberkas semalam, ada juga pihak pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pihak polis.

NGO pro-pembangkang Lawyers For Liberty yang sebelum ini diam membisu, mendakwa Eric Paulsen diberkas oleh 20 lebih polis. Lihat printscreen di bawah :  
Dakwaan Lawyers For Liberty itu bagaimana pun dihujani dengan pelbagai kritikan dan dibidas teruk oleh pengguna twitter. Rata-rata mahukan bukti kepada tuduhan tersebut tetapi gagal dijawab oleh NGO pro-Eric Paulsen itu.

Yang lebih panas dan menutup mulut NGO dan Pakatan pembangkang (yang suka ambil kesempatan) ialah kenyataan Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar sendiri iaitu :
Mereka dah gabra, onlookers pun mrk kata Polis 
Dengan kenyataan Ketua Polis Negara ini, apakah Lawyers For Liberty dan kepimpinan Pakatan Pembangkang berbohong dan sengaja menabur fitnah untuk memburuk-burukkan pihak polis?

Jika ya, NGO ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sama dengan Pengarah eksekutif NGO itu! 

Mungkin kerana termalu, Lawyers For Liberty pro-Eric Paulsen mengeluarkan satu lagi twitter untuk menjawab twitter Ketua Polis Negara. 

Tetapi ianya menyebabkan ramai lagi yang mengkritik dan membidas NGO pro-pembangkang itu! 'Gabra' pun tidak tahu!

Lihat printscreen di bawah :

Kita tunggu dan lihat kesudahan cerita Eric Paulsen ini kerana ada lagi prosedur undang-undang yang perlu dihadapi sebelum sebarang hukuman dijatuhkan atau tidak. Dan ianya akan mengambil masa.

Ada yang bertanya MiM sama ada tindakan Eric Paulsen mencetuskan polemik ini adalah untuk menutup isu penerokaan hutan dan kayu balak di Kelantan yang melibatkan kepimpinan Pakatan Pembangkang.

Jika dari segi masa, mungkin ada benarnya. 

Ianya sangat 'kebetulan' dengan saat dan ketika rakyat terbuka mata serta mula ingin jawapan kepada sebab yang menyebabkan banjir paling teruk di Kelantan dan negeri-negeri lain. Dan semua mula mempersoalkan penerokaan dan penebangan kayu balak yang didakwa dikuasai oleh syarikat yang turut mempunyai pemimpin Pakatan.

Tahu-tahu sahaja, isu Eric Paulsen dan keceluparan twitter beliau meletup. Sekarang media dan rakyat banyak bercakap tentang polemik baru ini dan hampir terlupa dengan isu kayu balak melampau itu.

Tetapi jika kita selidik intipati yang ditulis dalam twitter Eric Paulsen, kita akan lihat beliau ini seperti sudah ada tabiat untuk mengritik isu-isu yang melibatkan agensi Islam dan agama Islam. 

Beliau mungkin naik ghairah bila bertweet sedemikian?!!

Parti PAS dan Hudud juga adalah sasaran utama di dalam twitter peguam Lawyers For 'Liberty' itu. Sebagai contoh ialah 2 printscreen di bawah dan MiM pasti penyokong PAS akan meroyan marah apabila membaca twitter yang menghina mereka


Peguam Lawyers For Liberty inilah yang mempersoal dan mengkritik keras parti PAS, golongan ulama, MB Kelantan dan Hudud.

Ironinya, walau pun betapa keras dan hinanya peguam pro-pembangkang ini menghentam PAS, 'cybertroopers' UMNO juga yang disalahkan oleh peguam mulut celupar itu! PAS patut berterima kasih kepada 'cybertroopers' UMNO !

Yang turut memualkan ialah modus operandi portal-portal pro-pembangkang yang cuba menipu pembaca-pembacanya dengan melaporkan kononnya peguam LFL itu 'mengkritik JAKIM'. 

Jika kita baca twitter itu, kita akan bersetuju bahawa ianya bukan 'mengkritik' tetapi satu tuduhan melulu dan menjadi fitnah jijik apabila beliau menulis 'setiap jumaat'.
 
Hanya ini yang termampu di buat oleh PEMUDA ISLAM PAS

Sesuatu yang amat-amat mengejutkan bila kenyataan lembut PAS hanya boleh sebut padam kenyataan di twitter dan mohon maaf. Setakat itu sahaja abis cerita. Sayang sangat orang pas rupa-rupanya terhadap si bangsat ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, Eric perlu padamkan kenyataan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada umat Islam sekiranya kenyataannya itu merujuk kepada khutbah Jumaat.
Itu sahaja yang PAS mahu dan selepas ini makin ramai orang-orang bangsat seperti Eric Paulsen berlumba-lumba menghina mencacai islam dan lepas itu mohon maaf dan abis cerita. Adakah kenyataan lembut ini kerana sayang sangat dengan si bangsat ini atau takuyt DAP mengugut PAS diusir keluar dari Pakatan Rakyat.
Inikah rupa PAS setelah menjadi talibarut DAP? Walhal ini bukan kali pertama Eric Paulsen menghina islam dan malah acap kali menghina PAS. Jangan jadi bacul semata untuk tali barut.