,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 16 January 2015

PENASIHAT MENJADI LANGAU YANG MENGHURUNG PEKONG YANG DITUTUP LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB




UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku  

“Penasihat PM  perlu  dipecat.!! mereka yang berada di Pejabat PM mempunyai agenda peribadi berbanding agenda Rakyat!!
Pedih untuk di lihat......

Mereka tidak pernah membawa berita benar dari rakyat..melainkan Yes  Bos !! Ok Bos !! BN/UMNO menang besar Bos!! rakyat sudah memihak pada kita Bos !!

Tapi benarkah berita yang mereka sampaikan pada Dato Najib?

Pernah kah Najib menerima maklumat secara direct dari rakyat?? Najib hanya menerima maklumat2 dari penasihat 25% nya yang menghurungnya siang  dan malam !! paling tidak dari ketua Bahagian yang langsung tidak pernah dikenali oleh Rakyat tempatan dan yang tidak pernah berdamping dengan rakyat. Setibanya Pilihan raya merekalah juara rakyat !! turun berkopiah dan berserban untuk menipu rakyat !! 
.                               

Dalam majlis bersama rakyat ....berpeLuangkah Rakyat betemu dan meluah rasa hati  sebenar mereka pada Perdana Menteri mereka.

ATAU:

....Untuk menyampai sesuatu maklumat penting untuk Najib??????

Rakyat cuma diwakili oleh wakil2 Rakyat yang merasa merekalah yg layak bersuara untuk  Rakyat bukan saja didalam Dewan rakyat malah  mereka merasa layak menyuara didalam rumah tangga rakyat YG DIBAWAH INI sendiri....begitulah hebatnya winCABEL candidate yang dimaksudkan UMNO/BN.

Segala maklumat yang cuba nak disampaikan secara peribadi dari rakyat pada PM terus dirampas dan ditong sampahkan oleh penasihat, Bodygard dan Langau Gard Najib yang menghurung PM....mungkin juga atas nasihat PM sendiri !!! untuk berbuat demikian !

Benar kata Tun Daim ...Kita adalah musuh kita paling bahaya.” !!!

                                

“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? -Tun Daim

Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam semua ini adalah agenda yang susun oleh penasihat2 25% jauh dari apa yang diperlukan oleh rakyat  terhadap pemerintah !!

Setiap agenda ada muslihat perbadinya !! 

Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Agenda gila ini semua adalah datangnya dari segala bapak-bapak Gard Najib yang kononya rakyat sudah berubah diatas kerja kuat mereka meyakinkan rakyat...!!! 

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, pendekatan ini adalah salah!

Tun Daim

                                   
 .                                               

Hakikatnya rakyat terpinggir dan tersasar dari perhatian pemimpin mereka sendiri dek kerana terlalu banyak sangat penasihat ! Body Gard ! dan Langau Gard  yg menghurung Najib.. inilah reality yang benar-benar belaku dan terjadi pada rakyat dengan Slogan Rakyat di hahulukan pencapaian diutamakan hanya dianggap  "Madah" yang tidak punya apa-apa erti pada Rakyat.

Pada hakikatnya maksud pencapaian untuk rakyat itu  tidak lebih  untuk mereka  ...iaitu Penasihat ! Body Gard ! dan Langau Gard  pada pemerintah  sahaja!!

" Orang-orang ini adalah amatur.  Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai!
Lebih baik beri kepada kebajikan".

Tun Daim.


 

Sebenar Suara rakyat masih jauh terpinggir dan tersasar dari pegetahuan Najib..suara rakyat dibawah ini tidak sampai sepenuhnya pada pemerintah kerana suara-suara  dari rakyat sudah di-edit oleh Penasihat Najib ,Bodyguad Najib dan Langau-langau gard Najib yang berkeliaran setiap masa bersamanya untuk mencari ruang dan peluang memburu agenda peribadi masing-masng!

Akhirnya Najib menerima berita palsu dari rakyat yang dibawa dan yang telah di-Edit oleh Penasihat-penasihat  Najib ,BodyGuad Najib dan Langau-langau Gard Najib .!!

# PROGRAM PEMBERSIHAN PERLU DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN OLEH PM !!!





Usaha melagakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan pemimpin veteran UMNO berterusan apabila muncul sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan ancaman kononnya untuk mendedahkan skandal seks Tun Daim Zainuddin.
Video ini dimuat naik oleh satu akaun baru youtube yang dikenali sebagai Shahid Islam pada 6 Januari 2015. Akaun ini tidak mempunyai sebarang subscriber dipercayai bertujuan melagakan Mohd Najib dengan Tun Daim.

TDM


Video ini hanya diketahui umum apabila didedahkan oleh penulis Zaharin Mohd Yassin yang banyak mengkritik pentadbiran Mohd Najib kebelakangan ini.

zaharinyassin-Tdaim

 
Dipercayai video ini dimuatnaik bagi tujuan menuduh Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang video ini. Ini akan mewujudkan perang antara kem Dr Mahathir Mohamad – Daim Zainuddin dengan pasukan Mohd Najib Tun Razak.

 

SELAIN LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB JUGA DI KELILINGI PERSONALITI BERPENYAKIT.

Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.

Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan. Mereka sedang berdepan dengan ancaman bom jangka yang dilontar Kadir Jasin. 
Kata Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”

Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”.  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO. 

Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh mana juicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juice Anwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan  juice Mustapha Ali.

Apa pun gertak Kadir ini telah menyemai satu benih persepsi hitam di dalam minda pengundi bahawa rupa-rupanya Najib yang kami pilih juga tidak bersih. 
Hakikatnya Najib semakin hari semakin banyak ‘carried forward liabilities’ dengan persepsi negatif. Yang sedia ada tak tertanggung kini dicampur lagi dengan isu baru. Beza nya yang ini lebih menakutkan kerana ia tidak datang dari pembangkang tetapi dari orang dalam parti sendiri. Ini bisa membuat Najib pitam di atas ribaan DS Rosmah.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 
Ia bermula dengan: 

1 - Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya), 
2 - Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), 
3 - Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), 
4 - Deepak Jaikishan (pembekal karpet), 
5 - Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd).

Semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti. Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar.