,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 20 January 2015

SIAPA DI SEBALIK NAJIB dan Siapa Anwar Berbanding Daim?


Apa Untungnya Menyerang Tun Daim?

SIASATAN badan pencegah rasuah Malaysia keatas Tun Daim seawal tahun1996 lagi dan mendapati TIADA sebarang bukti yang menjurus kepada unsur unsur rasuah di sebalik kekayaan yang di miliki nya.
Fakta yang tidak di ketahui ramai ialah sewaktu Anwar sibuk berdemonstrasi menentang kerajaan pada tahun 70 an, Tun Daim telah pun menjadi pemilik kepada dua buah bank tempatan iaitu Malaysian French Bank dan UMBC yang di lepaskan nya sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1984.

Bagi yang faham selok belok perbankan ianya adalah suatu perniagaan yang memerlukan modal yang besar tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka waktu yang singkat serta mampu berkembang dengan cepat. Cuba kita kira berapa ramai Melayu yang memiliki bank pada tahun 70 an dan 80 an?. Dan cuba lihat betapa kayanya Tan Sri Azman Hashim yang cuma memiliki sebuah bank iaitu Arab Malaysian?

Seperkara lagi, kebanyakan bank bank yang di milki oleh Tun Daim selepas persaraan nya adalah di LUARNEGARA. Setakat ini Tun Daim memiliki 59 cawangan International Bank of Commerce (ICB) di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Timur Eropah. Tun Daim juga menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) yang memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Dan ini bagi BO adalah suatu PENCAPAIAN yang patut kita BANGGAKAN kerana hakikat nya bukan mudah untuk bersaing di peringkat global terutama dalam industri perbankan. Tun Daim secara tak langsung dah menaikan taraf Melayu dari bangsa yang suka MEMINJAM kepada bangsa yang dah mampu MEMBERI PINJAMAN.

Yang patut kita HAIRAN dan RAGUI ialah bagaimana seorang individu seperti Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa apa perniagaan mahupun pengalaman dalam apa jua bentuk perniagaan selain dari RETORIK POLITIK mampu memiliki kekayaan yang begitu luarbiasa bagi membiayai gerakan politik nya sejak 15 tahun yang lalu.

Yang patut di siasat oleh SPRM ialah KEUNTUNGAN yang di buat oleh Anwar melalui syarikat Abrar Discount yang di uruskan oleh anak didiknya Wan Hasni dan Rahim Ghouse semasa serangan matawang ringgit pada tahun 1997. Kalau Azman Hashim dan Rashid Hussain boleh untung berbillion masa tu, berapa pulak keuntungan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang mengawal Bank Negara ketika tu? ( Sumber daripada FB BO)

Apa untungnya menyerang Tun Daim? Mengapa media yang dikawal Umno menyerang beliau? Mengapa blogger bukan "banggang" aka blogger upahan menyerang beliau? 
Daim adalah seorang pesara politik, yang tidak akan kehilangan apa-apa. Menyerang beliau, tidakpun berimpak positif kepada penyerang, malah negatif kepada boss penyerang.
Tun Daim hanya menegur cara Perdana Menteri mengurus ekonomi negara. Kini, teguran beliau itu benar-benar berlaku. Bajet 2015, terpaksa disemak semula atas sebab kejatuhan ringgit dan harga minyak. Malah komoditi utama negara seperti kelapa sawit terancam harga pasarannya. Jangan cakap pasal harga getah, sudah lama jatuh. Harga saham FGV sudah lama merundum.

Pembangkang sebelum ini cemburu sangat dengan kekayaan mantan Menteri Kewangan itu. Daim sebelum di bawa ke dalam kabinet sudah super kaya. Kekayaan beliau bukan kerana dilantik menteri, 
Daim punya rekod dua kali dilantik menteri kewangan. Setiap kali dilantik, beliau berkata akan memulihkan keadaan kewangan negara, selepas pulih, beliau sukarela melepaskan jawatan.
Semasa Daim Menteri Kewangan, apa sahaja yang terkeluar di mulut akan dianalisis, kerana kenyataan itu merupakan hala tuju perekonomian negara.

Apa yang muskil, Daim tidak pernah berkata sepatahpun berkaitan peribadi Perdana Menteri. Kenyataan beliau hanya soal-soal perjalanan ekonomi negara, ironinya teguran mantan Menteri Kewangan itu dianggap bernilai oleh rakyat berbanding tindakan dan kebijakan yang dilakukan pentadbiran Perdana Menteri.
Oleh kerana pembangkang dan pihak-pihak tertentu mahukan beliau disiasat sekali lagi oleh pihak SPRM, walaupun sejak tahun 1998 pernah disiasat kemudian "clean bill" kini beliau merasakan bahawa puak-puak dalam kerajaan telah sengkokol dengan Anwar Ibrahim, maka beliau membuat kenyataan sekali lagi, bersedia bila-bila masa disiasat.

Hari ini SPRM sudah mengesahkan, bahawa kenyataan daripada mantan Menteri kewangan itu sudah dibuat, badan itu sedang mengatur pertemuan dengan Anwar, untuk mengetahui apa maklumat atau dokumen yang ada pada mantan TPM itu.

Kini rakyat terbeliak mata, rupanya pihak-pihak tertentu di bawah pentadbiraan Peradana Menteri sudah lama berkerjasama dengan Anwar bagi menghentam atau membuka apa sahaja cerita berkaitan dengan mantan Menteri Kewangan itu.
Seperti tulisan awal pada artikel ini, Tun Daim nothing to lost, impak kepada beliau bagaikan menabur garam ke laut, akan tetapi impaknya jika sebarang dakwaan itu tidak benar akan terkena batang hidung Perdana Menteri.

Najib sangat rentan terhadap serangan balas, isu 1MDB, isu isterinya, isu main golfnya dengan Barack Obama semasa negara dilanda bencana, dan banyak lagi isu yang dipertaruhkan, sedangkan Daim tidak mempertaruhkan apa-apa. Seorang pesara yang hanya kadang-kadang speak his mind. 
Daimlah yang mengatakan sebelum PRU-12, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan dirampas pembangkang.

Kata A Kadir Jasin............

Mengapa Masalah Yang Menyelubungi Najib Tidak Dijawab?


A Kadir Jasin PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi:

Pergi memburu di padang datar, 

Dapat rusa belang kaki; 

Kalau berguru kepalang ajar, 

Ibarat bunga kembang tak jadi. 

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan. 
Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan. 


Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas. 
Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka? 
Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.

MAP Sambung Lidah PR? 
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara. Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali. 
Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka. 
Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR? 
Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM. 
Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi? 
Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik. 
Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini. 
Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu. 
Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013? 
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong? 
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009? 
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan? 
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun? 
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit? 
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah? 
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun? 
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus? 
[Image] Mohd Najib "Mentor" Felda 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu? 
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi? 
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu? 
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika? 
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu? 
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB? 
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus? 
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan? 
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik? 
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah. 
Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri. 
Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan? 
Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus. - sumber:http://kadirjasin.blogspot.com

AMUKANMELAYU -Siapa yang sepatutnya menggantikan Tun M sebagai PM selepas Tun bersara? Kalau Pak Lah bukan pilihan.....siapa yang sepatutnya?