Bikin Panas..!
Perkara
besar seperti ini boleh dibuat main main ke..! Pastinya pembatalan
sidang akhbar saat akhir ini memberikan kesan buruk kepada negara dalam
mengurus suasana terutama isu yang melibatkan bencana besar seperti
kehilangan MH 370..!
Apa
yang baghal sangat..! Dikhabarkan pihak DCA diarahkan untuk memanggil
sidang akhbar..! Pihak kementerian juga sudah bersedia namun katanya ada
'tokoh' yang tidak dapat hadir maka terpaksalah dibatalkan sidang
akhbar yang bukan sahaja ditunggu tunggu oleh rakyat malah seluruh
pelusok dunia..!
Tak
habis habis nak ambil milage politik..! cukup cukup ler..! jangan
melampau meraih air mata dan darah mangsa yang terkorban..! rakyat tahu
dan rakyat pun dah muak..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
PUTRAJAYA: Sidang
media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai maklumat terbaharu
berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang
dijadualkan diadakan petang Khamis, dibatalkan.
Pengumuman itu dibuat setelah lebih sejam pengamal media menunggu di Dewan Serbaguna DCA di sini.
"Sidang media mengenai MH370 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan. Pengumuman baharu mengenai tarikh lain bagi
sidang media akan dimaklumkan kemudian," kata seorang jurucakap kepada
pengamal media.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas
daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41
pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam
penerbangan ke Beijing.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi
mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu
dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.
Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata, tugasan paling kritikal adalah
untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan oleh
kumpulan pakar daripada beberapa negara.
Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan
seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.