,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 4 January 2015

BANJIR - MELAYU MENJADI RED INDIAN SELEPAS HILANG TEMPAT BERTEDUH

 

Setiap amal perbuatan bermula dengan niat

Membentang hadis baginda (s.a.w) :

وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب


القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله


ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه   متفق عليه



” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-‘adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” 

Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

(Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairi An-Naisaburi di dalam kedua kitab mereka yang merupakan kitab paling shahih diantara kitab-kitab hadits)


Kedudukan Hadits
Pengukuhan hadits pertama ini merupakan pokok agama. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Ada Tiga hadits yang merupakan pokok agama, yaitu hadits Úmar, hadits Aísyah, dan hadits Nu’man bin Basyir.” Perkataan Imam Ahmad rahimahullah tersebut dapat dijelaskan bahawa perbuatan seorang mukallaf bertumpu pada melaksanakan perintah dan menjauhi larangan. Inilah halal dan haram. Dan diantara halal dan haram tersebut ada yang musytabihat (hadits Nu’man bin Basyir). Untuk melaksanakan perintah dan menjauhi larangan memerlukan niat yang benar (hadits Úmar), dan harus sesuai dengan tuntunan syariát (hadits Aísyah).


Setiap Amal Tergantung Niatnya
Diterima atau tidaknya dan sah atau tidaknya suatu amal tergantung pada niatnya. Demikian juga setiap orang berhak mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya dalam beramal. Dan yang dimaksud dengan amal disini adalah semua yang berasal dari seorang hamba baik berupa perkataan, perbuatan mahupun keyakinan hati.


Fungsi Niat
Niat memiliki 2 fungsi:
1. Jika niat berkaitan dengan sasaran suatu amal (ma’bud), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara amal ibadah dengan amal kebiasaan.
2. Jika niat berkaitan dengan amal itu sendiri (ibadah), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara satu amal ibadah dengan amal ibadah yang lainnya.



Pengaruh Niat yang Salah Terhadap Amal Ibadah
Jika para ulama memperkatakan tentang niat, maka mencakupi 2 perkara:

1. Niat sebagai syarat sahnya ibadah, yaitu istilah niat yang dipakai oleh fuqaha’.

2. Niat sebagai syarat diterimanya ibadah, dengan istilah lain: Ikhlas.
Niat pada pengertian yang ke-2 ini, jika niat tersebut salah (tidak Ikhlas) maka akan berpengaruh terhadap diterimanya suatu amalan, dengan perincian sebagai berikut:

a. Jika niatnya salah sejak awal, maka ibadah tersebut terbatal.

b. Jika kesalahan niat terjadi di tengah-tengah amalan, maka ada 2 keadaan:
- Jika ia menghapus niat yang awal maka seluruh amalannya terbatal.
- Jika ia memperbaiki amalnya dengan tidak menghilangkan niat yang awal, maka amalan tambahannya batal.

c. Berlapang dada bila dipuji setelah amalan selesai, maka tidak membatalkan amal. 


Beribadah dengan Tujuan Dunia
Pada dasarnya amal ibadah hanya diniatkan untuk meraih kenikmatan akhirat. Namun terkadang diperbolehkan beramal dengan niat untuk tujuan dunia disamping berniat untuk tujuan akhirat, dengan syarat apabila syariát menyebutkan adanya pahala dunia bagi amalan tersebut. Amal yang tidak tercampur niat untuk mendapatkan dunia memiliki pahala yang lebih sempurna dibandingkan dengan amal yang disertai niat duniawi.


Hijrah
Makna hijrah secara syariát adalah meninggalkan sesuatu demi Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah bermakna mencari sesuatu yang ada disisi-Nya, dan demi Rasul-Nya bermakna ittiba’ dan berlapang dada terhadap tuntunan Rasul-Nya.
Bentuk-bentuk Hijrah:
1. Meninggalkan negeri syirik menuju negeri tauhid.
2. meninggalkan negeri bidáh menuju negeri sunnah.
3. Meninggalkan negeri penuh maksiat menuju negeri yang kurang kemaksiatannya.

Ketiga bentuk hijrah tersebut adalah pengaruh dari makna hijrah.

Melayu mengemis baru jadi Red Indian

SUBKY LATIF | .
LEPAS Melayu dikatakan akan jadi Red Indian di negeri sendiri, seperti kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Mohamad, Melayu dikatakan sedang mengemis kuasa di negara sendiri daripada kaum-kaum lain seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.
    
Demikian buruknya nasib orang Melayu selepas 57 tahun merdeka mengikut pengamatan dua orang Tun Melayu yang bersara, satu daripada ketua hakim negara dan satu lagi daripada ketua kerajaan negara. Kedua-duanya seolah-oleh mengira kepercayaan Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia tidak mungkin relevan lagi.
    
Celaka yang dikatakan itu adalah gara-gara wujudnya perpecahan orang Melayu antara PAS dan Umno. Ertinya buruk benar adanya di dunia ini PAS dan Umno. Yang eloknya biar jangan ada Umno dan PAS dalam dunia, nescaya tidaklah Melayu jadi Red Indian dan tidaklah ia jadi bangsa pengemis kuasa dalam negara sendiri.
     
Saya tidak bercadang untuk melonggokkan dilema orang Melayu itu kepada Inggeris yang merencanakan keadaan itu, warisan peninggalan Mat Saleh itu cuba dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang politik supaya orang Melayu itu tidak habis langsung.
    
Jika yang ditelah oleh dua Tun itu adalah hakikat yang sebenar, ia adalah tepat bagi yang dirancang oleh British. Muafakat yang disyorkan oleh British itu diperkenan Umno pertama demi kepinginnya akan kemerdekaan mudah dan kedua bagi memastikan Umno berkuasa terus selagi ada bulan bintang  tidak kira kemerdekaan itu adalah kemerdekaan atau merdeka tiga suku bagi orang Melayu.
    
Tahaluf yang Umno setujui itu tidaklah syarat sebenar untuk kemerdekaan kerana Briitish yang meluluskan piagam PBB tahu ia mesti pergi tidak kira kemerdekaan itu dituntut atau tidak. Brunei Darussalam yang tidak minta merdeka pun diberinya merdeka, tiada apa sebab ia hendak kekal di Tanah Melayu hingga kiamat. Tetapi kalau Umno terima dalih British itu banyaklah untungnya.
   
Tetapi tidaklah tahaluf tajaan Inggeris yang Umno terima itu satu tindakan mengemis kuasa daripada orang lain, bahkan bagi menjamin ia boleh tumpang berkuasa selama-lamanya.
   
Jika ia tidak buat tahaluf itu ia akan hilang menenggek kuasa, kerana takutkan ancaman PAS yang lebih celik politik daripadanya yang diyakini oleh semua termasuk British adalah kuasa sebenar bagi Melayu dan Islam di wilayah ini.
    
PAS baru ada ketika Umno mengadakan tahaluf dengan MCA dan MIC bagi menghadapi pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur tahun 1953. Ia tidak besar. Tetapi British dan Umno tahu ancaman Hizbul Muslimin sekalipun hidup empat bulan saja tahun 1948, tetapi ia menggerhanakan Umno dan PKMM yang jadi politik induknya.
    
Sambutan Melayu terhadap Hizbul Muslimin luar biasa. British dan Umno sama-sama bimbang. Justeru adanya ancaman gerakan bersenjata komunis, British/Umno mengambil kesempatan mengisytiharkan darurat, mengharamkan semua parti politik kecuali Umno. Darurat itu adalah untuk menghalang kemunculan gerakan Islam itu sebagai kuasa politik berpotensi di Malaya.
  
British/Umno tahu Hizbul Muslimin yang mati akan berganti. Apabila lahir PAS tahun 1941, cepat-cepat Inggeris nasihatkan Umno bertahaluf bagi memastikan ia kekal berkuasa selepas merdeka.
    
Adapun PAS yang melihat kemerdekaan separuh masak atau tiga suku dari British itu, justeru terpaksa diterima, terpaksa menghadapinya supaya keburukan kemerdekaan seperti itu dapat disekat atau dikurangkan supaya Melayu tidak jadi Red Indian atau mengemis kuasa dalam negeri sendiri.
    
Jika PAS pula ada tahalufnya, ia adalah demi mengelakkan Melayu jadi Red Indian lebih cepat dan bagi memastikan ia tidak jadi pengemis tetapi menjadi rakan kongsi bagi rakyat Malaysia. Dari hilang semua biarlah jangan hilang semua. – HARAKAHDAILY 

Nak bagi bantuan banjirpun 'pilih bulu'?

Telah hilang tempat BERTEDUH

"Lebih malang, saya sangat terkilan apabila segelintir ahli parti hijau,biru dan merah telah mempergunakan bantuan ikhlas rakyat Malaysia untuk memenuhkan tembolok kepartian masing-masing.

"Terdapat pengagihan diberikan ekslusif hanya kepada penyokong parti masing-masing menggunakan sumbangan orang awam.

"Di saat mangsa banjir sangat terdesak untuk kelangsungan hidup, parti politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan parti," tulis seorang pegawai perubatan yang menyertai misi kemanusiaan ke Kuala Krai dan Manik Urai, Kelantan..



Berikut adalah catatan penuh beliau...

Catatan ke-14

Jam 1.30 pagi,

Skuad misi kemanusiaan PAPISMA dinahkodakan oleh Komander Dr Syed Khalid, pegawai perubatan sarjana kanak-kanak HUSM, mula mengambil tempat untuk berehat selepas seharian meredah lumpur memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar bandar Kuala Krai dan Manik Urai. Ketika baru sahaja saya hendak melelapkan mata, kami disapa seorang lelaki tidak dikenali di pusat logistik kami:

"Assalamualaikum, kami daripada syarikat Sabasun Hypermarket Terengganu tiba untuk menghantar bantuan".

Selama hampir 3 jam kami memunggah barang di awal dinihari daripada lori 3 tan ke dalam stor kami. Sungguh pemurah taukey pasaraya tersebut hinggakan bantuan yang diberikan seperti tidak akan putus. Sehingga saya membuat andaian;

"Pintu lori yang gelap ini seperti menghubungkan kita direct dengan stor mereka di Terengganu. Bekalan tak putus-putus daripada tadi ni" disambut gelak ketawa teman seperjuangan.

Syarikat tersebut menderma beras, kicap, gula, selimut, tikar dan bermacam-macam lagi. Akhirnya jam 3.30 pagi, kami selesai memunggah barang bantuan tersebut. Letih? Bukan kepalang lagi nafsu tidur kami akibat keletihan yang teramat sangat.

Jam 6.30 pagi

Selepas hanya 3 jam merehatkan diri, kami bangun dan mengerjakan solat subuh berjemaah di rumah Dr Hasmizan, pakar ENT Hosp K.Krai. Usai santapan rohani dan gastronomi, kami pulang ke pusat logistik kami untuk misi pengagihan bantuan seterusnya. Saya bergerak bersama cikgu Rosli, orang tempatan dan menjejaki penduduk kampung yang terjejas teruk di sekitar Kg Peria.

Penduduk meneruskan usaha pembersihan dan pembaikian tempat berteduh mereka. Selut dan lumpur sudah sebati dengan warna kulit mereka. Namun penduduk mempunyai masalah bekalan air untuk operasi tersebut dan juga mesin pump air untuk menembak lecekan lumpur yang semakin kering di dinding dan lantai rumah masing-masing. Seorang makcik tua mengadu kepada saya:

"Sudah tiga hari mokcik minum air longkang sahaja yang turun daripada jalan raya diatas" Allah sayu saya mendengarnya.

Pada sebelah petang, kami menghulurkan bantuan ke Kg Bahagia yang terletak di seberang Sg. Kelantan. Sewaktu kami menelusuri pusat bandar Kuala Krai, ternyata kemusnahan dan kerugian besar dapat dilihat kepada penduduk, peniaga dan juga pihak kerajaan. Beberapa kedai dan pasaraya terpaksa melelong atau memberi sahaja stok barangan yang rosak diselami air. Balai Bomba dan Ibu pejabat polis, juga musnah teruk termasuk aset seperti kereta dan motosikal peronda dll.

Di Tetangga Krai, manusia berpusu-pusu mengangkut dan memunggah barang ke dalam bot panjang untuk diagihkan di seberang. Penghulu Kg Bahagia memaklumkan bantuan sudah banyak dan mereka kini memerlukan pasukan perubatan untuk membuka klinik di sana.

Katanya sejak 3 hari lepas, padang rumput di sekolah sana ibarat sebuah mini lapangan terbang dengan helikopter mendarat sekurang-kurangnya 3 kali sehari menghantar bantuan. Terdapat juga ahli keluarga yang baru pulang daripada Kuala Lumpur terpaksa menunggu bot yang terhad untuk dibawa menyeberangi sungai yang masih berarus deras.

Di sana juga, mata saya tertarik dengan kehadiran NGO Taiwan Disaster Rescue yang barangkali dijemput oleh dewan perniagaan Cina di negara kita. Mereka segak berkelengkapan lengkap dengan peralatan menyelamat.

Tsunami banjir telah menjemput rezeki yang melimpah ruah kepada mangsa di sini. Namun, masalah utama di sini adalah koordinasi pengagihan bantuan kemanusiaan.
 
Lebih malang, saya sangat terkilan apabila segelintir ahli parti hijau,biru dan merah telah mempergunakan bantuan ikhlas rakyat Malaysia untuk memenuhkan tembolok kepartian masing-masing. Terdapat pengagihan diberikan ekslusif hanya kepada penyokong parti masing-masing menggunakan sumbangan orang awam.

Memang GILA la PAS ni.....

Di saat mangsa banjir sangat terdesak untuk kelangsungan hidup, parti-parti politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan parti. Kerana itu saya sangat senang berurusan dengan NGO seperti PAPISMA, IKRAM, IMARET, 4X4 team dll yang lebih telus dari sudut pengagihannya tanpa mengira warna politik dan kulit.
Tumpang sekaki.....
Mangsa kini sangat-sangat memerlukan shelter/khemah untuk berteduh setelah kediaman mereka dihapuskan oleh ombak banjir. Kepada anak-anak Kelantan yang berasal daripada kawasan banjir, kami menyeru anda untuk pulang bertemu dengan keluarga anda yang terjejas teruk akibat musibah ini. Hulurkan sokongan moral dan tenaga untuk membersihkan rumah ibubapa anda/ jiran tetangga.
Pasca banjir, mereka sangat memerlukan kata-kata motivasi untuk trauma yang mereka hadapi dan pastinya individu yang terbaik untuk menenangkan mereka selepas kaunselor/pakar psikiatri adalah anak-anak/ahli keluarga mereka sendiri.
Barang-barang yang kini mangsa perlukan adalah shleter/khemah besar, beras, portable stove/dapur, tangki air besar untuk setiap kampung, bot-bot untuk menyeberang sungai dan peralatan sekolah. Keperluan mereka sebenarnya adalah berfasa. Contohnya, Fasa awal mereka memerlukan makanan, kedua kelengkapan membaiki/buat rumah baru, ketiga persiapan persekolahan dan begitulah seterusnya.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dicoretkan di sini tetapi seluruh tubuh saya telah 'cramp'. Insyallah pengalaman lain akan saya kongsikan di dalam buku nanti.


Esok, Insyallah akan ke sekitar Kota Bharu atau mungkin kawasan lain yang terjejas teruk.

Terima kasih kepada semua sukarelawan, NGO, agensi kerajaan dan semestinya our unsung heroes yang lain. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati Allah.


Salam Muafakat
Dr Afiq Rahim, DAR


AMUKANMELAYU - PARTI ISLAM di Malaysia adalah PARTI AHLI SUNNAH WALJAMAAH