Setelah Pencabul K-Pop Menghina Wanita Islam, Maruah Negara Di Hina dan Di Gadai Sang Pengkhianat, Penerima Dana Asing dan Penganjur Masih Bebas Mengimport Budaya Kafirun dan MenCabul Maruah Bangsa Tanpa Dikenakan Tindakan.....apa sudah jadi dengan Tanah Melayu sejujurnya?
Sebelum generasi Woodstock dan babyboomers di tahun 1960-an,
untuk mencabul anak-anak gadis mana-mana negara, ia memerlukan beberapa
batalion tentera, aset-aset ketenteraan serta gerakan penjajahan melibatkan
pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kerap kalinya wanitalah yang menjadi
mangsa di dalam peperangan. Berapa ramai yang telah dijadikan hamba pemuas
nafsu golongan yang tentera yang menjajah. Mereka tidak mampu melawan kerana
saat itu nyawa mereka bagai terletak dihujung tanduk.
Maruah Seorang
Muslimah, Rasulullah s.a.w. dan Perang Bani Qainuqa
Kita juga masih ingat dan diperingatkan bagaimana maruah
seorang wanita muslimah dipelihara dan dijaga oleh umat Islam secara
keseluruhannya pada zaman Rasulullah s.a.w. Perang Bani Qainuqa tercetus
apabila tindakan beberapa pencabul Yahudi berkelakuan biadab mencabul
kehormatan seorang wanita muslimah dengan menyelak tudungnya di hadapan
khalayak ramai. Seorang pemuda Islam bingkas bangun mempertahankan maruah
wanita tersebut tanpa sebarang rasa takut. Beliau lantas menyerang lelaki
Yahudi biadab yang mencabul kehormatan wanita tersebut. Terkejut dengan
tindakan berani pemuda itu, Yahudi-Yahudi selainnya menyerang kembali pemuda
tersebut dan beliau syahid di pasar itu. Berita tersebut lantas sampai telinga
Rasulullah s.a.w.
Lantas Rasulullah mempersiapkan pasukan perang, melantik
Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. sebagai Panglima dan mengerahkan pasukan tersebut
mengepung perkampungan Bani Qainuqa. Takut melihat kemarahan umat Islam dengan
kehadiran bala tentera yang mengepung mereka, pihak Yahudi menghantar pihak
untuk merayu kepada Rasulullah s.a.w. supaya hukuman keras tidak dikenakan ke
atas mereka. Bani Qainuqa kemudiannya dihalau dari perkampungan tersebut. Kaab
bin al Asyraf, salah seorang Yahudi yang kuat pengaruhnya di situ telah dihukum
bunuh. Yahudi-Yahudi Bani Qainuqa terkejut kerana melihat Rasulullah s.a.w.
tidak menunjukkan rasa takut dan gentar malah terus mengarahkan hukuman
tersebut dijalankan.
Diikat dengan Piagam Madinah, Yahudi tertakluk kepada
undang-undang Yahudi. Undang-undang Yahudi yang dipungut dari kitab mereka
dengan jelas menyatakan bahawa nyawa mesti dibalas dengan nyawa, darah mesti
dibalas dengan darah. Bilamana mereka membunuh satu jiwa yang yang lain, maka
jiwa yang membunuh itu juga haruslah dibunuh. Ia sama sepertimana prinsip undang-undang
yang dikenali sebagai lex talionis. Kaab bin Asyraf kemudiannya dikenakan
hukuman sesuai dengan tuntutan kitab mereka sendiri.
Maruah Seorang
Muslimah, Khalifah Al Mutassim Dan Pasukan Perang Rom
Berlaku sebuah peristiwa di zaman
Khalifah terakhir Bani Abassiyyah. Ketika itu, umat Islam dipimpin oleh
Khalifah al Mu’tassim. Terjadi peristiwa, seorang muslimah telah ditangkap dan
dipenjara oleh tentera Rom. Semasa dipenjara, auratnya telah disingkap dan
dihinakan oleh tentera Rom. Beliau menyebut-nyebut nama khalifah tersebut
mengharapkan pertolongan dari umat Islam. Berita penganiayaan tersebut,
kemudiannya sampai kepada Khalifah al Mu’tasim.
Mendengar sahaja maruah seorang Muslimah
diperlakukan sedemikian rupa, Khlaifah al Mu’tasim mengumpulkan bala tentera
dan mengarahkan tenteranya bergerak dari kota Baghdad ke Kota Ammuriyah, sebuah
daerah di Turki kini.
Perjalanan beribu batu untuk menebus
maruah serta menyelamatkan muslimah tadi menyaksikan Kota Ammuriyyah di kepung
selama lima bulan oleh tentera-tentera Islam. Berhasil mengalahkan kota
tersebut, setelah hari kemenangan, Sultan sendiri mengambil usaha memasuki ke
dalam kawasan penjara dan membebaskan muslimah tersebut. Walaupun pada ketika
itu, keadaan serta kekuatan empayar kesultanan Abbasiyyah sedang diancam dari
pelbagai musuh dan ancaman. Mereka juga tidak sekuat semasa di zaman
kegemilangan mereka, tetapi itu tidak menghalang kepada Khalifah untuk bingkas
bangun dan mengambil tindakan drastik dan perlu untuk membela maruah muslimah
terbabit.
Kisah Asha Gill Dan WestLife
Kami
juga masih ingat lagi dengan satu peristiwa yang berlaku tidak lama
dahulu melibatkan seorang selebriti wanita tempatan bukan Islam bernama
Asha Gill. beliau pernah menjadi hos rancangan Lonely Planet 6 Degree.
Pencapaiannya membolehkannya dikenali sehingga peringkat antarabangsa.
Asha Gill Semasa Menjadi Hos Rancangan Lonely Planet Six Degree |
Semasa
muda remaja, kumpulan Westlife pernah menjemputnya ke Hong Kong untuk
menjadi penari yang memegang watak utama kepada lagu Uptown Girl.
pelawaan itu diterimanya dan mereka kemudiannya mengadakan persembahan
di Hong Kong.
Semasa
sedang teruja dengan tarian dan persembahan, salah seorang anggota
kumpulan Westlife, Brian McFadden, kemudiannya menarik dan menyingkap
skirt yang dipakai oleh Asha Gill. Marah dengan perbuatan mencemar
maruahnya dihadapan ribuan penonton, Asha Gill, walaupun masih muda
remaja, membalas perbuatan tersebut dengan satu tamparan yang kuat ke
wajah McFadden dihadapan ribuan penonton.
Bukan
semua wanita boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja
terutamanya golongan artis. beliau melakukan tindakan yang betul
mempertahankan maruahnya daripada diperlakukan sedemikian oleh artis
terbabit. Beliau bangkit sendiri mempertahankan dirinya.
Tetapi, semua kisah di atas melibatkan golongan wanita yang pentingkan maruah diri mereka terjaga dan terpelihara.
Maruah Melayu Berpakaian Muslimah Peminat K-Pop, Kepimpinan Sotong dan Tiada Apa-Apa Berlaku
Telah viral sebuah video menyaksikan anak-anak gadis Melayu
yang bertudung dan menutup aurat, satu persatu dipilih dan dijemput naik ke
atas pentas untuk dipeluk, dicium dan diperlakukan seperti tiada maruah oleh
sekumpulan lelaki K-Pop dari Korea.
Apa mereka ingat ini negara orang utan tanpa ada
undang-undang dan tanpa ada maruah dan kehormatan tertentu yang dipegang oleh majoriti
rakyatnya?
Islam ialah Agama Negara. Setiap perlakuan yang meletakkan
imej dan maruah Islam dalam keadaan mengaibkan serta mencemarkan maruah,
merupakan satu tindakan yang boleh dianggap sebagai meludah kepada kehormatan
negara.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan
jelas bahawa Agama bagi Persekutuan ini ialah Agama Islam.
Ramai manusia pendek akal kemudiannya berhujah, biarkanlah
mereka itu, bukankah mereka merelakan diri diperlakukan sedemikian rupa? Ya
benar, mereka-mereka itu merelakan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa.
Tetapi, apakah majority rakyat Malaysia yang beragama Islam merelakan imej
agama mereka yang sedang dibawa oleh anak-anak gadis tersebut melalui cara
berpakaian mereka dipotretkan sedemikian rupa murah, mudah dan boleh
diperlakukan begitu sahaja oleh sesiapa sahaja? Jawapannya tentu tidak sama
sekali.
Anak-anak gadis itu, sedang membawa bersama mereka imej agama
yang mereka anuti. Buruk akhlak mereka, maka buruklah persepsi manusia-manusia
di luar sana terhadap agama mereka. Baik akhlak mereka, maka baiklah persepsi
dan tanggapan masyarakat mengenai apa agama yang mereka anuti.
Lebih menarik, Agama anutan mereka ialah agama bagi
Persekutuan ini.
Kemudian datang pula sekumpulan manusia bajet bagus dengan
modus operandi red herring melontarkan komen-komen bahawa isteri-isteri
sesetengah pemimpin pun memeluk artis di atas pentas. Artis Melayu pun berpeluk
sakan di atas dan di bawah pentas. Drama-drama Melayu pun berbuat perkara
serupa. Jadi tak perlu bising bila semua ini berlaku. Komen-komen itu dibuat seolah-olah
kita semua berdiam diri bila semua itu berlaku selama ini. Mungkin terlalu lama
duduk di bawah tempurung sehinggakan apa yang pihak lain lakukan secara
konsisten untuk menegur, tidak kira siapa pun pelakunya, tidak diketahuinya
langsung. Lantas dengan rasa syok sendiri, golongan ini keluar membuat red
herring dan menjauhkan isu terbaru ini daripada diberikan perhatian serius.
Apa yang berlaku di pentas K-Pop itu, dilihat mempunyai
agenda-agenda tertentu yang mehu dicapai oleh sesetengah pihak.
Apabila, Tuan Haji A. Karim Omar menulis bahawa K-Pop itu
membawa bersamanya agenda Evangelisasi Kristianisasi global dalam bentuk baru dan
terselindung, keluar pula golongan yang mendekatinya dengan skeptik dan minda
yang langsung tertutup.
Kami telah berhubung dengan Tuan Haji A. Karim Omar dan
telah diperlihatkan bukti-bukti yang jelas menunjukkan apa yang dikatakannya
itu benar-benar bersandarkan kepada bukti-bukti kukuh yang ada. Tunggu sahaja pendedahan
selanjutnya yang bakal dibuat beliau tidak lama lagi.
Setelah teruk mencemarkan maruah Agama Persekutuan,
penganjur K-Pop tersebut, hanya mengeluarkan permohonan maaf dengan kenyataan
seolah melepaskan batok di tepi tangga.
Melihat kepada jadual kemasukan kumpulan K-Pop seterusnya,
nampak gayanya entah berapa ramai lagi anak-anak gadis Melayu yang bakal
dicabul dan dicemarkan maruah agama mereka sekiranya aktiviti ini tidak disekat
selepas apa yang telah berlaku sebelum ini.
Dalam hal ini, penganjur mesti dipertanggungjawabkan. Ini
kerana pihak mereka telah membiarkan sesuatu yang melanggar prinsip-prinsip
Rukun Negara diperlakukan sedemikian rupa. Mana perginya rasa hormat kepada
prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang ditekankan? Mana perginya rasa hormat ke
atas Islam yang merupakan agama Persekutuan?
Selagi tiada tindakan dikenakan ke atas penganjur, maka
selagi itulah maruah kita semua sebagai umat Islam seolah-olah sedang
dipijak-pijak dan diludah-ludah di hadapan mata.
Mana
dia pemimpin Islam, yang mewarisi negara ini melalui
kuasa ketamadunan Islam sejak sekian lama, bangkit bangun mempertahankan
maruah-maruah
muslimah selain yang dicabul pencabul K-Pop itu sepertimana Rasulullah
s.a.w. dan Al Mu'tasim? Kita tidak menuntut sampai perlunya berperang,
cukup sekadar menjalankan peroses undang-undang sedia ada untuk
memastikan pelanggar-pelanggar undang-undang diberikan keadilan proses
undang-undang sepenuhnya.
Atau apakah kita kini sedang dipimpin pemerintah dengan barisan kabinet sotong dan kita sebagai pemuda-pemuda
Muslim turut kesotongan kerana tidak mampu berbuat apa-apa meskipun maruah agama kita diperlakukan sedemikian rupa?
لوقهمن الچيڤووي - KDN + KPN + IGP = Negara selamat, aman dan makmur......
لوقهمن الچيڤووي
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_wi- KDN + KPD + IGP = Negara selamat dan aman,,,,,,,
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_wi- KDN + KPD + IGP = Negara selamat dan aman,,,,,,,