,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 18 January 2015

POLITIK JENIS APA NI MEMBIARKAN MARUAH DAN HARGA DIRI DIGADAI DAN DI HINA KAFIRUN


AKSI LONDEH MELONDEH YANG SEMAKIN MEMUALKAN

Ramai yang muak dan mual dengan drama murahan DAP dan PAS. Mereka tarik rambut dan londehkan pekung masing-masing. Presiden PAS dihina dan dimalukan oleh DAP. 

Pokoknya, kedua-dua parti itu telah di'bogel'kan sesama mereka ke tahap yang sangat memalukan tetapi DAP dan PAS masih 'tidur sekatil' berpeluk-pelukan sesama mereka.

Ini adalah skrip wayang yang paling hina dan sangat memuntahkan rakyat. Yang terbaru ialah satu lagi skrip wayang pacak free untuk dipersembahkan kepada rakyat.  
PAS hari ini menyelar DAP kerana "cakap tidak serupa bikin" dalam mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), sedangkan mereka sendiri mendahului gabungan itu dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ianya tidak pernah dipersetujui PR.

"Sedangkan Pakatan sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk 'agree to disagree' dan mengakui hudud melampaui Pakatan Rakyat kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

"Sedangkan isu pilihan raya kerajaan tempatan tidak pernah dibawa kepada Pakatan Rakyat, tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui tetapi DAP tetap mahu meneruskan pelaksanaannya di Pulau Pinang. Ini cakap tidak serupa bikin."
 
Mustafa mengulas tulisan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang mempertikaikannya dalam wawancaranya bersama sebuah akhbar berbahasa Cina.

Dalam kenyataan itu, Loke merujuk kepada laporan wawancara setiausaha agung PAS itu bersama akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 12 Januari lalu yang turut dipetik sebuah portal.

"Dalam wawancara tersebut, Datuk Mustafa Ali membuat beberapa andaian politik terhadap DAP, yang pihak kami merasakan tidak tepat sama sekali dan perlunya diperjelaskan secara terbuka melalui kenyataan ini," kata Loke.

Dalam wawancaranya itu, Mustafa mendakwa DAP tidak akan berjaya ke Putrajaya tanpa kerjasama dengan pihak lain, termasuk PAS.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, PAS mengaku hudud tidak termasuk dalam polisi bersama dan bukan agenda PR.

Tetapi ia sudah menjadi janji lama PAS kepada pengundinya di Kelantan dan dimasukkan dalam manifestonya sejak beberapa pilihan raya umum yang lalu.

"Kita laksanakan ini di Kelantan dan untuk orang Islam sahaja," katanya.

Hubungan di antara parti dalam PR terutamanya di antara PAS dan DAP semakin keruh terutamanya selepas kemelut menteri besar Selangor.

Walaupun sudah bersetuju Selangor diterajui PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memimpin negeri itu.

PKR dan DAP sebulat suara mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menjadi menteri besar Selangor.

Semenjak kemelut menteri besar Selangor, Hadi tidak pernah menghadiri mesyuarat PR dan tidak pernah dilihat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – 17 Januari, 2015

Entah berapa siri lagi untuk DAP akan perbodoh-bodohkan PAS dan menipu Orang Melayu.......

Dan sampai bila ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAP dan PAS sanggup diri mereka dibohong dan dibangangkan oleh kepimpinan kedua-dua parti itu?

Jangan jadi bodoh.

Bagaimana pula dengan isu terbaru ini yang melibatkan Husam dan MB Kelantan......

Dah ada pulak MB swasta......

EXCO PEMUDA PAS MENDERHAKA PADA TGHH

Isu penghinaan parti DAP dan PKR terhadap Presiden dan parti PAS belum lagi dipertahankan hebat oleh PAS, sekarang mereka bercakaran pula sesama sendiri dalam PAS.
Dan Exco Pemuda UMNO Pusat ini tentu malu besar apabila membaca kenyataan di bawah : 
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan kenyataan EXCO Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff supaya Presiden Pas tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti pertengahan tahun ini, sebagai kenyataan yang tidak perlu dilayan. 
Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu. 
“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.
Yang menarik juga ialah laporan di bawah : 
Selain menjelaskan bahawa Zulhazm adalah peguam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) iaitu salah sebuah NGO yang lantang mengkritik kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi, Satiful Bahri turut membidas Zulhazmi supaya tidak mencampuri urusan parti itu.
Kita dapat merasakan pergeseran hebat di antara PAS dan PASma yang selama ini cuba dinafikan dan disembunyikan oleh pihak-pihak tersebut.  

Anda baca laporan seterusnya :
Satiful Bahri menegaskan, perwakilan dalam Muktamar Pas akan memainkan peranan untuk menentukan sama ada Abdul Hadi kekal atau sebaliknya. 
“Kalau kepimpinan persatuan peringkat dunia iktiraf beliau (Abdul Hadi) dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, kenapa kita di Malaysia hendak tolak? 
“Untuk jawatan Mursyidul Am Pas, kita sudah ada Timbalan Mursyidul Am iaitu Datuk Dr Harun Din,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. 
Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur. 
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada Muktamar 2013 berkata, ini sebab Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas. 
Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka menjelaskan bahawa suara yang lantang itu tidak lebih sebagai suara picisan dan karenah mereka tidak perlu dilayan. 
Walaupun menyedari tindakan Pasma semakin lantang, apatah lagi membuat kenyataan terbuka melalui laman sosial dan media mengenai Pas, beliau tidak melihat ia sebagai ancaman. 
“Dalam Pas, kita sudah lama menghadapi perkara seperti itu,” katanya - Sinaran


AMUKANMELAYU - Kepada PAS dan UMNO.....kembalilah kepada Alif...Ba....Ta....