,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 8 September 2015

3 Wanita Legenda MELAYU Menjelma Dalam UMNO


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata sebagai Setiausaha Agung UMNO beliau mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Lembaga Disiplin parti.

Beliau berkata, kuasa itu boleh digunakan atas mana-mana ahli yang melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persidangan Percambahan Minda Pengerusi, Pentadbiran dan Pegawai Syarak Masjid dan Surau Parlimen Putrajaya di sini.

Beliau mengulas mengenai pemecatan ahli UMNO cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin berkuat kuasa 2 September lalu.

Tengku Adnan berkata, beliau bersedia untuk disaman oleh Anina kerana yakin tidak bersalah dan tindakan yang dibuat adalah mengikut peraturan serta perlembagaan UMNO
.
"Kalau dia (Anina) nak saman saya samanlah, saya terima," katanya.

- BERNAMA

3 Wanita Legenda MELAYU Menjelma Dalam UMNO

OLAK LEMPIT - Selasa 24 Zulkaedah 1436H, Nampaknya suhu politik tidak nampak akan mereda dalah tempuh beberapa bulan lagi. Seperti JERUBU yang menyerang Negara hampir setiap tahun, begitulaj juga dengan keadaan politik "NAJIB" sekarang ini. Serangan demi serangan mula kedengaran dari dalam UMNO sendiri.....Pembangkang nampaknya boleh rehat seketika. Yang menghairankan Penulis, Kaum LELAKI dalam UMNO seperti kehilangan TELOQ. Kini penyerangan terbuka datangnya dari WANITA UMNO. Dan ianya meliputi UTARA, TENGAH dan SELATAN Tanah Air. 

Mungkin sesetengah Pemimpin UMNO terlepas pandang. Kaum Ibu adalah PENYUMBANG terbesar kemenangan UMNO. Jangan nafikan PERANAN mereka dalam menentukan halatuju Negara walaupun mereka adalah TANGAN yang MENGHAYUN BUAI dan TEMAN TIDUR sementara menanti fajar menyinsing. Setiap kejayaan LELAKI itu sudah tentu ada Wanita di belakangnya. Tapi sudah TERCATIT dalam sejarah ramai lelaki yang menjadi BANGSAT juga datangnya dari kaum yang di anggap lemah ini.

Terdapat terlalu ramai wanita-wanita dalam sejarah dan legenda Malaysia yang wajar dijadikan contoh. Sikap keperibadian yang luhur dan bersopan, menggambarkan adat ketimuran yang kian menipis dalam masyarakat dan budaya, sedangkan wanita-wanita tersebut telah membuktikan kesusilaan dan kewajaan boleh dilakukan tanpa perlu merendahkan salah satu.

1. Cik Siti Wan Kembang

Pemerintah wanita tanpa beraja ini merupakan antara wanita yangg sering disanjung dalam kisah-kisah Tanah Maelayu dahulu kala. Kebanggaan negeri Kelantan, sehingga antara nama timangan negeri tersebut adalah sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang.Pada lambang bendera Kelantan terdapat dua ekor kijang, haiwan yang dikatakan peliharaan kegemaran Cik Siti Wan Kembang.

Tidak berkahwin, beliau mempunyai seorang anak angkat, Puteri Saadong. CIk Siti Wan Kembang adalah keturunan diraja dan memiliki keturunan Champa-Kelantan-Patani. Mengikut kata Ibnu Battuta, seorang saudagar pengembara, Cik Siti Wan Kembang mempunyai iras wajah yang berseri serta mahir bertutur dalam bahasa Turki.

Antara kemahiran Cik Siti Wan Kembang adalah berjuang. Beliau pernah berjuang dengan menaiki kuda dan menggunakan pedang, mengetuai sekumpulan askar berkuda wanita.

2. Mahsuri

Tiada siapa yang tidak mengetahui legenda Mahsuri, antara penarik utama untuk melawat Langkawi. Mahsuri hanyalah seorang gadis kampung biasa, bukan puteri raja mahupun orang kayangan, namun beliau dianugerahkan kecantikan yang hebat hingga mampu menimbulkan perasaan tidak senang hati wanita lain hingga menimbulkan fitnah.

Sewaktu suaminya pergi menunaikan tanggungjawab menjaga kawasan lain – pada masa itu abang suami Mahsuri, penghulu kampung, bertanggungjawab melindungi satu Langkawi – Mahora, kakak iparnya, tidak berpuas hati akan layanan serta kehormatan tinggi yang diterima Mahsuri yang dirasakan melebihi dirinya sedangkan dia isteri Penghulu sebenar. Lalu difitnahnya Mahsuri bermain kayu tiga sewaktu suaminya tiada.
Kisahnya menjadi satu legenda apabila Mahsuri ditikam lalu mengalirkan darah berwarna putih, yang dianggap sebagai bukti betapa sucinya orang yang difitnah. Mahsuri juga bersumpah, dengan nafas-nafas terakhirnya, bahawa jika beliau berkata benar, bahawa beliau tidak bersalah, maka Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur.

Tidak lama kemudian, serangan orang Siam mencetuskan pula lagi satu legenda, iaitu legenda Beras Terbakar, yang dikatakan permulaan sumpahan Mahsuri. Sejak kejadian tersebut, benarlah terjadi seperti apa yang disumpahnya, hinggalah generasi ketujuh ditemui. Generasi ketujuh Mahsuri dikatakan hampir seiras dengannya dan telahpun berkahwin.

3. Tun Fatimah

Melaka Bandaraya Bersejarah asal srikandi wanita Melayu ini. Pasti anda sudah biasa dengan kisah Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah. Kini dengarilah kisah Tun Fatimah legenda yang bersangkutan antara Melaka dan Johor. Kisahnya bermula sedetik sebelum penjajahan yang menyebabkan Sultan Mahmud, Sultan Melaka pada masa itu, mengundur ke Johor sewaktu dijajah Portugis.

Terkenal sebagai srikandi wanita tersohor, Tun Fatimah amat handal dalam seni persilatan serta menggunakan senjata seperti keris dan lembing.

Merupakan anak Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali,beliau dikahwinkan dengan seorang lelaki bernama Tun Hassan. Sultan Mahmuad Shah menghadiri majlis perkahwinannya lalu terpukau dengan kecantikannya dan timbullah kemurkaannya kerana Tun Fatimah tidak ditawarkan kepadanya. Kancah politik yang kotor telah mengaburi mata sultan melaka itu, ditambah pula dengan dendamnya kerana tidak mendapati Tun Fatimah, menyebabkan terfitnahnya keluarga Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali. Seluruh keluarga kecuali dirinya dibunuh.

Apabila menyedari kekejaman dan kesalahan yang dibuatnya, Sultan Mahmud mengutuskan pinangan ke atas Tun Fatimah sebagai isterinya. Mengingatkan pesanan ayahnya bahawa sebagai rakyat, mereka haruslah taat setia kepada negara dan sultan, dengan berat hati Tun Fatimah menerima. Sultan Mahmud begitu mencintanya sehingga memberinya gelaran Paduka Seri Permaisuri Melaka.

Biarpun pada awalnya Tun Fatimah tidak rela bersama sultan, akhirnya kelembutan, keinsafan dan kasih sayang sultan berjaya menambat hatinya. Setelah beliau berjaya menangkap serta menghukum orang-orang yang memfitnah keluarganya, Tun Fatimah bahagia bersama suami tercinta sehingga melahirkan tiga putera dan satu puteri.

Begitu kuatnya pengaruh Tun Fatimah sehingga ditubuhkan satu sekolah berasrama penuh atas namanya dengan harapan agar dapat mendidik anak-anak gadis setabah dan sekuat Tun Fatimah

Surat sokongan Tun M kepada bekas ahli UMNO Langkawi jadi viral

Surat sokongan Tun M kepada bekas ahli UMNO Langkawi jadi viral
Ayahanda Tun M

KUALA LUMPUR: Gambar surat daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bekas ahli UMNO Langkawi Anina Saadudin mula mendapat perhatian netizen di media sosial.

Anina, menerusi akaun Facebooknya, memuat naik gambar surat itu dan menulis "Manusia yang telah membina bangunan berkembar tertinggi di dunia mengutus rasa bangga pada perjuangan kita semua."

Tun M menerusi surat tersebut menyatakan rasa sedih kepada Anina atas pemecatan keahlian UMNO beliau sambil memuji tindakan beraninya menyuarakan kebenaran berkaitan pemimpin tertinggi Malaysia.

“Saya berasa bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang akan berani bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.

“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” tulis Tun M dalam surat tersebut.

Tun M juga menasihati Anina untuk tidak berputus hati, malah teruskan tanggungjawabnya untuk memperjuangkan negara.

“Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari,” Tun M mengakhiri surat beliau.
FB
Gambar diperoleh dari Facebook Anina Saadudi

MINTA NAJIB LETAK JAWATAN - Ketua Wanita UMNO Gopeng SEDIA Terima Sebarang Tindakan


IPOH -  “Saya sudah bersedia fizikal dan mental sekiranya khabar angin itu benar,” itu penjelasan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengenai ura-ura beliau antara beberapa pemimpin Umno yang akan dipecat dari parti.

Menurutnya, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun sehingga kini tiada sebarang surat mahupun kenyataan rasmi diterimanya bagi mengesahkan khabar angin tersebut.

Datok Hamidah Osman

Katanya, namanya tersenarai antara pemimpin yang dikhabarkan akan dipecat itu dipercayai selepas beliau lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya berprinsip setia kepada parti, bukan setia kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

“Takkan lebih tiga juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk tiga juta orang,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin beberapa pemimpin Umno yang disenaraikan kononnya akan dipecat daripada parti dalam masa terdekat.

Hamidah berkata, khabar angin itu diharapkan tidak akan berlaku kerana ia akan memberi kesan buruk selain membentuk perpecahan yang lebih teruk dalam parti.

Menurutnya, pemecatan pemimpin bukanlah satu penyelesaian terhadap sesuatu kemelut yang berlaku, sebaliknya tindakan itu akan merosakkan lagi imej parti Umno pada pandangan rakyat.

“Jika Datuk Seri Najib benar-benar sayangkan Umno, beliau kena cari jalan untuk mendamaikan antara pemimpin, bukan mengeruhkan keadaan.

"Saya harap ia (pemecatan daripada Umno) tidak akan berlaku,
” katanya. - SH 



Norwati Abdul Manaf - AJK Bahagian Pasir Gudang (Ketua Wanita Cawangan  Mawar)
Memorandum minta PM rehat diserah

NASIONAL
OLEH HAMDAN OTHMAN DI PASIR GUDANG 
Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.
"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.

"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya. - MalaysiaGazette

Wanita UMNO tuduh Najib ‘kuat kencing’, nasihat pergi berubat

umno-women_600

PETALING JAYA: Kelantangan seorang Ahli Wanita UMNO mengkritik Presiden Parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi video sensasi dan mendapat perhatian pengguna alam maya.

Menerusi sebuah video yang menjadi viral, wanita tersebut yang dikenali sebagai Alina menuduh Najib sebagai `penipu’ apabila membuat kenyataan tiga juta ahli UMNO menyokong terus kekal sebagai Perdana Menteri.
 Alina berkata demikian ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.

“Why Datuk, kamu nak kencing (tipu) tiga juta ahli UMNO. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO. Jangan kata tiga juta ini menyokong penuh kepimpinan beliau, saya minta MT (anggota Mesyuarat Tertinggi) bawa Najib pergi berubat.

“Saya sokong Barisan Nasional, demi Allah saya ahli UMNO, walau apa jadi saya pangkah Barisan Nasional. Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional, saya sayangkan UMNO. Jangan pertikai kesetiaan saya pada Barisan Nasional dan UMNO, tapi kita lihat pada Presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari, keluar kat tv (televisyen) cakap merata-rata,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300, 000 kali dan dikongsi lebih dari 10,000 pengguna.

'Perjuangan saya belum selesai' luah Anina selepas digugurkan dari UMNO


'Perjuangan saya belum selesai' luah Anina selepas digugurkan dari UMNO
Anina Saadudin
KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi Anina Saadudin menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa hatinya selepas beliau digugurkan keahliannya, berkuatkuasa 2 September.

Kira-kira 24 jam selepas Anina digugurkan keahliannya, beliau mencurahkan rasa hatinya dengan menulis sebuah sajak di laman Facebooknya.

Anina melalui sajak itu berkata, ia adalah takdir Allah untuk menjadikannya anak Melayu serta anak Malaysia, jadi ia adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara Malaysia.

“Bukan ku minta lahir ke dunia,
Bukan ku minta menjadi Melayu,
Bukan ku minta menjadi rakyat bumi Malaysia,
Kasih ku pasak utk bumi tercinta
Demi Allah yg mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…

Selagi hidupku di tentukan Allah utk bernyawa,
selagi itu aku berjuang utk tanahair tercinta.
Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNya, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku.

Salam perjuangan anak Malaysia.”


Anggota wanita UMNO Langkawi itu turut menegaskan bahawa beliau akan terus berjuang demi kesejahteraan negara.

“Perjuangan saya belum selesai. Saya akan terus berjuang dengan izin Allah swt. Salam pasak kasih untuk 28 juta rakyat Malaysia,” tulis Anina di laman Facebooknya.

fb
Gambar dari Facebook Anina Saadudin


fb
Gambar dari Facebook Anina Saadudin

Pada 28 Ogos lalu, Anina memfailkan tuntutan saman yang meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun sudah menjelaskan wang itu bukan untuk kepentingan peribadi.
Tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana tindakannya disifatkan melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO.

Najib: Orang Melayu akan bangsat tanpa UMNO


najib-melayu

PETALING JAYA: Orang Melayu akan bangsat sekiranya UMNO yang meneraju politik negara ini kehilangan kuasa. Peringatan itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di Kangar. Katanya, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menunjang kepimpinan negara itu.

“Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

“Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,” katanya yang dipetik daripada Bernama.



AMUKANMelayu - Kita semakin KETANDUSAN pemimpin hasil dari "MENYEKAT" orang BERPENDIDIKAN menjadi Ahli UMNO. Ramai yang menjadi MENTERI adalah SENATOR....adakah MP UMNO yang ada kini TERLALU TAKUT untuk menyanggah KEMAHUAN POLITIK Najib atau mereka sedar yang mereka tidak BEKEMANPUAN untuk menjadi PEMIMPIN dan I'M ARE YES MAN bro........