,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 17 September 2015

MENYEDIHKAN - KENAPA POLIS BEGITU LAMBAT MENGESAN Kevin Anthony Morais?

Bekas Pegawai Pendakwa SPRM, Kevin Anthony Morais ‘Di Bunuh’ Kejam
 
OLAK LEMPIT - Khamis 3 Zulhijjah 1436 H, beruala 4 September Kevin Anthony Morais kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat 4 September jam 9 pagi menaiki Proton Perdana kelabu dengan bernombor WA6264Q. Seorang rakannya cuba menghubungi Morais pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan seterusnya pukul 3 petang tetapi gagal. Hinggalah hari ini genap 12 hari kehilangannya, .....sungguh tergis dan menyedihkan. Kenapa begitu kejam ia di bunuh......

Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat berkenaan kehilangan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara. Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa setelah cubaan menghubungi Kevin gagal memetik Astro Awani.
Bekas Pegawai Pendakwa SPRM ‘Hilang’
Anthony Kevin Morais

“Ya, laporan telah dibuat dan kita sedang melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Kevin sebelum ini berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan. Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.
Sementara itu, menurut portal berita The Rakyat Post yang memetik sumber berkata pemeriksaan di pejabatnya mendapati beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat. Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya, Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada jam 6 petang Sabtu.
Portal itu turut menyatakan bahawa Kevin kembali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM. Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Penemuan kereta Proton Perdana yang terbakar di Hutan Melintang pada Sabtu dikaitkan dengan kehilangan timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais yang hilang.

Ditanya mengenai kereta yang ditemui di Hutan melintang sebelum ini, Mohmad berkata, pihaknya percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan. KERETA yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82293
Ditanya mengenai kereta yang ditemui di Hutan melintang sebelum ini, Mohmad berkata, pihaknya percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan. KERETA yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82293
Kali terakhir Morais dilihat ketika meninggalkan kediamannya menaiki kenderaan sama di Menara Duta untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada pagi Jumaat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada kenderaan itu mempunyai kaitan dengan kehilangan Morais.

"Apa yang boleh saya katakan kami temui kereta itu. Polis Perak menyiasat kejadian itu sebagai perbuatan khianat. Bagaimanapun setakat ini kami belum dapat memeriksa nombor casis atau plat pendaftaran kerana terbakar teruk," katanya.

Sebelum ini, Morais dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan kediamannya pada pukul 9 pagi menaiki Proton Perdana kelabu dengan bernombor WA6264Q. Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi Morais pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan seterusnya pukul 3 petang tetapi gagal.

Rakannya itu kemudiannya menghubungi pejabat apabila dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat hari itu. Jurucakap SPRM berkata, Morais bertugas di agensi berkenaan kira-kira lapan tahun sebelum kembali semula ke Pejabat Peguam Negara. Katanya, Morais tidak terbabit dalam siasatan 1MDB

Sah Kereta Terbakar Milik Kevin Morais

Polis mengesahkan hampir 99 peratus siasatan yang dilakukan terhadap kereta yang terbakar adalah milik Kevin Anthony Morais yang masih lagi hilang. Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi FMT. Zainuddin bagaimanapun berkata, pihaknya belum boleh mengesahkan secara rasmi kerana ada maklumat belum lengkap terutama nombor casis pada enjin yang telah terbakar.

“Kita tak boleh dedahkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kepada orang awam kerana keseluruhan siasatan ini masih memerlukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengesahkannya dengan tepat,” katanya.





Tragis: Kevin Anthony Morais berakhir dalam tong simen.......dan apa kata Ghani Patail? Yang benarnya selamatkah kita? TPP hilang ditemui- tragisnya dalam tong bersimen 01:40PM Sept 16 2015 oleh Robin Stanley Augustin SEKILAS PANDANG: Bersemadilah dengan tenang Kevin Anthony Morais Pelbagai laporan berita kini telah mengesahkan apa yang ditakuti ramai akan berlaku. Kurang dua minggu selepas dia diculik, mayat Timbalan Pendakwa Raya berusia 55 tahun telah dijumpai dalam sebuah tong minyak bersimen, yang dibuang di kawasan berpaya USJ 1. Penemuan mayat oleh polis itu telah mengakhiri operasi mencarinya dan diharapkan memberikan sedikit ketenangan kepada keluarganya. Morais telah berkhidmat dengan SPRM sebagai timbalan pengarah undang-undang dan pendakwaan selama lebih sedekat lamanya, sebelum dipindahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara (AGC) beberapa bulan lepas. Kemudian, pada 4 September, Morais meninggalkan rumahnya di Menara Duta dalam sebuah kereta Proton Perodua kerajaan berwarna kelabu. Dia tidak sampai ke pejabatnya dan cubaan menghubunginya menemui kegagalan. Bimbang, keluarganya melaporkan kehilangannya pada 5 September. Keesokan harinya, polis menemui sebuah kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang kelihatan seperti samada sebuah Honda Accord, atau sebuah Perdana (kumpulan kereta Perdana terakhir yang dibekalkan kepada kerajaan oleh Proton adalah binaan semula Accord). Nombor kasis kereta sudah dilupuskan dan tiada orang dijumpai dalam kenderaan tersebut. Kenyataan dari polis dan pelbagai laporan media telah memberikan petunjuk apakah sebenarnya yang berlaku kepada pegawai kanan kerajaan berusia 55 tahun itu. Rakaman CCTV yang diperolehi polis mendedahkan kereta Morais dipintas di Jalan Telawi, Bangsar, di mana beberapa orang menculiknya. Seorang lagi penculik kemudian memasuki kereta mangsa dan kedua-dua kereta berlalu pergi. Beberapa media melaporkan yang Morais kelihatan tertekan beberapa hari sebelum penculikannya dan memberitahu teman serumahnya yang dia sedang menguruskan sebuah kes yang sukar. Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab, tetapi kita semua tahu pengakhiran tragedi malang ini. Kes ini kini menjadi kes bunuh dan polis perlu mendapatkan keadilan untuk Morais. Laporan berita yang timbul mendedahkan terdapat tujuh orang suspek, termasuk doktor tentera yang telah ditahan berkaitan dengan kes ini dan polis percaya ia mempunyai kaitan dengan kes rasuah di mahkamah Shah Alam yang Morais kendalikan. Walaupun polis sudah menemui mayat, beberapa persoalan serius perlu ditanyakan kepada pasukan penguatkuasa itu. Abang Morais, Charles telah mengecam tindakan polis yang dikatakan lambat bertindak, apabila mereka mengambil empat hari untuk memeriksa CCTV tentang bagaimana Morais hilang. Mengapakah polis mengambil masa yang lama untuk memeriksa rakaman CCTV? Pada zaman ini bukankah itu yang sepatutnya polis lakukan dahulu? Mungkin sudah sampai masanya untuk pegawai kanan kerajaan, terutama sekali mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang, diberikan perlindungan sepanjang masa atau perlindungan polis. Doa dan simpati kami kepada keluarga Morais yang kini berdepan masa sukar. Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com Mendiang Kevin seorang pegawai dan lelaki baik – Gani Patail TRP - UPDATED: Sep 16, 2015 04:11pm Abdul Gani hadir di Hospital Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa. Foto fail TRP KUALA LUMPUR, 16 September: Bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan mendiang Kevin Anthony Morais sebagai pegawai yang baik dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya. “Dia seorang pegawai dan lelaki yang baik,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), dekat sini. Beliau yang hadir kira-kira jam 1.30 tengah hari ke HKL, mengakui berbuat demikian bagi memberikan sokongan kepada keluarga mangsa. Menurut Abdul Gani, Morais sering mengendalikan kes -kes besar sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Pagi tadi, polis yang dibantu bommba dan penyelam, mengeluarkan tong dram yang mereka percayai berisi mayat Timbalan Pendakwa Raya berusia 55 tahun itu. Tong dram itu dibuang ke dalam kolam di belakang Sekolah Cina Chee Wen di Taman Subang Mewah. Mayat dibawa ke HKL bagi mengenal pasti identiti mangsa. Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Morais berhubung penemuan mayat itu. “Semua anggota kerja SPRM berasa simpati terhadap insiden yang melanda Kevin Morais, yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang selama 10 tahun sebelum kembali ke Pejabat Peguam Negara pada Julai 2014, dan berharap keluarganya akan tabah menghadapi insiden ini. “Kehilangan Kevin Morais adalah kehilangan besar kepada institusi yang mendukung undang-undang negara,” luah SPRM dalam satu kenyataan hari ini. Suruhanjaya itu berharap mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan. Seorang doktor perubatan pusat perubatan tentera, yang berdepan dakwaan rasuah oleh Morais, adalah antara tujuh yang ditahan berhubung insiden itu. Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Punca Kelvin Morais Dibunuh

1. Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morias dibunuh kerana terlibat kes rasuah yang dikendalikannya di Shah Alam dua minggu lalu.

2. “Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

3. Suspek utama, seorang doktor, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52, Ketua Makmal Patology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.

4. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

5. Suspek didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat persendirian sebagai dorongan bagi membolehkan syarikat terbabit membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital.

6. Sebelum itu, polis yang menahan tujuh suspek, dibawa seorang daripada mereka ke lokasi kejadian di Jalan Subang 3, di Subang Jaya.

7. “Kami percaya suspek lain digunakan untuk membantu menculik Morais. “Semua suspek kini direman selama 14 hari untuk membantu siasatan,” kata Mohammad Salleh.

8. Dalam pada itu, ahli keluarga Morais sudah melakukan proses pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

9. Morais dilaporkan hilang selepas dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya 4 September lalu.

10. Siasatan polis mendapati, Morais yang menaiki Proton Perdana diekori empat lelaki yang kemudiannya menculiknya di Bangsar.

Berikut merupakan kronologi kehilangan Kevin Anthiny Morais:

4 September:

Morais keluar meninggalkan rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalam Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke pejabatnya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais. Davven cuba menghubungi Morais tapi gagal. Davven menghubungi Setiausaha Morais namun dimaklumkan yang Morais tidak masuk ke pejabat.

5 September:

Polis terima aduan awam berkenaan penemuan kereta Proton Perdana versi Honda Accord yang hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kapung Sungai Semak, Hutan Melintang, Perak. Nombor kenderaan dan chasis dipercayai dirosakkan, namun ia sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia didapati hilang.

Davven memaklumkan tentang kehilangan Morais kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan itu di Balai Polis Jinjang kira-kira jam 5.04 petang.

6 September:

Polis dengan bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd mengenalpasti kenderaan yang ditemui, tapi pihak Polis masih belum mendapat kepastian sehingga kini.

Polis klasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes orang hilang (OH). Polis tubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes kehilangan Morais ini yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September:

Khabar angin mengatakan mayat Morais ditemui di Sungai Kelang namun polis menafikan berita tersebut. Polis mengesahkan yang Morais dilarikan berdasarkan penelitian keatas kamera litar tertutup di laluan yang dipercayai digunakan Morais pada hari kehilangannya. Kes disiasat dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan yang Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar melalui rakaman CCTV yang diperoleh pihak polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang oleh sebuah lagi kenderaan lain dan berhenti si tepi jalan sebelum Morais ditarik masuk ke dalam kenderaan suspek. Kenderaan yang dipandu Morais turut dilarikan oleh suspek.

16 September:

6 pagi- Sepasukan polis dan staf STAFOC menemui tong yang mencurigakan di Taman Subang Mewah.
8.45 pagi - Sepasukan bomba bersama sebuah jentera tiba di tempat kejadian.
8.55 pagi - Staf STAFOC meninggalkan lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan 4 roda.
9.15 pagi - Orang awam dan petugas media mula memenuhi lokasi kejadian.
10.10 pagi - polis sahkan penemuan mayat Morais dalam tong dram yang bersimen.



Sumber: KLXPRESS - See more at: http://www.ohmedia.my/2015/09/pembunuhan-morais-mayat-di-simen-dalam-tong-dram.html#sthash.jvULqhDv.dpuf

Kevin Morais dibunuh, doktor tentera antara 7 ditangkap, kata polis


Mayat Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais ditemui dalam tong dram di kawasan di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya. – Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2015.Mayat Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais ditemui dalam tong dram di kawasan di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya. – Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2015.Polis hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sebelum ini, mati dibunuh selepas mayatnya ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya.
Polis turut mengesahkan, 7 orang, termasuk seorang doktor tentera, ditahan semalam.
Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada waktu pagi untuk ke pejabat. – Gambar fail Facebook, 16 September, 2015.Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada waktu pagi untuk ke pejabat. – Gambar fail Facebook, 16 September, 2015.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek utama membawa polis ke kawasan paya itu, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang.

"Kami percaya ia ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. Suspek itu terbabit dalam kes rasuah yang mana Morais merupakan pendakwanya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September lalu selepas dia meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada laporan orang hilang kepada penculikan berdasarkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di Kuala Lumpur.
Rakaman itu menunjukkan kereta Morais dirempuh sebuah kereta lain di sebatang jalan di ibu kota sebelum dipandu pergi beberapa lelaki.
Mohmad berkata, polis menemui mayat itu selepas berjaya memecahkan tong itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.
"Mayat itu, yang disumbat dalam karung guni, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, yang akan dilakukan pada jam 2 petang," katanya.
Suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, tetapi Mohmad berkata kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dalam kes itu tetapi turut ditahan bersama mereka yang lain.
"Hanya seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah," katanya, sambil menambah, semua suspek ditahan di sekitar Rawang dan Lembah Klang.
Beliau juga berkata, siasatan awal mendapati, suspek utama mengupah suspek lain yang ditahan itu untuk melakukan penculikan.
Polis turut merampas wang berjumlah RM17,000, sebuah Honda Accord dan sebuah Mitsubishi Triton, yang digunakan untuk melanggar kereta Morais apabila dia diculik, di Pulau Pinang.
Sebuah Proton Persona, RM15,000 dan perkakasan yang digunakan untuk menyumbat mayatnya ke dalam tong juga dirampas di Kuala Lumpur.
Doktor tentera itu, seorang berpangkat kolonel berusia 50-an, yang bertugas di makmal patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perdagangan haram pada Disember 2013 .
Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes itu.
Pada September tahun lepas, doktor itu, yang dilepaskan dengan ikat jamin RM100,000, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan RM700,000 kerana didakwa mencadangkan tiga syarikat untuk membekalkan ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang ke hospital. – 16 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kevin-morais-dibunuh-doktor-tentera-antara-7-ditangkap-kata-polis#sthash.Har16UiE.dpuf

AMUKANMelayu - Rasanya KPN perlu di tukar.........