,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 16 September 2015

PENJAJAH CINA - CINA MALAYSIA AKAN MENJADI “Stateless" JIKA IDEALOGI KOMUNIS DAP TERUS MENJADI PEGANGAN MEREKA


Andainya bangsa Melayu yang mereka kata rasis itu tidaklah bermurah hati memberi izin untuk bangsa-bangsa pendatang menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu selepas tarikh kemerdekaan, maka mungkin sehingga harilah mereka masih tetap hanya bertaraf penduduk tetap sahaja.

Begitulah baik hatinya orang-orang Melayu, datuk nenek kita, kerana mempersetujui untuk menerima kaum bangsa yang dibawa oleh Bristish untuk melombong di Tanah Melayu sebagai rakan senegara sehingga ke hari ini. Sebab itulah datuk nenek kita dan datuk nenek mereka dapat hidup saling memahami pengorbanan dan toleransi dari bangsa yang penuh budaya lemah lembut. 

Andainya anak-anak cucu generasi dahulu fahami persefahaman yang disepakati untuk mendokumenkan Pemasyhuran Kemerdekaan (baca: Memahami Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan) yang telah diperkenankan oleh Duli-duli Raja-raja Melayu seluruhnya bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu, mungkin barulah mereka sedar atas pengorbanan bangsa Melayu inilah mereka itu sebagai mereka pada hari ini.

Sebab itu generasi muda perlu diperingatkan semula perihal sejarah. Malaysia bukan hanya terbentuk pada tahun 1963 atau pun merdekanya pada tahun 1957. Detik-detik sejarah sebelum itu banyak pengajarannya. 1948nya, 1945nya, 1834nya. Dan MESTI diingat kedaulatan negeri-negeri Melayu di bawah pemerintahan Raja-rajanya mempunyai sejarah mereka masing-masing.

TunTanSiewSin-Hak-Melayu-30Apr1969 

Rupanya bangsa Melayu yang dikatakan rasis ini dipuji sendiri oleh pemimpin awal orang Cina, Tun Tan Siew Sin. Beliau dengan penuh kesyukuran dipetik dalam akhbar tempatan sebagai berkata:
The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.
Siew Sin memperakui orang Melayu berkorban untuk membenarkan orang-orang Cina dan India menjadi WARGANEGARA Tanah Melayu sebelum wujudnya Malaysia lagi.

Apakah begitu mudah mereka lupa pengorbanan kita dan janji-janji yang dipersetujui?
Ucapan ini bukan sahaja penting kerana isinya tetapi penting juga kerana masa dan ketika beliau mengungkapkan kata-kata tersebut. Ucapannya yang disiarkan pada 30 April 1969 adalah bagi menjawab tuduhan-tuduhan rasis bangsanya sendiri terhadap orang-orang Melayu.

Ini bermakna, ketika menghadapi PRU 1969, ada pihak-pihak yang mengapi-apikan suasana untuk membentuk ketegangan kaum memuncak dengan mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu. Kita kena sedar bahawa peringatan Siew Sin adalah sekitar dua minggu sebelum tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei yang kita semua sudah maklum siapa pencetusnya. 

Dan barulah kita faham bahawa cetusan peristiwa berdarah telah pun dibakar-bakar sebelum itu. Jikalah bangsa Melayu ini tidak bermurah hatinya berkongsikan Tanah Airnya dengan pelbagai bangsa lain yang datang mencari rezeki …?

Brunei tidak memberi kerakyatan kepada pemastautin Cina

Masih ingat lagi ruangan Tinta Pengarang Buletin Mutiara yang tidak lama dahulu menggelar mamak sebagai “Melayu celup kopi”. Sekarang ini, timbul tweet kontroversi oleh Senator DAP pula.

Serangan DAP ke atas golongan mamak mengandaikan bahawa pemimpin dan pengikut parti itu tidak merestui usaha mengasimilasi bahasa, budaya setempat dan adab Melayu. Memandangkan DAP memperli golongan mamak, maka wajar kita persoalkan kaum minoriti bukan-Islam tersebut menganggap diri mereka Malay-sian First berdasarkan kriteria apa?

Kenapa Cina ditolak?

Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR). Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei). Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. 

Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008. Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. — laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. — laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
 
Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%). Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.
Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.

Jus sanguinis

Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan. Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa. 

In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong (sumber sini). Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.

 

Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales. Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya. Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit. 

Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri mereka. Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English. 

Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut menjadi sebuah republik berdikari. Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.

Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus untuk etnik mereka. Hanya DAP di Malaysia yang mendabik dada serta beriya-iya mengaku ahli-ahli Firstersnya tidak mempunyai pengenalan diri berlandaskan kaum. Meskipun demikian, mereka tidak boleh duduk diam tengok golongan mamak.

Cina dan India Akan Menjadi Pelarian Tanpa Negara (“Stateless”)


 Malay-benuakecil-tanahbesar1

Inikah lokasi Tanah Melayu? 

Jikalah tidak kerana orang Melayu yang bermurah hati, maka orang-orang Cina dan India, yang datang ke TANAH MELAYU ini dari Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India (rujuk gambarajah sebelah untuk tahu lokasi yang disebut), akan terus KEKAL menjadi “STATELESS”. Pelarian yang tidak mempunyai kewarganegaraan mereka.

Mereka mungkin juga tidak akan diterima kembali ke tempat asal masing-masing sepertimana nasib pelarian Rohingya yang dihalau dari Burma itu. Begitulah saripati dari kata-kata mendiang Tan Siew Sin ketika membalas serangan bertalu cauvanis DAP ke atas “Hak Keistimewaan Melayu” semasa kempen pilihanraya 1969. 

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.

Siew Sin memperakui orang Melayu berkorban untuk membenarkan orang-orang Cina dan India menjadi WARGANEGARA Tanah Melayu sebelum wujudnya Malaysia lagi. Jangan lupa FAKTA sejarah. Ini turut diulangi oleh orang yang menekuni serta faham sejarah, Prof Emeritus Khoo Kay Kim. Beliau pernah dipetik Bernama sebagai berkata:

The people, irrespective of race, who question Article 153 of the Federal Constitution, which spells out the special rights and privileges of the Malays and Bumiputeras, are blind about history and the constitution


When the British came to Malaya, they found that there were already Malay governments in several parts of the peninsula, and the British recognised these governments.

“Halau orang-orang Cina balik ke negeri asal mereka” … hati-hati … kata-kata sedemikian boleh membawa anda disumbat penjara akibat Akta Hasutan.

Namun, kenapa ada orang yang mahu hapuskan Akta Hasutan?
Bukankah Akta Hasutan itu bagus? Ya betul. Memang kedamaian dan keharmonian serta perpaduan kaum yang telah kita sama-sama rasai selama ini adalah antara lain kerana adanya Akta Hasutan, kerana dengannya orang Melayu tidak boleh mengatakan kepada orang Cina supaya mereka berambus balik ke negara asal mereka.



Hasil tolak ansur orang-orang Melayulah maka orang-orang Cina dan orang India yang datang ke Tanah Melayu dapat menjadi warganegara sehingga hari ini. Jika tidak, mereka akan terus menjadi sama seperti pelarian Rohingya yang tidak diterima menjadi warganegara DAN tidak boleh kembali ke negara asal mereka.

Janganlah dek kerana tolak ansur orang Melayu, maka orang Melayu ansur-ansur ditolak.
Jika dikatakan orang-orang Melayu bodoh – maka apakah mungkin dek kerana “kebodohan” orang-orang Melayu dahulu yang memberi hak kepada orang asing menjadi rakyat kini? Apakah seluruh warganegara Tanah Air kita ini masih tidak faham bahawa bumi yang dipijak ini adalah di bawah kedaulatan Duli-duli Raja-raja Melayu?

Prof. Khoo Kay Kim pernah dipetik berkata bahawa “When the British came to Malaya, they found that there were already Malay governments in several parts of the peninsula, and the British recognised these governments.” Kerajaan yang dipimpin di bawah daulat Raja-raja Melayu yang memerintah adalah kerajaan-kerajaan yang Merdeka dan berdaulat sejak dari kedatangan British itu malah British mengiktiraf serta memperakui kedaulatan Raja-raja Melayu.

Begitulah sehingga kini, sekalian urusan kerajaan adalah di atas “Urusan Seri Paduka Baginda”. Segala urusan kerajaan baik oleh kakitangan bawahan mahupun oleh para pegawai atasan adalah kerana melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang dipikul dari sumpah setia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong MESTI mengangkat sumpah jawatan berdasarkan Jadual Keempat Perkara 37:

… Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri …

Dan sumpah dan tanggung jawab inilah yang mengikat serta dipikul oleh sekalian penjawat awam dalam melaksanakan kerja mereka pada setiap masa untuk “Urusan Seri Paduka Baginda”

sumpah Agong dan urusan

Maka sekalian penduduk dan warganegara Persekutuan ini MESTI faham asas-asas kenegaraan ini serta akur dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang sedia ada serta menerima tolak ansur orang-orang Melayu dahulu. Peliharalah keharmonian Tanah Air tercinta kita.


AMUKANMelayu - Sudah di katakan, jika sering menjualnya....pasti akan ada pembelinya..........