,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 31 January 2013

BAIKNYA ISLAMELAYU TIADA PADA BANGSA YANG LAIN





Orang Lain Dapat Sedap.....SPR Dapat Kelat....

 Projek IC Sabah: Anwar terlibat secara langsung: Tun Dr Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).
Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.
Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.
Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.
Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.
Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.
Sebelum ini Timbalan Perhubungan Umno Sabah-Datuk Dr Salleh Tun Said membuat kenyataan bahawa seharusnya Anwar jangan menjadi pemimpin yang hipokrit berhubung dengan pengeluaran IC bagi pendatang di Sabah, ini kerana menurut Salleh, Anwar yang pada masa itu "terlalu" berkuasa pasti tahu mengenai projek itu.

Nampaknya rakyat dinegara ini sudah terkeliru dengan isu RCI Sabah yang panas menghiasi persada berita sejak seminggu yang lalu...

Orang lain yang buntingkan anak dara, orang pula yang kena tanggung..! Ibarat bidalan ada menyebut, "orang lain yang makan nangka, orang lain kena getahnya".

Juak juak murahan penjilat tegar Pakatan Pembangkang mengambil jalan mudah apabila berlaku Royal Commission Inquiry [RCI] iaitu suatu proses Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan isu pemberian Kad Pengenalan kepada warga Sabah sekitar tahun 1990an, juak juak Pakatan hanya mahu menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihanraya [SPR].

Apabila timbul isu pemberian Kas Pengenalan yang kemudiannya dikaitkan pula dengan alasan untuk membolehkan mereka ini semua mengundi, maka beban tuduhan untuk menzahirkan kejahatan ini cuba diajukan kepada SPR... 
Inilah impian juak juak murahan Pakatan Pembangkang, mereka mahu menjahanamkan nama baik SPR..!

Padahal, jalan ceritanya sangat mudah untuk fahami. Dalam isu RCI Sabah ini, jelas terbukti sebanyak 94 orang termasuk 24 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA] dari 1994 sehingga 2000 kerana mengeluarkan Kad Pengenalan secara haram di Sabah....

Jika anda lihat pada screen grab diatas sekali petikan penulisan sahabat blogger kita Blog Akar Umbi yang berbunyi "Isu RCI Sabah - Tiada Lagi Kontrak RM6.8 Juta Sejak 2006 Dorong Nasir Sungip Sabitkan SPR...?". Boleh baca disini

Persoalannya, siapakah dia mangkok hayun bernama Nasir Sungip...?

Mohd Nasir Sungip, Timbalan Pengarah JPN Negeri Sabah dan beliau merupakan salah seorang pemberi keterangan dalam isu RCI Sabah.

Beliau mendedahkan kepada RCI dengan dakwaan bahawa dirinya adalah dibawah arahan SPR Negeri Sabah....
Betul ker Bohong..? Kalau Bohong kita suruh AC Mizal karen dia....

JOM, kita saksikan buktinya dibawah ini;

WOW...!

Pengakuan bekas Pengarah JPN Ramli Kamaruddin, beliau telah menjual 16,000 resit dan membaham wang besar berjumlah RM1juta...

Ramli menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara negara lain.
Yang paling PENTING disini adalah pengakuan Ramli yang menyatakan beliau lakukan semua itu kerana wang...! Iya, beliau mahukan fast money...

Bukan arahan SPR...!! Untuk membaca selanjutnya, ada disini.

Oleh itu, apakah tujuan Nasir Sungip mahu membabitkan SPR..., seterusnya mahu menconteng arang pada nama baik sebuah institusi seperti SPR...? Jawapannya disini

Semoga para pembaca dapat pencerahan dan tidak lagi bersangka buruk terhadap SPR
  
Perjuangan Al Marhum Pak Khir di tipu anak angkatnya
 Dari mula lagi, aku dah agak, cai umno akan dpt juga cari nama sebenar Zairil Khir Johari yg jadi setpol Lim Guan Eng. Dari awal lagi dah dibagitahu, tak payahlah nak perkenalkan Zairil sbg Melayu sbb dia bukan org Melayu tapi nampaknya setiausaha agung DAP memang jenis ketegar.

Bila Zairil dikatakan dianiayai oleh program komputer yg bernama EXCEL sampai namanya tercicir dr senarai pemenang dlm pemilihan Jawatankuasa Kerja DAP Pusat, mmg aku dah agak, Lim Guan Eng dan DAP akan buat sesuatu supaya nampak ada Melayu dlm jawatankuasa itu.

Memang betul pun tekaan aku bila Guan Eng kemudiannya umum, Zairil adalah antara enam pemenang jawatan itu. Zairil dilantik dan Guan Eng pun kata, itu bukti DAP tak diskriminasi Melayu yg beragama Islam.

Nak jd cerita, Zairil pula dgn sombongnya berkata, dia anak Khir Johari. Dia tahu siapa bapanya dan dia bangga dengan darah warisan yg mengalir dlm tubuhnya.

Statusnya sbg Melayu dah lama dipertikaikan. Nah, skrg dah terbukti, Zairil bukan Melayu pun mcm yg dia selalu bangga2kan.


Nama sebenar Zairil adalah Christopher Howard Lim. Lahir di Hawaii, USA. Bapanya bernama Howard Lim, seorg rakyat Singapura. Ibunya juga warga Singapura bernama Christine Lim. Tarikh daftar nama Christopher Howard Lim kepada Zairil adalah pd 21 April 1997 dan pindaan dibuat pd 23 Jun tahun yg sama.

Zairil atau Christopher adalah anak Howard Lim dgn Christine Lim. Bila Howard dan Christine bercerai, Khir Johari kahwin dengan Christine pd Februari 1996. Christine dan anaknya, Christopher masuk Islam. Christine tukar nama kpd Rose Christine Abdullah, anaknya pula dari Christopher kepada Zairil.

Jadi, bg ahli jemaah yg cuba nak nafikan Zairil bukan Melayu, silalah pertimbangkan semula. Bukan apa, dr kita sibuk2 nak jaga hati DAP, lebih baik kita jaga hati jemaah kita sendiri. Dr kita sibuk2 besarkan DAP, lebih baik kita mantapkan jemaah dan pergerakan Islamiah kita sendiri.

SUMBER: SANTAU BERAPI

KETUA PEMUDA PAS SABAH ADALAH ORANG INDON!

SABAH sebagai SIMPANAN TETAP BN terus diserang bertubi-tubi oleh Pihak PAKATAN HARAM... Walau bagaimanapun, serangan demi serangan yang dibuat oleh PKR PAS dan DAp termasuk oleh GOLONGAN TERCICIR macam KATAK dapat dipatahkan dengan baik oleh Barisan PIMPINAN BN Negeri... Ini termasuk isu RCI yang menjadi buah mulut ramai pihak...


namun, terkini, satu blog TAMBUAKARSABA telah mendedahkan satu maklumat berkenaan dengan Bapa kepada Ketua Dewan pemuda PAS Sabah Sdr Lahirul Latigu yang dikatakan seorang PENDATANG TANPA IZIN...? Bapa beliau bernama LATIGU BIN LANDO Bukanlah WARGA NEGARA MALAYSIA tetapi PEMEGANG PASSPORT INDONESIA yang menetap di MALAYSIA... Apa cerita...? Beliau Bukan ANAK TEMPATAN...?

kalau sebelum ini dikatakan Sdr Lahirul Latigu ini sangat lantang bercakap mengenai PTI dan Isu RCI, sebaik saja pendedahan ini dibuat beliau terus mendiamkan diri seribu BAHASA... Isu yang memakan diri beliau sendiri telah menjadi BEBANAN BESAR kepada PAS di SABAH dan PAKATAN HARAM secara keseluruhannya...

JOMO mahu Sdr LAHIRUL LATIGU menjawab Beberapa persoalan...

1) LAHIRUL LATIGU sebenarnya Berbangsa apa...?
2) Bagaimana Beliau boleh mendapat Kad Pengenalan Warganegara Malaysia...?

kalau sebelum ini PEMUDA PAS SABAH mengkritik hebat Kerajaan dan tidak berpuas hati dengan ANGGOTA SURUHANJAYA RCI Baca sekarang apa pula JAWAPAN mereka mengenai ISU ini...?

Jika Ini adalah PENDEDAHAN PALSU! JOMO Cabar Sdr LAHIRUL LATIGU dan konco-konconya untuk membuat laporan POLIS terhadap Blog tambuakarsaba.blogspot.com

HOUSE PK: Aku petik artikel ini dari blog Jomo Malaya. Apa bedan ni PAS, desperate dangat ke korang ni sampai nak ambik org Indon ni? 


RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi

TERKINI @ 05:50:50 PM 29-01-2013
January 29, 2013

Penempatan pendatang berhampiran Kota Kinabalu20 Februari, 2012. — Gambar fail
KOTA KINABALU, 29 Jan —Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini. Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.
"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.
Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.
Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.
Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri. Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.
Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.
Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.
Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.
Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.
"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.
"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.
Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran."
Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.
Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.
Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.
Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".
Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok.


BAIKNYA ISLAMELAYU TIADA PADA BANGSA LAIN - PENDATANG INDON DAN CHINA JADI YB DAN PEMIMPIN 

PEMBANGKANG Pakatan Rakyat kata mereka ini  “Pendatang Asing” kerana kod kelahiran negara mereka ialah 71. Mereka ini diberi kerakyatan "segera" dan jadi pengundi hantu setia untuk BN... amacam sekarang...??? 
NAK TERUS BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT ???
Cukup sudah kita di tipu dan ditemberang Pakatan MUNAFIK!


NO KP: 560929 71 5060



Maria Chin Abdullah
AJK Pemandu Bersih 2.0


NO KP : 611204 71 5327

BADRULAMIN BIN BAHRON
Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor






Posted by Idealis Malaysia

AMUKANMELAYU - ikut rasa = binasa, ikut hati = mati, ikut nafsu = lesu.......semuanya ini keran tipu daya iblis. Pengikut dan penyokong seperti di PUKAU dan tidak mapu berfikir dengan Iman dan akal yang waras.....kenapa ye?Mungkin sebab mereka tiada setia kepada Negara ini kerana ianya BUKAN NEGARA MEREKA..................