,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 25 January 2013

JIKA ISLAMELAYU DAH MULA MENYANGGAH YAHUDI, YANG DISINI JANGANLAH DUK BERMAIN DENGAN API


Episod PERTAMA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijq9hq3LMKgqdoQYLVNnF0UEANEVN_Nwm4EqByvgRPzvmL86fx2Jgc9GOh72Se1F3XvG6RqjUlX9s0-qzYtHFs-kQEZROcQ-IorsR0ngWp8PU1ZeZ9SFb4aixCjXQf014VYkAlCTVr-tMT/s1600/the_times-618x552.png 
FITNAH - Surat kabaq YAHUDI ini cuba mencipta PESEPSI

 Sedangkan Najib merupakan seorang Perdana Menteri amat faham dan tahu tentang protokol lawatan kenegara luar dan akan patuh dan menghormati “tuan rumah”.

Berita itu adalah fitnah semata-mata dan Najib sendiri menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan lawatannya ke Gaza kepada Mahmood sebelum melawat ke kawasan yang ditindas Israel itu.

Pihak pertama yang melaporkan berita “kemarahan Mahmood Abbas” itu ialah sebuah media di Israel, The Times Of Israel, di dalam kolum khas, Israel & The Region. Dari situlah para blogger Malaysia yang kurang membuat Homework mengutip berita pesepsi ini.…

Persoalan terbaik kepada tindakan blogger-blogger itu, sejak bila pula mereka percaya kepada puak-puak rejim Zionis Yahudi Israel ini?



 
KELIH tengok tu....pasai apa YAHUDI bubuh tajuk "MALAY LEADER?"

Episod KEDUA

Puak pemisah selatan Thai sedia berunding/Patani liberation movements ready for talks with the Thais
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Dua kumpulan pemisah di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN-C) dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) bersedia berbincang dengan Kerajaan Thailand bagi menamatkan konflik di wilayah berkenaan.
Jurucakap kumpulan tersebut berkata, dalam pertemuan antara pemimpin kedua-dua kumpulan baru-baru ini mereka mencapai kesepakatan untuk bekerjasama dalam meneruskan perjuangan sama ada melalui pendekatan militan atau politik.

''Keputusan berkenaan dibuat dalam perjumpaan khusus antara pemimpin BRN-C dan PULO yang turut dihadiri Naib Presiden PULO yang juga Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar Negara PULO, Kasturi Mahkota,'' kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Persetujuan dua kumpulan ini dilihat mampu memberikan harapan kepada usaha bagi mewujudkan keamanan di selatan Thailand.

Dalam kenyataan itu juga, jurucakap tersebut berkata, kedua-dua kumpulan juga bersedia menerima siapa sahaja yang dilantik sebagai orang tengah bagi berunding dengan kerajaan Thailand, asalkan ia tidak lari daripada prinsip dan matlamat perjuangan mereka.

''Bagaimanapun berdasarkan kedudukan Malaysia yang unik dari segi sejarah antara penduduk dan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan, maka harapan menuju perdamaian mungkin lebih mudah jika Malaysia menjadi orang tengah,'' katanya.

Jurucakap itu berkata, atas faktor-faktor keselamatan, BRN-C dan PULO meminta perbincangan dengan pihak kerajaan Thailand tidak diadakan di negara itu.

''BRN-C dan PULO berpendapat, kerajaan Thailand khususnya pihak tentera tidak boleh lagi berdolak-dalik di dalam usaha mencari penyelesaian konflik di selatan Thailand dan dunia tidak boleh menyalahkan puak pemisah sekiranya berlaku pergolakan yang berterusan,'' katanya.

BRN-C dan PULO juga melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin membantu menyelesaikan masalah di wilayah itu.

''Selain itu, kami tidak ada masalah dengan kumpulan pejuang lain kerana dasar serta matlamat adalah sama. Perjuangan akan diteruskan bagi mencari penyelesaian sehingga masalah mampu diatasi secara menyeluruh. Tindakan yang akan diambil bergantung kepada tindak balas kerajaan Thailand," kata jurucakap itu lagi. - Utusan



,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Patani liberation movements ready for talks with the Thais

KUALA LUMPUR 17 February - Two liberation movement groups in southern Thailand, the National Revolution Front (BRN-C) and the Pattani United Liberation Organization (PULO) are willing to talk with the Government of Thailand to end the conflict in the region. Spokesman for the group said in a meeting between leaders of both groups recently reached their agreement to cooperate in the continuing struggle whether through political or militant approach. It is the result of a special meeting between the leaders of BRN-C and PULO, attended by its Vice President, Kasturi Mahkota who is also Head of PULO External Affairs,''a spokesman said in a statement to Utusan Malaysia.

Consent of two group visits can give hope to efforts to establish peace in southern Thailand. In a statement, the spokesman also said, the two groups are prepared to receive anyone who is appointed as a mediator to negotiate with the Thai government, as long as it did not deviate from the principles and goals of their struggle.

However,''based on Malaysia's position and unique in terms of the history of good relations between people and between the two governments, his hopes for peace may be easier if Malaysia becomes the mediator,''he said.

Spokesman said, for safety reasons, BRN-C and PULO requested the talks with the Thai government will not held in Thailand. BRN-C and PULO view the Thai government, especially the military can no longer equivocate efforts in solving the conflict in southern Thailand and the world can not be blamed the liberation movements in the event of unrest that continues,''he said.

BRN-C and PULO also expressed appreciation to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who are concerned to help solve problems in the region.

''In addition, we have no problem with the other fighters because of the policies and goals are the same. Struggle will be continued to find solutions to problems can be overcome completely. Action will be taken depending on the response to the Thai government, "said spokesman again

 Episod KETIGA

Kerajaan Filipina dan MILF meterai perjanjian damai bersejarah

15 Oktober 2012
Najib Tun Razak - Benigno S.Aquino III
Najib Tun Razak dan Benigno S.Aquino III menyaksikan detik bersejarah pemeteraian dokumen Rangka Kerja Perjanjian Damai - Foto Bernama
MANILA - Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini hari ini bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.

Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.

Kedua-dua ketua kerajaan itu memuji perjanjian damai itu dengan Aquino menyifatkan ia sebagai membuka lembaran baru dalam sejarah negara itu manakala Najib berkata penduduk Bangsamoro memang berhak kepada keamanan.

Perdana Menteri, yang tiba bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di sini semalam, berkata perjanjian itu merupakan peluang bagi memastikan penduduk Bangsamoro dapat menikmati manfaat daripada hasil perdamaian.

Bercakap pada majlis itu di Dewan Rizal, istana itu, Najib berkata perjanjian tersebut merupakan peluang bagi mengembalikan semula martabat
penduduk wilayah selatan Filipina ekoran pegolakan selama empat dekad.

Sambil memberi jaminan Malaysia berdiri bersama rakyat Filipina dalam memastikan kerangka perjanjian damai berjalan lancar, Najib, semasa dalam ucapan 15 minit itu, berkata Kuala Lumpur sedia bertindak sebagai rakan dalam membantu merealisasikan sepenuhnya perjanjian perdamaian itu.

"Adalah menjadi harapan besar bahawa perjanjian ini membawa kepada era kesederhanaan baru yang mana amalan agama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik. Penduduk berbagai agama hidup bersama, disatukan dengan nilai-nilai sama di bawah perlembagaan sama.

"Perjanjian yang kita saksikan hari ini menandakan permulaan era baru di selatan Filipina. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang menjayakan usaha ini dan saya tidak sabar-sabar menanti perjanjian muktamad nanti," kata Najib.

Majlis penuh bersejarah itu menandakan era baru dalam proses perdamaian di Mindanao yang mana pergolakan selama lebih 40 tahun itu telah meragut hampir 150,000 nyawa. Kerangka perjanjian yang disifatkan sebagai 'perjanjian teras' itu bertindak sebagai pelan damai bagi penubuhan entiti baru Bangsamoro yang bakal menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

"Kerangka di depan kita akan membawa kepada akhirnya keganasan yang mengorbankan banyak nyawa dan memendekkan banyak peluang untuk masa depan. Ia akan melindungi hak penduduk Bangsamoro dan memelihara kedaulatan dan integriti wilayah Filipina.

"Ianya asas kukuh yang mana keamanan berkekalan boleh dibina," kata Najib yang mana ucapannya menerima tepukan gemuruh daripada hadiran yang membanjiri dewan tersebut.

Majlis menandatangani itu didahului dengan lagu kebangsaan Filipina dan disusuli dengan bacaan doa mengikut agama Islam dan Kristian.

Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri di Istana Malacanang disambut oleh Aquino dan diberi sambutan rasmi.

Diiringi dengan presiden, Najib memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada Pengawal Presiden di perkarangan istana presiden itu.

Najib menegaskan bahawa kedua-dua pihak telah memberikan sesuatu dalam mencari medan persamaan dalam menghadapi perbezaan masing-masing.
  
"Rakyat selatan Filipina telah menerima segala-galanya dalam memilih keamanan daripada konflik, kestablian ke atas keadaan huru-hara dengan kedua-dua pihak menyatakan kepercayaan masing-masing bukan sahaja dalam prinsip demokrasi, keadilan dan toleransitetapi juga aplikasi mereka dalam khidmat mencapai kebaikan yang lebih besar," katanya.
  
Sambil menyatakan kesediaan membantu penduduk Bangsamoro, Najib berkata Malaysia sanggup menawarkan latihan dan pendidikan supaya kanak-kanak di wilayah itu boleh mengintai masa depan dan tidak seperti bagi ibu bapa mereka.
  
"Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.
  
Ketika menyatakan kebanggaan negara diberi penghormatan dalam memainkan peranan mengatur perjanjian itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sanggup membantu dalam membangunkan institusi di Mindanao supaya masyarakat Bangsamoro yang membesar di wilayah itu dapat diperkasakan lagi.

Malaysia juga sanggup membantu dalam bidang pembangunan tanah supaya golongan petani, yang merupakan bekas pejuang kemerdekaan di Bangsamoro, boleh menikmati hasil daripada keamanan yang dicapai, katanya.
  
Dalam ucapannya, Najib turut meningatkan bahawa perjanjian hari ini tidak merupakan titik penghujung tetapi suatu permulaan yang memerlukan banyak usaha dilaksanakan.
  
Beliau menegaskan kerangka perjanjian itu merupakan suatu dokumen bersejarah 'tetapi ia tidak menyelesaikan segala masalah'.
  
Sebaliknya, ia menetapkan parameter di mana kemungkinan keamanan berkekalan ditemui. Saya harap semua pihak terus mengiktiraf tanggungjawab masing-masing dalam usaha mencapai perjanjian muktamad," katanya.
  
Najib berkata bahawa dokumen ditandatangani hari ini adalah satu ungkapan amanah yang disandarkan oleh rakyat dalam proses perdamaian.
  
"Amanah ini ada atas usaha keras dan ia harus dilindungi, terutama sekali dihormati. Hanya mereka yang bertanggungjawab bagi konflik ini boleh menghalang daripada ianya berulang," katanya.

Di samping itu, beliau berkata pengiktirafan harus diberikan kepada ketua perunding Leonen dan Mohagher Iqbal dan pasukan masing-masing serta penyelaras Malaysia, Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed, yang turut menjadi saksi kepada perjanjian itu.
  
Sementara itu, Aquino dalam ucapannya, turut mengucapkan terima kasih kepada Najib dan kerajaan Malaysia atas usaha mereka menyelaras proses kedamaian tersebut.
  
Beliau juga turut memuji Tengku Mohamed atas kebijaksanaannya yang membolehkan kerajaan Filipina dan MILF mencapai satu persetujuan.
  
Dalam pada itu, Murad dalam ucapannya, turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia sambil merayu kepada puak lain di Mindanao iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), menyokong perjanjian tersebut dengan menyertai dalam proses pembangunan semula wilayah itu.
  
Majlis itu dihadiri antara lain Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Prof Ekmeleddin Thsanoglu.
  
Delegasi Malaysia terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Bernama


 Episod KE EMPAT

GAMBAR KAPAL MV FINCH(MALAYSIA) DISERANG ISRAEL KESEMUA PENUMPANG SELAMAT

May 17, 2011
kapal+mv+finch GAMBAR KAPAL MV FINCH(MALAYSIA) DISERANG ISRAEL|KESEMUA PENUMPANG SELAMAT
Kesemua 12 penumpang serta krew termasuk dua wartawan Malaysia yang menaiki kapal MV Finch dilaporkan berada dalam keadaan selamat, sekali gus menafikan dakwaan laporan Al-Jazeera pada Selasa.
Stesen televisyen asing itu melaporkan bahawa berlakunya kematian dan kecederaan pada krew dan penumpang kapal itu.
Wartawan Bernama, Mohd. Faizal Hassan yang turut berada di dalam kapal itu melaporkan sehingga berita ini ditulis, kesemua individu di dalam kapal itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan lanjutan serangan itu.

kapal GAMBAR KAPAL MV FINCH(MALAYSIA) DISERANG ISRAEL|KESEMUA PENUMPANG SELAMAT
KAPAL MV Finch ‘The Sprit Of Rachel Corrie’, yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana diserang tentera Israel
Kapal itu masih lagi berada di kawasan menunggu di perairan pelabuhan El-Arish, Mesir sejak tiba di sini, petang Isnin selepas dikawal oleh tentera Mesir dari kawasan serangan.
Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd. Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.
Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times, Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda, Mohd. Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada. — Bernama

 Episod KE LIMA

Perdana Menteri Israel Lari Kelam Kabut Selepas Kena Serang

by Erika on November 17, 2012
Penakut rupanya! Itulah kata-kata yang boleh digambarkan kepada seorang Perdana Menteri Israel yang telah menindas orang Islam sehingga ramai menjadi korban.
Sepertimana yang kita tahu di Gaza sedang bergolak dan dihujani dengan roket-roket yang menyebabkan pertumpahan darah di daerah tersebut.
Foto yang dikirimkan seorang sahabat di Mesir memperlihatkan Benjamin Netanyahu, PM israel sedang melarikan diri ketakutan apabila pejabatnya juga telah menjadi sasaran roket al Qassam.
Situasinya berbeza di kalangan pemimpin kanan Palestin dan juga pejuang mereka yang bercita-cita untuk syahid di jalan Allah. Sumber RNN:APM

amukanmelayu - ada lima episod cerita yang berbeza seperti mana yang amukanmelayu lampirkan seperti di atas. bermula dengan Mahmood Abas "Kononnya" tak suka dengan kunjungan Najib ke Gaza. sapa kata? "Paper Israel yang kata....kemudian kenyataan ini di kutib ambik oleh mereka yang langsung tidak bertanggung jawab menganalisa dan membuat kajian ke atas berita ini dan satu lagi adalah Israel duk cerita pasai  "MALAY LEADER".......kenapa dia tak sebut PM Malaysia?

Episod kedua adalah kesah selatan Thai,,,,, depa duk nak kita tolong selesaikan masalah "ORANG MELAYU" tak seghek duk berperang dah masuk 111 tahun bermula dari 1902.....tang ni hampa kena tabik dengan oghang ISLAMELAYU. Tunggu sat nooooo.....nak ceghita episod yang ke tiga.

MILF ni adalah Bangsamoro.....tapi mereka ini sebenarnya adalah Bangsa Suluk. Mendiami keseluruhan wilayah selatan Filiphin.....mereka ini juga adalah bangsa yang tak takut mati. Semangat yang kental dan tak pernah kalah walau pun semasa di bawah jajahan US. Tapi mereka kini sudah semakin bijak dengan "MENGGUNAKAN AKAL" Islamelayu, kini mereka sudah berdamai dan dapat menguasai selatan Filiphin.

Episod ke empat membuatkan US dan PBB di landa taufan. Yahudi yang selalu di lindungi walau pun melakukan kekejaman......mereka menggunakan paper menggambarkan yang mereka di inaya. Dengan menyerang kapal GLOBAL PEDANA yang membawa makanan dan keperluan kehidupan yang hendak di bawa masuk ke GAZA......mereka telah terperangkap dengan IQ Tun M yang bergeliga itu. Kini dunia telah mengatakan mereka(Yahudi) sebenarnya adalah manusia yang kejam.

Kini....setiap serangan  Israel adalah "MENYERANG" dan serangan HAMAS dan FATAH pula adalah mempertahankan diri dan inilah sebenarnya yang hendak di tunjolkan oleh Tun M dan Najib.

Episod ke lima adalah amat memalukan dan kini mereka semakin hampir dengan JANJI ALLAH yang batu pun akan bercakap mengatakan di belakangnya ada orang Yahudi. Jika anda seorang pengamal POLITIK yang genius.....sepatutnya anda telah dapat "menangkap" kenapa Najib begitu berani meninggalkan negara sedangkan banyak negara yang menukar pemerintah(Rampas Kuasa) semasa Ketua Negaranya berada di Luar Negara.

Kenapa Najib begitu berani memasukan ZON SERANGAN Israel dan kenapa Najib begitu berani berada begitu lama di kawasan LENGKUNGAN PELURU BERPANDU Israel? Kerana Najib tahu yang Allah bersamanya dan sebenarnya Yahudi amat takut dengan ISLAMELAYU dan Najib juga tahu, Yahudi sudah tidak percaya lagi dengan BALACINYA yang berada di Tanah Melayu dan Najib juga tahu lamamana pun ia meninggalkan Tanah Melayu ini....orang yang duk teringin nak jadi PM tu dah di penghujung KARIER POLITIKnya.....seperti juga Najib tahu Selangor, KL dan PP yang di KEMUDIKAN oleh KAFIRUN bukannya raayat sukakan pada mereka.....tapi raayat amat marah dan tak suka pada BN dan UMNO seperti mana ramai orang JANTAN dan SEPARUH JANTAN tak suka dengan ROSMAH.

Kenapa orang tak subah MNO dan BN? Yang ni...orang dan BN perlu berubah sikap...DENGAR DENYUT NADI RAAYAT. Bukannya duk berlagak dengan KASUT KILAT, KOPIAH HITAM TINGGIN, KASUT HITAM BERKILAT dengan BAJU PUTEH.....masuk kampung macam gaya Menteri.....naik kereta mewah tayang kat orang kampung....ini semua orang melut....hampa tau tak?

Adoyai.....terlebih sudah....

Kalu kita dah berjaya menambahkan ekonomi Saudara kita di Indo dengan bekerja disini, kita juga berjaya damaikan MILF dan MANILA, kita ke BOSNIA membantu Orang Islam disana, kita ke ACEH membangunkan semula SERAMBI MEKAH ini...maka episod seterusnya MEMERDEKAKAN PATTANI dan tidak mustahil kita mendamiakan FATAH dan HAMAS sebelum kita mengusir ZIONIS dari Bumi PLASTINE......kerana kita tidak pernah menggunakan PELURU untuk membunuh musuh....tapi kita menggunakan AKAL, KE IMANAN dan YAKIN dengan JANJI ALLAH.......inilah POLITIK namanya....bukannya MEMBENCI saudara sendiri dan MENGKAFIRKAN sesama ISLAM.