MSUP SUDAH KELUAR DARI PAKATAN, YANG KEKAL ADALAH NAFSU PEMIMPINNYA YANG HENDAK KE PUTRAJAYA
Salam buat semua..
Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Daripada kegagalan KL112 sehingga isu kalimah Allah, memberi gambaran jelas bahawa ketidaksepakatan Pakatan Rakyat dalam melayari sebuah kapal perang untuk menuju ke Putra Jaya telah membuatkan parti ini kehilangan lebih banyak sokongan.
KL112 ternyata 
bukan sahaja  tidak mendapat sambutan dari kalangan kaum cina.Malah 
kehadiran penyokong PAS sendiri di katakan menurun secara mendadak.
Beberapa hari lalu ada blog telah menulis tentang penolakan kaum cina itu kepada penganjuran KL112 yang diketuai oleh Mat Sabu. Ternyata kaum itu bukan sahaja tidak mengiktiraf PAS umtuk menganjur satu - satu program besar malahan juga tidak akan menyokong PAS untuk menerajui negara ini.
Kemudian timbul pula isu KALIMAH ALLAH. Sebelum KL112, Haji Hadi telah tampil dengan pendirian bahawa PAS membenarkan Kalimah Suci itu digunakan oleh bukan islam selaras persetujuan yang telah dibuat ketika mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hakikatnya pendirian itu telah mengecewakan sebahagian besar penyokong Pas itu sendiri. Secara jelas ianya dizahirkan semasa di KL112.
Sokongan 
menjadi semakin membengkak apabila Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP)telah 
membuat pendirian yang baru seminggu selepas pendirian yang dinyatakan 
oleh Haji Hadi. Pendirian MSUP seolah menunjukkan tiada kesepakatan di 
dalam parti PAS. Ada pula yang mengatakan Nik Aziz sengaja mahu 
memalukan Haji Hadi?. Sejak MSUP menyatakan pendirian, Haji Hadi terus 
menyepi diri. Keadaan ini membingungkan penyokong PAS sendiri. Ada yang 
mengharapkan pendirian MSUP biarlah sama dengan Presiden parti. Tapi apa
 yang berlaku adalah sebaliknya.
Penyokong bukan
 melayu pula semakin menjauh kerana bosan dengan sikap tidak 
berpendirian Parti PAS. Mereka pastinya mengharapkan ada pemimpin melayu
 ISLAM PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk agama mereka.Tetapi 
yang berlaku disebaliknya pula.
Walaupun Azmin 
dan Karpal muncul untuk menarik kembali sokongan bukan islam kepada 
parti itu tetapi Angin rasa semakin ramai pula penyokong PAS yang tidak 
menyebelahi mereka kerana merasakan PKR dan DAP tidak menghormati 
pemimpin mereka. Kini nampak jelas PAS dah semakin jauh dari PKR dan 
DAP. 
Hakikatnya 
samada percaya atau tidak sekiranya PAS benar-benar keluar dari Pakatan 
Rakyat yang rapuh itu, pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat yang 
tinggal dua parti itu akan menurun.
PAS Hilang Sokongan Cina
Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal. Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.
HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.

 Antara koleksi gambar Melayu menjadi KULI DAP di dalam HKR, 
kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja 
menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda 
mengarak banner bertulisan Cina. 
amukanmelayu - selalu UMARAK di salahkan apabila TERJATUHnya sesebuah kerajaan ISLAM. Tapi bagaimana dengan ULAMAK....adakah mereka langsung tidak BERSALAH?



