,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 6 January 2013

PILU - MEDIANG KANANG DI HINA



Rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama merasai kehilangan Pahlawan Sarawak, Datuk Kanang anak Langkau, tetapi tidak bagi penyokong Pakatan Pembangkang mahupun pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang Sarawak. Bukan sahaja tidak merasai, tetapi juga mencemuh dan mengejek ‘pemergian’ Kanang anak Langkau yang akan diberikan penghormatan penuh sebagai seorang pahlawan.

Bagi Kerajaan, kehilangan Kanang anak Langkau adalah suatu kehilangan besar buat Sarawak dan Malaysia yang selama ini telah bertarung nyawa untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman komunis. Atas sebab itu selayaknya pengkebumian Kanang anak Langkau diadakan dengan penuh istiadat Pahlawan Sarawak.

Dengan artikel yang ditulis penyokong Pakatan Pembangkang jelas menggambarkan bahawa pemimpin dan Pakatan Pembangkang tidak menghargai dan menyokong sumbangan Pahlawan yang selama ini bertarung nyawa untuk mempertahankan negara. Mereka ini lebih banyak memberikan penghormatan kepada pemimpin jijik mereka seperti Anwar Ibrahim, S. Ambiga, Karpal Singh dan ramai lagi.

Yang pasti orang seperti Mat Sabu yang menyokong komunis sangat disanjung Pakatan Pembangkang.

Tanpa Diedit - Inilah artikel penuh oleh penyokong Pakatan Pembangkang yang mengecam pemergian Kanang anak Langkau dalam SUARA PAKATAN RAKYAT


 
SOMBONG - Anda fikirlah sendiri apa jenis penulis ini

[BULAN ini sahaja kerajaan BN dikesan telah membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk mengadakan upacara pengebumian negara bagi menghormati pemergian 2 orang ‘tokoh’ iaitu bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Lim Keng Yeik dan terbaru, Temenggung Datuk Kanang a/k Langkau.

Berapa jumlah sebenarnya penulis kurang pasti tapi yang pasti, tentu besar, melihat kepada program-program yang diatur bagi meraikan pengebumian negara ini.

Melihat kepada persiapan dan jumlah tenaga kerja yang terlibat, penulis rasa tidak kurang dari RM 1 juta dibelanjakan untuk satu majlis dan itu hanyalah anggaran.

Adakah ini permulaan yang baik untuk menyambut tahun baru 2013? Tapi apa yang penting, Pakatan Rakyat merasakan semua ini adalah pembaziran dan bukti ketidakcekapan kerajaan BN dalam menguruskan wang rakyat.

Walaupun begitu, penulis secara peribadi tidak ada masalah dengan pengebumian negara yang dijalankan kerajaan untuk mendiang Lim Keng Yeik. Sebagai bekas pemimpin kerajaan, sedikit sebanyak sudah tentu mendiang mempunyai jasa kepada rakyat sepanjang lebih 20 tahun menjadi Menteri Kabinet.

Perkara ini penting disebutkan kerana pemimpin politik berbeza dari anggota tentera yang memang dibayar untuk menghadapi ancaman sedemikian
. Orang politik ada pilihan untuk menceburi karier lain, tapi bila mereka memilih untuk membantu rakyat dengan menceburi bidang politik, itu sahaja sudah merupakan satu pengorbanan yang besar.

Pemimpin politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim contohnya, sanggup berkorban termasuk dihumban dalam penjara bertahun-tahun lamanya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat.

Inilah ciri-ciri hero yang sebenar dan layak mendapat penghormatan sedemikian!!


Yang penulis tidak faham, atas alasan apa pula kerajaan memutuskan untuk mengadakan pengebumian negara untuk mendiang Kanang? Adakah untuk popular?

Setahu penulis, Kanang telah dianugerahkan pingat kebesaran SP kerana ‘semangatnya’ yang kuat untuk membantu rakan sepasukan yang lain walaupun peluru pejuang komunis telah menembusi badannya dalam satu operasi pasukan Renjer pada 1980 (rujuk Wikipedia).

Sementara pingat kebesaran PGB, diperolehi mendiang kerana berjaya membunuh 5 orang pejuang komunis setahun selepas itu.

Setiap satu pingat kebesaran ini datang dengan elaun tertentu yang dibayar kerajaan kepada penerimanya. Kalau tidak salah penulis, penerima SP menerima RM 2,000 sebulan dan PGB sebanyak RM 1,500 sebulan dan mendiang Kanang menerima kedua-duanya.

Penulis tak tahulah orang lain melihatnya bagaimana, tapi pada pendapat penulis, biasalah untuk askar menembak dan ditembak. Sebab itu mereka dibekalkan senapang dan latihan yang secukupnya bagi menghadapi situasi seumpama itu.

Tidak lupa, dibayar gaji juga semasa berkhidmat dan pencen selepas bersara.

Tapi itu sahaja bukan alasan kukuh untuk menjadikan mereka sebagai wira negara sehingga bila mati, istiadat pengebumian negara perlu diberikan bagi menghormati kematian mereka. Apa tak cukupkah elaun dan pelbagai kemudahan lain sebagai penerima pingat SP dan P GB yang diberikan kerajaan selama ini sehingga bila mati pun, istiadat pengebumian negara nak diadakan?

Penulis pernah dimaklumkan bahawa ada seorang anggota Komando bernama Mansur, berasal dari Johor yang berjaya membunuh 6 orang pejuang komunis dalam satu operasi yang mengambil masa kurang dari 2 minit!! Kalau nak diikutkan dari segi jumlah, orang macam inilah yang lebih layak diberikan penghormatan seumpama itu.

Kanang baru 5 orang sahaja dan tak tahu berapa lama masa diambil.

Apa pun, penulis tidak mahu begitu menekankan aspek tersebut (jumlah pejuang komunis yang dibunuh) kerana artikel ini berkenaan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan begitu banyak istiadat pengebumian negara.

Apatah lagi, rujukan penulis dalam laman web veteran ATM menunjukkan, ada 3 orang penerima SP dan 52 penerima PGB dari kalangan anggota tentera setakat ini.

Penulis kurang pasti berapa ramai dikalangan mereka ini yang masih hidup, tapi kalau semua ini nak diadakan istiadat pengebumian negara bila mati nanti, berapa banyak wang rakyat yang perlu dikeluarkan untuk membiayai semua majlis tersebut?

Setelah melihat semula keseluruhan senario ini, penulis rasa Kanang adalah hero yang terlalu didendangkan kerana jelas sekali mendiang telah begitu dihargai kerajaan sepanjang usia hidupnya.

Jangan salah, penulis menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan mendiang semasa berkhidmat tapi untuk mengadakan istiadat pengebumian negara bagi menghormati pemergiannya? Itu ada masalah sikit]. Di petik dari blog Suara Pakatan Rakyat

amukanmelayu - macam ni punya orang pun ada ka kat Malaya ni.....