,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 10 January 2013

TGHH dan Tok Guru Di HUJUNG PERSIMPANGAN



HARUN TAIB TAK RELA DIKUFURKAN!!!


Tahniah diucapkan kepada Ketua Dewan Ulama PAS ni kerana dia enggan dikategorikan sebagai Kufur hanya semata - mata kerana tamakkan kuasa.

Disebalik arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sebelum ini,  Harun Taib  tetap dengan pendirian, pemimpin - pemimpin lain dalam PAS yang hanya sanggup menutup mulut dan mendiamkan diri dari menegakkan Kebenaran.

KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Dewan Ulama Pas kekal dengan pendirian yang kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam justeru agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pendirian itu hanya merujuk kepada penggunaan kalimah suci itu di dalam kitab Bible, versi bahasa Melayu kerana dalam agama Kristian, telah menyebut tuhan bagi seluruh penganutnya ialah Nabi Isa, bukannya Allah.

Bagaimanapun beliau mengelak daripada menyatakan pendirian dewan itu ketika diminta mengulas ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan keputusan parti itu bahawa kalimah Allah boleh dikongsikan bersama dengan bukan Islam.

Harun membayangkan beliau tidak mahu diseret dalam kontroversi baru yang tercetus kerana reaksinya yang mula dilihat bercanggah dengan pendirian parti sebenarnya hanya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan awalnya.

"Kenyataan saya khusus kepada komen yang dibuat Lim Guan Eng sebelum ini. Itu saja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai keputusan Pas bersama majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut semua agama dalam mesyuarat semalam.

amukanmelayu - selalu tertanya-tanya....mana yang lebih "BERKUASA" antara Presiden PAS dan Dewan Ulamak PAS?