Apakah Salah Dr. Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa?
(Kata Perdana Meteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, bumi Gaza bertuah 
& bersyukur dengan kehadiran Dato' Sri Najib berserta ahli keluarga 
& rombongannya)
Salam 2 all.
YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru 
kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut 
mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan 
sebagai ahli Majlis Syura' PAS.
Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana 
Menteri dalam lawatan ke Gaza. Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael
 Haniyeh, lawatan Dato' Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri
 kerana Dato' Sri Najib adalah pemimpin bukan 'arab pertama menjejakkan 
kaki ke bumi Gaza!
Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula 
pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim 
zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir 
Hisham Qandel ke bangunan tersebut.
Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah 
PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu 
bersejarah lawatan Dato' Sri Najib, yang lawatannya mendapat liputan 
meluas media barat dan 'arab, malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir
 20 minit didalam berita utamanya.
Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang 
berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan 
luarnegara. Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya 
Dato' Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid 
Al-Ja'bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui 
pengeboman keatas kenderaannya.
Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana 
Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga. 
Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman 
turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM, 
buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM, habis semua keturunan 
Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Jawapan PM cukup simple -  kat 
mana pun kita akan mati!
Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu, turut dijemput sebagai Ahli 
Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa. Teman dok 
bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura', 
dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu.
Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke 
bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler
 Palestin! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, 
namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri, diri mereka sendiri 
pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza. Al 
maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.
Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki
 ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan
 PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM 
pilih pemimpin PAS sebagai pengiring!
Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah 
dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero 
mereka pulang daripada bumi Gaza! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya' ini.
Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura'.
Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media
 bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura'! Dan
 lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti 
Islam langsung tidak mengikut kehendak syara' dengan memecat Ustaz Nasha
 tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela 
diri!
Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA)
 membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam.
 Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber 
syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang 
membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.
 
Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri 
kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, 
apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai 
universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima 
oleh semua masyarakata bertamadun!
Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS.
Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.
Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri!
Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media!
Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.
Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.
Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam!
Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri?
Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.
Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi.
Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau.
Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.
Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi.
Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat!
Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini!
Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini.
Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga, kepada isu murtad, isu gereja, isu arak, isu kafir mengkafir, isu Tabung Memali, isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha; semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit!

Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam?
Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat?
Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa?

Tidak! Tidak! Tidak!
Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti
 Masjidil Haram dan para ulama' di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas!
Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud!
Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad!
Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM!
Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza!
Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu, Ust Nasha dipecat 
sebagai ahli Majlis Syura', tanpa diberi notis, tanpa diberi peluang 
membela diri!
Teman berharap, dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi 
sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat 
pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para
 pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS!
Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir 
mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang 
lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri, 
Kawasan, Cawangan, MTD atau sayap-sayap. Ada yang datang mesyuarat 
setakat 5 minit je terus balik. Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi 
sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat 
je!
Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura', rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop!
Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula 
maruah mereka. Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang 
sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya. 
Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam 
parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan 
Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir!
Tepuk dada tanyalah
 iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti &
 keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu 
yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti
 & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum 
Pekak, Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran.
Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, dan ALLAH akan membantu kamu kelak!
Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak daripada kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen!
Wallahua'lam & wassalam.
Adios amoigos, grasias senor! 
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
17 Rabi'ul Awal 1434
29 Jan 2013