,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 3 January 2013

PATTANI - BUMI DI PIJAK MILIK ORANG V


Fokus berlebihan undang lebih banyak pembunuhan

 

 Utusan Melayu (M) Bhd 

BANGKOK 2 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surapong Tovichakchaikul menegaskan, fokus berlebihan yang diberikan terhadap keganasan di wilayah selatan negara ini hanya akan mengundang lebih banyak pertumpahan darah.
Dalam amarannya kepada media, Surapong yang juga Menteri Luar Thailand berkata, kerajaan sedar akan kepentingan isu itu diperjelaskan, namun memberi tumpuan berlebihan hanya menggalakkan aktiviti keganasan.
''Saya tidak mahu masyarakat antarabangsa untuk memberi lebih perhatian kepada masalah ini, namun mereka juga perlu mengutuk pihak-pihak yang menyerang orang yang tidak bersalah ini,'' katanya, semalam.
Bagaimanapun kata Surapong, beliau juga sedar bahawa keganasan di wilayah selatan telah berlarutan dan kerajaan perlu menjelaskan mengapa keadaan di situ begitu teruk.

 
Sejahat-jahat orang Islam, dia tidak akan membunuh orang dalam "Rumah Ibadat". Tetapi Askar Kafirun sanggup membunuh Orang Islam di dalam Masjid yang sedang BERSOLAT.

Katanya, Kementerian Luar telah menghantar surat kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mengutuk tindakan pemisah yang bertanggungjawab ke atas keganasan yang telah membawa kepada kematian ramai guru dan pelajar sejak kebelakangan ini.
''Tujuan surat itu adalah untuk memaklumkan kepada OIC mengenai fakta-fakta di rantau ini,'' katanya yang berharap beliau mampu menyelesaikan isu tersebut pada tahun ini.
Sementara itu, Surapong berkata, selain isu di wilayah selatan Thailand, Kementerian Luar berazam untuk menangani masalah pemerdagangan manusia, eksploitasi buruh kanak-kanak serta penyeludupan rentas sempadan.
Sehubungan itu katanya, kementerian akan bekerjasama dengan polis sebagai usaha menyekat penyeludupan dadah dan pada masa sama memulihkan hubungan Thailand dengan Arab Saudi. - AGENSI

amukanmelayu - kenapa kita dihina sampai sedekian rupa?