,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 4 February 2016

BARU SAJA SELESAI MENGANGKAT SUMPAH, RAKYAT DAN BASHAH DAH MIMPI BASAH


Bashah yang mimpi BASAH

Bashah Dicabar Tunjukkan Sijil SPM

'Harap Ahmad Bashah TIDAK lena Sewaktu angkat sumpah'

ALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Secara Sinis dinasihati TIDAK terlena semasa majlis Mengangkat sumpah SEBAGAI Menteri Besar Kedah Yang Baharu Hari Ini. Pesanan ITU disampaikan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir Sewaktu Pengumuman Melepaskan jawatannya, Hari Ini.

"SAYA Harap Ahmad Bashah Sewaktu angkat sumpah nanti TIDAK terlena," Katanya Sambil Mendapat tepukan Gemuruh dari Perwakilan Umno Bahagian Jerlun Yang Hadir Pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Kenyataan itu dipercayai ekoran rakaman Ahmad Bashah tertidur semasa Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah Sedang bertitah Mula tersebar di media Sosial.
  Respons Kepada Kenyataan ITU, Ahmad Bashah Berkata, sepatutnya perkara Seperti ITU TIDAK Wajar ditimbulkan. Sementara ITU, Mukhriz Berkata, walaupun desakan peletakan jawatan ITU lebih Kepada cubaan Untuk Menutup mulutnya, namun beliau menegaskan TIDAK Akan berdiam.
  "SAYA TIDAK akan berdiam. SAYA Akan Terus Berkhidmat Selagi rakyat Mahukan SAYA. SAYA Akan setia bersama Umno, Pada Masa yang sama SAYA  Harap Umno Boleh Melalui Satu transformasi Yang Drastik dan dramatik.
  "Ini Perlu dilakukan Segera sekiranya Kita berhasrat Untuk Menang PRU14. Kalau TIDAK dilakukan, Saya Bimbang Masa Depan Umno SEBAGAI Sebuah Parti Yang memerintah, "Katanya.
  Adun Ayer Hitam ITU turut mengakui ditawarkan Jawatan Dalam kabinet Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Bagi meredakan Konflik Politik Umno Kedah.
  "Ya, Perdana Menteri menawarkan jawatan Timbalan Menteri. Tapi sudah tentu SAYA TIDAK menerimanya.
  "Kalau Ada sebarang tuduhan SAYA Gagal mentadbir Kerajaan Negeri, ITU SAYA boleh terima. Tapi tambahnya lagi, Pada waktu yang sama, Ahli exco Juga berperanan dan Harus memikul sebahagian yang daripada Tanggungjawab tersebut, "Katanya.
  Sebelum Ini, gambar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Yang dikatakan terlelap semasa istiadat penganugerahan pingat di Istana Anak Bukit telah  diviralkan dimedia Sosial. Insiden ITU turut Menjadi perbualan hangat Masyarakat dan Pengguna Laman sosial, khususnya dalam perang dingin pergolakan Dalaman Umno Kedah Yang menyatakan Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Mukhriz SEBAGAI MB Kedah.

  Di dalam Perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencabar Bashah Untuk menunjukkan sijil SPM Bagi membiktikan beliau Bukan Sekadar Hanya berkelulusan SRP.
  Kit Siang menegaskan Bashah Sendiri patut Segera perjelaskan Samasa beliau berkelulusan SRP Atau SPM. Lokman Noor Adam Sebelum ini mempertahankan Menteri Besar Kedah Yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah DENGAN menyangkal dakwaan Bahawa beliau Hanya mempunyai kelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
  "Sebenarnya Ahmad Bashah, Bukan Hanya Ada SRP tetapi jauh lebih baik dari itu, beliau (Adalah) Lepasan SPM. Fitnah Jentera siber Mukriz (Mahathir) Hanya Sekadar Untuk membunuh Watak Ahmad Bashah, "katanya di Laman Facebook.
  Tetapi Lokman Akhirnya terjerat DENGAN kenyataannya Sendiri dan seolah-Olah mengakui Bashah Hanya berkelulusan SRP.
  "Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih Yakin DENGAN Seorang Yang berkelulusan SRP berbanding dengan Mukriz Yang belajar sampai Ke Jepun dan Amerika.
  Seterusnya Kita Siang Juga bersikap jujur ​​dan TELUS Mengenai video beliau terlena seweaktu Mendengar titah di raja di Istana Kedah Yang Menjadi viral di Laman Sosial.
  Bashah Sebelum ini  menafikan KANDUNGAN video ITU DENGAN menyatakan IA diedit namun Apakah yang Nyata video menunjukkan Yang berdurasi 1:03 Minit ITU  Tiada Kesan di edit.
  Ramai warga siber Terutama warga Kedah Sendiri mencemuh perlantikan Bashah SEBAGAI MB Kedah Yang baru DENGAN menyakan Bahawa Najib sengaja melantik mereka Yang bodoh-bodoh supaya Mudah diperbodohkan. Malah dari  penganalisis Politik pun mmeragui kemampuan Basha.
  Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian Berkata, MB Yang Baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Dilihat Perlu 'Melawan' aura Yang ditinggalkan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  "Mukhriz Seorang Menteri Besar Yang Dalam popular pilkada rakyat Kedah khususnya kepada Generasi muda dan sudah pasti Krisis ITU TIDAK Akan Berakhir Begitu Sahaja DENGAN berlakunya Pertukaran baton Kepimpinan.
  "Cabaran besar Untuk Basha iaitu sejauh Mana kemampuannya Untuk menyaingi auza Mukhriz dan dalam Masa Yang Singkat ini  Untuk memulihkan Bukan Sahaja Perpaduan Dalam Parti tetapi juga kena mengubah Persepsi Dalam fikiran rakyat Kedah yang tidak yakin dengan kemampuannya," Sinar Harian.
  FMT Pula melaporkan rata-rata akar UMBI UMNO menyifatkan Ahmad Bashah TIDAK Layak Menjadi Menteri Besar kerana kemampuannya Untuk mentadbir negeri 'Jelapang Padi' sangat-sangat diragui.
  Ketua Umno Cawangan, Zahran Abdullah Berkata Ahmad Bashah TIDAK sesuai Menjadi Menteri Besar kerana TIDAK Menepati Citarasa anak muda Kedah yang mahukan pembaharuan.
  Katanya, Ahmad Bashah Yang Juga ADUN Bakar Bata TIDAK mampu Menjadi idola Untuk muda orang kerana sudah 'Lapuk. "Kita TIDAK nafikan beliau orang lama Dalam Politik di Kedah, tapi beliau (Bashah) Sebenarnya sudah Lapuk. "Beliau lebih Kepada Seorang pengikut Yang Setia dan Bukan Seorang Pemimpin.

SELAMAT Bertugas Bashah. HANYA ALLAH SWT DAPAT Melindungi KAMU

KHAMIS Februari 4, 2016


TAHNIAH Kepada Adun Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah di Atas perlantikan SEBAGAI Menteri Besar Kedah Yang ke-12 Hari Ini, tanggal 4 Feb 2016.

Bashah orang lama Dalam Politik. USIA beliau 66 Tahun Sudah Cukup Untuk menggambarkan  berapa lama beliau berpolitik. Ramai dari Generasi beliau sudah lama "Pencen" berpolitik. Sukar di era Hari Ini Untuk Seorang Yang seusia Bashah boleh membebaskan diri Menjadi MB.

Tetapi kamu bernasib baik   Bashah Masih kerana masih Ada rezeki. Selepas 2 kali di "permainkan", Bashah Akhirnya dinobatkan SEBAGAI Menteri Besar.

Malangnya Tidak semua mengalu-ngalukan perlantikan beliau Secara Positif.

Kelulusan Bashah menjadi Perhatian yang awam. Ada mengatakan beliau Hanya Lulus SRP dan Ada mengatakan beliau SPM. Nakalnya Seorang Pemimpin pembangkang, beliau meminta Bashah menunjukkan SIJIL SPM.

Usia beliau Menjadi Topik hangat di kalangan Ahli Umno. Adakah Pada Usia 66 Tahun Bashah mampu Mengemudi Umno Kedah dan Memahami Aspirasi pengundi muda?

Belum dilantik Secara Rasmi SEBAGAI MB, Bashah sudah Ditaksirkan SEBAGAI Pemimpin Lapuk Yang TIDAK MEMENUHI CITARASA Generasi muda Oleh Sesetengah Ahli Umno.


Mampukah Bashah?

Bashah Akan keseorangan menjalankan Tanggungjawab Menjaga Umno dan Negeri selepas ini.

Sejarah Politik Kedah amat mudah untuk di fahami. Gagal menunaikan Tanggungjawab, Bashah Akan dijatuhkan Oleh orang partinya Sendiri. Sama Seperti Yang dilalui Oleh Mukhriz Mahathir.

Di Kedah, tak Ramai Yang berquality dan berkelulusan tetapi mereka bernasib baik dan  bercita-cita tinggi. Semua mereka merasakan  Layak Menjadi MB walaupun DENGAN SRP, pada suatu masa dahulu Mahfuz juga bercita-cita untuk menjadi MB Kedah ..

Mahdzir Khalid Mencipta Sejarah SEBAGAI Menteri Besar Kedah Paling singkat usianya, iaitu hanya - 802 hari dan Kedah jatuh Ke Tangan Pas.

Bashah lebih Memahami Politik Kedah dan beliau Melihat  bagaimana MB Sebelum ini kepada dijatuhkan.

1. Allahyarham Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin Menjadi MB Selama 2391 hari dan dijatuhkan Oleh orang Parti Sendiri Melalui majlis video Makan Malam Koboi -Montoya.

2. Tan Sri Osman Aroff merupakan MB terpanjang lama Kedah, memegang jawatan Selama 4157 hari dan merupakan Pemimpin Yang memodenkan Kedah dan Akhirnya dijatuhkan Oleh Pemimpin Sendiri.

Bashah Pada Masa ITU Adalah Bendahari Umno Kedah dan beliau Melihat Sendiri  bagaimana Berbagai cara Pemimpin Umno menikam Osman dari Belakang. Akhbar-akhbar berbahasa Cina digunakan, bomoh digunakan, pembantu rumah digunakan, surat layang digunakan Malah mengintip Juga digunakan Untuk menjatuhkan Osman.

Salah Seorang dari Ketua-Ketua Bahagian Sekarang Tahu Segala-galanya bagaimana Usaha untuk menjatuhkan Osman Pada Masa ITU. JIKA Bashah Lupa, Tanyalah Pada Ketua Bahagian tersebut Yang Sekarang ini  memegang jawatan Penting juga di Kedah.

3. Sanusi Junid memegang jawatan MB Selama 1,999 hari. Keangkuhan Menjadi Punca Kejatuhan beliau. TIDAK memeranjatkan Hampir kesemua Pemimpin Umno menikam Belakang beliau bertubi-tubi.

4. Selepas PRU 1999, Syed Razak Syed Zain Barakbah dilantik SEBAGAI MB dan Kekal Selama 2,203 hari. Baik orangnya. Mudah berbicara. Rendah Diri. Tetapi lebih baik. Syed Razak juga Melalui  perkara yang sama Yang dilalui Bashah Sekarang ini. Diperlekehkan.

Apabila Syed Razak diserang angin ahmar (stroke), IA umpama berita Gembira Bagi Sesetengah Pemimpin Umno. Peluang Menjadi MB Semakin Cerah.

Syed Razak Terpaksa bertongkat Ke Pejabat dan majlis Awam. Apakah yang dilakukan Oleh pemimpim ini? Mengambil gambar Syed Razak bertongkat dan gambar-gambar ini  dihantarnya Kepada Perdana Menteri ketika ITU, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan Pak Lah diberitahu, Syed Razak sudah TIDAK MAMPU menjalankan Tugas SEBAGAI MB. Di canang Ke Seluruh pelusuk Kedah KEBURUKAN Syed Razak.

Bashah Tahu semua ini. Bashah Ahli EXCO Pada Masa ITU. Malah Pak Lah Mahu Memilih Bashah SEBAGAI MB, tetapi  Ada Yang melobi lebih Kuat dari beliau. Maka melepas Bashah. JIKA Bashah Terlupa, Tanyalah Kepada Pemimpin Yang Ada Sekarang. Beliau lebih mengetahui. Atau ziarahi Syed Razak dan beliau Akan menceritakan  Segalanya.

5. Mahdzir Khalid dilantik SEBAGAI MB selepas Syed Razak dan Hanya merasai Kerusi empuk Selama 802 hari. Sukar Untuk Kita mengingati Apakah yang dilakukan oleh Mahdzir di Kedah dan akibatnya Kedah jatuh Ke Tangan Pas.

6. Allahyarham Azizan Razak. Pertama kali Pas memerintah Kedah dan biasalah DENGAN Parti orang Melayu. Pemimpin Pas Sendiri menHADIAHkan Semula BN Kepada Kedah. Itupun BN Terpaksa bertungkus lumus Untuk merampas Kedah. Umno mengumumkan dari awal Mukhriz Akan Menjadi MB. Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang berkempen Untuk anaknya.

Ustaz Azizan tewas, dan Menjadi MB Selama Hanya 1,884 hari. Sekali lagi Bashah dijanjikan jawatan MB tetapi tidak bernasib baik, Atas desakan Dr Mahathir, Bashah melepas untuk keduakalinya kali.

7. Mukhriz Mahathir. Selamat bersara dan berakhirlah Pentadbiran Mukhriz selepas 1,003 hari. Umno Sendiri yang menjatuhkannya......ia dijatuhkan  Oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Alasan digunakan ialah Mukhriz Jarang berada di Kedah. 4 hari di Kedah, 3 hari di Kuala Lumpur. Padahal Ramai  Pemimpin-Pemimpin Umno Yang Membuat tuduhan ini, mereka juga jarang berada di Kedah. Dalam seminggu mereka hanya berada 2 hari sahaja di kedah dan masa yang lainnya di habiskan di Kota Metropolitan KL. Ramai dari mereka ini MENETAP di Kuala Lumpur dan Hanya balik Ke Kedah dihujung Minggu sahaja.

Ada yang mempunyai Isteri Kedua di KL. Tetapi di sebabkan TIDAK suka Kepada Mukhriz dan bapanya, Itulah Alasan Yang digunakan. Akhirnya Mukhriz kecundang.

8. Bashah. Semuga Bashah dilindungi Allah SWT. Mulai Hari Ini, Bashah, Kamu buatlah kerja Seorang-Seorang. Tersilap Langkah, Nasib Yang sama Akan menimpa hang. Macam MB Sebelum ini. Ramai di Kedah merasakan mereka Juga Layak untuk Menjadi MB.

Sehari dua ini ramailah Akan Yang mengikut Belakang Bashah Termasuk Yang Sebelum ini memaki hamun dan mencerca Bashah, kerana memang dasar pencacai dah begitu sejak azali lagi.

Dengan Harapan  Projek-Projek Kerajaan Negeri selepas ini akan dibahagi-bahagikan, jawatan-jawatan lembaga Pengarah Di dalam GLC Kedah Perlu dibahagi-bahagikan, puasa sudah Hampir, raya pun dah dekat, duit raya Perlu Ada.

Sekiranya ayat ayat ini kepada TIDAK dipenuhi, Bashah tahulah penangannya. Menteri Besar Semua sudah melalunya.

Yang terakhir ialah MUKHRIZ MAHATHIR.

Bashah SELAMAT Bertugas DATO '. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT Melindungi KAMU.
-

Jangan Gelak Kepada Ahmad Bashah


A Kadir Jasin
BAIKLAH, saya akui ramai yang menangis hiba dan tidak kurang yang bersorak gembira kerana anak bekas Perdana Menteri disingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Saya dah tengok banyak drama politik macam ini sampai dah mangli. Akhirnya kita kena tolak emosi dan terima realiti.

Ada yang menangis dan ketawa itu ikhlas. Tapi mesti ada yang menangis dan ketawa dalam kapasiti mereka sebagai pemakan dedak.

Nak simpati dengan (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir sangat-sangat pun susah. Selepas 1,003 hari jadi MB tak kan tak ada seorang dua Ahli Dewan Undangan (Adun) Umno yang sokong beliau. Tak masuk akal. Mesti ada sebab. Tak tahulah kalau semua Adun Umno makan dedak atau kena tunjuk fail SPRM.

Buat masa ini, macam kata orang putih, Mukhriz “is history”. Kalau nak cergas dalam politik juga, dia kena modelkan semula diri dia. Stail merak kayangan tak jalan.

Sekarang mengenai Menteri Besar baru, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah. Dia ni daripada generasi dan latar belakang saya.

Ahmad Bashah jadi pilihan
Allahyarham ayah saya kenal baik ayah dia. Mereka sama-sama berniaga getah dan cergas dalam politik akar umbi Umno. Kedai ayah saya di Tanah Merah, Pendang. Kedai ayah beliau di Kubur Panjang. Jarak tak sampai 10 kilometer.

Ramai orang perli dia pasal latar belakang pendidikan dia. Tak patut. Sudah kira tumbuk perut. Tak gentleman.

Ahmad Bashah tak patut malu. Dia patut bangga. Anak peniaga getah boleh naik jadi MB dengan hanya kelulusan sekolah menengah. Ada orang kata lulus SRP dan ada kata SPM.

Ramai dalam generasi dia dan saya tak mengaji tinggi. Tak ada peluang dan sebab desakan hidup. Kena cari kerja sebaik saja cukup umur kerja. Saya pun mengaji bukan tinggi sangat. Anak-anak saya lagi tinggi belajar daripada saya.

Yang patut malu adalah Adun-Adun Umno yang ada ijazah berjela-jela tu la. Merekalah yang patut malu. Kalau mereka hebat, pasal apa tak dilantik jadi MB?

Mengaji tinggi, berkonspirasi pandai, mengampu kelas dunia, stail macam Mat Salleh tapi tak dapat jadi MB.

Katakanlah Ahmad Bashah yang jadi kepala konspirasi jatuhkan Mukhriz. Lagi terer (terror), lagi hebat. Budak kampung mengaji sekolah menengah boleh makan budak lulus universiti Amerika dan Jepun.

Bukan itu saja. Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak lebih percaya dan teruja dengan budak lulus sekolah menengah daripada segala para sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam Dun Kedah.

Atau kita boleh kata, inilah kesudahan politik dedak, cantas mencantas, konspirasi dan anti-orang pandai yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama. Lulusan sekolah menengah naik jadi MB!

Selepas 70 tahun mendakwa berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan 58 tahun menerajui Malaysia inilah agaknya penghujung jalan bagi Umno.

Pasal makan dedak, saya nak cerita sikit. Saya boleh kata pakar dalam hal dedak. Ayah saya pernah bekerja di kilang beras. Dedak adalah hasil sampingan mengilang padi jadi beras. Dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi. Sebab kurang zat kena campur dengan nasi basi dan sisa makanan lain. Silap-silap campuran ayam, itik dan babi boleh tercekik. Jadi hati-hatilah bila makan dedak.

Wallahuaklam.
Jangan Gelak Kepada Ahmad Bashah A Kadir Jasin BAIKLAH, saya akui ramai yang menangis hiba dan tidak kurang yang bersorak gembira kerana anak bekas Perdana Menteri disingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah. Saya dah tengok banyak drama politik macam ini sampai dah mangli. Akhirnya kita kena tolak emosi dan terima realiti. Ada yang menangis dan ketawa itu ikhlas. Tapi mesti ada yang menangis dan ketawa dalam kapasiti mereka sebagai pemakan dedak. Nak simpati dengan (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir sangat-sangat pun susah. Selepas 1,003 hari jadi MB tak kan tak ada seorang dua Ahli Dewan Undangan (Adun) Umno yang sokong beliau. Tak masuk akal. Mesti ada sebab. Tak tahulah kalau semua Adun Umno makan dedak atau kena tunjuk fail SPRM. Buat masa ini, macam kata orang putih, Mukhriz “is history”. Kalau nak cergas dalam politik juga, dia kena modelkan semula diri dia. Stail merak kayangan tak jalan. Sekarang mengenai Menteri Besar baru, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah. Dia ni daripada generasi dan latar belakang saya. Ahmad Bashah jadi pilihan Allahyarham ayah saya kenal baik ayah dia. Mereka sama-sama berniaga getah dan cergas dalam politik akar umbi Umno. Kedai ayah saya di Tanah Merah, Pendang. Kedai ayah beliau di Kubur Panjang. Jarak tak sampai 10 kilometer. Ramai orang perli dia pasal latar belakang pendidikan dia. Tak patut. Sudah kira tumbuk perut. Tak gentleman. Ahmad Bashah tak patut malu. Dia patut bangga. Anak peniaga getah boleh naik jadi MB dengan hanya kelulusan sekolah menengah. Ada orang kata lulus SRP dan ada kata SPM. Ramai dalam generasi dia dan saya tak mengaji tinggi. Tak ada peluang dan sebab desakan hidup. Kena cari kerja sebaik saja cukup umur kerja. Saya pun mengaji bukan tinggi sangat. Anak-anak saya lagi tinggi belajar daripada saya. Yang patut malu adalah Adun-Adun Umno yang ada ijazah berjela-jela tu la. Merekalah yang patut malu. Kalau mereka hebat, pasal apa tak dilantik jadi MB? Mengaji tinggi, berkonspirasi pandai, mengampu kelas dunia, stail macam Mat Salleh tapi tak dapat jadi MB. Katakanlah Ahmad Bashah yang jadi kepala konspirasi jatuhkan Mukhriz. Lagi terer (terror), lagi hebat. Budak kampung mengaji sekolah menengah boleh makan budak lulus universiti Amerika dan Jepun. Bukan itu saja. Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razaklebih percaya dan teruja dengan budak lulus sekolah menengah daripada segala para sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam Dun Kedah. Atau kita boleh kata, inilah kesudahan politik dedak, cantas mencantas, konspirasi dan anti-orang pandai yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama. Lulusan sekolah menengah naik jadi MB! Selepas 70 tahun mendakwa berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan 58 tahun menerajui Malaysia inilah agaknya penghujung jalan bagi Umno. Pasal makan dedak, saya nak cerita sikit. Saya boleh kata pakar dalam hal dedak. Ayah saya pernah bekerja di kilang beras. Dedak adalah hasil sampingan mengilang padi jadi beras. Dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi. Sebab kurang zat kena campur dengan nasi basi dan sisa makanan lain. Silap-silap campuran ayam, itik dan babi boleh tercekik. Jadi hati-hatilah bila makan dedak. Wallahuaklam.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu