,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 8 February 2016

Pengundi Kedah, bagi Bashah peluang Yang Sebenarnya Tiada PELUANG



Bashah tekad BN Kedah menang dua pertiga pada PRU14
Ramai Penyokong BASHAH dari saluran 3.....Berapakah baki mereka yang seusia Aki sekarang ini?


SELAMAT Bertugas Bashah. 
HANYA ALLAH SWT DAPAT Melindungi KAMU 

KHAMIS Februari 4, 2016 TAHNIAH Kepada Adun Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah di Atas perlantikan SEBAGAI Menteri Besar Kedah Yang ke-12 Hari Ini, tanggal 4 Feb 2016. Bashah orang lama Dalam Politik. USIA beliau 66 Tahun Sudah Cukup Untuk menggambarkan berapa lama beliau berpolitik. Ramai dari Generasi beliau sudah lama "Pencen" berpolitik. Sukar di era Hari Ini Untuk Seorang Yang seusia Bashah boleh membebaskan diri Menjadi MB. 

Tetapi kamu bernasib baik Bashah Masih kerana masih Ada rezeki. Selepas 2 kali di "permainkan", Bashah Akhirnya dinobatkan SEBAGAI Menteri Besar. 

Malangnya Tidak semua mengalu-ngalukan perlantikan beliau Secara Positif. Kelulusan Bashah menjadi Perhatian yang awam. Ada mengatakan beliau Hanya Lulus SRP dan Ada mengatakan beliau SPM. Nakalnya Seorang Pemimpin pembangkang, beliau meminta Bashah menunjukkan SIJIL SPM. Usia beliau Menjadi Topik hangat di kalangan Ahli Umno. Adakah Pada Usia 66 Tahun Bashah mampu Mengemudi Umno Kedah dan Memahami Aspirasi pengundi muda? 

Belum dilantik Secara Rasmi SEBAGAI MB, Bashah sudah Ditaksirkan SEBAGAI Pemimpin Lapuk Yang TIDAK MEMENUHI CITARASA Generasi muda Oleh Sesetengah Ahli Umno. Mampukah Bashah? 

Bashah Akan keseorangan menjalankan Tanggungjawab Menjaga Umno dan Negeri selepas ini. Sejarah Politik Kedah amat mudah untuk di fahami. Gagal menunaikan Tanggungjawab, Bashah Akan dijatuhkan Oleh orang partinya Sendiri. 

Sama Seperti Yang dilalui Oleh Mukhriz Mahathir. Di Kedah, tak Ramai Yang berquality dan berkelulusan tetapi mereka bernasib baik dan bercita-cita tinggi. 

Semua mereka merasakan Layak Menjadi MB walaupun DENGAN SRP, pada suatu masa dahulu Mahfuz juga bercita-cita untuk menjadi MB Kedah ......... Mahdzir Khalid Mencipta Sejarah SEBAGAI Menteri Besar Kedah Paling singkat usianya, iaitu hanya - 802 hari dan Kedah jatuh Ke Tangan Pas. Bashah lebih Memahami Politik Kedah dan beliau Melihat bagaimana MB Sebelum ini kepada dijatuhkan.



Bashah tekad BN Kedah menang dua pertiga pada PRU14
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bertekad BN negeri mampu memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Pengerusi Umno negeri itu berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya semua jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri bersama-sama bekerja keras sebelum PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada akhir Ogos 2018.

"Nak dapatkan (menangi) kerusi, kami (wakil rakyat) kena turun, jumpa rakyat bagi penerangan dan kerja keras bukan duduk sahaja," katanya ketika berucap pada Program Mesra Jiran Perdana dan Menyemai Kasih Sayang di sini hari ini.
Ketika ini 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dipegang BN, Pas (lapan), PKR (empat), DAP (dua) dan Parti Amanah Negara (satu).

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata walaupun beliau kini memegang jawatan Menteri Besar, beliau mahu rakyat dan pengundi khususnya di kawasan diwakilinya iaitu Bakar Bata terus mengekalkan hubungan kemesraan dengan dirinya seperti sebelum ini.    

Beliau berkata jawatan tersebut bukanlah satu penghalang untuk memisahkan rakyat dengan dirinya, malah jelasnya beliau masih sama seperti dahulu.
"Saya tak mahu bila dah jadi Menteri Besar ini mereka segan nak jumpa dan salam. Saya tak mahu pengundi ada perasaan itu kerana saya tahu keikhlasan sokongan dan kasih sayang mereka terhadap saya.

"Tapi saya nak elak protokol yang jauhkan rakyat dengan saya. Saya akan beritahu pegawai-pegawai, saya Bashah yang dulu sama dengan sekarang," katanya.

Berhubung senarai Exco kerajaan negeri yang baharu, Ahmad Bashah berkata, beliau ada memaklumkan perkara itu secara tidak rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbincangan rasmi mengenai perkara itu hanya boleh dibuat selepas cuti Tahun Baharu Cina.

"Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri pun bercuti sehingga habis cuti Tahun Baharu Cina ini, saya pun belum dapat bincang apa lagi dengan beliau. Lepas itu (cuti) baru kami boleh bincang mengenai perkara ini," katanya.
Beliau berkata selepas senarai Exco dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk diperkenankan. – Bernama
Mukhriz bersama anak muda yang akan menjadi MEJORITI PENGUNDI di PRU KE 14.

TERKINI : Patut lar Beriye Nak Tukar MB KEDAH, MUKHRIZ MAHATHIR Dedahkan 9 sebab Letak Jawatan MB KEDAH, rupanya ada AGENDA tersembunyi.. KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG KEPIMPINAN MM

TERKINI : Patut lar Beriye Nak Tukar MB KEDAH, MUKHRIZ MAHATHIR Dedahkan 9 SEBAB Letak Jawatan MB KEDAH, rupanya ada AGENDA tersembunyi.. KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG KEPIMPINAN MM





BEIJING 4 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak memberi peluang kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membuktikan keupayaan mentadbir negeri Kedah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Bashah adalah seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan serta parti.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita Malaysia di hotel penginapannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan lebih peruntukan disalurkan kepada pentadbiran baharu Kedah yang diterajui Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat membantu Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12 menjalankan tugas membangunkan lagi negeri itu.

“Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja empat hari di sini, sebentar tadi. Ahmad Zahid berkata, walaupun kelayakan pendidikan Ahmad Bashah agak rendah berbanding keperluan yang tinggi, penduduk harus melihat dari sudut positif yang ada pada beliau dalam pentadbiran di peringkat Pusat.

Katanya, Ahmad Bashah yang dikenalinya sejak 1987 pernah menjadi Timbalan Menteri dan terbabit lebih 35 tahun dalam arena politik. “Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain. “Jangan hina dan merendahkan.

Berikan peluang, kalau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran. Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan,” katanya. Beliau berkata, Ahmad Bashah perlu diberi masa 100 hari bagi beliau mencorakkan bentuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya.-BERITA HARIAN

Pengundi Kedah, bagi Bashah peluang – Abdul Azeez

azeez lagi
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, dia juga merayu kepada pengundi di Kedah untuk memberi ruang Ahmad Bashah menjalankan peranannya sebelum menilainya. Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 4 Februari:

Golongan yang menolak Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah digesa memberikan peluang kepada Menteri Besar Kedah yang baharu dilantik itu untuk membuktikan dirinya dalam mentadbir negeri.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, dia juga merayu kepada pengundi di Kedah untuk memberi ruang Ahmad Bashah menjalankan peranannya sebelum menilainya.
“Saya juga pernah tewas (ketika bertanding) di Baling, tetapi membuktikan bahawa saya boleh membuat kerja sehingga mereka yang tidak pernah mengundi BN (Barisan Nasional) mengundi saya.
“Ini (keupayaan mengundi) adalah hak rakyat maka, bagi peluang ketika keputusan sudah dibuat oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan dia (Bashah) sudah mengangkat sumpah (sebagai Menteri Besar),” kata Azeez kepada pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji hari ini.
Azeez menambah lagi bahawa apa yang penting bagi kerajaan negeri yang diterajui Umno kini, adalah untuk terus berusaha demi kebaikan rakyat Kedah, dan memastikan mereka kekal memerintah negeri itu pada pilihan raya akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, pagi ini di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah ke-12.
Majlis yang berlangsung di Istana Anak Bukit, dekat sini, menamatkan krisis politik yang membelenggu negeri itu sejak dua minggu lalu.
Semalam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti Adun di negeri itu.
Kemelut bermula selepas kumpulan Ketua Umno Bahagian Kedah dan pihak lain mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari lalu, mengisytiharkan bahawa mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Perkara itu diumumkan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, selepas mesyuarat tertutup dengan ahli politik terbabit.


Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sewajarnya diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu sebelum mana-mana pihak membuat penilaian ke atas prestasinya.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, hanya rakyat sahaja berhak menilai prestasi pentadbiran Ahmad Bashah selepas ini sebelum beliau dihukum atau dipilih semula pada PRU14 akan datang.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat Kedah untuk menjadi hakim dalam erti kata yang sebenar. Biarlah kita beri peluang kepada individu tersebut untuk membuktikan kebolehan beliau, baru kita boleh nilai.

“Biarlah mereka (rakyat) ukur. Kalau dia bagus, masa akan datang boleh undi dia (semula), kalau mereka rasakan dia tidak bagus, tidak beri manfaat kepada rakyat, mereka tolak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015 di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji, di sini, semalam.

Beliau mengulas pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah baharu berkuat-kuasa semalam, bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang hilang kepercayaan majoriti Adun dan ketua-ketua Umno bahagian negeri itu.
Abdul Azeez berkata lagi, selaku Ketua Umno Bahagian Baling, beliau dan pimpinan akar umbi yang lain akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan Umno dalam menyelesaikan kemelut politik di Kedah.

Najib luluskan peruntukan RM15 juta bina kompleks peniaga dan penjaja kecil
05 Februari 2016


SUNGAI PETANI 5 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan RM15 juta bagi membina kompleks perniagaan peniaga dan penjaja kecil di Sungai Petani.

Beliau berkata, kompleks tersebut merupakan permohonan pertama yang disuarakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

“Kalau saya tidak jawab nanti Menteri Besar tidur tidak lena.“Jadi saya luluskan permohonan peruntukan RM15 juta untuk membina kompleks tersebut asalkan tujuan kita baik untuk tolong peniaga berkumpul di satu tempat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran UTC Sungai Petani di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



HATI MELAYU - Mukhriz minta buat Airport kat Kulim dan Highway dari Kulim ke Sg Limau untuk memajukan persisir pantai dan mengambil alih peranan Airport Penang.....mungkin akan mengujudkan 20, 000 pekerjaan.....inilah pemimpin...kalu gerai, hampa pikiaqlah seniri.

Bersahaja......IKON anak muda Kedah yang di Buang.....

Gambar ini berani menceritakan semua keadaan. Ternyata MM bukan orang Kedah. Letak saje jawatan terus terbang ke Kuala Lumpur bukannya bermotosikal balik Ayaq Itam. Elokla bagi Bakar Bata jaga Kedah. Tapi bagaimana dengan "TERLAJAK LARIS" yang menarik PENAJAANNYA ini?

Pemilik Dherbs Holding (M) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengambil pemutusan hukum membatalkan tajaan Pasukan bola Kedah kerana Bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir Yang memulakan Usaha menghubunginya Memohon tajaan. - Gambar Facebook, 8 Februari, 2016.
Pemilik Dherbs Holding (M) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengambil pemutusan hukum membatalkan tajaan Pasukan bola Kedah kerana Bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir Yang memulakan Usaha menghubunginya Memohon tajaan. - Gambar Facebook, 8 Februari, 2016.

Pemilik Dherbs Holding (M) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengambil pemutusan hukum membatalkan tajaan Pasukan bola Kedah kerana Bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir Yang memulakan Usaha menghubunginya Memohon tajaan. - See more at: https://translate.googleusercontent.com/translate_c?depth=1&hl=en&rurl=translate.google.com&sl=en&tl=ms&u=http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tukar-menteri-besar-jutawan-kosmetik-tarik-diri-taja-pasukan-bola-kedah&usg=ALkJrhgRjN8DEmoqMgpVGZEzz-KX6mpKUg#sthash.Kc21YjaT.dpu  
Tukar MB, Jutawan kosmetik tarik Diri Taja Pasukan bola sepak Kedah 
Oleh DIYANA IBRAHIM

Published: 8 Februari 2016 10:09

Pertukaran Menteri Besar Kedah yang sah baru-baru ini kepada Antara Punca Pemilik Dherbs Holding (M) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Seyegan Kembali ghairah Untuk menaja Pasukan bola sepak negeri ITU.

Jutawan kosmetik Yang Terkenal DENGAN tagline "Terlajak Laris" ITU Berkata keputusannya Untuk TIDAK menaja Pasukan Helang Merah ITU kerana perbincangannya ITU kompilasi Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir Masih lagi Menjadi menteri besar.

"SAYA TIDAK jadi Taja (bola Pasukan Kedah), sebab waktu Boikot, SAYA DENGAN Mukhriz.

"Jadi, bila dia Tidak Ada (atur jawatan menteri besar) SAYA TIDAK tajalah," Katanya kompilasi dihubungi The Malaysian Insider.

Alif Antara Pemilik Syarikat kosmetik Yang Berminat Untuk menaja Pasukan bola negeri ITU selepas trend tersebut dimulakan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Yang Terkenal DENGAN product Qu Puteh di Kelantan.

Tambahnya, beliau bersetuju Untuk menaja Pasukan bola Kedah kerana Bekas menteri besar ITU Yang memulakan Usaha menghubunginya Memohon tajaan.

Pada Masa sama Aliff Berkata Setelah Penarikan tajaan bola sepak Kedah, Kini beliau Mungkin mempertimbangkan tawarannya Kepada 3 Pasukan bola - Terengganu, Felda Atau Pahang.

"Sekarang ini kepada SAYA Menunggu jawapan dari Tiga Pasukan bola sepak iaitu Felda, Terengganu dan Pahang," Katanya.

Di Bawah Pimpinan Mukhriz, skuad Kedah Berjaya bangkit Semula apabila Menjadi naib juara Piala Malaysia Tahun Lalu selain juara Muncul Liga Perdana.

Ramai Yang menyifatkan pengunduran Muhkriz SEBAGAI Menteri diganti Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah Satu Kerugian Kepada Industri bola negeri ITU.

Mukhriz selepas mengumumkan pengundurannya turut mengumumkan peletakan jawatan SEBAGAI Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), memandangkan kedudukan ITU Datang bersama jawatan menteri besar. - 8 Februari, 2016.


Mukhriz mengaku dengan pemerintah untuk memanggil penyiasat 1MDB

Published: 7 Februari 2016 01:36 | Dikemas kini: 7 Feb 2016 07:06


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Majlis Raja-Raja juga perlu mengambil kira membentuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1Malaysia Development Berhad untuk menyiasat isu itu lagi.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah merayu kepada Majlis Raja-Raja untuk memerintahkan pelbagai agensi menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk melaporkan kepada mereka mengenai hasil siasatan mereka.

"Menjelang Persidangan mesyuarat Raja-Raja yang akan diadakan pada 17 Februari dan 18, dengan segala hormat, saya merayu kepada Duli Yang Maha Mulia anda untuk memanggil Peguam Negara, Bank Negara Malaysia Gabenor, Ketua Polis Negara, Rasuah Malaysia Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia Ketua (SPRM), 


Ketua audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) ... melaporkan, dengan cara yang telus dan benar, hasil siasatan mereka ke dalam 1MDB, tanpa melindungi mana-mana pihak, "katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Beliau berkata, jika usaha itu tidak menjadi kenyataan, Majlis Raja-Raja perlu menimbang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB untuk sampai ke bahagian bawah isu itu.

"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau ada apa-apa gangguan daripada mereka disiasat, atau laporan tidak boleh diterima, maka saya merayu kepada Majlis Raja-Raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB."

Beliau berkata, empat bulan telah berlalu sejak kenyataan oleh raja-raja Melayu telah dikeluarkan, yang mahu kerajaan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mentaati perintah raja-raja Melayu.

"Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi lidah rasmi 1MDB, mempertahankan tindakan semua 1MDB dan cuba untuk pandangan orang kabur dengan pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang 1MDB," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada pembangunan mengenai perkara itu yang boleh meyakinkan rakyat di negara ini bahawa siasatan itu dilakukan mengikut undang-undang.

Beliau menambah bahawa Najib marah dengan ucapannya pada majlis Umno Disember lalu, apabila dia menyentuh mengenai Perdana Menteri, menteri-menteri tertentu dan Presiden 1MDB Arul Kanda 'keengganan Kandasamys dan kegagalan untuk menjawab soalan-soalan mengenai 1MDB oleh pelbagai pihak.

"Malah, Datuk Seri Najib sendiri telah berkata kepada saya bahawa ucapan itu adalah salah satu yang menyebabkan murka-Nya terhadap saya, menyebabkan saya digugurkan sebagai menteri besar Kedah," katanya.

Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar minggu lalu, selepas kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. - 7 Februari 2016. 



AMUKANMelayu - Aki selalu Pakailah baju yang di ukur dari badan Aki sendiri.....