Aminuddin bin Yahaya |
Tindakan-tindakan
yang dilakukan kerajaan bukan menjawab malah menimbulkan lebih banyak
persoalan. Rakyat diminta berfikiran progresif dan positif, rakyat juga
diminta memberi kepercayaan kepada kerajaan, rakyat diminta menunggu
siasatan dan pelbagai lagi.
Tapi dalam
masa yang sama penjelasan-penjelasan yang tidak konsisten oleh pimpinan
negara tidak membayangkan pemimpin sendiri serius dalam nak
menyelesaikan kes ini.
Badan penyiasat bebas bukan saja dihentikan malah pejabat mereka digeledah atas sangkaan berlakunya kebocoran. Apakah
pemimpin negara tidak percaya kepada agensi mereka sendiri? Jika mereka
tidak percaya akan integriti agensi-agensi ini maka adakah logik mereka
meminta rakyat percaya?
Jika
segala perundangan dan peraturan dicabul oleh pemimpin, maka adakah
masuk akal mereka meminta rakyat patuh pada undang-undang? Jika
pemimpin-pemimpin yang sudah terkenal dengan akhlak yang rosak dan
mempunyai sejarah hitam, maka adakah munasabah rakyat diminta percaya
kepada mereka?
Jika yang disyaki tidak disiasat tetapi seorang despatch
pula yang ditahan, apakah rakyat boleh terima mainan ini? Jika pelbagai
isu yang tidak boleh dijawab tapi siasatan awal mengatakan tidak ada
salah laku yang dijumpai, apakah boleh diterima apabila rakyat diminta
menunggu habis siasatan? Adakah laporan itu nanti akan ada integriti?
Bak kata pepatah ‘rosaknya ikan bermula dari kepalanya’. Rosaknya rakyat bermula daripada pemimpinnya.
Tidak
mungkin rakyat akan baik jika pemimpin tidak menunjukkan integriti dan
ketelusan. Jika rakyat bersuara, jika rakyat keluar ke jalanan, jika
rakyat membenci dan menghina pemimpin, jika rakyat pandai menipu, jika
rakyat menolak kerajaan…..jangan salahkan mereka. Mereka hanya sekadar mengikut tauladan yang ditunjukkan oleh para pemimpin.
Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden Isma
Timbalan Presiden Isma
Najib telah malukan UMNO & BN serta nama negara Malaysia. !
Najib menjawab serta mengutuk Tun Mahathir dalam ucapannya ketika di Tawau Sabah, konon berlagak rakyat masih sokong dia.. Apa kah Najib tidak tengok didalam facebooknya sendiri orang mencaci maki beliau.?? Apakah Najib ni jenis pekak dan muka tak tau malu ?
Page Najib Pekak: https://www.facebook.com/najibrazak
Amat memalukan apabila orang ramai memintanya meletakkan jawatan tetapi beliau terus menjadi pekak badak tidak hiraukan mereka.. yaa.. mereka itulah rakyat. suara yang harus didengari.. Jadi darimanakan kenyataan Najib yang menyatakan Rakyat masih mahu dia memerintah? adakah sama kenyataannya dengan ini ?
Sendiri keluarkan kenyataan untuk menyelamatkan diri sendiri. Ini jenis pemimpin yang gila namanya.!!
Apakah Najib pekak tidak pernah keluar lihat kehidupan rakyat yang susah? yang masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ??
Najib ini sudah gila kuasa.Najib menyalah gunakan kuasa, menyalahgunakan kewangan, menyalahgunakan Kerusi UMNO sekaligus membuatkan UMNO & Barisan Nasional terus ditolak oleh rakyat.!!
Tun M Jadi Penaung GKCM
The Rule of Law Dah Tergantung, Kini Negara Di Bawah The Rule Of Najib
Saturday, February 13, 2016
Semalam pihak GKCM ada membuat lawatan resmi bertemu Tun Mahathir bagi memperkenalkan pergerakan mereka dan meminta nasihat serta pandangan beliau.
Ternyata Tun Mahathir menyokong gerakan GKCM. Bukan saja memberi nasihat, malahan Tun terima untuk menjadi PENAUNG KEPADA GKCM !
TAHNIAH GKCM ! Semoga perkembangan ini memberi suntikan semangat kepada perjuangan anda semua.
Khairuddin terpaksa ke luar negara buat laporan kerana tidak ada tindakan diambil ke atas laporan yang dibuat dalam negara. Bukan itu saja, Khairuddin pula yang disoal siasat dan dikenakan tindakan atas keberaniannya membuat laporan !
Khairuddin buat laporan di Switzerland kerana bank mereka terlibat. Begitu juga di tempat2 lain seperti di Amerika, Singapura dan HongKong.
Dalam negara, proses undang2 sudah terhenti, begitu juga kalau kita buat petisyen kepada Raja2, biarlah berjela2 orang sain kepada Raja ... biasanya kita tak nak Raja terlibat dalam politik tetapi keadaan kini luarbiasa... Yang mana The Rule of Law dah suspend, The Rule of Najib is on now !
Apa dia nak buat semua dia boleh ....
Saya tak boleh nak guarantee apa yang kita buat ini akan berjaya .... tapi dunia akan perhati orang ini ( Najib ). Sekarang ini pun orang pandang jijik pada Najib. Dia tak berapa berani nak campur dengan orang.... pasal semua orang tahu ( tentang kes2 dia )
Saya minta kalau boleh, gerakan ini ( GKCM ) aktif, kalau kita nak pergi seluruh Malaysia mungkin ( melibatkan ) belanja banyak, tapi tiap2 negeri mesti ada orang ( wakil ) yang gerakkan .. Ini cukup baik.
Saya di minta untuk menjadi penaung Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ( GKCM ) dan SAYA TERIMA ! !
**********************
Di bawah pula sedutan video pesanan Tun Mahathir kepada ahli2 Umno yang tidak puas hati dengan Najib supaya berani tampil ke depan dan bersuara. Jangan takut dengan ancaman dibuang keahlian kerana yang penting, jiwa mereka adalah jiwa Umno !
Kita orang Melayu, ini negara kita.
Sebelum isu 1MDB meletup lagi sudah ramai yang meminta Tun Mahathir melakukan sesuatu ( dengan Najib ). Mula2 Tun beri nasihat tapi tidak diendahkan oleh Najib. Kemudian Tun tulis surat menarik balik sokongan tapi surat itu disorokkan Najib.
Najib pula antar orang pujuk saya sokong dia balik. Saya tak sokong.
Lepas itu saya isytihar (supaya ) semua orang tahu saya tak sokong Najib. Kalau orang yang nak masuk sebelah saya, dah masuk dah. Tapi orang yang duk desak kata do something ni, hilang ! Tak datang jumpa dah.
Ini yang biasa saya sebut dalam blog I am Alone.
Semua orang yang saya jumpa ( akan ) salam ... ( dan berbisik ) I am with you, i support you .. tapi bisik.
Sokong macam itu tak jadi.
Tulisan terbaru Tun Mahathir kepada Najib.
1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.
2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.
3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.
4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.
5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.
6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.
(Rompin, BN Kurang 6,219 majority berbanding PAS hanya kurang sebanyak 25 kerusi sahaja... manakala BN kalah teruk di Permatang Pauh dgn majority sebanyak 11,375)
7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.
8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.
9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.
http://darah-satria.blogspot.com/2014/04/negara-masuk-perangkap-penubuhan-bank.html
10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.
11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.
12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.
13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.
14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.
15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.
16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.
17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-kesal-najib-jemput-penasihat-british-yang-diusir-sewaktu-merdeka
18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.
19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.
20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.
21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.
22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.
23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.
24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.
25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.
26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.
29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.
30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.
31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.
32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.
@ baca dalam artikel Bahasa Melayu disini:
33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.
34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.
36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.
37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.
38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.
39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.
40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.
41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Chedet
Sementara itu, Zainuddin Maidin menyelar pembohongan Najib yang menipu tentang sokongannya kepada Tun Mahathir.
"Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.
Baca selebihnya disini: http://zamkata.blogspot.com/2015/05/anggota-mkt-umno-mesti-berani-papar-dan.html?m=1
Ucapan penuh Najib boleh lihat disini:
Najib juga menipu rakyat serta penyokong BN dengan menyatakan Majority rakyat tidak mahu ISA dikembalikan. Lihat disini:
http://darah-satria.blogspot.com/2014/05/najib-razakpm-malaysia-syok-sendiri-tak.html
Najib adalah seorang yang tidak sedar diri serta masih berasa bagus setiap masa. Dia menggunakan wang untuk mengekalkan kedudukannya sekaligus menyalahgunakan kuasa yang ada. Lihatlah bagaimana perancangan konspirasi Najib ketika mengekalkan kedudukan Naib Timbalan Presiden UMNO.. Kenyataan ini tepat dengan huraian yang saya berikan.Baca disini,
http://darah-satria.blogspot.com/2013/10/hisyammudin-zahid-hamidi-shafie-kekal.html
Adakah akibat bebanan kewangan yang disalahguna, bebanan hutang yang semakin tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa mendesak mereka yang disaman perlu membayar saman dengan segera atau menggunakan waran tangkap ? apakah perkara ini demi menyelamatkan hutang-hutang yang semakin dibebani negara lebih-lebih lagi hutang 1MDB ??
Adakah kerajaan akan sign TPPA seperti apa yang dinyatakan disini?
Najib menyatakan kedudukan dia sebagai Presiden UMNO adalah kerana dirinya layak. Apakah dia lupa bahawa kerusi Presiden & Timbalan Presiden tidak di pertaruhkan ??
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOKalabakanmahujawatanPresiden_TimbalanPresidenUMNOtidakdipertandingkan/m/mArticle
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-umno-sambut-baik-jawatan-tertinggi-tidak-dipertandingkan-15684
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOSelangorsokongjawatanPresiden_TimbalanPresidentidakdipertandingkan/m/mArticle
Jadi jika kerusi tertinggi UMNO tidak dipertaruhkan, ini bermakna Najib mahu terus berkuasa menjadi Presiden bukan ?
Jadi bagaimana Najib boleh mengatakan orang sokong beliau menjadi Presiden UMNO kerana kerusinya itu langsung tidak di pertaruhkan ? Ini bermakna, Najib merasa syok sendiri dengan percaturan yang dilakukannya serta menggunakan kuasa wang untuk membuat segala sesuatu demi kepentingan peribadinya.!
Ini juga penyebab utama Najib tidak layak menjadi PM!!!
Antara Taat Kepada Individu Dan Kepada Parti dan Negara - Apa Yang Susah Sangat Nak Faham ? ( FB Rafidah Aziz )
BACALAH DENGAN HATI TERBUKA..
WOW...MACAM 2 DAH BERLAKU..
Kotak Pandora sekarang terbuka luas...
Siapa yang akan tahu apa yang akan keluar..
...perkara2 baru yang menakutkan ?
...apa cerita2 baru pula?
EPISOD BARU DAH MULA..
BETUL APA SAYA DAH KATAKAN...Ianya bukan kes mudah "buka dan tutup"..
Alaahai...
Drama sekarang mempunyai peserta2 antarabangsa..
Dari Malaysia..ke Amerika..ke Switzerland..dan sekarang Timur Tengah pula..
Mungkin ada penulis yang sedang memikirkan skrip yang sesuai untuk filem...terutama kalau ada lagi pendedahan dan kemajuan..
Alahaai...
Dan saya seorang warga negara yang merasa RISAU...saperti ramai yang lain..telah di sarankan untuk seolah2 berhenti bercakap..olih seorang penggeleng kepala..yang mendesak kita semua mesti "taat setia kapada pemimpin"...
Silalah terus menggeleng kepala...kerana saya akan terus bercakap..
UNTUK PENJELASAN...
SAYA ADALAH AHLI UMNO YANG SETIA...AHLI SELAMA 50 TAHUN..DAN AKAN MATI SEBAGAI AHLI UMNO..
SAYA WARGA MALAYSIA...JANGAN SESIAPA PERTIKAIKAN !
SAYA DAPAT BEZAKAN ANTARA TAAT SETIA KEPADA PARTI DAN NEGARA ...
DENGAN " Taat setia ( cara membuta tuli ?) ..KEPADA INDIVIDU2....TIDAK KIRA SIAPA....
INDIVIDU2 TIDAK PENTING..
LAGIPUN INDIVIDU2 AKAN MATI..
....SAPERTI SAYA JUGA AKAN MATI..
...INDIVIDU2 DATANG DAN PERGI..
TETAPI PARTI..DAN NEGARA ..TIDAK BOLIH DIKOMPROMI..
PARTI PERNAH DI BATALKAN PENDAFTARANNYA..DAN DI HARAMKAN ..DALAM TAHUN 1987...AKIBAT DARIPADA PEREBUTAN KUASA DAN JAWATAN..
Orang2 yang menggeleng kepala itu mungkin TELAH LUPA TITIK HITAM SEJARAH PARTI.
JANGANLAH SESIAPA MEMINTA untuk "diberi sokongan "kapada INDIVIDU2..MINTALAH SUPAYA DISOKONG PARTI...DAN NEGARA..
PARTI DAN NEGARA TIDAK WAJAR menjadi sasaran apa2 tindakan dan lakuan sesiapa jua di kedudukan kepimpinan...tidak kira DI PERINGKAT MANA...
Sudah terdapat retak2 dalam Parti.
...Dan keresahan berterusan di kalangan rakyat Malaysia...
....TOLONGLAH LIHAT REALITINYA...
...TOLONGLAH HENTIKAN MENGELAK DARI MENERIMA KEADAAN SEBENAR...
....TOLONGLAH JANGAN BERMAIN POLITIK BERPUAK2
DUNIA MELIHAT KEPADA PEMIMPIN2 KITA DAN MEMBUAT KESIMPULAN MASING2...
USAHLAH saperti burung unta yang menyembunyi kepala mereka dalam pasir..tetapi seluruh badan dapat lihat semua orang...
...TOLONGLAH DENGAR APA YANG BERLAKU DIAKAR UMBI...
.....TOLONGLAH BERHENTI MENDENGAR CERITA2 HALWA TELINGA...TERUTAMA DARI MEREKA YANG BERKEPENTINGAN...
...TOLONG SENTIASA INGAT BAHAWA...DUA ( ATAU TIGA , ATAU EMPAT, ATAU LIMA ) KESILAPAN ..TIDAK AKAN MENJADIKAN SATU YANG BETUL...
Tolonglah tidak mengelirukan lagi..
Kita SEMUA BERSAMA2 MERASAKAN KESAN2 DARI ISU2 YANG TELAH UJUD..
ITULAH SEBABNYA SAYA MENYATAKAN APA YANG SAYA FIKIRKAN...
PERKARA SAPERTI SEKARANG BELUM PERNAH BERLAKU...
SAYA SAYANG PADA UMNO..
SAYA SAYANG PADA MALAYSIA..
SAYA SENTIADA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG..
( Fikirkanlah....adakah semua yang datang dari hati yang risau ini..adalah "meracuni fikiran rakyat?"
Atau sebenarnya luahan sentimen yang sangat ingin melihat perpaduan dalam parti...dan kepimpinan yang tidak terus dibelenggu masaalah?)
Allah swt Maha Mengtahui..
YANG BENAR TETAP BENAR...
Copypasted dari FB Rafidah Aziz
Muhyiddin Yassin Menyuruh Kita Undi Pembangkang
– Malaysia Today - Oleh Raja Petra Kamarudin
Mangsa Biasa Politik, Rasuah, kata Muhyiddin
(The Malaysian Insider) – Politik negara yang semakin ‘melemaskan’ akan menyebabkan perpecahan negara, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana rakyat pada akhirnya akan menderita.
Baca: Muhyiddin Perlu Laksanakan Tugas Timbalan Presiden Parti – Dr Salleh Said Keruak
Rakyat juga merupakan mangsa ketidakstabilan politik yang disebabkan rasuah dan kelembapan ekonomi, kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Politik kita kini menjadi lebih ‘menyesakkan’. Ia adalah kerana keadaan politik yang huru-hara. Hal ini boleh memecahbelahkan rakyat dan negara.”
“Masalah politik dalaman kita termasuklah rasuah dan kelembapan ekonomi di mana rakyat menjadi mangsa,” kata Muhyiddin sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Melayu Sinar Harian pada hari ini.
Beliau berkata kedudukan Malaysia di dunia berada dalam keadaan tidak baik disebabkan isu-isu berkaitan kepimpinan.
“Negara kita terancam kerana isu-isu yang melibatkan pemimpin.”
“Malaysia tidak lagi dilihat sebagai stabil di arena antarabangsa dan ini memberi kesan kepada rakyat.”
“Dengan negara yang menjadi tumpuan disebabkan isu-isu tersebut, rakyat menghadapi kesusahan, terutamanya dalam bidang perniagaan dan pelaburan,” Sinar Harian memetik beliau sebagai berkata dalam ucapannya di Pagoh semalam.
Mengapa ahli politik apabila menjadi terdesak mula membuat kenyataan-kenyataan bodoh? Saya telah melihat banyak kenyataan kurang cerdik daripada mulut Muhyiddin Yassin dalam hidup saya tetapi yang di atas adalah paling teruk. Satu kenyataan yang sangat-sangat amatur!
Apakah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataannya di atas? Mengapa banyak cakap tetapi tidak bermakna apa-apa? Jika beliau mempunyai banyak perkara untuk dikatakan, jadi luahkannya! Berhenti mengatakan benda-benda mengarut seperti “orang ini membuat benda jahat ini pada tempat tertentu, waktu sekian, hari sekian..”
Siapa?Apa dia? Di mana? Bila? Katakannya!
Biar saya susun semula kenyataan Muhyiddin di atas supaya anda boleh memahami apa yang dimaksudkan. Saya tidak akan membuat sebarang perubahan besar, tetapi hanya akan mengubah ‘kita’ kepada ‘UMNO’, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Muhyiddin sebenarnya.
Politik UMNO yang semakin ‘melemaskan’ akan menyebabkan perpecahan negara, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana rakyat pada akhirnya akan menderita.
Rakyat juga merupakan mangsa ketidakstabilan politik UMNO yang disebabkan rasuah UMNO dan kelembapan ekonomi, kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Politik UMNO kini menjadi lebih menyesakkan. Ia adalah kerana keadaan politik yang huru-hara. Hal ini boleh memecahbelahkan rakyat dan negara.”
“Masalah politik dalaman kita termasuklah rasuah dan kelembapan ekonomi di mana rakyat menjadi mangsa,” kata Muhyiddin sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Melayu Sinar Harian pada hari ini.
Beliau berkata kedudukan Malaysia di dunia berada dalam keadaan tidak baik disebabkan isu-isu berkaitan kepimpinan UMNO.
“Negara kita terancam kerana isu-isu yang melibatkan pemimpin UMNO.”
“Malaysia tidak lagi dilihat sebagai stabil di arena antarabangsa dan ini memberi kesan kepada rakyat.”
“Dengan negara yang menjadi tump
uan disebabkan isu-isu tersebut, rakyat menghadapi kesusahan, terutamanya dalam bidang perniagaan dan pelaburan,” Sinar Harian memetik beliau sebagai berkata dalam ucapannya di Pagoh semalam.
Jadi, adakah itu yang cuba disampaikan oleh Muhyiddin? Adakah Muhyiddin mengatakan apa yang telah dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2006: iaitu UMNO menghancurkan negara? Adakah Muhyiddin mengatakan apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2006: iaitu kita mesti mengundi pembangkang untuk memberi pengajaran buat UMNO?
Dari sudut pandangan saya, begitulah bagaimana saya mentafsir apa yang Muhyiddin katakan. Apa yang Muhyiddin katakan adalah sama dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr Mahathir pada tahun 2006. Dan disebabkan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir pada tahun 2006, Barisan Nasional telah dihentam dengan teruk pada pilihan raya umum 2008. Jika itu bukan apa yang cuba disampaikan oleh Muhyiddin, jadi apa sebenarnya?
Anda boleh menyalahkan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk segala-galanya dan mengatakan UMNO langsung tidak bersalah. Tetapi UMNO telah memilih Najib dan majoriti dalam UMNO menyokong Najib. Jadi, jika anda mahu mengatakan bahawa masalah negara adalah disebabkan Najib, UMNO yang sebenarnya patut dipersalahkan.
Dan sebagaimana yang dikatakan Dr Mahathir pada tahun 2006: Ia adalah UMNO yang telah memilih dan menyokong Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi, kita perlu menghukum UMNO dengan mengundi pembangkang supaya Abdullah dapat digulingkan. Dan pada tahun 2008, rakyat telah mengundi pembangkang untuk menghukum UMNO dan tidak lama selepas itu, Dr Mahathir telah berjaya menggulingkan Abdullah setelah 3 tahun mencuba.
Pada dasarnya: Pada tahun 2006, Dr Mahathir memberitahu rakyat Malaysia untuk menghukum UMNO dengan mengundi pembangkang pada tahun 2008 supaya Perdana Menteri dapat disingkirkan. Pada tahun 2016, Muhyiddin menyuruh rakyat Malaysia untuk menghukum UMNO dengan mengundi pembangkang pada tahun 2018 supaya Perdana Menteri dapat digulingkan.
Sekarang biar saya membuatnya lebih jelas: Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Presiden UMNO, bukan? Sekurang-kurangnya Dr Mahathir mempunyai kesopanan untuk meletakkan jawatan daripada UMNO terlebih dahulu sebelum memberitahu rakyat Malaysia untuk menghukum UMNO dengan menyokong pembangkang. Apa yang masih dibuat oleh Muhyiddin dalam UMNO, malah sebagai Timbalan Presiden?
Saya rasa sekiranya UMNO masih mengekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, sememangnya UMNO layak dihukum.
WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN
Written By canang on Rabu, 30 Disember 2015 | 12/30/2015 10:41:00 PG
WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN
Cerita
panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan
seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat
terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut.
Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail.
Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail.
Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat.
Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti.
Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri?
Sebab
itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar,
apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang
berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah
realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya. Bukti, cuba lihat
sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba untuk melarikan diri
daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin [Sebenarnya kes yang berlaku
dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak
beberapa tahun lalu.
Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.
Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.
Sebenarnya
kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu
dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki
segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah
bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian
pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO
seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi.
Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.SUMBER
Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.SUMBER
Kemelut Wang RM2.6bilion- Dikirakan Sudah Berakhir- Rupanya Belum!!!
DIFIKIRKAN, apabila Peguam Negera Tan Sri Apandi Ali membersihkan DS
Najib Razak bahwa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi di AmBank
itu sudah selesai, rupanya belum. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi
Adel Al-Jubeir melalui New York Times, bahawa beliau lebih yakin bahawa
wang itu merupakan bentuk pelaburan, bukannya sumbangan. Rentetan
kenyataan MENLU Arab Saudi itu, maka Apandi membuat kenyataan bahawa
wang sumbangan itu diberikan oleh salah seorang anak kepada Raja
Abdullah yang mangkat Tahun 2015.
Oleh kerana, tiada sesiapa yang memperkenalkan, nama anak Raja Abdullah
itu, maka ramai yang beranggapan, bahawa beliau adalah Prince Turki.
Prince Turki ada kaitan dengan PetroSaudi Ltd yang pernah berurusniaga
dengan 1MDB, walaupun kemudiannya urusniaga itu dibatalkan.
Sebelum ini, memang diakui bahawa sejumlah wang 1MDB disalurkan kepada
PetroSaudi, namun kemudian diberitahu bahawa wang itu telah
dikembalikan, malah berasaskan transaksi, yang berlaku, 1MDB dikatakan
mendapat untung lebih setengah bilion dollar.
Oleh kerana isu wang RM2.6bilion menjadi isu yang amat trending, bukan
sahaja di Malaysia akan tetapi di peringkat antarabangsa, maka adalah
elok, semua teka teki dijawab, siapa kah sebenarnya anak Raja Arab Saudi
itu?, agar supaya semua anggapan negatif diselesaikan once for all.
Selagi, tidak dinyatakan siapa sebenarnya penyumbang dana itu, maka isu
itu akan terus dibicarakan, malah mereka yang mahu menjatuhkan DS Najib
Razak, akan terus mendakwa dana itu berasal daripada 1MDB.
Anggapan bahawa wang itu berasal daripada 1MDB diperkuat lagi melalui
kenyataan Peguam Negara Swiss, bahawa terdapatnya USD4bilion dana 1MDB
telah disalahguna.
Walaupun berbagai anggapan adalah sesuatu perbuatan luarbiasa, bahawa
ada manusia yang memberi sumbangan sejumlah USD681milion, namun ada juga
manusia bertindak lebih hebat daripada itu, apabila USD620milion
daripada sumbangan itu dikembalikan.
Dalam dunia moden seperti sekarang ini, perbuatan seseorang menderma
begitu besar, dan kemudiannya sebahagian besar sumbangan dikembalikan,
merupakan satu catitan yang bakal menjadi sejarah abad ini.
Bagi mereka yang hanya mengetahui cerita berkaitan sumbangan itu melalui
laporan surat khabar, apakah laporan itu beragenda, atau berasaskan
fakta sebenar, tiada yang mengetahui cerita sebenar. Hanya seseorang
sahaja tahu asal usul wang itu, adalah Perdana Menteri sendiri.
Jika kenyataan Perdana Menteri diambilkira sebagai benar, maka
sebenarnya Perdana Menteri telah menjawabnya kepada Mantan Timbalan
Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, apabila mantan TPM itu
bertanyakan soal isu itu sebelum perombakan kabinet pada Julai 2015.
Melalui jawapan itu, dan dibuktikan juga melalui kenyataan Peguam Negara
pada 26 Januari, bahawa berasaskan siasatan SPRM, ternyata wang itu
memang merupakan sumbangan. Selain itu, pada 3 Ogos 2015, SPRM juga
menyatakan bahawa wang itu merupkan sumbangan, dan bukannya wang 1MDB.
Wang sumbangan sebesar USD681milion (RM2.6bilion) pertama kali diketahui
umum, apabila pada 3 Julai 2015, The Wall Street Journal membuat
laporan mengenainya, dengan memetik maklumat daripada pasukan khas yang
penyiasat 1MDB, namun surat khabar itu, sehingga kini tidak menyebut
siapa pembekal maklumat tersebut.
Bagi mereka yang mahu DS Najib Razak meletakan jawatan, tidak akan
berhenti, selagi isu USD681milion tidak dapat dihubungkan dengan 1MDB.
Atas pertimbangan itu, masa inilah masa untuk memperjelaskan secara
tuntas, agar isu itu tidak terus dibicarakan.
AMUKANMelayu - Aku teringat Film ALI BABA BUJANG LAPOK. Bila sudin "TERPERANGKAP" dalam gua, beberapa orang penyamun cuba nak menangkap Sudin dan mereka mengejarnya......Sudin di kejar di keliling tiang batu dan akhirnya mereka menjadi satu bulatan dan tidak tahu siapa yang di kejar....selagi kedua-duanya ada dalam UMNO, Penyamun dan Penyangak sukar untuk di bezakan.....