Penggunaan Istilah Cina Dan India Adalah Bertentangan Dengan Perlembagaan...
Oleh yang demikian, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan 5 identifikasi kaum yang utama dan perlu diberi perhatian yang lebih iaitu Orang Melayu, Orang Asli, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Kaum-kaum lain.
Namun hakikat yang berlaku hari ini, kaum Cina dan India yang hanya sepatutnya berada dalam kategori "Kaum-kaum lain" diberi keutamaan yang lebih oleh Kerajaan hanya kerana mereka mempunyai kumpulan pendesak yang ultra kiasu seperti dong zhong.
Seorang peguam, Buzze Azam menyatakan amat menyokong hasrat Ketua Menteri Sarawak yang memperjuangkan agar bumiputera Sabah dan Sarawak tidak lagi di klasifikasikan sebagai kaum lain-lain dalam mana-mana borang pengenalan identiti individu.
Kata beliau "Kebiasaannya dalam mana2 borang identiti, hanya di kelaskan sebegini untuk di tandakan "X" i) Melayu
ii) Cina
iii) India
v) Lain-lain (nyatakan)_____________
"Pengelasan seperti di atas adalah jelas BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN kerana di dalam Perlembagaan, hanya 5 istilah ini sahaja di
nyatakan :-
1. Orang Melayu
2. Orang Asli
3. Anak Negeri Sabah
4. Anak Negeri Sarawak
5. Kaum-kaum lain
"TIDAK WUJUD ISTILAH KAUM CINA DAN KAUM INDIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIDAK WUJUD JUGA ISTILAH BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN" ujar beliau
"Hanya 5 kategori di atas sahaja merupakan pengkelasan identiti bangsa di Malaysia"
"Oleh itu, apa yang diperjuangkan oleh Ketua Menteri Sarawak adalah selaras dengan Perlembagaan manakala penggunaan istilah Cina dan India adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan." ujar Buzze Azam

Thursday, June 20, 2013
KUALA LUMPUR: Sokongan serta bantuan kerajaan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menyebabkan golongan minoriti yang lain terabai.
Pandangan itu dilontarkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang turut menyifatkan perkara itu sebagai ‘melanggar perlembagaan’.
Menurutnya Dasar Pendidikan yang ada sekarang, melanggar Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang kesamarataan dan tidak berlaku diskriminasi terhadap pendidikan masing-masing.
Mohd Noor berkata kerajaan telah menjadikan masyarakat Cina dan Tamil "istimewa" dengan hanya memberi sokongan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tetapi tidak bahasa etnik lain.
"Bagaimana pula dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak? Kerajaan tidak menubuhkan atau membantu menubuhkan SJK Telegu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Siam dan sebagainya," kata Mohd Noor, yang mengatakan bahawa Orang Asli sepatutnya lebih istimewa daripada semua masyarakat lain.
"Guru-guru sekolah Cina dan Tamil, guru besar dan kakitangan yang dilantik dan dibayar gaji dengan dana kerajaan, tetapi tidak untuk masyarakat lain."
"Kerajaan memperoleh tanah dan memperuntukkan wang awam untuk kedua-dua masyarakat tetapi tidak kepada kaum lain."
Beliau menjelaskan bahawa Perkara 12 melarang diskriminasi terhadap rakyat atas alasan bangsa dalam pentadbiran institusi pendidikan awam, dan menurutnya sistem pendidikan sekarang ‘menghina Perlembagaan’.
Menyifatkan dasar pendidikan sebagai ‘zalim’ dan tidak ‘adil’, Mohd Noor, yang secara berseloroh menggelar dirinya ‘Hakim Perpaduan’, berkata status sekolah-sekolah vernakular perlu dikaji semula demi perpaduan negara.
Mohd Noor hari ini telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sekolah-sekolah vernakular dijenamakan semula menjadi sekolah kebangsaan, yang menjadikan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia wajib tetapi memberikan pilihan untuk belajar bahasa lain.
"Kami tidak membunuh bahasa ... kami meminta supaya semua orang diberi peluang untuk belajar bahasa. Kami tidak menghapuskan sekolah-sekolah.
"Penjenamaan boleh memecah-belahkan. Guru-guru dan sekolah-sekolah masih boleh kekal di sana tetapi nama vernakular boleh digugurkan,” katanya.
Kata beliau lagi, cadangan lain ialah menjadikan sekolah-sekolah vernakular ditukar menjadi 'sekolah untuk pengajian rantau timur.'
Bulan lepas, Mohd Noor mencetuskan kontroversi apabila beliau mengisytiharkan bahawa usaha-usaha perlu dibuat untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu kepada 67%.
Kerajaan jangan jadi bodoh selama-lamanya
Komen: Apa yang pelik tiada pula puak-puak PR dan mahasewel memperjuangkan nasib orang Asli dan kaum lain. Adakah perjuangan mereka merupakan perjuangan terpilih dan mementingkan hanya Cina dan India sahaja. Pejuangan untuk Melayu telah mereka letak tepi kerana takut dikatakan assobiayah.
Sejak dahulu lagi Kerajaan sentiasa mengalah, selepas satu, satu lagi tuntutan Cina, Kerajaan tunaikan.
Terbaru, Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan ‘Chinese Education Memorandum’ yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.
Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang.
Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini.
Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan ‘Chinese Supremacy’ di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain. Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia.
Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum.
Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan. Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini.
Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan ‘apartheid’ di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi. Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya.
Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka.
Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka.
Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia. Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya.
Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu.
Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya. Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar ‘pendidikan Cina’. Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.
Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina. Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka.
Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa. Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka. Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.
Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini. Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara. Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.
SJK Tiada Dalam Perlembagaan
ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan
(SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno
Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu
tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini.
Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.
Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini?
Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.
Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.
Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.
Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di
mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia,
pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.
Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.
Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.
Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK?
Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah ‘mengajar’ dan ‘diajar’, tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah ‘menggunakan’ dan ‘mengkaji’. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah ‘menggunakan’ dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan ‘pengajian’ pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.
Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.
Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu
yang boleh digunakan untuk kajian.
Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan?
Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.
Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.
Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?
Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.
Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama
universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.
Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum?
Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?
Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.
Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.
Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.
Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.
Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?
Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya.
Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini?
Benda dah ada kalau kita hapuskan pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.
Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.
Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.
Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem
begitu, kenapa kita tidak?
Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat institusi pengajian tinggi?
Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.
Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.
Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.
Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.
Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu.
Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentanga

Sekolah Mana Lebih Rasis?
INSIDEN seorang guru Melayu, yang bertugas di sebuah SJKC di Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Kasihan guru Melayu tersebut.
Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di sekolah kebangsaan.
Bila kena pada kita, cepat-cepat kata itu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada mereka, kata kita rasis belaka, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis.
Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.
Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah dalam kalangan mereka yang ultra kiasu.
Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana undi. Pertama, keadaan ini akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar.
Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.
Ketiga, pengecualian GST terhadap empat buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak mana pun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.
Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunduk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajar di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata pelajaran tersebut di peringkat SPM.
Mata pelajaran Sejarah yang pada awal arahan kementerian diajar dalam bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam bahasa ibunda. Itu pun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus Sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenal pasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?
Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.
SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan bahasa Cina mereka.
Keenam, pembinaan sekolah vernakular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang dari 100 hendaklah ditutup.
Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.
Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM.
Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.
Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing?
Kesebelas, jika sekolah kebangsaan boleh menerima guru besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima guru besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis?
Akhirnya, sedarkan rakan sebangsaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernakular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi? Belajarlah bersyukur.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA
TANAH MELAYU TANAH BERTUAH TANAH INI TIDAK PERNAH DI JAJAH
Oleh G Manimaran
Published: 20 September 2011 9:51 AM
KUALA LUMPUR, 20 Sept — Sementara polemik sama ada negara ini dijajah ataupun sebaliknya berterusan, ahli Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk ‘penjajahan’.
Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya pernah menggunakan atau memetik bahawa negara ini telah dijajah oleh kuasa asing lebih 450 tahun.
Kata Zainal, penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku ‘penjajahan’ British disifatkan sebagai ‘breach of trust’ atau ‘indirect rule’.
“Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara,” kata beliau dalam penjelasan panjang lebar disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau yang berhadapan dengan kritikan ekoran pandangannya awal bulan ini berkata, “yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan.”
“Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai ‘negeri-negeri naungan’ atau ‘protectorate’.
“Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah, kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (sebagaimana dikatakan) oleh Dr Chandra Muzaffar, Tun Dr. Mahathir menambah, ‘the advisor became the ruler’ dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am,” katanya lagi.
Kata beliau, kenyataan akhbar itu pada 9 September lalu mengakui berlakunya ‘penjajahan’ oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah ‘protectorate’.
“Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto, maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah — Roland S. J. Braddell, seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai ‘pecah amanah’ terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai ‘pemerintahan tak langsung’,” katanya lagi.
Zainal berkata, pada sidang media itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.
“Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun,” katanya.
Katanya, ucapan dituturkan sebagai membentang ‘kenyataan akhbar’ yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media, baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.
“Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada ‘kenyataan akhbar’ MPN yang memilih untuk mengulas dua ‘persoalan sejarah’ yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos 2011. Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah ‘penjajahan’ dan ‘perjuangan’.
“Berkaitan isu penjajahan itu, yang dikutip ialah kenyataan berikut: — Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu... Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi tanah jajahan British,” katanya lagi dalam penjelasan hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Harakahdaily 16 September lalu, Zainal menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu “penjajahan.”
“... ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata beliau.
Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk “protectorate” dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.
“Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah ‘protectorate’ maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.
“Perbezaan ‘tipis’ (seperti kata pakar perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang,” kata Zainal lagi.
Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Khoo.
Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.
Malah awal minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
Bagaimanapun Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.
----------------------------------------------------------------------------------------
TANAH MELAYU TANAH MERDEKA
Saturday, 10 March 2012
PENGENALAN
Isu
Malaysia tidak pernah dijajah, merupakan isu yang baru dibangkitkan
setelah kenyataan ini dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara ( MPN)
mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British. Setelah isu ini
mula dibangkitkan, kelihatan banyak media dan orang persendirian serta
tidak ketinggalan rakyat Malaysia menyatakan pendapat dan pandangan
masing-masing mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan ini. Ada yang
menyangkalnya dengan hebat dan ada yang menyokong kenyataan ini. Tetapi
yang pastinya kenyataan ini telah menggemparkan rakyat Malaysia
berikutan pemikiran kita sejak zaman persekolahan lagi telah disuntik
dengan fakta sejarah mengenai penjajahan barat di Tanah Melayu (TM).
Oleh itu, tidak hairanlah masyarakat menentang terus kenyataan ini
kerana merasakan sejarah yang telah dipelajari adalah satu fakta yang
mana mungkin sesuatu yang direka semata-mata. Tetapi majlis Profesor
Negara semestinya ada jawapan dan kerelevenan tersendiri sebelum
mengeluarkan kenyataan ini. Masakan ia dikeluarkan jika tidak ada
penyelidikan, ini agak mustahil. Kerana penyelidikan dan pembacaan yang
banyak tidak mustahil mampu mengungkai peristiwa bersejarah.
Daripada
isu ini saya mengambil pendapat daripada beberapa orang yang
berpengalaman kerana saya berpendapat apa yang diperkatakan oleh
tokoh-tokoh tentang isu ini ada kebenarannya. Ini kerana mereka lebih
arif tentang masalah ini berbanding masyarakat kita dan mereka adalah
golongan yang memiliki
pengalaman soal negara termasuk sejarah negara kita. Daripada pendapat
yang diberikan oleh mereka seperti Tun Mahathir, Prof. Zainal Kling dan
Timbalan Perdana Menteri saya membuat pendapat saya dan mengambil
intipati yang mereka katakan sebagai satu input yang penting.
Walau bagaimanapun, kita
harus melihat masalah ini dengan berpandangan jauh dan jangan hanya
melihat kepada satu fakta atau usul sahaja bahkan perlu lebih lagi. Kita
juga harus melihat daripada konteks sejarah dan tidak perlulah
diusulkan dengan politik semasa kerana khuatir akan wujud masalah lain
yang boleh mengelirukan lagi keadaan yang ingin dipastikan, iaitu untuk
mengetahui adakah benar Malaysia kita tidak pernah dijajah ataupun
sebaliknya.
ISU MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH
Melihat
kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh MPN di Putrajaya baru-baru ini
mengatakan Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi hanya
berada di bawah naungan British. Menurut Prof datuk Dr Zainal Kling,
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN menyatakan hanya
tiga buah negeri sahaja menjadi tanah jajahan British iaitu Singapure,
Melaka dan Pulau Pinang. Menurut beliau lagi fakta sejarah yang ada
sekarang harus diubah dan fakta mengenai Tanah Melayu terjajah selama
400 tahun adalah satu fakta yang tidak benar. Hal ini demikian kerana
Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sahaja iaitu semasa Malayan
Union (MU) diperkenalkan oleh pihak British untuk kepentingan mereka
dan untuk menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri selat Melayu sebagai direct rule dari London melalui gavenor iaitu koloni. Selain itu, kita hanya terjajah pada zaman Jepun iaitu selama 3 tahun.
Di
samping itu juga, beliau menyatakan bahawa perkataan jajahan dan
naungan membawa pengertian berbeza daripada sudut sejarah pemerintahan
Tanah Melayu sejak sebelum merdeka. Ini kerana
Tanah Melayu dijadikan naungan kerajaan British dan pemerintahan Tanah
Melayu ketika ini adalah tertakluk di bawah institusi dan Majlis
Raja-Raja Melayu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan juga menegaskan
tuduhan yang diberikan keatas anggota polis, pemimpin parti politik dan
pegawai Melayu sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan
bercanggah dengan fakta sejarah. Sebaliknya golongan haluan kiri yang
menentang polis merupakan golongan yang menentang pasukan keselamatan
Tanah Melayu.
Daripada
kenyataan yang dikeluarkan ini, sebenarnya Profesor Zainal Kling
menyatakan Malaysia dijajah tetapi tidaklah secara langsung. Ini dapat
dilihat daripada penulisan ‘emily Sadka’ dalam bukunya bertajuk protected Malay yang ditulis pada tahun 1970an membicarakan tentang kedudukan Melayu dan sistem politik Melayu.
Dalam
penulisannya ini, menjelaskan keadaan Tanah Melayu yang pada masa itu
sangat kucar kacir. Oleh itu, raja-raja Melayu membuat keputusan untuk
meminta nasihat daripada British bagi membantu dalam soal pemerintahan.
Jika dilihat pada asalnya memanglah tujuan British adalah murni kerana
kesanggupan mereka membantu raja-raja Melayu dalam konteks pemerintahan,
iaitu dimana orang Melayu memerlukan sesuatu cara untuk bersahabat
dengan orang Barat.
Dalam konteks ini, British datang ke Negeri Melayu dan menjalankan tugas seperti
yang dikehendaki oleh raja-raja Melayu agar membantu untuk menstabilkan
dalam melaksanakan pentadbiran dengan baik. Namun, akhirnya British
telah mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang telah diberikan
oleh raja Melayu dengan meletakkan pegawai tadbirnya dalam pemerintahan
di Tanah Melayu. Disamping itu juga, mereka turut memperkenalkan sistem
pemerintahan mereka dalam pentadbiran di Tanah Melayu.
Kesempatan
ini diambil setelah mereka melihat dan mengkaji keadaan masyarakat
Melayu yang banyak bergantung kepada pemerintah. Mereka juga dapati
segala apa-apa yang berkaitan dengan masalah rakyat hinggalah kepada
keputusan adalah tertakluk kepada kuasa raja dan jika rakyat ingkar
dengan perintah raja mereka akan menerima balasan atau dengan kata
lainnya tulah. Ini
menunjukkan raja sangat memainkan peranan penting kepada rakyat. Oleh
itu, banyak hak orang Melayu digubal setelah British campur tangan dalam
pemerintahan sehinggalah hak yang melindungi orang Melayu turut
digubal. Misalnya soal tanah British memahami bahawa konsep kerakyatan
dan kehidupan orang Melayu sejak zaman dahulu lagi adalah bergantung
kepada tanah.
Selain
itu, prof juga ada menyebut tentang sistem kepimpinan Melayu, dimana
menurut prof. Datuk dan prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim menyatakan British
datang adalah dengan mengekalkan imej Melayu. Tetapi untuk memastikan
kedudukan imej mereka turut terjaga di Tanah Melayu konsep derhaka
dijadikan satu konsep yang mantap oleh mereka agar tersemat dalam jiwa
orang Melayu. Di sini kita dapat lihat daripada konsep ini, orang Melayu
menjadikan raja sebagai identiti dan lambang yang tinggi. Oleh itulah,
sehingga kini kita dapat lihat 9 orang raja di Malaysia dan rakyat masih
lagi memandang tinggi terhadap institusi beraja.
Perbincangan
mengenai Malaysia tidak pernah dijajah dapat dilihat juga daripada
kuasa raja. Dimana menurut peguam Inggeris Rolan Bradll menyatakan
British sebenarnya tidak boleh menjalankan aktiviti sewenang-wenangnya
terhadap raja-raja Melayu kerana raja-raja Melayu masih lagi berhak
terhadap negara mereka. Oleh itu, apabila raja Melayu sudah tidak
mempunyai kuasa menyebabkan saudagar-saudagar yang berdagang ke TM
misalnya tidak lagi membuat hubungan baik dengan raja Melayu untuk
aktiviti perdagangan import dan eksport. Ini menunjukkan segala kuasa
raja telah beralih ke tangan British sehinggalah menyebabkan hubungan
Inggeris dengan orang bukan Melayu semakin erat dan raja Melayu hanya
berkuasa dalam soal agama dan adat Melayu sahaja.
Melihat
kepada pakar Perlembagaan pula iaitu, Profesor Abdul Aziz Bari berkata,
daripada segi teknikalnya memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak
pernah dijajah. Hal ini demikian kerana negeri-negeri Melayu hanya
dilindungi kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sahaja yang
pernah dijajah. Menurut beliau lagi, kehadiran British adalah berasaskan
kepada perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British
ditugaskan untuk menjalankan pentadbiran dan kedaulatan tetap ada pada
raja.
Menurut
persetujuan oleh Profesor tentang Negeri Melayu tidak pernah dijajah
kebanyakannya menyebut hanya setengah daripada negeri sahaja yang
dijajah dan bukannya seluruh Tanah Melayu. Ini menunjukkan penegasan
daripada setengah ahli akademik untuk mengubah semula sejarah yang
dikatakan berlaku kekeliruan adalah untuk memberi pengetahuan sebenar
kepada kita tentang sejarah sebenar.
Melihat
kepada masyarakat pula, pada saya kebanyakan mereka melontarkan kata
yang tidak enak. Seperti yang dikatakan pada awal perbincangan tentang
isu Malaysia tidak pernah dijajah ini, orang ramai hanya tahu fakta
sejarah yang kebanyakannya daripada pengajaran di sekolah. Justeru itu,
pengetahuan kita tentang sejarah yang sebenar adalah sangat cetek. Ini
dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang yang tidak
tahu akan Malaysia dengan lebih mendalam kerana memandang akan sejarah
sesuatu yang tidak penting dalam kehidupan mereka seharian. Oleh itu,
penentangan akan kenyataan ini tidak perlu secara kritis kerana kita
perlu berfikir dengan lebih rasional.
Perkara
ini akan menjadi lebih rumit apabila masyarakat berfikir kenyataan yang
dibuat adalah menyeleweng daripada fakta sejarah. Kita harus ketahui
sebenarnya apa yang dikatakan bukanlah mengatakan sejarah sekarang
adalah semua salah tetapi perlu diperbetulkan mana-mana yang keliru
misalnya tentang Tanah Melayu dijajah selama 400 tahun. Hal ini kerana,
apa yang kita ketahui daripada isu ini kita dijajah hanya semasa malayan
Union dan semasa kependudukan jepun di Tanah melayu.
Kita
juga dapat lihat British telah berjaya menjadikan kita tanah jajahan
iaitu untuk mendapatkan sumber bekalan mentah dan mencampuri urusan
pentadbiran sebenarnya dapat dilihat daripada penyelidikan mereka.
Mereka telah banyak membuat kajian tentang budaya orang Melayu
sehinggakan mereka tahu akan kelemahan dan kekuatan kita. Oleh itu,
dengan mudah mereka dapat mempengaruhi orang Melayu demi kepentingan
mereka. Hal ini, menyebabkan kita mudah dipujuk kerana sifat orang
Melayu yang lemah lembut. Di sini, kita dapat lihat mereka mudah untuk
mengambil kesempatan keatas kita.
Tun
Dr.Mahathir Mohamad juga berkata, Malaysia tidak pernah dijajah, tetapi
beliau menegaskan penasihat-penasihat British yang telah bertindak
seolah-olah pihak mereka adalah pemerintah sebenar berbanding dengan
raja-raja Melayu. Ini dapat dilihat apabila British mula mengambil
kesempatan dengan meletakkan penasihat mereka dalam pemerintahan.
Seperti yang dikatakan pada
asalnya sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British ke Tanah
Melayu untuk menasihat bagaimana untuk mentadbir negara. Akan tetapi
sebaliknya British telah bertindak seolah-olah kita dijajah. Ini
menunjukkan tun menegaskan kita dijajah bukan cara tawanan tetapi cara
yang digunakan mereka melihatkan kita seolah-olah dijajah.
Apabila
saya membaca daripada Tun lagi, kedatangan British bukan untuk memberi
nasihat bahkan kelihatan memberi arahan. Tambah Tun penasihat British
memerintah manakala pemerintah pula memberi nasihat. Keadaan ini berbeza
daripada tugas British mula-mula ke Tanah Melayu. Melihat kepada
kenyataan Tun yang menyusul kata-kata dari Majlis Profesor Negara (MPN)
iaitu fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Tun
juga berkata ia harus dibaiki daripada sekarang oleh semua pihak sama
ada pelajar, guru-guru, ahli politik atau penafsir politik.
Jika
dilihat daripada perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874,
tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah
tetapi sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi. Dan perlu difahamkan
bahawa perkataan dinaungi tidak sama dengan kolonial. Pendapat mengenai
isu ini jika dilihat sejak mula lagi Tanah Melayu bukanlah tanah jajahan
atau kolonial dan fakta ini perlu diubah. Tun juga bersependapat dengan
MPN dalam kenyataan yang dibuat menegaskan zaman pentadbiran British
yang disamakan dengan penjajahan British sebenarnya tidak sahih dan
tidak wajar digunakan. Daripada pendapat Tun ini, difikirkan bahawa
Malaysia sebenarnya berada di bawah naungan British sahaja dan buka kita
dijajah. Kenyataan ini ada benarnya juga kerana kita dapat lihat
sendiri daripada perjanjian Pangkor yang dibuat antara British dengan
sultan.
Namun
begitu, berlainan pula dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri
Muhyiddin Yassin berkata di dewan rakyat mengakui Malaysia pernah
dijajah. Pendapat beliau kelihatan berbeza dengan apa yang dikeluarkan
oleh MPN dan pendapat daripada Tun. Beliau menegas lagi, sama ada negara
dijajah ataupun tidak jawapan yang akan beliau katakan adalah ya.
Beliau tegas mengambil pendirian walaupun ada beberapa pihak yang berpendapat bahawa kita tidak dijajah.
Menurut
beliau jika dikaji semula sejarah, kita telah menyambut kemerdekaan
pada setiap tahun. Oleh itu, kemerdekaan yang disambut takkanlah hanya
sia-sia sahaja. Ini menunjukkan bahawa kita tahu kita dijajah. Selama 54
tahun kita menyambut perayaan ini mestikah ada signifikannya. Selain
itu, kedatangan British sebagai penasihat pada waktu ini sebenarnya
untuk memberikan nasihat kepada raja, dan dalam konteks ini nasihat yang
diberikan harus diikuti kerana kita sendiri yang mengundang mereka
membantu dalam hal pentadbiran. Ia adalah suatu yang tidak bebas dan
terpaksa mengikut apa yang dinasihat.
Tan
Seri ketika diminta memberikan pendirian berhubung isu ini didakwa
menimbulkan kekeliruan rakyat khususnya pelajar sekolah. Berkata beliau
bimbang kerana usul yang dikeluarkan menyebabkan pelajar sekolah
terutamanya keliru akan sejarah sebenar kerana mereka diajar Malaysia
merdeka pada 31 Ogos. Menurut beliau bagaimana pula dengan keadaan
pelajar yang ingin menduduki peperiksaan dalam jangkamasa terdekat ini.
Sekiranya soalan yang dikeluarkan kepada mereka berkait rapat dengan isu
ini. Ini akan menyebabkan pelajar gagal menjawabnya.
Daripada
apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana menteri ada betulnya juga
kerana masyarakat sudah lama didedahkan dengan perayaan yang disambut
setiap tahun. Untuk mendapatkan kenyataan yang sebenar ia agak susah.
Pada asalnya saya juga tertanya-tanya bagaimana kemerdekaan disambut
sedangkan kita tidak dijajah. Adakah kemerdekaan yang disambut ini
adalah satu simbol bagi negara sahaja atau sebaliknya. Tetapi selepas
melihat daripada beberapa pendapat mungkin benar ada berlaku kekhilafan
dalam catatan atau mungkin ada yang terlepas pandang mengenai fakta
sejarah. Jika tidak isu ini tidak mungkin akan timbul dan dipersoalkan.
Jika melihat kepada pandangan Tan Seri juga beliau lebih bimbang akan
pelajar sekolah yang keliru tentang Malaysia sama ada dijajah ataupun
tidak, dan kebimbang ini menunjukkan kerisauan terhadap potensi
keputusan pelajar nanti. Oleh itu, isu ini harus diselesaikan dengan
kadar segera agar kita mempunyai fakta yang sebenar dan ternoktah.
Daripada apa yang saya lihat dan saya ambil, pandangan dan ulasan yang dibuat oleh Majlis Profesor Negara dan
Tun Dr. Mahathir kelihatan membuat penegasan daripada perkataan yang
dibuat harus ditukarkan. Misalnya penjajahan British yang disamakan
dengan zaman pentadbiran British. Selain itu, perkataan dinaungi dengan
jajahan yang ditegaskan adalah dua perkataan yang berbeza. Menurut
mereka pandangan yang diberikan lebih menjurus kepada pertukaran
perkataan, kerana setiap perkataan yang dikeluarkan walaupun hanya satu
perkataan ia boleh membawa kepada maksud yang berlainan. Oleh itu, jika
diajar kepada pelajar disekolah dan masyarakat dikhuatiri mereka akan
tersalah anggap.
Dikatakan
keseluruhan pandangan yang diambil daripada kenyataan ini didapati
sebilangan yang bersuara adalah daripada mereka dalam golongan akademik.
Ini menunjukkan perkara ini adalah mainan akademik. Jadi tidak boleh
dikatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh MPN adalah suatu yang salah
kerana kemungkinan ia menjadi satu kenyataan yang benar. Oleh itu, orang
luar yang mendengar kenyataan yang dikeluarkan itu tidak tahu lebih
mendalam akan perkara sebenar kerana kita hanya belajar soal sejarah
tidak keseluruhannya. Malaysia tidak pernah dijajah dikatakan tidak
dapat diterima kerana masih terdapat beberapa buah negeri yang dijajah,
dan negeri-negeri ini berada dalam senarai negeri di Tanah Melayu.
Tetapi jika mengubah fakta yang tidak betul adalah lebih baik untuk
generasi akan datang. Tetapi kita sedia maklum untuk mengubahnya amatlah
sukar kerana bagaimana pandangan negara luar terhadap negara kita.
Walau bagaimanapun, bagi saya apa-apa yang tidak betul atau ada sedikit
kesilapan harus dibaiki demi kepentingan sejarah negara.
Selain
itu, untuk menjawab persoalan ini meminta agar sejarah negara dilihat
dan dikaji semula. Ini selaras dengan cadangan yang telah diambil oleh
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang meminta
agar subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati
beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta
sebenar. Ini menunjukkan, kajian semula adalah suatu cara yang releven
sekarang untuk mendapatkan penjelasan sebenar akan kesahihan sejarah
Malaysia.
KESIMPULAN
Oleh
itu, isu tentang Malaysia tidak pernah dijajah merupakan satu isu yang
perlu diberi perhatian. Hal ini kerana keraguan yang timbul boleh
menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya.
Penyelidikan dan kajian semula adalah langkah yang paling baik untuk
melihat dan meneliti semula apa kekeliruan yang timbul. Ini adalah untuk
mendapatkan kesahihan yang benar terhadap sejarah Malaysia kita agar
sejarah yang kita miliki hari ini menjadi pedoman kepada kita. Jika
berlaku masalah seperti ini dikhuatiri kesahihan sejarah kita diperkotak
katikkan oleh bangsa lain yang mengangap masyarakat kita tidak tahu
sejarah sebenar kerana sering berlaku kekeliruan.
Melihat
kepada negara kita pada zaman kedatangan barat, didapati memang pada
asalnya mereka ke Tanah Melayu adalah untuk membantu dalam soal
pentadbiran. Namun, di sebalik itu mereka ada helah tersendiri, keadaan
inilah yang telah memberikan peluang kepada mereka untuk mempergunakan
raja-raja kita untuk menguatkan lagi pengaruh mereka. Dan dari sinilah
kelihatan kita telah dijajah oleh barat tetapi tidak secara langsung.
BIBLIOGRAFI
Barbara Watson Andaya and Leonard Y.Andaya (2011). A history of Malaysia. Kuala Lumpur: palgrave
Malaysia tidak pernah dijajah: kenyataan oleh Prof. Zainal Kling, kuliah 4. Diperoleh pada 3 Oktober 2011.
Muhyiddin akui negara pernah dijajah dalam konteks berbeza (2011). Diperoleh Oktober 28, 2011 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
Tanah Melayu tidak pernah dijajah British (2011). Diperoleh pada September 12, 2011 daripada http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tanah_Melayu_Tidak_Pernah_Dijajah_British.html
Tanah Melayu tak pernah jadi koloni(2011). Diperoleh September 12, 2011 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
AMUKANMelayu - Sejak dari Hari Pertama Merdeka dan PM PERTAMA, semua PM telah MENGKHIANATI Tanah Melayu, Bangsanya dan Sultannya........