,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 10 February 2016

KESESATAN DAN KESALAHAN WAHHABI



Baba Syarif's photo.
Add caption

 
KESESATAN PEMIKIRAN WAHHABI BERDASARKAN KITAB-KITAB TOKOH MEREKA

1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب


3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية
begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.


4) Golongan wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)


5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387


6) Golongan wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.

7) Golongan wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.


8) Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح


9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorang pun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka
التعليق و 260 ص الأرواح حادي على رفع الستار ص 32


10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa
رضي الله عنها
adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 mukasurat 160.


11) Wahhabi mencela Sahabat Nabi yang Mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar Rayyan lilturath juzuk 2 mukasurat 575.

12) Wahhabi mengatakan : Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah
لا اله إلا الله محمد رسول الله
Rujuk kitab yang bernama
كيف نفهم التوحيد ص16 .
 

13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatit dalam kitab yang bernama
الأربعة المذاهب من معين مذهب باتباع ملزم المسلم هل
danmengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorangulama mereka.


14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirikdenganNya” Wahhabi berkata “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik sepertiterdapat di dalam kitab
الألباني فتاوى351 ص


15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat : 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun wahhabi mengatakan sesiapa yang mengtakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab
فتاوىالألباني ص 523


16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya“sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 march 9 April 1996 page 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى45 ص
dan hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab
الإنسان صيانة 233 ص
tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab
والدي هذا 123 ص


19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab
مهمة فتاوى 32 ص


20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab
فتاوىالألباني ص 63


21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripadasunnah". Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab
الساجد تحذير 68 ص


23) Sabda Nabi SAW :
شفاعت له جبت و قبري زار من
“Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi wahhabi mengharamkan ziarah kepada kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka
الكبرى الفتاوى 142 ص


24) Sabda Nabi SAW
إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها
Apabila malam nisfu Sya’ban maka "dirikan malam dan berpuasalah pada siang hari” Riwayat Ibnu Majah tetapi wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى 57 ص


25) Firman Allah SWT
فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون
Maka orang-orangyang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkankepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” Surah Al-‘A’raaf :157 tetapi wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalamkitab mereka
مجموعة التوحيد ص 139


26) Nabi SAW bersabda : “Demi diri aku di dalam kekuasaanya, membunuh orang mukmin itu lebih besar disisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi wahhabi menghalalkan darah orang islamsehingga ke Timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2750 lihat akhbar As-Sofa April 1924.
 

27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-SheikhMuhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka
التبليغ جماعة من التحذير في البليغ القول


28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat
البصير السميع هو و شئ كمثله ليس

“Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” Surah As-Syura:11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk adapun wahhabiberkata: ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitabmereka
بغية المرتاد ص178


29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitabmereka
العباد أفعال خلق
dan selain keduanya. Adapun wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan
kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu
مهمة فتاوى111 ص


30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas sepertimana riwayat Ibnu Majah dan selainnyatetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emaskepada wanita. Rujuk kitab
الزفاف آداب 132 ص


31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab
الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315


32) Wahhabi mengatakan onani iaitu mengeluarkan mani samada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puasa seperti yang tersebut di dalam kitab
المنه تمام418 ص


33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka
آب السادس العدد ذكرى 26 و 25 ص 1991


34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul 'Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yangtersebut di dalam majalah mereka
العلمية البحوث


35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di Bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar danmeninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka
في الأردنية اللواء جريدة و 18 ص الألباني فتاوى7/8/1992


36) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajakkepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka
اني كانون 830ى العدد الم1996


37) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه

Hadith disahihkan oleh At Thobrani dan selainnya tetapi wahahbi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
التوحيد مجموعة 139 ص


Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yangmenghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selainNya. Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang difahami oleh salafunassoleh daripada Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.
Allahul Musta'aan..

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons)Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir