,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 2 February 2016

TPPA

Apa itu TPPA? Kenapa Kita Perlu Bangkang? Ini Jawapannya! Kita baru saja habis mengadakan pilihan raya dan kabinet sudah dibentuk maka sekarang harus meneruskan usaha memartabatkan kedaulatan negara dalam berhadapan dengan agenda Amerika Syarikat (AS) menguasai dunia melalui perdagangan. Mungkin tidak ramai orang awam, golongan profesional mahupun golongan akademik mengetahui agenda AS melalui perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan lebih membingungkan kerana ketiadaan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan rundingan antara Putrajaya dan Washington dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang amat menyentuh persoalan kedaulatan negara. Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Seperti North America Free Trade Agreement (NAFTA) yang dianggotai oleh AS, Kanada, dan Mexico, Amerika ingin mewujudkan suatu perjanjian eknomi serantau dalam kalangan negara Asia Pasifik yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan komitmen. Kegagalan rundingan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana negara Selatan telah mengukuhkan usaha mereka mempertahankan hak dan kedaulatan menyebabkan negara maju seperti AS mencari jalan keluar melalui perundingan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA dan terkini ialah perjanjian perjanjian serantau seperti TPPA. Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengenepikan hak warga dunia negara Selatan. Apa yang kita bimbangkan kerajaan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei. Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal . Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal. Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauhmanakah industry perkhidmatan kita bersediakan berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini? Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan (misalnya syarikat Bumiputera) tetapi mengenepikan syarikat asing. Melalui peruntukan dalam perjanjian TPPA syarikat asing yang melabur di negara ini harus diberikan layan sama rata dengan syarikat tempatan. Ini seolah-olah menyamai peraturan perdagangan yang termaktub dalam perjanjian perdagangan industri perkhidmatan dan regim pelaburan yang dirundingi melalui WTO. Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan. Jika sesiapa masih ingat Malaysia hampir-hampir menandatangani perjanjian FTA dengan AS beberapa tahun yang lalu tetapi apabila tekanan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi kepentingan orang awam maka perjanjian itu tidak dimeterai. Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat segala keseluruhannya. Apa yang dikesalkan kenapakah kerajaan Malaysia tidak mendedahkan perundingan ini kepada awam untuk mendapatkan maklumbalas. Adakah kerana terlalu ia terlalu teknikal maka kerajaan merasakan rakyat tidak perlu mengetahui kerana rundingan di pihak kerajaan adalah mewakili kepentingan orang awam. Apakah kumpulan profesional dan NGO tidak mempunyai kepakaran untuk memberikan maklum balas atau sekurang-kurang membantu kerajaan dalam menangkis agenda penjajahan baru halus AS dan negara Barat itu? Lebih menyedihkan ia tidak diutarakan di Dewan Rakyat dan ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan untuk dibahaskan. Padahal natijahnya jika ia dimeterai akan memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh kehidupan rakyat. Jika rundingan yang menyentuh aspek kedaulatan dan kos hidup rakyat kenapa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan rakyat dengan semangat 1Malaysia perlu dirahsiakan dan dalam perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai dan terlindung dari pengetahuan orang awam. Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan apabila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek. Banyak maklumat penting mengenai TPPA yang belum diperolehi oleh orang awam supaya satu proses maklumbalas dan konsultasi antara masyarakat madani dan kerajaan dapat digerakkan. Malah penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA bersama 11 negara lain (Australia, Brunai, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam) itu tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri. Malaysia sekarang sedang menyertai pusingan rundingan TPPA kali ke-17 yang diadakan di Peru bermula 15 hingga 24 Mei 2013 tetapi tidak diketahui oleh Ahli Parlimen apatah lagi orang awam. Namun pada 13 Jun 2011, bahagian-bahagian dalam rundingan pelaburan yang dicadangkan untuk TPPA telah dibocorkan dan dihantar online oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Warga Awam yang berpusat di Washington. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang meneliti dokumen yang dibocorkan itu memberikan keprihatinan serius mengenai bahagian-bahagian yang terkandung dalam dokumen tersebut yang ternyata merugikan negara-negara yang akan menandatanginya. Melalui dokumen dibocorkan, CAP juga mendapati bahawa seolah-olah Malaysia telah bersetuju dengan sesetengah perkara yang terdapat dalam dokumen tersebut dalam memberikan hak-hak yang lebih besar dan keistimewaan kepada pelabur asing dan korporat-korporat gergasi dan membataskan kuasa kerajaan dalam mengawal selia bagaimana firma-firma harus beroperasi di dalam negara kita. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan korporat asing mengatasi kebajikan dan kepentingan rakyat kita. Sehubungan itu kebimbangan ini telah disuarakan CAP melalui surat kepada editor yang dihantar kepada akhbar tempatan pada Disember 2011. Tetapi tiada maklum balas yang secukupnya. Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersertujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugatkan kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan. Jika Australia dan New Zealand dua buah negera maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya. Sehubungan itu antaranya CAP menggesa: • Supaya rundingan TPPA ditangguhkan sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainnya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO dan analisa untung ruginya dijalankan bagi mengetahui kepentingan kepada rakyat, usahawan dan negara. • Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin meneruskan rundingan dalam bahagian berkaitan dengan pelaburan, CAP menggesa kerajaan supaya perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana yang dilakukan Australia. • MITI harus memberikan penerangan mengenai hal ini. Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya. Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO. Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut. NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM, CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) dan NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA kerana perjanjian ini mempunyai implikasi besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu. Sehubungan itu semua pihak harus mengorak langkah memberikan pendedahan kepada seluruh warga marhaen supaya mengetahui mengenai isu-isu yang menyentuh persoalan kedaulatan kepada negara kita. Pertahan negara kita!

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 


Apa itu TPPA

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

 

TPPA - Ni adalah singkatan kepada "Tok Pa pi Amerika".........penulis seronok sungguh tegok Tok Pa pi Amerika. Tok Pa asai Kelantan....Tok Pa macamlah kita semua.....Tok Pa macam Deris kawan penulis yang tinggal di Durian Lubuk Kg. Beng, Lenggog Perak. Deris jujur.....apabila penulis bercuti ke kampung, penulis tidak pernah lupa untuk singgah rumahnya. Cucuq cepedak anak dia buat sedap sungguh. Isinya sebesar lengan budak. Makan tiga ulas pun dah kenyang bila di sulam dengan kopi kampung.....


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Datuk-Seri-Mustapa-Mohamed.tppa_.jpg

Tapi ni ada satu lagi TPPA. Tok Pa jugak yang duk uruskan.......kalu dulu depa mai kat kita dengan ribuan tentera.....depa lanyak kita sampai tak boleh bangun. Tapi kita duk lagu tu jugak. Takdak lagi kita dengar Rakyat Tuanku mati kebuluq, duk tembun lemak lagi adala.....la ni depa duk geram pasai masih ada lagi khazanah di sebalik Jiwa kita.....Islam.....depa mai kali ni dengan dua tujuan.
1. Nak juai barang depa
2. Depa nak "Memusnahkan" Negara ke 3 yang MERDEKA.

Mungkin tidak ramai orang awam, golongan profesional mahupun golongan akademik mengetahui agenda AS melalui perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan lebih membingungkan kerana ketiadaan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan rundingan antara Putrajaya dan Washington dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang amat menyentuh persoalan kedaulatan negara. 

Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Seperti North America Free Trade Agreement (NAFTA) yang dianggotai oleh AS, Kanada, dan Mexico, Amerika ingin mewujudkan suatu perjanjian eknomi serantau dalam kalangan negara Asia Pasifik yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan komitmen. 

Kegagalan rundingan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana negara Selatan telah mengukuhkan usaha mereka mempertahankan hak dan kedaulatan menyebabkan negara maju seperti AS mencari jalan keluar melalui perundingan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA dan terkini ialah perjanjian perjanjian serantau seperti TPPA. 

Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengenepikan hak warga dunia negara Selatan. Apa yang kita bimbangkan kerajaan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei. 

Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal . Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa. 



Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal. Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. 

Persoalannya sejauhmanakah industry perkhidmatan kita bersediakan berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini? Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan (misalnya syarikat Bumiputera) tetapi mengenepikan syarikat asing. 

Melalui peruntukan dalam perjanjian TPPA syarikat asing yang melabur di negara ini harus diberikan layan sama rata dengan syarikat tempatan. Ini seolah-olah menyamai peraturan perdagangan yang termaktub dalam perjanjian perdagangan industri perkhidmatan dan regim pelaburan yang dirundingi melalui WTO. 

Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan. 

Jika sesiapa masih ingat Malaysia hampir-hampir menandatangani perjanjian FTA dengan AS beberapa tahun yang lalu tetapi apabila tekanan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi kepentingan orang awam maka perjanjian itu tidak dimeterai. Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat segala keseluruhannya. 

Apa yang dikesalkan kenapakah kerajaan Malaysia tidak mendedahkan perundingan ini kepada awam untuk mendapatkan maklumbalas. Adakah kerana terlalu ia terlalu teknikal maka kerajaan merasakan rakyat tidak perlu mengetahui kerana rundingan di pihak kerajaan adalah mewakili kepentingan orang awam. 

Apakah kumpulan profesional dan NGO tidak mempunyai kepakaran untuk memberikan maklum balas atau sekurang-kurang membantu kerajaan dalam menangkis agenda penjajahan baru halus AS dan negara Barat itu? Lebih menyedihkan ia tidak diutarakan di Dewan Rakyat dan ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan untuk dibahaskan. 

Padahal natijahnya jika ia dimeterai akan memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh kehidupan rakyat. Jika rundingan yang menyentuh aspek kedaulatan dan kos hidup rakyat kenapa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan rakyat dengan semangat 1Malaysia perlu dirahsiakan dan dalam perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai dan terlindung dari pengetahuan orang awam. 

Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan apabila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek. Banyak maklumat penting mengenai TPPA yang belum diperolehi oleh orang awam supaya satu proses maklumbalas dan konsultasi antara masyarakat madani dan kerajaan dapat digerakkan. 

Selfie dalam Kereta Obama

Malah penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA bersama 11 negara lain (Australia, Brunai, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam) itu tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri. Malaysia sekarang sedang menyertai pusingan rundingan TPPA kali ke-17 yang diadakan di Peru bermula 15 hingga 24 Mei 2013 tetapi tidak diketahui oleh Ahli Parlimen apatah lagi orang awam. 

Namun pada 13 Jun 2011, bahagian-bahagian dalam rundingan pelaburan yang dicadangkan untuk TPPA telah dibocorkan dan dihantar online oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Warga Awam yang berpusat di Washington. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang meneliti dokumen yang dibocorkan itu memberikan keprihatinan serius mengenai bahagian-bahagian yang terkandung dalam dokumen tersebut yang ternyata merugikan negara-negara yang akan menandatanginya. 

Melalui dokumen dibocorkan, CAP juga mendapati bahawa seolah-olah Malaysia telah bersetuju dengan sesetengah perkara yang terdapat dalam dokumen tersebut dalam memberikan hak-hak yang lebih besar dan keistimewaan kepada pelabur asing dan korporat-korporat gergasi dan membataskan kuasa kerajaan dalam mengawal selia bagaimana firma-firma harus beroperasi di dalam negara kita. 

Ini seolah-olah meletakkan kepentingan korporat asing mengatasi kebajikan dan kepentingan rakyat kita. Sehubungan itu kebimbangan ini telah disuarakan CAP melalui surat kepada editor yang dihantar kepada akhbar tempatan pada Disember 2011. Tetapi tiada maklum balas yang secukupnya. 

Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersertujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugatkan kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan. Jika Australia dan New Zealand dua buah negera maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya. Sehubungan itu antaranya CAP menggesa: 

• Supaya rundingan TPPA ditangguhkan sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainnya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO dan analisa untung ruginya dijalankan bagi mengetahui kepentingan kepada rakyat, usahawan dan negara. 

• Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin meneruskan rundingan dalam bahagian berkaitan dengan pelaburan, CAP menggesa kerajaan supaya perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana yang dilakukan Australia. 

• MITI harus memberikan penerangan mengenai hal ini. 

Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya. Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO. 

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut. 

NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM, CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) dan NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA kerana perjanjian ini mempunyai implikasi besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu. 

Sehubungan itu semua pihak harus mengorak langkah memberikan pendedahan kepada seluruh warga marhaen supaya mengetahui mengenai isu-isu yang menyentuh persoalan kedaulatan kepada negara kita. Pertahan negara kita! - Ismail Hashim


MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

by prof Mohamad Agus Yusof

SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita. 

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. 

Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan. Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. 

Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia? Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. 

Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui: 

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. 

Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti? 

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita. 

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara. 

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. 

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini? 

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu. 

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. 
 Antaranya: 

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka. 

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti. 

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar. Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. 

Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini. Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.



TPPA – TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA?


Pendahuluan


Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat
Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat




Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS). Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. 

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan (18 Pusingan) dan hampir memasuki peringkat akhir itu. Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

 

Apa itu TPPA atau TPP?


TPPA berasal dari akronim Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik) adalah ciptaan Amerika Syarikat (AS) di dalam mengHALALkan satu bentuk baharu kaedah PENJAJAHAN ke atas sesebuah negara merdeka dan berdaulat.   Pertemuan pusingan yang ke-18 TPPA sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran Jepun sebagai negara terkini menyertainya. 

Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21. Rundingan bermula pada 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan. Secara dasarnya, TPPA adalah bertujuan untuk mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi dan kedudukan strategik geo-politik China di Asia Timur.


Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS
Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS



TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini
TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini



Kewujudan TPPA adalah sebagai "buffer" kepada kebangkitan ekonomi China
Kewujudan TPPA adalah sebagai “buffer” kepada kebangkitan ekonomi China



Kewujudan TPPA ini membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations – MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik – dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya. 

Keadaan ini seolah-olah menggambarkan betapa pentingnya satu perjanjian yang mampu merealisasikan objektif syarikat-syarikat  Neo-Kolonialisme dalam satu penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang. TPPA bukan sahaja satu penindasan malah ia juga berfungsi sebagai kaedah merompak secara TERHORMAT melalui Sistem Perundangan Antarabangsa.

Pengaruh Dominan Amerika Syarikat Dalam TPPA
Meningkatkan Eksport Amerika Dan Menyokong Pekerjaan Rakyat

  • Presiden Obama mengumumkan pada November 2009,  hasrat Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) demi kesinambungan ekonomi generasi akan datang. Ia merupakan satu perjanjian perdagangan yang mencerminkan keutamaan cita-cita tinggi Amerika Syarikat dalam memastikan perkembangan ekonomi mampan kepada Amerika Syarikat. 
  • Melalui perjanjian ini, Pentadbiran Obama sedang berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan menyokong pembentukan dan pengekalan pekerjaan kepada rakyat Amerika. Ia bertujuan untuk meningkatkan eksport dan mengukuhkan penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik yang mewakili lebih daripada 40 peratus pasaran global.
  • Kini, Pentadbiran Obama sedang bekerjasama rapat dengan Kongres dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melobi dan memohon untuk memuktamadkan perjanjian ini demi meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat dan sekaligus cuba menangani isu-isu yang berkaitan perniagaan dan peluang pekerjaan rakyatnya dalam menghadapi  abad ke-21.

Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya
Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya



Memacu Pertumbuhan Ekonomi Yang Berdaya Saing 

  • TPPA adalah asas dasar ekonomi yang diamalkan oleh pentadbiran Obama di Asia Pasifik. Kedudukan lokasi strategik Malaysia yang terletak di dalam wilayah pasaran yang besar dan berkembang di Asia Pasifik adalah pilihan destinasi utama bagi penguasaan barangan perkilangan dari Amerika Syarikat melalui produk pertanian dan pembekalan perkhidmatan untuk terus mengukuhkan perdagangan dan pelaburan. 
  • Sebagai salah satu daripada ahli kumpulan dalam TPPA, negara-negara yang berminat akan berpeluang untuk memasarkan barangan masing-masing di dalam negara-negara ahli TPPA.  Ini kerana nilai dagangan semasa Amerika Syarikat terbesar dan perkhidmatan pasaran eksport Amerika Syarikat. Eksport barangan AS yang lebih luas di Asia Pasifik berjumlah USD 942 bilion pada tahun 2012, yang mewakili 61 peratus daripada jumlah eksport barangan Amerika Syarikat. 
  • AS eksport produk pertanian ke rantau ini berjumlah USD 106 bilion pada tahun 2012, 75 peratus daripada jumlah eksport pertanian AS. Eksport perkhidmatan swasta AS berjumlah USD 226 bilion pada tahun 2011 (data terkini), 38 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan swasta AS kepada dunia. Perusahaan kecil dan sederhana di Amerika sahaja dieksport USD 247 bilion untuk Asia Pasifik pada tahun 2011 (data terkini).

Kempen Pemulauan TPPA

Bantahan dari rakyat dan "stakeholder" memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara
Bantahan dari rakyat dan “stakeholder” memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara

Hasil penelitian secara makro mendapati TPPA tenyata akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara sepertimana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO terdahulu apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) dengan Amerika Syarikat. Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan KERUGIAN yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya. Kesan daripada KERISAUAN ini maka timbul kesedaran awam dan NGO untuk berkempen dalam menyatakan “TIDAK” kepada TPPA seperti berikut :

Bantahan Domestik

  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 28 Februari 2013 dilapor menggesa kerajaan menangguhkan perjanjian itu kerana ia didakwa memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Mei 2013 melahirkan kebimbangan berikutan teks  Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)  yang sedang dalam rundingan tidak dibentangkan kepada rakyat.
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 14 Jun 2013 telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) pada 15 jun 2013 menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. MAPIM menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai menjelang sidang APEC di Indonesia pada Oktober 2013 ini.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, matan Perdana Menteri menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai satu percubaan AS untuk membolehkan syarikat besar Negara mereka menembusi PASARAN DOMESTIK Negara-Negara kecil, khususnya dalam perolehan Kerajaan. Beliau juga memberikan AMARAN bahawa TPPA adalah merugikan Malaysia dan menyifatkannya sebagai perkongsian yang tidak sama rata dengan tujuan supaya pihak yang kuat mengambil kesempatan daripada yang lemah.

TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS.
TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS dengan objektif menguasai dan mengimbangi negara China sebagai kuasa ekonomi dunia

Apabila penyagak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih BEBAS. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat.

  • Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA
    Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA
    Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff, Penganalisa Sains Politik UKM berpandangan bahawa TPPA dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai HAMBA Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu. Beliau mempersoalkan;

Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini? Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?

Bantahan Antarabangsa

  • Selain daripada bantahan yang dilakukan oleh NGO domestik, sokongan antarabangsa juga dizahirkan oleh wakil-wakil Kongres AS yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade yang telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat.

  • Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya
    Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya
    Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.
  • NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal. Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses. Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.

Ketakutan dan kerisauan rakyat terhadap TPPA mampu mencetuskan perbalahan
Ketakutan dan kerisauan terhadap isi kandungan  TPPA mampu mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat
Kesan TPPA Kepada Ekonomi Domestik 

Dijangka kesan TPPA atau TPP akan melibatkan peningkatan kos hidup rakyat secara drastik. Senario ini amat merunsingkan rakyat marhaein khususnya dan Kerajaan umumnya dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Di antara isu utama yang akan melibatkan kesan domestik di dalam perjanjian INI merangkumi perkara berikut :

  • Harga ubat-ubatan – Perjanjian itu akan melibatkan peraturan ubat generik (ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli) daripada dijual. Bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ia berlaku kerana dalam perjanjian TPP hak HARTA INTELEKTUAL ke atas ubat-ubatan dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmasi antarabangsa.
  • Industri padi – TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan TERJEJAS jika TPP ini dimeterai.
  • Perkhidmatan Profesional – Perkhidmatan Perundangan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih di beri kepada syarikat tempatan. Soalnya TPPA sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan PERSAINGAN yang akan merugikan ekonomi tempatan.
  • Perlindungan Hakcipta – Perlanjutan tempoh masa perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan akan dipanjangkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun.  Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini PERCUMA dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna.  Ia juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Perkhidmatan Internet – Di bawah cadangan TPPA ini, Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers) diarahkan untuk mengawasi aktiviti pengguna Internet seperti seorang anggota Polis. Mereka akan mengawasi semua aktiviti yang melibatkan perlanggaran  kesalahan memuat turun kandungan internet, dan memotong akses internet untuk kandungan yang melanggar HAKCIPTA. DENDA mandatori akan dikenakan untuk salinan tidak bersifat komersial ke atas individu yang memuat turun muzik. Ini kerana ia boleh dianggap sama seperti pelanggaran hak cipta untuk mendapatkan keuntungan.

Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat
Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat

Implikasi besar kepada kerajaan Malaysia jika ianya dipersetujui ialah Malaysia akan terdedah kepada TINDAKAN SAMAN daripada syarikat Multinasional dan LAYANAN TERPILIH ke atas syarikat-syarikat tempatan juga adalah dilarang. Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap HARAM kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA.

Kesan TPP Kepada Polisi Negara

Pada tahun 2005, rundingan  Free Trade Area of the Americas (FTAA) telah ditamatkan ekoran cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan dipertengahan jalan. Susulan daripada kegagalan rundingan FTAA ini, AS telah mengetengahkan satu perjanjian baharu TPPA untuk menggantikan FTAA yang gagal. Cuma bezanya pada kali ini, teks dokumen perjanjian tidak dibenar untuk didedahkan oleh Negara-negara yang menyertai rundingan ini kepada pengetahuan umum. Tindakan ini diambil ekoran kegagalan rundingan FTAA yang mendapat tentangan hebat dari rakyat dan wakil industri yang terlibat secara terus dengan perdagangan pasaran terbuka.

Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia
Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia

Peliknya, isu kenaikan harga ayam semasa bulan ramadhan yang menjadi cerita utama kepala berita akhbar arus perdana dewasa ini, bukannya perincian berkaitan rundingan TPPA. Kalau ianya dibincangkan atau dibicarakan pun ianya secara umum tanpa huraian yang jelas kepada masyarakat. Apa salahnya isu ini diperjelaskan kepada rakyat untuk memberikan kefahaman dan sekaligus mendapat maklum balas secara terus dari “stakeholder”. Jika ianya dibincangkan secara bersama nescaya keputusan yang diperolehi dengan lebih HOLISTIK bukan RETORIK. Sebenarnya rakyat akan berhadapan dengan kesan social dan ekonomi yang amat menakutkan. Di antara bahana yang akan diterima hasil daripada perjanjian TPPA ialah:

  1. Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  2. Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  3. Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  4. Menghapuskan aktiviti-aktiviti berkaitan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  5. Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya. Malah kebanyakan isu dan isi kandungan TPPA adalah perkara-perkara SENSITIF yang melibatkan KEDAULATAN dan HAK-HAK Negara yang telah diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO. Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia TIDAK meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Sementara itu, pihak Kerajaan hendaklah mendengar SUARA RAKYAT samada dari NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM,  CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) atau NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA. Ini kerana perjanjian tersebut mempunyai IMPLIKASI besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu.


MALAYSIA IS NOT FOR SALE! (MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL)
DON”T LET THE TPPA ROB OUR FUTURE.

Sumber :
http://www.malaysiakini.com/columns/231568
http://www.doctorswithoutborders.org/take-action/tpp/
http://www.publicknowledge.org/letter-130-members-congress-ustr-expressing-concer
http://www.ustr.gov/about-us/press-office/fact-sheets/2011/november/united-states-trans-pacific-partnership
Apa itu TPPA بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد by prof Mohamad Agus Yusof SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita. TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan. Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia? Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui: i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti? ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita. iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara. iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini? vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu. Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya: i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka. ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti. iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar. Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini. Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergada

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan Implikasi Perdagangan Malaysia




Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?



Sebelum kita membicarakan TPPA dengan lebih lanjut, eloklah kita melihat isu perjanjian perdagangan global WTO dan serantau seperti APEC, AFTA yang sediada yang boleh dikaitan dengan TPPA.  Jika tanpa mengetahui organisasi dan perjanjian-perjanjian tersebut, dikhuatiri anda akan tersasar fokus dan tidak dapat memahami mengapa perjanjian TTPA itu amat diperlukan.



Di samping hubungkait antara beberapa klaus dalam perjanjian FTA misalnya yang dijadikan kesinambungan kepada perjanjian TPPA.  Maka penekanan juga diberikan kepada isu-isu FTA terutamanya hubungan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat.



Disenaraikan beberapa organisasi dan perjanjian perdagangan yang penting :



WTO – World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Sedunia.



Ia adalah sebuah organisasi perdagangan dunia yang berfungsi untuk mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa.  Diditubuhkan pada 1 Jan. 1995  bagi menggantikan General Agrement on Tariffs and Trade (GATT) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Kini WTO dianggotai oleh 143 buah negara termasuk Malaysia. Setiap perbincangan yang melibatkan perdagangan dunia akan dilakukan serta dirujuk melalui WTO yang beribupejabat di Genewa, Switzerland.





APEC – Asia Pacific Economic



Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan dianggotai oleh 12 buah negara pengasas di Asia Pasifik termasuk Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Pasifik. Selepas tahun 1993, APEC menerima banyak keanggotaan baru sehinggalah kini berjumlah 21 buah negara termasuk Hong Kong sebagai entiti yang berasingan dari China.



Forum ekonomi APEC mempunyai jurang perbezaan yang luas dalam sistem politik, sosial, institusi kebudayaan dan tingkat pembangunan ekonomi yang berbeza.



Negara-negara yang menganggotai APEC ialah : Australia, Brunei, Kanada, Chile, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zeealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.





AFTA – ASEAN Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN



Ketika perjanjian AFTA ditandatangani pada tahun 1995, ia hanya dianggotai oleh enam buah negara pengasas ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kini AFTA mempunyai 10 keanggotaan negara-negara ASEAN yang kemudian penerimaannya dibuat antara tahun 1995 hingga 1997.



Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkat daya saing ASEAN sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tariff dan bukan tariff dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluran secara besar-besaran.


FTA – Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas



Ia adalah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat. Tujuannya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Barang-barang yang kompetatif di pasaran boleh beredar dan di pasarkan tanpa sekatan cukai bertindih iaitu percukaian satu hala dari negara asalnya.  Kebiasaan isu-isu percukaian, halangan birokrasi, perjanjian-perjanjian sediada, masalah teknikal dalam urusan kastam dan imigresen menjadi halangan.


< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my




Pada asalnya perjanjian FTA lebih menjurus kepada penjualan dan pembelian barangan antara negara-negara yang terlibat. Tetapi akhir-akhir ini versi FTA lebih melibatkan isu-isu lain seperti import dan eksport perkhidmatan, harta intelek, pergerakan tenaga mahir dan teknokrat, pengurusan kanan dan lembaga pengarah.  Dan yang terbaru ialah hubung kait di antara perdagangan barangan dengan perkhidmatan serta pelaburan.



Antara kelebihan FTA ialah apa jua barangan boleh dimport dan dieksport ke seluruh dunia. Dalam dunia globalisasi dan ledakan internet, permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan yang berasaskan internet boleh dipasarkan ke seluruh dunia dengan pantas. 
Ia membuka peluang e-commerce  dan e-pembayaran yang tiada batasannya. Dengan teknoloji kejuruteraan dan bioteknoloji membolehkan pengeluaran produk ke tahap yang lebih tinggi. Di samping pengedaran produk yang meluas bagi meminimakan lambakan barang-barangan. Seterusnya pengguna akhir amat beruntung dengan mendapat produk dengan harga yang murah.



Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India,  Chile, New Zealand dan Australia secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula telah menandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India dan Jepun. Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Kesatuan Eropah dan Turki.



Bagi Malaysia, Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat yang ditandatangani dalam tahun 2010 lebih menonjol berbanding dengan blok negara-negara lain. Ini kerana Malaysia mengeksport banyak barangan perkilangan, perabot, komoditi dan sebagainya. Mengikut perangkaan tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke 18 sebagai negara sumber import bagi Amerika Syarikat dan negara ke 10 terbesar dalam dagangan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia.  Malaysia adalah pengeksport terbesar dari kalangan negara-negara Asean dengan nilai RM12.6 billion, diekori oleh Thailand dan Vietnam.


Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dalam dua bulan pertama 2012 bernilai AS$4.062 bilion (RM12.6 bilion), meningkat 2.63 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 
Syarikat Malaysia perlu meneroka bidang perniagaan yang menjanjikan pertumbuhan yang akhirnya akan membolehkan Malaysia, bergerak daripada pembekal komoditi kepada pengeksport produk berteknologi tinggi.



Dengan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat, ia menjadi landasan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk lebih mudah memasuki pasaran Amerika Syarikat berbanding negara-negara yang tidak berbuat demikian.

Walaupun FTA Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan banyak menguntungkan Malaysia, namun terdapat beberapa kesan negatif yang secara langsung atau tidak langsung yang memberi impak terhadap kos beberapa sektor seperti :



Perubatan

Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Namun sehingga kini, kita masih tidak nampak kesan yang ketara atas peraturan ini.



Pertanian

Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian.

Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Namun demikian ia hanya memberi kesan yang sedikit lantaran pergantungan terutama beras yang diimport dari negara-negara ASEAN menjadi pilihan.  Walaupun Amerika Syarikat mengeksport beras dengan harga yang murah. Untuk pengetahuan, bahawa AS adalah pengeksport ketiga terbesar dunia bagi komuditi beras yang menyamai Vietnam.

Produk pertanian keluaran Amerika Syarikat yang lain lebih kepada pertanian empat musim yg tidak terdapat di Malaysia.  Jadi ia tidak membimbangkan malah memberi kebaikan kepada kita lantaran penawaran harga yang lebih murah. Ini disebabkan AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka.



Perkhidmatan

AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran. 
Walaupun demikian, ia masih tidak menampakkan kesan buruk yang ketara terhadap sektor perkhidmatan negara, bahkan dari sudut pelaburan ia menjadi penyumbangkan kepada pelaburan terus asing (foreign direct investment  atau FDI).



Pekerja

Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan  yang menyebabkan barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Namun demikian, kita harus memahami, kita hanya mengurangkan tarif tetapi di pihak AS terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pekerja-pekerja yang menghasilkan barang yang sama.



Dan jika kita dapat membuat peningkatan efisiensi terhadap kualiti dan kuantiti dengan disebabkan saingan yang hebat,  sudah tentu kita masih berada di pihak yang beruntung.  Secara tidak langsung, para pekerja Malaysia akan lebih cemerlang dengan iltizam untuk memasuki pasaran global daripada hanya memikirkan pasaran tempatan sahaja.



TPPA – Trans Pacific Partnership Agreeement atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik



Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia lebih merangkumi negara-negara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik.

TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005 lagi,  walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik. Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara pengasas kumpulan ini.
Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan New Zealand.

Kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara berpendudukan kecil. Bagaimana negara-negara kecil kependudukan ini tetapi berjiwa besar dapat terfikir bahawa gagasan mereka ini boleh mendatangkan manfaat kepada negara mereka melalui satu perkongsian perdagangan global. Sudah tentunya mereka mempunyai visi yang jauh untuk menyemarakkan potensi rakyat, sumber kekayaan dan perkhidmatan serta kepakaran intelek untuk dikongsikan bersama.



Perlu diingat, akhirnya gagasan penubuhan TPPA ini telah menerima rakan-rakan baru seperti Malaysia, Australia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjumlah 11 buah negara.

Sebenarnya masih banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut, malah Jepun telah mengadakan satu pungutan suara khas bagi mendapatkan mandat untuk menyertainya. Dengan kemasukan Jepun dalam forum TPPA ini yang baru saja diterima, maka jumlah keanggotaannya kini ialah 12 buah negara.

Adalah tidak benar bahawa penggubalan TPPA adalah sebuah penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat dengan kelangsungan FTA yang sedia ada, seperti yang diuar-uarkan oleh ramai pihak. Mereka sesungguhnya tidak memahami keseluruhan dimensi spectrum dan perjalanan organisasi perdagangan dunia. Janganlah melihat bahawa negara yang paling besar dan berpengaruh ialah Amerika Syarikat maka menidakkan kesebelasan negara-negara lain pula.



Apakah rakyat Malaysia masih lagi di takuk lama, masih mengimpikan beberapa kes dalam FTA dan NAFTA yang dianggotai oleh Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada dahulu yang pernah mencetuskan fenomena negatif lalu menolak TPPA ? Malah dalam pemikiran kita masih beranggapan TPPA sama seperti FTA Malaysia-Amerika Syarikat, sedangkan yang kita rundingkan sekarang ialah perkongsian antara 12 buah negara.

Memang tidak dinafikan bahawa kempat-empat negara pengasas TPP iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile tidak mampu untuk menggerakan momentum bagi melaksanakan gagasan yang sebesar itu, maka peranan negara-negara yang lebih besar seperti Amerika Syarikat adalah diperlukan. Untuk pengetahuan, nama asal forum ekonomi ini dinamakan sebagai Trans-Pasific Strategic Economic Partnership Agreement atau TPSEP yang bertujuan untuk meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.

Maka pentadbiran Barrack Obama telah memulakan inisiatif untuk mengembangkan gagasan tersebut dalam satu persidangan APEC dalam tahun 2009.  Ianya disusuli dengan mensyuarat kali pertama TPP yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Melbourne, Australia.
 
Sehingga kini mesyuarat dan rundingan TPP telahpun dijalankan sebanyak 18 kali, manakala yang ke 19 akan diadakan di Brunei Darussalam pada 23-30 Ogos nanti. Disenaraikan tarikh dan tempat mesyuarat dan rundingan yang lepas-lepas untuk rujukan.

Ini bagi menunjukkan bahawa mesyuarat dan rundingan-rundingan telah diadakan secara sama rata di kalangan negara-negara anggota, bukanlah ianya diadakan di Amerika Syarikat sahaja. Ini bagi menempelak cakap-cakap serta perkhabaran yang tidak betul bahawa forum ekonomi ini menjadi telunjuk imperialis Amerika Syarikat. Mereka yang bercakap demikian adalah terdiri dari yang tidak suka membaca dan menganalisa sesuatu isu, lalu mengambil pendirian orang lain sebagai pendirin sendiri.

Kali pertama  : Melbourne, Australia Mac 15-19, 2010
Kali kedua :  San Francisco, California, Jun 14-18, 2010
Kali ketiga : Brunei, Oktober 4-9, 2010
Kali keempat : Auckland, New Zealand, Disember 6-10, 2010
Kali kelima : Santiago, Chile, Februari 14-18, 2011
Kali keenam : Singapore, Mac 24-April 1, 2011
Kali ketujuh : Ho Chi Minh City, Vietnam, Jun 15-24, 2011
Kali kelapan : Chicago, Illinois, September 6-15, 2011
Kali kesembilan : Lima, Peru, Oktober 22-29, 2011
Kali kesepuluh : Kuala Lumpur, Malaysia, Disember 5-9, 2011
Kali kesebelas : Melbourne, Australia, Mac 2-9, 2012
Kali keduabelas : Dallas, Texas, Mei 8 - 18, 2012
Kali ketigabelas : San Diego, California, Julai 2-10, 2012
Kali keempatbelas : Leesburg, Virginia, September 6-15, 2012
Kali kelimabelas : Auckland, New Zealand, Disember 3-12, 2012
Kali keenambelas : Singapore, Mac 4-13, 2013
Kali ketujuhbelas : Lima, Peru, Mei15-24, 2013
Kali kelapasbelas :  Kota Kinabalu, Malaysia, Julai 15-24, 2013
Kali kesembilanbelas : Brunei, 23-30, Ogos, 2013

Australia :  2 kali
Amerika Syarikat : 5 kali
Brunei : 2 kali ( +1 kali lagi semasa menandatangan perjanjian TPP pada Oktober nanti)
New Zealand : 2 kali
Chile : 1 kali
Vietnam : 1 kali
Singapura : 2 kali
Peru : 2 kali
Malaysia : 2 kali

Dalam 5 kali perundingan terakhir dijalankan di luar Amerika syarikat iaitu di New Zealand, Singapura, Peru, Malaysia dan Brunei. Ini memperlihatkan bahawa negara-negara kecil sekalipun memainkan peranan yang besar dalam merundingkan TPP.

Ianya tidak sama dengan perundingan FTA Amerika Syarikat-Malaysia yang samada di jalankan di Malaysia atau Amerika Syarikat sahaja. Di mana dalam perundingan seperti ini, kita tidak mempunyai suara lain untuk menyokong permintaan kita. Namun dalam perundingan TPP, suara-suara dari 12 negara lain telah disatukan. Apakah ini tidak cukup untuk mengatakan ia sesungguhnya satu perkongsian idea bagi kemakmuran ekonomi serta perdagangan di rantau Asia Pasifik ?

Tidak dinafikan, seperti perjanjian FTA yang lain, kita juga mempunyai alasan untuk menzahirkan keperihatinan terhadap masa depan rakyat dan negara. Namun sudah tentu pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mewakili Malaysia dalam rundingan ini telah mengambilkira pelbagai faktor yang membabitkan hak-hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan negeri-negeri serta keperluan untuk melindungi kelompok-kelompok tertentu.

Begitu juga kita masih mengamalkan sikap dasar perlindungan terhadap beberapa skop industri, sesetengah perkhidmatan dan keperluan untuk melindungan GLC sebagai satu entiti kerajaan dalam pemerolehan negara dan mensejahterakan rakyat.  Di samping itu memberi penekanan bahawa kerajaan akan sentiasa memberi perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dari kalangan Bumiputra.

Difahamkan pihak MITI  kini sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula dan penyesuaian yang bukan sahaja diterima oleh rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Namun kita harus memahami dalam perundingan antarabangsa yang mana setiap negara juga mempunyai kepentingan yang tidak sama, maka satu penyelesaian dan tolak-ansur serta kompromi harus diterima. Kita tidak seharusnya terus-menerus menegakkan pendirian masing-masing yang akhirnya tiada sebarang persetujuan. Inilah yang sering terjadi pada setiap kali perundingan WTO menemui jalan buntu.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa jika kita tidak menyertainya, maka kita telah terkebelakang dan apabila menyedari nanti, orang-orang lain sudahpun merebut peluang ini. Kita kena bye bye saja !

Secara keseluruhannya, TPP sebagai sebuah perjanjian yang mencakupi pelbagai isu seperti perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta kelastarian sejagat, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPP diberi kebebasan untuk menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian daripada perjanjian. Ini adalah satu bentuk pengecualian yang mana setiap negara mempunyai hak-hak tertentu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ia adalah satu pengiktirafan yang memberi jaminan bahawa kelangsungan setiap polisi yang terkecuali itu dapat diteruskan dalam negara masing-masing.

Maka apakah kelebihannya jika kita turut menandatangai perjanjian ini yang bakal diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Oktober nanti? Dikhabarkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dijangka akan menghadiri majlis yang bersejarah ini.





Sejak beberapa bulan ini, banyak laporan dan persepsi negatif yang dilontarkan oleh segelintir blogger dan NGO yang keterlaluan, seolah-olah bahawa TPPA akan menjadi medan untuk menjual negara dan sebagai penghambaan kepada negara-negara maju.

Namun demikian, mereka tidak nampak dari segi positif di mana kita akan meraih manfaat lebih-lebih lagi golongan usahawan Melayu dan Bumiputra untuk pergi jauh ke peringkat global dengan jumlah pasaran yang tidak terhad dalam pemasaran produk-produk berbentuk barangan ataupun perkhidmatan dari pelbagai bidang.

Kita harus memahami dalam kerangka perjanjian besar yang menyerupai WTO, negara-negara yang menyertai TPP adalah terdiri daripada negara-negara Selatan, yakni negara-negara sedang membangun, negara-negara yang hampir mencapai taraf negara maju dan juga blok negara-negara maju. Maka jurang antaranya juga adalah besar. Sebagai negara kecil yang dari blok negara-negara Selatan sekalipun tidak rela diperkotak-katikkan, dan begitu juga negara-negara maju juga tidak akan sewenang-wenangnya memperkecilkan negara-negara yang baru membangun.

Mereka akan memperluaskan konsep perkongsian menang-menang di mana pihak-pihak yang terlibat akan diajak berunding dalam suasana yang menguntungkan bersama. Sebab itulah ia juga dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.  Ia juga menepati cara Malaysia melancarkan konsep perkongsian pintar Langkawi yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad di kalangan negara-negara Selatan dahulu.

Seperti dalam perjanjian WTO malah AFTA sekalipun yang dilakukan dalam kalangan negara-negara ASEAN, banyak kelonggaran dan pelanjutan tempuh waktu matang bagi pelaksaan sesuatu ketetapan terutamanya dari segi tariff. Ianya bertujuan sehingga satu tahap sesebuah negara itu mampu untuk bersaing dan membuka pasaran dari negara-negara yang menyertainya.

Dalam masa yang sama, ia menjadi pemangkin kepada negara-negara ini untuk terus berusaha dengan cepat, dan jika dia gagal maka sudah tentu menggugat survivalnya. Jadi apakah ini kita jadikan alasan untuk tidak menerima TPPA ?

Antara isu-isu yang dirundingkan ialah mengenai hakcipta yang perlu diselesaikan. Malah ia juga menjadi isu bagi negara-negara lain. Jika negara-negara lain sanggup juga berkompromi, apakah kita ini terlalu banyak harta intelek yang boleh dieksport berbanding harta intelek yang akan masuk ke sini di mana akan dimanfaatkan oleh kita.

Jika dahulunya kita memikirkan dalam masa 50 tahun nilai harta intelek itu mencapai satu target yang diingini dalam pasaran konvensional, tetapi dengan pasaran yang begitu luas dalam TPP, mungkin ia hanya memerlukan 20-30 tahun atau kurang daripadanya untuk mencapai tahap itu. Maka apakah tempuh selebihnya itu tidak dianggap sebagai satu bonus ? 

Dengan termeterainya TPPA nanti, kita juga dapat memperkembangan industri yang berasaskan pengetahuan pakar dan harta intelek. Inovasi dalam sains dan teknoloji seperti perisian komputer, penulisan buku-buku dan segala aktiviti-aktiviti berkaitan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan pantas serta dalam kuantiti yang banyak. Akhirnya kita akan memperolehi keuntungan yang besar sementelah dunia disambungkan dengan kecanggihan teknologi internet.

Itu hanya sebahagian kecil daripada manfaat yang diperolehi daripada 29 bidang yang dibincangkan dalam TPPA. Selain daripada strategi ekonomi, ianya juga meliputi bidang kesihatan umum, alam sekitar dan sistem kehakiman. Kelima-lima bidang ini dilabelkan sebagai perjanjian perdagangan. 



Merujuk kepada sumber-sumber kerajaan, Perjanjian TPPA ini berkemungkinan besar akan ditandatangani oleh Malaysia tetapi tidak terburu-buru dengan  batas waktu tersebut lantaran masih banyak perkara yang perlu ditangani terlebih dahulu.  

Di sebaliknya juga, kerajaan  memandang pembukaan pasaran yang begitu luas untuk beberapa industri terutamanya sektor automotif yang dipelopori oleh negara seperti Proton dan Perodua. Dengan pasaran tersebut, jumlah kuantiti yang dapat dieksport boleh memberi impak bagi industri permotoran dalam skala yang lebih besar. Secara tidak langsung ia akan menurunkan harga unit pengeluaran kereta-kereta Proton dan Perodua disebabkan kos pengeluaran semakin rendah. Cara yang sama telah dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan.
- oleh : Hisemudin Kasim - 19.08.2013






AMUKANMelayu - TPPA, Tok Pa pi Amerika..............