,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 2 February 2016

savekedah - MENANTI HARI ESOK


ArprhcezoT0_kdiKls1wuFraCoNYBmZzS8PJvmlsC-v2

BERSEMUKA JEMAAH PEMANGKU SULTAN : Rupanya Hanya 9 Adun Mahu Mukhriz Undur, ADUN lain cerita perkara sebenar Tandatangan SD


Masih belum dapat diputuskan !!! 

Keyakinan tinggi pihak pro Najib yang menyatakan bahawa Mukhriz akan digugurkan selepas 20 Adun BN mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman semalam ternyata meleset sama sekali.

Sebelum ini dikatakan telah ada 19 Adun telah tandatangan surat akaun yang meminta Mukhriz meletak jawatan walaupun ada diantara Adun mendakwa mereka telah dipaksa dan diugut dari segenap sudut oleh pihak-pihak yang dikatakan dihantar oleh Najib. 

Namun selepas bersemuka seorang demi seorang dan turut bersumpah berkata benar di hadapan semua Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam , rupanya ada yang telah bercerita 'hal sebenar' mengenai surat akaun tersebut. 

Sumber menyatakan bahawa daripada 20 Adun BN yang mengadap Jemaah Pemangku Sultan,  7 telah menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Dato Seri Mukhriz, 4 berkecuali dan 9 tetap menyokong untuk menukar Menteri Besar, ia termasuk Ahmad Bashah, Ahmad Lebai Sudin , Tajudin Abdullah dan Tajol Urus.

Oleh kerana majoriti Adun untuk menukar Menteri Besar tidak mencukupi maka Adun Pembangkang pula dipanggil mengadap , jika Adun-adun pembangkang menyokong penuh kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Kemungkinan besar Mukhriz akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah sehingga pilihanraya umum akan datang.

Jika keputusan kekal, tidak mustahil Perdana Menteri, Najib Razak akan menggugurkan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah dan bakal diganti dengan Ahmad Bashah sehingga pemilihan Umno akan datang. 

Sumber memaklumkan bahawa Mukhriz akan mengadap Agong dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Langkawi pada 7 Febuari nanti dan dijangka pengumuman sama ada kekal atau tidak akan di umum selepas Tahun Baru Cina  nanti. 

aktivispendangjr.blogspot.my
 
 
MB Kedah Baru Dijangka Angkat Sumpah Esok?

ALOR SETAR – Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Menteri Besar Kedah baharu dijangka akan mengangkat sumpah esok dan upacara adat istiadat berkemungkinan besar akan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam majlis tersebut telah diminta bersiap sedia untuk majlis tersebut.

“Saya dengar persiapan sudah mula diadakan dan dikatakan raptai majlis itu akan diadakan esok.

“Saya boleh kata, lebih 80 peratus kemungkinan majlis itu diadakan pada Khamis ini,” kata sumber itu kepada akhbar tempatan.

Sementara itu, satu lagi sumber memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kebiasaannya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada setiap Rabu.

“Kita jangka ada sesuatu yang akan diputuskan esok (hari ini) dan majlis angkat sumpah itu akan diadakan dalam masa terdekat iaitu selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pagi ini.

Terdahulu, laporan beberapa akhbar semalam  melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu atau lusa ekoran prosedur pelantikan menggantikan Mukhriz dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

Sebelum ini portal Pro-BN MYKMU  melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 minggu ini  apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz.

Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila barisan‎ kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. – Sinar

Majlis Angkat Sumpah MB Kedah, Esok Petang

jemaah

ALOR SETAR: Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dijangka akan diadakan esok.

Angkat Sumpah tersebut dikatakan akan diadaka  sejurus selepas Majlis menghadap ADUN Barisan Nasional (BN) bersama-sama ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada jam 2 petang di Wisma Darul Aman.

Antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang akan hadir ialah Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada Majlis itu nanti, setiap ADUN Kedah akan mengadap Ahli Jemaah Pemangku Kedah bagi menyatakan pendirian mereka terhadap krisis pentadbiran yang sedang melanda ketika ini.

Sementara itu, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin ketika dihubungi SuaraTV turut mengesahkan mengenai perjumpaan itu.

“Ya, kami semua telah diminta untuk hadir bagi mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok petang.

“Saya juga difahamkan kami akan mengadap seorang demi seorang untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak perlantikan Menteri Besar yang baru” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sebarang spekulasi berhubung majlis angkat sumpah yang dikatakan akan diadakan sejurus selepas itu.

“Saya tidak pasti mengenai majlis angkat sumpah” ujarnya ringkas.

Spekulasi berhubung perlantikan menteri besar hangat diperkatakan selepas semua ADUN BN diminta hadir untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sekiranya majoriti ADUN BN bersetuju menolak Mukhriz sebagai menteri besar dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan pengakuan tersebut maka satu majlis angkat sumpah bakal diadakan dalam masa terdekat.

Difahamkan pada ketika ini majoriti Adun BN Kedah sedang mengadakan satu perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu perjumpaan tertutup di Putrajaya. – SuaraTV

Mukhriz muat naik bendera Kedah #savekedah

ArprhcezoT0_kdiKls1wuFraCoNYBmZzS8PJvmlsC-v2

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meluahkan perasaannya mengenai kemelut politik jawatan di negeri itu secara simbolik di Instagramnya.

KUALA LUMPUR, 31 Januari: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meluahkan perasaannya mengenai kemelut politik jawatan di negeri itu secara simbolik di Instagramnya.

Beliau memuat naik gambar bendera Kedah yang kelihatan koyak ditiup angin dengan kapsyen #savekedah.

Mesej tersebut memberi gambaran seolah-olah spekulasi mengenai masa depannya sebagai Menteri Besar akan sampai ke penghujungnya.
Majoriti pengikut Instagramnya menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Pengguna Instagram, Sophess berkata “Rakyat Kedah tak mahu tukar pemimpin tapi kenapa kehendak mereka tak didengari. Mereka berkhidmat untuk siapa sekarang?”

Malah, Syudded pula berkata “Saya sentiasa menyokong Dato. Andai Dato jatuh. Usahlah Dato risau. kami rakyat Kedah sentiasa di belakang Dato.
Irjiwakacau berkata, “Kami belia akan sentiasa menyokong Mukhriz Mahathir.”

Posting yang dimuat naik lebih sejam lalu mendapat 1,220 likes dan tidak lebih 60 komen di Instagram.

Terdahulu krisis kepimpinan Umno Kedah tercetus apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai 14 delegasi ketua-ketua bahagian, negeri dan penggubal undang-undang persekutuan untuk menyatakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz.



Kronologi Krisis Kepimpinan Mukhriz Di Kedah
 

20 Januari – Sekumpulan 14 Ketua Bahagian Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengisytiharkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri seterusnya mereka menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

22 Januari – Najib mengadakan pertemuan bersama Ketua Umno Bahagian, Wakil Rakyat serta Exco Kedah di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi membincangkan penukaran Menteri Besar Kedah.

23 Januari – Najib dan Mukhriz bertemu di Langkawi. Sumber memberitahu Najib menawarkan jawatan diperingkat pusat sebagai pertukaran beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah namun Mukhriz menolaknya dan tetap berhasrat untuk terus kekal mentadbir Kedah.

24 Januari – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah menggerakkan usaha menyingkirkan Mukhriz dengan mengumpul tandatangan pengakuan bersumpah (SD). Seramai 19 Adun menandatangani pengakuan untuk tidak lagi menyokong Mukhriz sebagai Menteri Besar.

25 Januari – Mukhriz dan dua Exco yang menyokongnya mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri.

27 Januari – Najib mengadap Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang juga adalah Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan melantik Menteri Besar Kedah yang baru.

Mukhriz mengadakan mesyuarat Exco mingguan kerajaan negeri dengan kehadiran hanya tiga daripada sembilan Exco, menunjukkan tanda beliau tidak lagi memiliki sokongan untuk meneruskan pentadbiran negeri.

29 Januari – Najib mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi mendapatkan perkenan untuk menggantikan Mukhriz dan mengemukakan tiga nama calon MB yang baru.

Mukhriz hadir ke Mesyuarat MT UMNO di PWTC, bagaimanapun tidak sampai sejam beliau keluar dari mesyuarat selepas dimaklumkan statusnya sebagai anggota MT ‘turut hadir’ hanya boleh menyertai mesyuarat selepas mendapat jemputan rasmi sahaja.

31 Januari – Najib memanggil semua Adun ke kediamannya di Jalan Duta bagi mengumumkan mengenai kemelut politik di Kedah selesai dan Menteri Besar baru akan diumumkan selepas semua Adun bertemu dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari ini (1 Februari)



Tiada Penolakan Dibuat Oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah – Najib

najib_sultan_istana

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak cadangan berhubung pengganti Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar negeri itu.

Menurut Najib, beliau telah mengadap pengerusi jemaah itu pada pagi Jumaat dan pertemuan tersebut berjalan lancar.

“Saya telah mengadap Pengerusi Jemaah Diraja pagi tadi (semalam) dan saya telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama Umno.

“Perkembangan selanjutnya akan diumumkan…,” kata presiden Umno itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di PWTC di sini petang Jumaat.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Penerangan yang baru, Tan Sri Annuar Musa.

Presiden Umno itu berkata, tiada sebarang penolakan dibuat semasa pertemuan diadakan seperti yang didakwa dalam beberapa laporan sebelum ini.

“Tak betul…tak betul. Nanti saya maklumkan…tak ada penolakan dan majlis pertemuan itu berjalan dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, beliau menjawab: “Nanti kita beritahulah…”

Dalam pada itu Najib turut mengakui mengetahui lebih awal mengenai kemelut kepimpinan di Kedah.

“Kita dengar ada masalah tapi ini diputuskan oleh 14 ketua bahagian. Sebagai presiden parti, saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan,” katanya lagi.

Krisis politik di Kedah bermula apabila 14 ketua bahagian diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku menteri besar.

Mereka menuntut pucuk pimpinan parti mengambil tindakan dengan membuat perubahan kepada kerusi menteri besar. – mstar


Istana Setuju Gugurkan Mukhriz?

Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Kemelut politik negeri Kedah yang bermula hampir dua minggu lalu hampir pasti akan melabuhkan tirainya minggu ini.

Pertemuan penting antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan semua wakil rakyat BN petang tadi merupakan noktah akhir untuk kemelut tersebut.

Menurut sumber SuaraTV sebentar tadi mendakwa hasil pertemuan tersebut menunjukkan tanda positif.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah dikatakan telah berpuas hati dengan pendirian majoriti ADUN BN yang telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Dilaporkan hanya dua ADUN sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran jawatan tersebut iaitu Dato’ Aminuddin Bin Omar yang merupakan Exco Belia dan Sukan serta Mukhriz sendiri yang tidak hadir pertemuan tersebut.

Susulan itu dipercayai Mukhriz akan digugurkan dari jawatan Menteri Besar selewat-lewatnya hari ini dan majlis angkat sumpah MB Kedah yang baru dijadualkan berlangsung pagi esok, kata sumber tersebut. – SuaraTV


Istana Setuju Tukar MB, Tapi Mahu Semua Exco Dikekalkan Kata Sumber

Mukhriz Istana Kedah

Alor Setar – Apa  yang pasti Kedah bakal mendapat menteri besar yang baharu dapat tempoh beberapa hari lagi setelah Jemaah Diraja negeri itu mengadakan perjumpaan dengan kesemua 21 Adun Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman, Alor Star, esok.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu perjumpaan tertutup bersama beberapa orang Adun BN di rumahnya di Jalan Langgak Duta, jam 6.10 petang tadi.

“Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri memaklumkan kemelut kepimpinan di Kedah hampir selesai dan negeri tersebut bakal menerima menteri besar yang baharu.

“Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga telah berkenan menerima senarai nama Menteri Besar Kedah yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri ketika Perdana Menteri mengadap baginda pada 27 Januari yang lalu” ujar sumber tersebut yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Menurut sumber itu juga, Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut dikatakan berkenan dengan senarai nama yang dipersembahkan oleh Najib ketika menghadap di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, Jumaat lalu.

“Senarai nama Menteri Besar yang dipersembahkan oleh Najib ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 29 Januari yang lalu juga turut telah diperkenankan.

“Jemaah Pemangku Sultan Kedah juga telah berkenan untuk menggantikan Mukhriz namun hanya akan memutuskan perkata tersebut setelah mengadakan pertemuan tertutup dengan kesemua Adun BN bagi mendengar sendiri pengakuan mereka.

“Sekiranya Menteri Besar yang baharu dilantik, Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu agar kesemua atau sekurang 8 orang Exco yang ada dikekalkan bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar” ujar sumber itu lagi.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipengerusikan oleh Tunku Temenggong, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah manakala Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan ahli Jemaah Pemangku.

Sumber itu turut menjelaskan dalam pertemuan tertutup yang diadakan semalam, kesemua Adun yang hadir turut meminta agar majlis angkat sumpah diadakan selewat-lewatnya Rabu ini.

“Dalam pertemuan tersebut, semua Adun yang hadir meminta Perdana Menteri agar memohon perkenanan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk mengadakan majlis akad sumpah selewat-lewatnya hari Rabu sebelum mesyuarat Exco diadakan.

“Manakala Perdana Menteri dalam pertemuan tersebut turut meminta kesemua Adun Kedah untuk menerima siapa sahaja calon yang dilantik oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebagai Menteri Besar” katanya lagi.

Selain beberapa orang Adun Kedah, Ketua Umno Baling, Datuk Azeez Rahim turut hadir dalam pertemuan tertutup yang berlangsung kira-kira sejam itu.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno sebelum ini turut menafikan laporan beberapa calon yang dikemukakannya sebagai pengganti menteri besar telah ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Tak ada, …tidak betul, …tiada penolakan, majlis berjalan lancar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Jumaat lalu.

Najib ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut berkata, sebagai Presiden parti, beliau mengambil maklum perkembangan politik di Kedah dan memberikan pertimbangan serius terhadap perkara itu.

“Kita dengar ada permasalahan tetapi ini diputuskan oleh Ketua UMNO Bahagian, … 14 Ketua UMNO Bahagian memutuskan perkara ini, jadi sebagai presiden parti, saya kena ambil maklum dan saya kena juga memberi pertimbangan yang serius terhadap pendirian dibuat Ketua UMNO Bahagian,” katanya dalam sidang media tersebut. – SuaraTV


AMUKANMelayu - Najib GAGAL ......Semuanya sudah tidak terkawal.....