“Jangan lena masa angkat sumpah,” Mukhriz.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar hari ini tetapi sempat meninggalkan pesanan sinis untuk penggantinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah.
“Jangan lena masa angkat sumpah,” katanya.
Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai ‘kaki tidur'
OLAK LEMPIT, Jumaat 26 Rabiul Akhir 1437H - Rasa mengantuk merupakan tanda yang diberikan tubuh agar orang beristirahat, yang biasanya datang di malam hari atau saat merasa letik. Namun kondisi tertentu dapat membuat orang selalu merasa mengantuk, bahkan di waktu kerja. Apa penyebabnya?
Berikut beberapa penyebab yang membuat orang selalu rasa mengantuk sepanjang hari:
1. Anemia (kurang darah)
Anemia merupakan penyebab utama rasa kantuk sering datang. Kekurangan darah menyebabkan kurangnya zat besi, sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke jaringan dan organ tubuh pun berkurang, sehingga menyebabkan orang sering merasa ngantuk.
2. Hipotiroid (menurunnya produksi hormon tiroid)
Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengontrol metabolisme dan kecepatan mengubah bahan bakar menjadi energi. Ketika kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, orang bisa merasa badan lesu dan selalu mengantuk.
3. Diabetes
Glukosa adalah bahan bakar dari energi yang dilepaskan dalam sel-sel karena adanya oksigen. Orang dengan diabetes tipe-2 memiliki tingkat glukosa darah yang tinggi, karena tubuh tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menyediakan energi. Oleh karena itu, individu dengan diabetes tipe-2 mengeluh merasa lelah dan mengantuk sepanjang waktu.
4. Dehidrasi
Kelelahan dan kantuk bisa merupakan tanda dehidrasi. Segeralah cukupi kebutuhan air dalam tubuh agar selalu merasa segar dan bersemangat.
5. Depresi
Depresi bukan hanyan gangguan emosi tetapi juga banyak berkontribusi untuk gejala fisik. Kelelahan, selalu mengantuk, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan adalah salah satu gejala yang paling umum pada orang yang mengalami depresi.
6. Gangguan tidur
Gangguan tidur seperti sleep apnea dan insomnia juga dapat menyebabkan perasaan kelelahan dan kantuk terus-menerus. Tidur digunakan untuk memfungsikan tubuh kembali, sel-sel tubuh memperbaiki dan meremajakan diri. Sementara pada orang yang menderita kurang tidur karena insomnia, sleep apnea, maka sistem pernapasan akan terhambat sehingga sering menyebabkan kelelahan dan kantuk.
7. Penyakit jantung
Ketika mudah merasa lelah dan mengantuk dalam melakukan kegiatan sehari-hari, sebaiknya Anda harus memastikan bahwa jantung Anda dalam keadaaan yang baik, karena selalu mengantuk bisa jadi pertanda awal penyakit jantung.
8. Sindrom kelelahan kronis
Lelah biasanya segera hilang saat dibawa istirahat. Tapi untuk sindrom kelelahan kronis (chronic fatigue syndrome), lelah tidak cepat hilang dan biasanya ditandai dengan kelesuan, mengantuk, lekas marah, nyeri otot dan dalam beberapa kasus terjadi hilangnya memori.
Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa'
AKHIRNYA Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas melalui badai politik hampir dua minggu yang lalu. Saya amat dukacita dengan peristiwa ini.
Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli.
Sebagaimana dijangka, Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.
Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.
Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat. Mereka mungkin lupa bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan.
Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas. Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno.
Saya yakin Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
AKHIRNYA Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas melalui badai politik hampir dua minggu yang lalu. Saya amat dukacita dengan peristiwa ini.
Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli.
Sebagaimana dijangka, Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.
Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.
Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat. Mereka mungkin lupa bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan.
Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas. Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno.
Saya yakin Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
'Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita' - Kak Fidah
SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa kemelut politik di Kedah menggambarkan ketamakan ahli politik Umno terhadap jawatan nombor satu di negeri berkenaan.
Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, episod penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang berakhir semalam menunjukkan politik untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat.
“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk kepentingan diri sendiri.
“Menjatuhkan orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan tamak. Tamak terhadap kuasa untuk kekuasaan,” katanya ketika dipetik menerusi Facebooknya, semalam.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah.
“Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti hancur, asal hasrat peribadi tercapai.
“Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab?'' katanya.
Rafidah juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno di negeri itu tidak mahu bekerja sama bagi mengukuhkan parti.
“Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?,” katanya.
Rafidah berkata, kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.
“Tolonglah serius. Negara ini tidak mahu lagi penipuan politik. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku,” katanya.
Gambar Ahmad Bashah tidur semasa siaran lansung jadi viral
Bila dah x suka buat apa pun di keji org... Tapi Kalau suka kentut pun wangi... Pandai kan datuk nenek kita.. Apa yg diaorg jadikan perumpamaan semua nya kena je.. Semua nya sesuai je..
Pejam 2 saat je.. Nah!!!! 1 malaysia dihebohkan tido... Peel dah mcm orang pakatan dah......ar.....Tabur fitnah tanpa rasa takut..
ALOR STAR: Gambar yang menunjukkan seolah-olah Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah ‘terlena’ ketika Majlis Angkat Sumpah di Istana Anak Bukit, pagi ini, menjadi perkongsian hangat di media sosial.
Gambar yang menunjukkan Ahmad Bashah ‘pejam mata’ itu dirakam ketika siaran langsung Majlis Angkat Sumpah di TV1.
Ia terus menjadi topik perbualan netizen yang masih lagi kecewa dengan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebelum ini, gambar Ahmad Bashah ‘terlena’ dalam Majlis Penganugerahan Pingat sempena Keputeraan Sultan Kedah menjadi bahan untuk orang ramai mempersendakan beliau.
Menteri Besar Kedah ke-12 itu bagaimanapun menafikan beliau terlena sebaliknya mendakwa video itu telah diedit dan beliau hanya pejam mata kerana menghayati titah ucapan Sultan Kedah.
Semalam, ketika ditanya apakah amanat kepada Menteri Besar baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan sinis berkata, beliau berharap Ahmad Bashah tidak terlena ketika majlis angkat sumpah.
Sementara itu, netizen memberikan komen-komen pedas kepada Ahmad Bashah susulan penyebaran gambar seolah-olah beliau ‘terlena’ itu.
“Itu saja je konon-konon dia memang jenis ambil feel dengan ucapan. Nak memperbodohkan orang lain. Kalau jenis auta ini memang cari jalan je.
Harap-hara berdengkur atau tersembam betul-betul,” Hairul Basser Ibrahim.
“Kesian la sikit kat dia. Malam tadi tak boleh tido. Hati dupdapdupdap je menanti jawatan pagi hari,” komen Mohd Faidzul Sharufuddin.
“Ini pemimpin yang setia, akan majukan negeri sambil tidur ketuk sama kepala dia,” komen Sivanesh Nash.
“Tido lagi ke tu orang tua dah kurang stamina. Asyik nak tido je la cari ilham,” kata Norlie Hayati.
'Yang anda mengata tidur itu abah saya...'
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
KAKI “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan Islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.
Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata-mata nak burukkan abah. Orang yang rakam video tu merangkak la dekat padang masyar minta maaf sebab sebar fitnah.
But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tulah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.
Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda Master, takda PHD, apatah lagi Diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer.
Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.
Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact.
Mana ada istilah pakai cable/ bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam Facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.
Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka Master ka PHD dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat Facebook.
Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan Pas tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu? Kan?
Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat PRU13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.
Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. We all okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan.
Abah ada cakap apa tak? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.
Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat.
I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni.
Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. Paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu.
Oh that part, kena perenggan baru.
Sejak habis PRU13 dan abah mula tugas sebagai Timbalan KPDNKK, percayalah dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke hari ini abah ulang alik KL ke Kedah without fail. Mana kerja di KPDNKK. Mana kerja di sini lagi.
So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga Dun? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik Kedah sebulan sekali pun rasa letih.
Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him.
Macam saya katakan tadi, saya hormat dan sangat OK dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard?
Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu ALLAH bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.
I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/ tajaan, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.
Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti?
Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada ALLAH. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan ALLAH dengar pun.
Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh ALLAH yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it.
Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang Kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).
Insya-ALLAH, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah.
Takpalah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahdu seorang ibu bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati ALLAH dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir.
Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang benar,
LUAHAN HATI ANAK BONGSU
AMUKANMelayu - Bagaimana ACUAN.....maka begitulah KUEHNYA.....