,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 5 August 2015

1 MDB MENJADIKAN NAJIB DIKTATOR


SPRM Mohon Pada Allah Semoga Dapat Meneruskan Perjuangan Membela Maruah AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.

OLAK LEMPIT - Rabu 19 Syawal 1438H, dalam posting AMUKANMelayu dua hari sudah "APAKAH RM 2.6 BILLION DALAM AKAUN NAJIB TIDAK DIKIRAN PECAH AMANAH?" adalah berkaitan.

APAKAH RM 2.6 BILLION DALAM AKAUN NAJIB TIDAK DI KIRA PECAH AMANAH?

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
APAKAH RM 2.6 BILLION DALAM AKAUN NAJIB TIDAK DI KIRA PECAH AMANAH?

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
APAKAH RM 2.6 BILLION DALAM AKAUN NAJIB TIDAK DI KIRA PECAH AMANAH?

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB".- SPRM

AMUKANMelayu - Dari sudut undang-undang, duit ini adalah DUIT NAJIB dan UMNO tiada HAK keatasnya jika NAJIB tidak MEMINDAHKAN kedalam AKAUN UMNO

PATEK KELIRU TUANKU:

1 - Kenapa statment ini keluar seperti ini?
2 - Tidakkah menerima SUMBANGAN itu SALAH dalam Undang-undang SPRM?
3 - Individu mana yang SEDEKAH kat Najib sebanyak itu?
4 - Duit ini terus masuk akuan Najib, bagaimana jadi DUIT UMNO pula?
5 - Kenapa tak di masukkan ke AKUAN UMNO seperti yang telah di SYARAKAT oleh ROS?
6 - Jika terus masuk akaun najib adakah UMNO boleh MENUNTUTNYA?
7 - Atau UMNO di jadikan "KAMBING HITAM untuk MENGHALALKAN cara...

BAGAIMANA JIKA PERKARA INI BERLAKU KEPADA PEMIMPIN PARTI YANG MENYOKONG IS ATAU KOMUNIS?

1 - Adakah SPRM keluarkan keyataan seperti ini?
2 - Adakah SALAH menerima sumbangan dari sumber GHAIB "LAUNDRY MONEY"
3 - Adakah SPRM akan membiarkan(tidak merekodkan) maklumat pendermanya?
4 - Duit yang masuk ke akunnya di katakan ini adalah DUIT PARTI
5 - Saya tak masukkan kedalam AKAUN PARTI kerana saya memegang AMANAH
6 - PARTI tiada sangkutan dengan duit ini tapi PARTI melindungi PEMIPINNYA
7 - Negara akan HANCUR jika semua PARTI menerima DANA dan BOLEH menipu POLIS dan SPRM

Rentetan dari KEKELIRUAN ini, kira-kira 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana hari ini bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. Solat diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

SPRM mohon pada Allah semoga dapat meneruskan perjuangan membela maruah AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.

Antara kandungan doa berkenaan ialah:

 “Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa.”

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.
Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.
Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.
Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat diambil keterangan pada Isnin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan bekas ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh ditahan pada Sabtu.

Pada pandangan penulis, PENANGKAPAN pegawai-pegawai SPRM adalah cubaan MENAKUTKAN SPRM dengan tujuan MERENDAHKAN MORAL SPRM. PDRM tidak bertindak sedemikian melainkan ianya di KAWAL oleh ENTITI lain dari PDRM. Seperti kata kata Pengarah SPRM, "INI PERKARA GILA"


POLIS TANGKAP SPRM.. Written By Pejuang Perubahan on Selasa, Ogos 04, 2015 | 9:30 PG Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang. Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan. "DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya. "Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya. Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur. Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Ketiga-tiga telah pun dibebaskan. Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini. Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir. Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
1MDB: Ini Perkara Gila – Pengarah SPRM : Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Ini Perkara Gila - Pengarah SPRM

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.

“Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran”
 “Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian,” katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya.

Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB. Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.

“Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya,” katanya.

Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai “draf pertuduhan”.
Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.

“Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula,” katanya.

Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini. Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu. Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan. Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen. Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama. Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.
SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari. – 3 Ogos, 2015.

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.
Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.
SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.
SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015



AMUKANMelayu - Siapa di BELAKANG Najib?