,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 17 August 2015

MOUNT KINABALU - DONGKEY's EAR DAH PATAH


 


Apabila Najib merayu-rayu Hishamuddin Rais Ketika tulisan ini digarap, Najib Razak iaitu suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepung oleh perbuatan sendiri. Serangan Umno Pagoh minggu lalu ke atas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri. Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin. Perkara yang sama juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Kluang, malah lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan, satu cawangan United Malaya National Organisation Kluang telah meluluskan ketetapan yang meledakkan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi: Siapa beri arahan bunuh Altantuya? Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara rasmi telah membawa resolusi berhubung isu Altantuya ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat dengan suami Rosmah. Mengikut akuan bersumpah PI Bala yang pertama, Altantuya adalah penyedap Najib. Mengajukan resolusi Altantuya bukanlah tindakan mencari pasal. Bahagian ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampuh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Muhyiddin Yassin. Apakah resolusi Altantuya ini akan sampai ke persidangan agung parti ketuanan Melayu? Kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas, suami Rosmah kini kepanasan. Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah turut dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang, Johor. Tendangan dari Johor MB Johor Khaled Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga presiden parti, yang juga perdana menteri, tidak ada jemputan rasmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang. Suami Rosmah mengikut kata Khaled Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo. Ucapan sedemikian bukan lagi satu tamparan tetapi jelas satu tendangan dari Bangsa Johor terhadap suami Rosmah. Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BR1M. Sayangnya ahli parti dalam dewan tidak ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya “hendak BR1M lagi atau tidak?”, tiba-tiba ramai yang menjawab “tidak”. Walaupun dimalukan dengan laungan “tidak” ini, suami Rosmah tetap cuba berpolitik dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB, seperti kes syarikat penerbangan MAS. Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti. Tiba-tiba terdengar laungan dari dalam dewan: “Buka... Buka... Bukalah pekung”. Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa meneguk air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah cabut lari. Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Report. Tidak ada agenda Yahudi di sini. Ini adalah fakta dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti United Malays National Organisation terhadap Najib Razak. Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu. Pemain utama ialah Mahathir Mohamad bekas PM Malaysia. Hasrat Mahathir Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut logik Mahathir, jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14. Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidurnya. Mahathir Mohamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka malapetaka akan sampai. Mahathir Mohamad sendiri, bersama suami Rosmah dan konco-konconya pasti akan ditangkap untuk didakwa. Jenayah Mahathir Mohamad ini tidak jauh bezanya dari jenayah yang sedang dilakukan oleh suami Rosmah. Hakikatnya, Mahathir Mohamad mahu suami Rosmah berundur kerana Mahathir mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Dalam strategi perang apa yang dirancang dan dicadang oleh Mahathir ini adalah betul. Jeneral yang manai pasti akan kalah perang, apatah lagi jika jeneral ini takut pada bini. Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB. Jawatankuasa Parlimen dan SPRM membuat siasatan secara rapi. Umum mengetahui bahawa tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher suami Rosmah. Beberapa sosok penting yang bersangkutan dalam SRC International (anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan. Ini menunjukkan bahaw, Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah atas dakwaan pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun peribadi Muhamad Najib Abdul Razak. Khalas. Period. Jangan silap faham – memang betul ada RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya. Apa yang sedang disiasat ialah dakwaan duit jutaan ringgit dari Syarikat SRC International – anak syarikat 1MDB – masuk ke akaun suami Rosmah. Najib serang balas Justeru pegawai dari syarikat ini lari menghilangkan diri. Dua di antara pegawai SRC International dikehendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah. Sebelum surat dakwaan Peguam Negara sampai ke tangan suami Rosmah, dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan Kabinet dilakukan, jawatankuasa kira-kira wang negara Parlimen disabotaj dan SPRM diganggu-gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM dicutikan ke Amerika. Dengan sekelip mata suami Rosmah selamat. Apakah betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup? Surat dakwaan ke atas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tiba-tiba bocor. Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu. Yang menjadi lawaknya, ada pula ahli majlis tertinggi parti ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York. Tidak cukup dengan menyerang Yahudi, lembaga SPRM pula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan ke atas suami Rosmah dihentikan. Sayang seribu kali sayang, semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah. Facebook, Twitter, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber. Akhirnya media baru berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Najib Razak suami Rosmah tidak boleh lagi dipercayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Malaysia sedang menuju ke arah negara gagal jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa. Persepsi ini menular luas. Rayuan Najib Laporan berita mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan memperkukuhkan lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampung mula bersembang kosong tentang Rosmah dan suaminya. Najib Razak sedar akan bahaya persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak, si Najib ini merayu agar ‘pejuang siber’ parti ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan presiden parti. Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya akan mengikut perangai ahli dan penyokong pembangkang yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan. Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi seperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari-hari akhir semakin dekat. Pada tahap ini, persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber telah merebak dan mempengaruhi golongan perniagaan. Nilai ringgit berbanding dengan dolar semakin susut. Di sempadan Siam dan di Kota Jakarta, pengurup wang mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merudum. Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak ada pilihan melainkan berundur. Lalu timbul soalan untuk Najib Razak: Najib Razak telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya itu sebenarnya adalah wang derma. Ya ampun ya maulana – jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan? Ya ampun ya maulana – jika duit RM2.6 bilion ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal ditendang keluar dari kabinet? -malaysiakini-

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web



 OLAK LEMPIT - Isnin 2 Zulkaedah 1436 H, melihat "Donkey's Ear" Muont Kinabalu terasa sedih bila satu dari TELNGANYA dan PATAH. Kini Gunung Kinabalu tinggal 1 telinga.....kalu dah satu telinga maka kuranglah pendengarannya. Jika dah lurang pendengaran maka banyaklah yang salahnya nanti.

Bagaimana pula yang masih ada 2 telinga tapi tidak mendengar. Itu PEKAK namanya......maka berduyun-duyunlah juak dan hamba rakyat jelata menadah tangan dari RM 2.6 billion yang di taburkan entah kemana. Jika di buat kenduri maka Kerak Nasi menggunung tingginya, air beras menganak sungai, kunyi dan halia  tumbuh di balai, rakyat jelata berpusu-pusu bertahun lamanya untuk menghabiskan RM 2.6 Billion itu. Yang Pekak tertanya-tanya, yang bisu terpinga-pinga, yang kurap menusul angin, yang gagap tercungap-cungap, yang buta datang berpimpin, yang patah datang bertongkat, yang bodoh datang bergaya, yang mengampu datang bersahaja......

Itulah terjadinya kini......Bangsa Melayu ini tidak habis diuji....dan setiap ujian sentiasa kerugian. Bila menentang penjajah dapat Merdeka tapi kena berkongsi Kuasa, Negara yang kaya-raya selepas merdeka, terpaksa berkongsi harta dengan Ane dan Nyonya. Dah maju Malaysia kita....dah nak di beri pula pada yang datang bertandang......asas PERJUANGAN telah di lupakan dan kita semakin tenggelam dalam arus POLITIK DEMOKRASI yang merugikan. Jika dulu pakat duk lari jika di lantik jadi Pemimpin, tapi kini pakat duk merayu supaya di pilih jadi pemimpimpin dan yang sedang berkuasa MERAYU dan MERENGEK supaya diberi sedikit lagi masa KONONnya nak selesai beberapa perkara.

Kepercayaan yang di beri telah dinodai dan BERSEMBUNYI di sebalik sehelai LALANG. Bangkai gajah manakan padan untuk di tutup dengan nyiru. Tersedar dari kesilapan yang membawa kepada PERTUDUHAN yang boleh di PENJARAKAN....kini meraru supaya 3.3 juta Ahli yang ada melindunginya. Politik apakah semua ini. Kuasa Melayu semakin meruncing tapi gaya pemimpin masih merasakan RAKYAT akan makan apa yang disuapkan. Rakyat tidak MELUAT kepada UMNO tapi rakyat hendak PEMIMPIN yang ada di tukarkan.....susah sangatkah nak faham?
OLAK LEMPIT - Sabtu 29 Syawal 1436 H,

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web



 

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sekali lagi 'merayu' agar team siber UMNO digerakkan dan diaktifkan.

Masalah yang dihadapi oleh jentera propaganda UMNO adalah syok sendiri dan berbunuhan sesama sendiri. Sudah lebih 90 hari, kebanyakan isu yang dimainkan adalah sekadar berlegar-legar di sekitar UMNO semata-mata. Tiada langsung serangan besar-besaran ke atas DAP dan PKR. Malah berita-berita DAP dan PKR seakan-akan tidak lagi penting dan langsung tidak disebut.

Tertarik melihat beberapa orang individu dari UMNO yang bercakap berdegar-degar tentang integriti mahupun kredibiliti. Mereka mempersoalkan tentang Najib Abdul Razak, tetapi langsung tidak mempersoalkan tentang kemampuan dan kerja diri.

Yang menghantar memorandum di Johor, berapa banyak serangan telah dibuat ke atas DAP? Berapa ramaikah pengundi-pengundi baru yang telah dikepung untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak tertungging di negeri yang kononnya amat kuat dengan UMNO itu?

Bagaimana dengan 177 orang budak-budak Melayu yang keluar dari Sekolah Demokrasi DAP yang sebahagian besarnya akan dipertandingkan di DUN dan Parlimen Johor?

Bagaimana pula dengan individu-individu yang mengatakan mereka bersedia mempertahankan Presiden tetapi kemudian memberitahu mereka tidak dibayar untuk berada di dalam laman peribadi Presiden di Facebook?

Bagaimana dengan kumpulan tertentu yang sedang berusaha menjatuhkan Presiden tetapi gerak kerja mereka lebih kepada matlamat peribadi tetapi amat bacul untuk berhadapan dengan pihak lawan sebenar iaitu PKR dan DAP?

Dan bagaimana pula dengan individu yang sedang mengangkat diri sendiri dalam usaha mengejar projek dan kontrak?

Seruan Perdana Menteri tentang cyberteam itu, pastinya akan disambut gembira oleh sesetengah pihak memandangkan UMNO tidak pernah meletakkan benchmark atau penanda aras kualiti kerja. Barangkali kalau diperiksa setiap orang pekerja siber tersebut bagi memastikan mereka benar-benar mempertahankan UMNO dan Presiden terutama di laman-laman yang lebih terbuka, bukan di wall sendiri, pastinya situasi sebenar akan diperolehi.


KETAWA BESAR - Untung berniaga?


Ya ampun ya maulana – jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan?

Ya ampun ya maulana – jika duit RM2.6 bilion ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal ditendang keluar dari kabinet? ~ Copy n Paste ~


Minggu ini boleh dianggap minggu yang meriah bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak dipecat sebagai timbalan perdana menteri kerana beliau akan merasmikan dua mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang berdiri kuat menyokongnya tetapi turut ada "spy" Datuk Seri Najib Razak di dalamnya.

Pada jam 3 petang hari ini (Jumaat), timbalan presiden Umno itu akan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kemaman yang diketuai bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sepertimana yang dilakukannya sebelum ini, Muhyiddin yang baru dipecat daripada kerajaan kira-kira dua minggu lalu, dijangka akan menggunakan plaftform ini untuk menyentuh perlbagai perkara mengenai politik semasa seperti 1MDB, wang RM2.6b, penyiasatan SPRM, Bank Negara, masa depan Umno, kejatuhan ringgit serta banyak lagi isu yang sedang berlaku dalam negara.

Berdasarkan mood semasa ahli Umno di seluruh negara yang memperlihatkan semacam ada trend untuk memberi teguran terbuka kepada Umno dan pimpinannya, tidak mustahil Muhyiddin juga turut lebih kritikal sikapnya di Kemaman ini.

Lebih-lebih lagi kerana Ahmad Said yang mengetuai Umno Bahagian Kemaman, memang diketahui tidak sebulu dan "masih geram" dengan Najib sejak beliau digugurkan sebagai menteri besar Terengganu lebih setahun yang lalu.

Beliau bukan saja marah kerana digugurkan daripada jawatannya hanya beberapa hari menjelang majlis perkahwinan anak perempuannya, malah dalam ucapannya di DUN Terengganu, Ahmad Said turut mendakwa Najib mahu mencagarkan telaga minyak di negeri itu dan kerana cadangan itu ditolaknya, ia menyebabkan kemarahan perdana menteri yang kemudian menjadi antara sebab penggugurannya.

Pada hari Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu, Ahmad Said adalah antara pemimpin Umno yang hadir memberi sokongan moral kepadanya dengan turut sama membawa penyokongnya seramai kira-kira 40 orang yang didatangkan dengan sebuah bas ke rumah bekas timbalan perdana menteri itu.

Disebabkan kerana sama-sama menjadi mangsa pemecatan Najib, tidaklah mengejutkan kiranya ucapan Ahmad Said dalam mesyuarat perwakilan kali ini akan "panas" dengan pelbagai kritikan, serangan atau pun pendedahan yang mengejutkan.

Jika ucapan bekas menteri besar itu "panas", maka tidak mustahil Muhyiddin yang berucap selepasnya turut terpercik kepanasannya, lalu terzahir kata-kata bernada "panas" juga.

Yang menariknya, timbalan ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta dianggap pro kepada Najib akan turut hadir dan duduk di pentas utama bersama-sama Muhyiddin dan Ahmad Said ketika majlis perasmian itu nanti.

Jika Ahmad Said dan Muhyiddin bakal memeriahkan para perwakilan Umno Kemaman dengan ucapan "panas" mereka, Shabery Cheek pula tentu saja akan "panas telinga" mendengarnya.

Begitu istimewanya mesyuarat perwakilan Umno Kemaman yang mempertemukan Muhyiddin dan Ahmad Said kali ini sehingga dikhabarkan ia bukan saja menjadi tumpuan semua media, tetapi juga daripada ahli Umno seluruh negara.

Pada hari Ahad pula, juga pada jam 3 petang, Muhyiddin akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pontian yang diketuai Datuk Hasni Mohammad, seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Johor.

Hasni memang dikenali sebagai penyokong setia Muhyiddin sejak dulu dan vokalnya makin nyata sejak Muhyiddin dipecat, tetapi timbalan ketua Umno Bahagian Pontian disandang Datuk Ahmad Maslan yang juga timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Baru-baru ini Muhyiddin dan Ahmad Maslan berbalah mengenai tafsiran "jika esok pilihan raya" sehingga ketidakfahaman ketua Penerangan Umno itu mengenainya dianggap timbalan presiden Umno amat menjengkelkan dan layak dikategorikan sebagai lawak antarabangsa.

Sama seperti Shabery Cheek di Kemaman, Ahmad Maslan yang dikenali sebagai "totok Najib" juga dijangka akan "panas telinga" mendengar pelbagai bebelan Muhyiddin dalam ucapan perasmian di Pontian itu nanti.

Berucap di dua bahagian yang menyokongnya dengan kuat pada Jumaat dan Ahad ini, Muhyiddin tentu saja meriah dengan pelbagai idea, kritikan dan mungkin serangan terhadap Najib dan Umno. Ia juga merupakan pentas terbaik bagi Muhyiddin untuk menonjolkan dirinya dengan kewibawaan, sambil menarik simpati ramai terhadap pemecatannya.

Tetapi bagi Shabery Cheek dan Ahmad Maslan, mereka bukan saja perlu menadah telinga mendengar ucapan Muhyiddin yang mungkin terus membahang terhadap perdana menteri, tetapi juga kerana mempunyai tanggungjawab menyampaikan apa yang diucapkan timbalan presiden Umno itu sedetail mungkin kepada "bos" Najib kemudiannya

PRU14: UMNO Memilih Jalan Mati


Penulis memerhati senario politik tanahair dengan begitu teliti. Melihat dan mendengar pandangan dan luahan penyokong akar umbi UMNO itu sendiri. Isu besar yang gagal ditangani oleh UMNO berlegar kepada 2 perkara besar.

Pertamanya isu hutang RM42 bilion 1MDB. Suatu angka yang sangat besar yang menaikkan kemarahan penyokong UMNO itu sendiri. Kita tidak mengambil kira pandangan dan luahan penyokong pembangkang yang sudah tentunya tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU akan datang.

Keduanya isu dana politik RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ini juga tidak dapat dijelaskan dengan wajar dan tidak nampak kewajaran jawapan yang diberikan. Penyokong UMNO sendiri melihat jawapan yang diberikan oleh loyalis presiden sangat pelik dan aneh apatah lagi di pihak pembangkang. RM2.6 bilion derma? Mana logik akalnya?

Penyokong UMNO yang dahulunya giat mempertahankan UMNO akhirnya mengambil jalan untuk tidak mempertahankan presiden kerana mereka sedar bahawa tidak ada satu pun fakta konkrit yang boleh digunakan untuk mempertahankan presiden parti. Semua jawapan yang dikeluarkan oleh PMO, Menteri dan PM sendiri tidak langsung meyakinkan dan lebih parah jawapan itu dilihat sangat lucu.

Ketua bahagian ramai yang mengambil 'jalan selamat' dengan tidak menceritakan keadaan sebenar tahap sokongan akar umbi. 'Jalan selamat' ini sebenarnya adalah 'jalan mati' bagi parti. Ramai sahabat penulis yang dahulunya giat mempertahankan UMNO akhirnya beralih arah untuk tidak mempertahankan presiden. Malah ramai yang beralih arah dan menyatakan sokongan kepada PAS (tetapi tidak kepada DAP dan PKR). Paling tidak pun mereka tidak akan keluar mengundi pada PRU akan datang.

Jika keadaan ini berterusan, UMNO bakal kalah besar pada PRU yang akan datang. Terserah kepada semua ahli UMNO untuk menyelamatkan UMNO dari terkubur.

Kepada Allah Kita Berserah.