,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 23 August 2015

PAK KADOK - KADOK NAIK JUNJUNG, KAMPUNG TERGADAI TIKA AYAM MENANG SABUNG

2212
Menang SABUNG kampung dah lama tergadai

Pak Kadok

OLAK LEMPIT - Ahad 8 Zulkaedah 1436H, hari ni nak bercerita tentang Pak Kadok yang seakan-akan KADOK nik junjung. Pak Kadok merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu. Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya. Kisah Pak Kaduk amat terkenal kepada kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia sehinggakan banyak sekali perbandingan sifat orang .......

Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk



Hikayat Pak Kadok

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun

Bermula Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan Raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayarannya lalu datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam lalu ular tersebut meletakkan telur tersebut di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur ayam tersebut dan dieramkan oleh ayam ternakannya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk para pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Si Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam handalnya itu.

Kisah Pertarungan dan Persabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya.

Dan di pihak Sultan pula

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri Perak jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama ia tidak menyabung ayam.

Lantas dengan penuh debarannya Pak Kadok menunggu hari penyabungan ayam bersama baginda Sultan, Pak Kadok sekali lagi telah melakukan perbuatan yang tidak masuk akal. Dengan sebab majlis penyabungan ayam tersebut dibuat di istana Sultan, Pak Kadok telah merasakan ia perlu menyiapkan diri dengan pakaian yang lebih baik ketika hari penyabungan berlangsung. Pak Kadok sedar yang dia tidak mampu untuk membeli pakaian baru kerana dia adalah orang yang miskin. Dia telah meminjam sedikit wang daripada isterinya untuk membeli kertas kajang yang besar.

Lalu apabila pulang dari pasar, Pak Kadok telah memberikan kertas kajang yang baru dibeli olehnya itu kepada isterinya untuk dijahit sebagai baju melayu, seluar dan tengkolok. Isteri Pak Kadok begitu hairan dengan arahan suaminya itu namun ia tetap akur untuk menjahit. Tatkala, bermulanya hari penyabungan, Pak Kadok telah memakai baju kertas yang dijahit rapi oleh isterinya itu.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Pak Kadok yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Pak Kadok pun bersorak sakan kerana ayamnya menang sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok bertelanjang bulat. Sultan dan para penonton telah mengetawa dan mengejek Pak Kadok atas keadaannya ketika itu. Dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan.

Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kadok sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Pak Kadok berasa amat malu dan terus pulang kerumahnya, lalu menceritakan perkara sebenar kepada isterinya. Isteri Pak Kadok pada mulanya berasa sangat marah dengan keadaan berbogelnya Pak Kadok itu, tetapi ia tetap meminta untuk Pak Kadok bersabar, bertenang dan meminta perlindungan dari Allah.
 

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu menanam padi huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki Kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetapi ia tetap juga begitu.

 
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar. Diberitakan oleh Hajah Halimah binti Abdullah (cucu kepada Ngah Jabor atau Imam Prang Jabar, pengasas Kampar) Pak Kaduk pada mulanya apabila ternampak ikan tapah itu tidaklah tahu bagaimana cara untuk menguruskannya (mungkin kerana terperanjat dan buntu) tetapi dengan tiba-tiba seekor Burung Kakaktua telah hinggap diatas dahan sebatang pokok yang meneduhi diri Pak Kaduk lalu berbunyi "Blah pruut..blah pruut". 

 
Perkataannya itu dianggap Pak Kaduk sebagai membelah perut ikan itu, lalu dengan segeranya Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

 
Sumpahan

 
Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


“Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barangsiapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya…”

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

Tebus


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah


Pak Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

 
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. 

Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segalanya selesai, Pak Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa.
Ayam TAMBATAN Najib

Diantaranya Sultan Perak melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis. 

Pak Kaduk juga telah mengikat perjanjian dengan Sultan Perak pada waktu itu untuk tidak membenarkan dirinya, keluarganya dan seluruh keturunannya untuk membuat perkara larangan istana perak ataupun pantang larang DiRaja Perak misalnya membela kucing hitam, mempunyai buaian buluh dan sebagainya sepertimana yang termaktub dalam Adab Pantang Larang DiRaja Perak. 

Begitulah kesahnya Pak Kadok yang telah di angkat menjadi Presiden UMNO minta jangan di ganggu walaupun "MELANGGAR"  Pantang Larang Perjanjian Terdahulu.

Jangan Ganggu, Biar Generasi Baru Tadbir Negara.

1 - "Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka, Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.- kata Najib. – 27 Mei, 2015.
 2 - Satu suara suruh turun tapi tiga juta sokong saya – Najib August 2, 2015 


najib,-umno

PETALING JAYA:
1 - “Berkat dari sokongan UMNO yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab tiga juta ahli UMNO ada bersama saya.
2 - “Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden UMNO) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.
3 - “Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding Presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli UMNO tentukan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir pada Sabtu.
4 - “Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden UMNO kerana tidak boleh ada Presiden UMNO yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya,” katanya



Dr Mahathir - Betul ke 3 Juta Ahli UMNO Sokong Najib


mahathir4

 Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya semua 3 juta ahli Umno menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti didakwanya sebelum ini, malah ahli parti Melayu itu sendiri secara terbuka mengkritik presidennya. Dr Mahathir berkata daripada perkembangan semasa khususnya menerusi Internet dan media sosial, beliau tidak merasakan majoriti ahli Umno menyokong perdana menteri itu.

“Kalau kita baca dalam Internet, Twitter dan sebagainya, orang ramai suruh dia berhenti (letak jawatan), ramai yang suruh itu juga ahli Umno sendiri.

“Saya pun ahli Umno juga,” kata Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan presiden Umno pada sidang media selepas sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini.

Walaupun Najib dikatakan mendapat sokongan daripada ketua bahagian yang sudah menyatakan pendirian mereka berdiri di belakangnya, Dr Mahathir berkata ia disebabkan kerana peruntukan yang diberikan kepada setiap pemimpin akar umbi tersebut.

“Najib sudah mengaku memberikan wang kepada orang (ketua bahagian) dan mempersoalkan mengapa mereka tidak menyokongnya.

“Mereka sudah dapat wang jadi sebab itu mereka menyokongnya. Jika tidak ada wang mereka tidak menyokongnya,” kata Dr Mahathir.

Najib semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir pada 1 Ogos lalu berkata tidak akan meletakan jawatan kerana 3 juta ahli parti itu teguh berdiri di belakangnya.

Beliau berkata, sebagai seorang yang dipilih secara demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk Umno dan rakyat.

“Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli Umno ada bersama saya,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan apabila beliau memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinetnya sebagau timbalan perdana menteri dan beberapa menteri lain yang tidak sehaluan dengannya dalam isu 1MDB. Perwakilan Umno yang bersidang di peringkat bahagian ini juga hangat dengan beberapa kritikan pedas terhadap kepimpinan Najib selaku presiden parti.- Malaysian Insider


73 thoughts on “AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO”

Jika ada yang fikir saya sedang merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.


  1. mohamed jamaludin Jun 13,2015 9:06 PM
    JANGAN BERHENTI TUN…TERUSKAN MENENTANG FIRAUN MALAYSIA..SUSAH PAYAH KITA SUATU MASA DAHULU DISEGANI OLEH AMERIKA SYARIKAT TETAPI KINI KITA DIPIJAK-PIJAK OLEH MEREKA KEMBALI..
  2. mohamed jamaludin Jun 13,2015 9:02 PM
    Mereka lebih sayangkan pemimpin yang hendak menjadi FIRAUN MALAYSIA..yang lebih rela mahu melihat negara ini muflis…kerana duit
  3. Adam Jun 2,2015 5:33 PM
    When Tun Mahathir announced the ‘Look East Policy’ in 1982 I was too young to remember what it’s all about so maybe I’m looking from a different angle and my interest in Japan was not economics by more about history. I’m still looking at this when Mahathir retired and was replaced first by Oda Nobunaga (I mean Tun Abdullah) and later by Toyotomi Hideyoshi (current Prime Minister Najib Razak).
    http://keyboard0warrior.blogspot.com/2015/06/nakanu-nara-koroshite-shimae-hototogisu.html
  4. che dot May 18,2015 12:51 AM
    Dear Tun,
    My main concern are 2 things NOW!
    No.1: PAS is disagreeing with DAP but they invited them for HUDUD talk.
    No.2: Najib & Tun differences!
    Check it out!!! Others are enjoying bullying MALAYS and WE dont realize it.
  5. Talk Action May 13,2015 2:19 AM
    Salam Tun,
    Saya hormati Tun dan terima kasih kerana menydarkan rakyat akan pentadbiran DSN. Akan tetapi, dengan mendesak DSN meletak jawatan tidak akan mendapat apa2 titik noktah untuk mendapatkan pengganti Perdana Menteri yang baru. Ini adalah keengganan DSN meletak jawatan. Justeru DSN menggunakan kuasa PM yg sedia ada memburukkan lagi Tun M kepada rakyat(counter attack).

    Mengharapkan ahli umno dan MT umno mendesak DSN, sayang sekali mereka lebih sayangkan jawatan sedia ada justeru hanya membisu seperti katak dibawah tempurung.
    Oleh kerana pengaruh dan penyokong Tun M lebih kuat daripada sokongan rakyat, saya berharap Tun M menubuhkan satu parti baru dan menyusun jentera-jentera supaya dapat menggulingkan UMNO justeru merampas pentadbiran DSN.

    Tiada masaalah untuk bersama parti pembangkang dalam merampas pentadbiran, asalkan perjuangan Tun M dapat membela nasib rakyat terutama sekali Bumiputera.
    Saya ingin membuat pengakuan, tidak ada kementerian dan agensi kerajaan yang budgetmya tidak dipotong pada tahun ini. Untuk pembelian terus dirandahkan kepada rm20k kebawah dimana majority peniaga kecil Bumiputera bergantung pada pembelian terus dari kerajaan.

    Dasar ekonomi DSN menekan yang bawah supaya diatas mendapat habuan adalah zalim untuk membezakan jurang antara yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menjadi papa.
    Sekian
    Terima kasih
  6. Hajar May 10,2015 12:10 PM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    1. Saya berasa ’kaget’ dengan ’pendirian’ majoriti pengundi2 di Permatang Pauh pada PRK 7 Mei 2015. Mereka masih lagi boleh tertipu untuk kesekian kalinya oleh kaum-kerabat dan koncu2 si Ketua Penipu yang sudah didapati bersalah dengan jenayah l*wat. Mereka masih lagi memberi kemenangan kepada PKR yang diketuai oleh orang yg sedang menjalani hukuman kerana jenayah seksual.

    2. Masaalahnya ialah kerana walaupun Anwar di penjara, tetapi pada pandangan umum beliau mendapat pelbagai keistimewaan berbanding banduan2 lain, dan ternampak seolah-olah pihak penjara (atau Kerajaan) takut bertegas atau pun mungkin ada alasan2 lain yg tidak diketahui. Persoalan nya:

    * Pernahkah beliau digari seperti ’orang kena tuduh – OKT’ yang lain (jenayah seksual)? Malahan bebas ke luar negara walaupun kes masih berjalan, terutamanya semasa menunggu keputusan.

    * Pernahkah beliau dipakaikan ’pakaian penjara’? Semasa bapa beliau meninggal-dunia, bukan main lagi beliau bebas beramah-tamah, tanpa di GARI; siap pakai elok lagi macam orang yang bukan sedang menjalani hukuman penjara. Banduan ’jenayah seksual’ lain adakah dapat layanan ’istimewa’ yg sama?

    Jika pihak Penjara masih lagi melayan Anwar seolah-olah beliau ’tidak bersalah’ dan ternampak pula seperti ’mangsa konspirasi Kerajaan’ (tetapi terpaksa juga terima beliau di penjara disebabkan perintah mahkamah), jangan harap lah BN/UMNO dapat ambil balik Permatang Pauh. Semua ini berpunca dari adanya PM yang lemah dan selalu melayan kehendak Pembangkang sehinggakan orang-ramai boleh jadi ’keliru’ samada PM kita adalah ahli UMNO atau ahli parti Pembangkang. Tahu kah PM yang penyokong Kerajaan melihat semua ini dengan perasaan yang teramat mual/meluat?

    3. Apa pun PM/BN/UMNO patut tanya diri sendiri mengapa majoriti pengundi2 Permatang Pauh masih lagi menolak BN/UMNO. Sepatutnya dengan keadaan PKR & Pembangkang yang memang ’hampeh’ dan ganas pula (berdemonstrasi/memprovokasi), mengapa sokongan terhadap mereka kekal? Calon UMNO sudah boleh dikira lebih baik dari Dr. Wan Azizah yg di Kajang pun gagal menjalankan tanggung-jawab, tapi masih disokong oleh ’penyokong2 taksub’ Pembangkang.

    Terima kasih Tun.
    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  7. HBT456 May 8,2015 7:51 AM
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pac-chief-questions-wisdom-of-tabung-hajis-1mdb-land-deal
    Jika tak beli tanah, macam mana nak expand to earn back what they lost? I am pretty sure, crstal mosque is built by us dolla because we dont have the construction material for it. look at Saudi arab, they encouage fdi to build moden city there. thats why, soal ini lebih baik tidak di jawab selama lamanya. Why? Before it happens, all keep quiet, when it happened, all ask questions. Whys the point of crying over spilled milk? Move on, dont look back. 5 prinsip rukun negara will be here for many decades to come.
  8. HBT456 May 8,2015 7:12 AM
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/permatang-pauh-results-positive-for-bn-says-zahid
    pkr pushed for anti gst, meaning anti corruption, anti failed projects, anti cepat kaya scheme.
    Walaupun saya bukan kaum melayu, tetapi kerana wajib belajar bahasa kebangsaan, saya faham perasaan rakyat malaysia di sana.
    Peribahasa:-

    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
    Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
    Therefore, pushing for development will only weaken umno, and the delay of speed train is realistic to avoid political power struggle of you die or I die.

    Going through all the statements made by umno leaders in the press only spell one thing. They only care about winning and mempertahankan pangkat diri saja. Dacing stands for fairness and equality, but if the spirit of dacing works, bn will not loose 2/3 majority.
  9. daeng May 6,2015 12:37 PM
    Assalamualaikum.
    Tun,

    Keputusan PRU kecil Rompin telah kita ketahui faktanya.
    Angka Majoriti BN :

    PRU13 = 39,040 undi
    PRU semalam = 23,796 undi
    Undi merosot = 15,244 , peratus merosot = 39%
    Apa alasan kaki ampu pada Najib? Buatlah analisis. Jika kita andaikan kemerosotan 39% di kawasan ini berlaku peratus kemerosotan yang sama pada PRU 14 nanti, apa berlaku pada kawasan BN menang peratus kecil semasa PRU 13 lalu.

    Jawapannya BN kalah teruk, TKO. Ianya bukan tsunami lagi tetapi umpama pra neraka kepada pro kerajaan seperti kami ini yang memahami Najib patut digulingkan secara terhormat sebelum nasi menjadi bubur.

    Jika ini terjadi, saya ramalkan Najib dan Rosmah akan bermastautin keluar negara kerana dia ada RM.

    Tinggallah kami dan jenerasi biasa yang dahulunya pro kerajaan tetapi hidup umpama Melayu Singapura “Bumi dipijak milik orang”.
    Tunggulah PRU Permatang Pauh ???

    Jika message yang sama berulang, sedarilah Ketua-ketua Bahagian UMNO, Ketua-ketua Cawangan UMNO, ahli-ahli UMNO bahawa NAJIB PATUT DITURUNKAN SECARA TERHORMAT SEBELUM PRU 14 NANTI.
    Wassalam.
  10. HBT456 May 6,2015 7:31 AM
    Gst as tax collector for the cabinet applies only to annual business sales value of rm500k and above, therefore, it wont affect the supporters of bn and opposition parties. Pm cant decide his daughter wedding? If he cant, the veteran, politicians and rakyat decide for him? Jet is for official transport for pm, similarly, white house, I mean putrajaya is the official house and office for the elected pm. Which obe more expensive, you do the math. Yes, mara via politician can appeal 2nd chance for child porn convict, but is he is on the right track as a minister, pilih kasih kerana dia muslim? Aku muslim, aku wajib support hudud?
  11. joetamchi May 6,2015 5:33 AM
    #NajibDahPatutBlah..
    #RompinRompinRakyatDahKomplen
    Sudah Sudah lah Najib Sudaahhhh….
    Jgn lah buat ahli gelabah…
    Bukti PRK, rakyat dh marah…
    Kelak PRU, jadi tak tentu arah…
    PRK Rompin, rakyat dh komplen…
    Kerana pemimpin, rakyat tak yakin…
    Takut PRU, sumpahan jadi masin…
    Disebabkan oleh para pemimpin…
    #UndurlahNajibUndur
  12. joetamchi May 6,2015 4:57 AM
    Peratus kluar ngundi dh nampak rendah…
    Undi kpd PAS hampir tak berubah…
    Nampaknya PRU nnti BN akan kalah…
    Mungkinkah juga atas faktor Rosmah…?
    #NajibDahPatutBlah..
    #RompinRompinRakyatDahKomplen
  13. Hajar May 6,2015 12:09 AM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    Pengundi2 di Rompin telah memberi MESEJ JELAS kepada PM/Kerajaan yang mereka tidak puas hati dengan banyak perkara. PAS mendapat jumlah undi yang lebih kurang sama (hampir 15,000 pada PRU-13 dan pada PRK ini) tetapi BN mengalami penurunan yg banyak dalam jumlah undi walaupun masih menang. Kalah dalam menang? Peratusan undi untuk BN/UMNO juga menurun.

    Ada dua posibiliti:
    1. Pengundi2 BN/UMNO tidak keluar mengundi – protes senyap. Maksudnya mereka tidak ’gembira’ dengan keadaan semasa.
    2. Dan mungkin ada pengundi2 yang dulunya mengundi BN telah mengundi PAS (jika ada kalangan pengundi2 PAS pada PRU-13 tidak pulang mengundi kerana peratusan keluar mengundi turun).

    Cuba bayangkan pada PRU-14 nanti. Kawasan2 di mana majoriti BN/UMNO menang tipis pada PRU-13 besar kemungkinan akan jatuh kepada Pembangkang jika pengundi2 BN/UMNO memprotes dengan tidak keluar mengundi.

    Jadi eloklah PM ’syok sendiri’ melakukan muhasabah diri, dan segera meletak jawatan. BN/UMNO sebagai Kerajaan yang ada pelbagai kemudahan dan jentera yang boleh digerakkan sepenuhnya pada PRK ini sepatutnya mendapat keputusan jauh lebih baik (berdasarkan pengalaman lepas). PM/BN/UMNO patut risau dan berasa malu.
    Terima kasih Tun.
    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
  14. The Hidden Secret May 5,2015 7:34 PM
    Salam!
    Ingat tak Imelda dan Ferdinan Marcos?
    Anak mereka kahwin pun tak bawak rombongan 300 orang naik kapalterbang. Rosmah dan Najib lebih hebat dari Imelda dan Ferdinan Marcos.
    Sedangkan Tun tegur pun Najib tak nak dengar, inikan kita yang tah sapa-sapa ni lagilah Najib tak akan dengar.
    Sekian.
  15. Hang Jebat Derhaka May 5,2015 6:49 PM
    Assalamualaikum,
    Saya menyeru kepada ahli2 akar umbi UMNO untuk tampil sebagai pembela rakyat bukan pengampu dan pembodek kuasa dan wang semata2.

    Pemimpin kita hari ini sudah tidak lagi mendengar rakyat. Mereka menjalani kehidupan pun bukan seperti rakyat biasa. Dari urusan pengangkutan, tempat tinggal, pendidikan, makan minum, barang perhiasan segalanya tertampak mewah dan terpisah dari realiti rakyat biasa. Berapa kerat rakyat biasa yang mampu mendandan rambut semahal RM1,200 sekali dandan? Berapa kerat rakyat biasa yang mampu hantar anak ke International School? 63% rakyat Malaysia masih bergelut dengan gaji kurang RM5k sebulan. Bagaimanakah rasa peritnya menanggung beban cukai tambahan? Bagaimanakah menanggung kenaikan kos sara hidup terutama di bandar?

    Oleh itu peranan akar umbi menjadi semakin utama untuk menjadi wakil kepada rakyat menyuarakan keluhan dan pendapat rakyat biasa. Ini adalah kerana ahli akar umbi juga adalah rakyat biasa. Mereka sepatutnya faham keluhan dan suara rakyat. Apa yang patut diperjuangkan dan apa yang patut ditentang. Jikalau ahli akar umbi UMNO memilih untuk mengampu pemimpin sahaja nanti rakyat akan pilih parti lain yang lebih membela rakyat.

    Tun Dr M adalah orang UMNO pertama yang membuka mata saya bahwa masih ada orang yang betul dan waras dalam UMNO. Jikalau tidak sudah lama saya anggap UMNO ini parti yang sudah tidak berguna lagi. Tidak adakah orang lain dalam UMNO yang faham akan suara rakyat lagi? Apakah mereka ini tuli tidak mendengar?

    Barangkali orang Melayu dari kalangan UMNO masih membawa adat taat setia tak berbelah bagi. Sehinggkan pemimpin terjun api kita pun akan ajak orang lain terjun api juga. Kritikan membina sudah jadi budaya baru kita. Ahli2 UMNO harus berubah kalau mahu masih relevan. Sekadar memainkan sentiman bangsa dan agama tanpa mengambil peduli isu2 ekonomi dan pengurusan kewangan negara, tidak mencukupi.

    Seharusnya ahli2 akar umbi memainkan peranan yang lebih dalam memilih pemimpin yang lebih realistik dalam perjuangan membela rakyat. Harap ahli2 akar umbi lebih ikhlas lagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
  16. daeng May 5,2015 4:03 PM
    NAJIB TU BUKAN TAKUT BINI TAPI BINI TAK TAKUT DIA.
    ROSMAH TU ADA SAKA … AGAKNYA.
  17. daeng May 5,2015 3:50 PM
    Assalamualaikum Tun,
    Saya amat bersetuju dengan komen Hajar.
    Amat tidak bersetuju dengan Kerajaan Langit yang lebih bodoh dari bijak.
    Mentalitinya sama seperti Najib yang lebih bodoh dari bijak.
    Tak faham fakta, tidak tahu menganalisis. Buat perkara bodoh hanya syok sendiri.
    JIKA KITA NAK TAHU ORANG TU BIJAK ATAU BODOH, TENGOK MASA DIA BERKUASA.

    ADAKAH SESEORANG ITU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL ATAU BODOH?
    Semakin hari Najib berkuasa, saya tenguk keputusannya semakin kalut.
    Setahun, dua tahun, tiga tahun Najib berkuasa. Saya lihat Najib bertambah bodoh dan syok sendiri.

    Kononnya dia merasa denyutan nadi rakyat ??? Dia hanya merasa denyutan nadi Rosmah.
    Maaf Tun. Semuga Tun sihat selalu. Masih ramai yang sayangkan Tun, percayalah.
    Wassalam.
  18. sibotak May 5,2015 8:57 AM
    AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO
    Pohon pohon , dahan dahan ,daun daun UMNO juga
    Politik Pembangkang Malaysia
    PKR , DAP juga PAS

    Lebih kepada Kehancuran dari Pembinaan Malaysia
    Hasil nya sekarang Berpohon Liar Tanpa Buah
    Kata mengata , mencari Kesalahan , menghasut permikiran
    Daripada bersama berfikir memajukan Malaysia
    Sampai bila pun jika Budaya ini berlanjutan
    Malaysia Tidak akan Berjaya

    Lihat saja Negara Jiran kita Singapura
    Senyap sepi , tidak ada Hahuhahu , Lancar Ekonominya
    Kerajaan nya juga Rakyatnya
    Melabur sana , melabur sini
    Di Tanah Malaysia juga Indonesia dan semerata tempat
    Dengan Kejayaan

    Apakah Pelaburan Kerajaan juga Rakyat Malaysia di Singapura ? Nol …nothing…..Nil
    Apakah Pelaburan Kerajaan juga Rakyat Singapura di Malaysia ?
    Lihat saja kebanyakan Bangunan di Malaysia milik siapa ?
    Pak Mat jual Tempeh pun menyewa tempat Kepunyaan Singapura di Malaysia
    Di Tanah Air sendiri

    Lebih pada Sorak Menyorak
    Pada salah menyalah , Lebih Hahuhahu macam Nyamuk AEDES
    Daripada Berfikir Membangunkan Negara
    Berfikir Positive , Creativity , Productivity , Innovative
    SUKA KEJUT LAKI ORANG LAIN DARI KEJUTKAN LAKI SENDIRI
    BILA LAKI SENDIRI DIKEJUTKAN ORANG LAIN
    BELIAU AKAN MENGAMUK

    Ini kelihatan di kebanyakan Pentakbiran Negara seperti Malaysian Airline, MGR dan yg lain
    Sampai kini masih terombang ambing
    Lebih banyak bergaya banyak berlagak dari Buat
    Banyak Cakap dari Buat
    Suka ungkit cerita lama , Tun Abdul Razak , Abdul Rahman
    Kan ini cerita lama , Sekarang dah 2015
    Cubalah
    Berfikir macamana nak meningkat Ekonomi
    Macamana nak bikin duit…
    Macamana nak berbini Du………..
    Tengok Manisah sebelah Mesin Jahit sudah bertambah
    Politik Melayu Malaysia asik Sibuk halau Nyamuk
    Saya Geli yg Bergelar Datuk , Berperut Boncit yg suka duduk Mengangkang
    Apa sebenar dalam permikiran mereka ya ?
  19. joetamchi May 5,2015 8:26 AM
    kerajaan langit
    May 4, 2015
    Salam,
    Rasenya artikel ini seharusnya ditulis edar sebelum serangan kepada PM Najib…..dan bukannya setelah segala bom dijatuhkan kpd kerajaan sekarang. Nampaknya Dr M juga semakin sedar akan salah langkah serangan tersebut dan saya bersyukur.
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
    Kerajaan Langit..?? Bunyi mcm Ayah Pin..
    Kerajaan Msia.. Masih Lagi BN…
    Bukan Bom C4 jatuh letopkan pemimpin….
    Tp Pasal dh jenuh..Tegur Cara Memimpin..
  20. joetamchi May 5,2015 8:05 AM
    Berdarah Bugis, bak si Menteri…
    Berucap berkobar, Berapi api…..
    Hilang Jantan, Berdepan isteri..
    Bak Kata Rakyat… “Orang TAKOT BINI…”
    Pemimpin sejati tak takut Bini…
    Cuma wanita haruslah dihormati…
    Ciptaan Allah di muka bumi…
    KHALIFAH itu seharusnya LELAKI….
    #AndaiKauTahu
  21. bkhoo May 4,2015 10:33 PM
    Tun yang dihormati,
    Baru melangkah masuk bulan Mei, keadaan Malaysia semakin malap, Tun….SR baru melaporkan “A directive has been sent out to the Civil Service Human Resources Departments informing them that they must immediately cease any more hiring of personnel.”; Implikasinya crystal clear:

    Bendahari takde duit. kononnya kena jimat cermat. Kenapa kita boleh berada dalam keaadaan sebegini? mungkinkah itu pasal 1MDB punya hutang?yes? no? jikalau benar, saya doakan Tuhan selamatkan Malaysia menerusi Tun. Ini sudah tersangat melampau….Malaysia berada dalam dire straits disebabkan oleh perbuatan segelintir yang tidak bertangungjawab menjaga soal pasal duit….sengsara kita tak terkata dibuat dia…. GST sudah menimbulkan kekeliruan maxima, compounded dengan hidup mewah sang isteri-nya yang harta kekayaan entah dari sumber mana….dah kesuntukan wang, mau jet bary berjuta juta, wedding of the century berbanding dengan DPM’s daughter wedding yang sangat senonoh tapi tak kurang meriahnya)…hulala…..cuba contrast dengan kehidupan rakyat jelata umum yang berusaha untuk “make both ends meet”…..Ya Tuhan, manalah tanganmu yang selalu menyukai keadilan? Tolonglah Malaysia….berikan pemimpin (akan datang) cerdik pandai, tak bolos, (sepertimana yang kita alami sekarang), dan yang boleh berprihatin dengan sentiment rakyat untuk Malaysia …oh Tuhan kurniakanlah rakyat Malaysia yang berkaliber sebagai pemimpin kita and kita berterimakasih atas Tuhan yang senantiasa suka adil saksama bahawa permintaan ini akan dikotai sepenuhnya Amin.

    Tun, so jangan putus asa, keadaan memang mencabar tapi tabahkan semangatmu, so must persevere in/thru this difficult scenario when silence dari pihak lawan itu amat deafening, Senyap dia tu beli masa utk (mungkin) umumkan HSR akan masuk Bandar Malaysia – lantas akan menaikkan harga tanah Bandar Malaysia and nilai buku 1MDB.

    Tun, rakyat Malaysia akan bersamamu (melayu,cina.india) disisimu dan kita doakan perjuanganmu ini adalah untuk mengatasi kepincangan and ia akan diberkati Tuhan and sekalian rakyat Malaysia; Usahamu tidak akan sia-sia and akan membuahkan hasil.
    rgds/
  22. Othaman Ahmad May 4,2015 9:08 PM
    To trouble shooting problem, find the root or cause. Likewise, who trigger the 1MDB, the murder of Altantunya committed by Sirul & Azila, disrespect towards Malays, Islam & the rulers due to abolishment of ISA and NEP, the hiring of expensive but destructive Foreign Talent Corpses/Zombies and those fruitless extravagant spendings of the country’s wealth.
    If you desire command of respect, you don’t buy them nor self-praise yourself as what was revealed few days ago in the mainstream media, notably tv3 and NST.
  23. Othaman Ahmad May 4,2015 9:03 PM
    Dulu sebelum wujud GST, berapa kerat sangat kaum Melayu bayar cukai pendapatan kepada negara. Justru Ah Jib selaku pemimpin 1 Malaysia merasakan kurang adil terhadap kaum Cina yg kononnya telah banyak .menyumbang ekonomi & pendapatan negara. Dgn GST, semua lapisan kaum Melayu, bumiputera & India tidak lagi dapat mengelak dari cukai walaupun hidup miskin papa kedana. Ini pasti dapat mengisi semula kantong perbendaharaan negara yg dah mula kontang dek terbelanja sakan oleh pemimpin & kuncu2 1 Malaysia @ Malaysian Malaysia. Cukup pandai & adil si Ah Jib Ghor.
  24. jihad May 4,2015 7:18 PM
    Salam Tun M yang saya hormati,
    1) Dalam hukum matematik mudah, petunjuk besar atau kecil, tinggi atau rendah, kalah atau menang….ia akan berdasarkan kepada angka-angka. Kebiasaanya, semakin besar, semakin tinggi atau semakin menang…maka angkanya akan menunjukan nilai semakin besar!. Dalam peperiksaan pula, seseorang yang mahu mendapatkan nombor 1 (angka yang rendah) untuk sesuatu peperiksaan, dia perlukan angka-angka yang besar untuk mendapatkan angka 1 itu.
    2) Hukum matematik ini terpakai dalam banyak hal. Tidak terkecuali kepada seorang PM. Dua keputusan dalam PRU yang lepas, umno telah menunjukan kemerosotan dalam angka-angka tertentu. Meskipun masih mendapat nombor 1, tetapi kemorosotan itu tetap ada. PM perlu memikirkan sesuatu tentang ini. Seperti memikirkan kenapa ada perbezaan kepada angka-angka tersebut.

    3) Dalam 1MDB, billion menunjukan angka yang besar. Maksudnya jika untung, ia untung yang besar. Jika rugi, ia rugi yang besar juga. Jika hilang, ia kehilangan yang besar juga. Memandangkan ia angka yang besar. Tentu ia melibatkan ramai orang. Untuk itu; alasan dan apa-apa tindakan yang dibuat perlukan sesuatu yang besar juga. Dalam nisbah logik yang besar, dalam hukum matematik yang besar. Semuanya besar-besar belaka. Sebab yang menunggu jawapan itu adalah besar. Yang besar itulah namanya RAKYAT.

    4) PM Najib perlu sedar, dia menjadi nombor 1 kerana sokongan daripada banyak nombor-nombor lain. Dan hal ini akan diterjemah melalui PRU akan datang. Jika dia sayangkan umno, sayangkan bangsanya, sayangkan negaranya, sayangkan agamanya…janganlah ia menilai semua itu dengan nilai yang kecil.

    Semoga Tun M terus memberikan kami inspirasi. Biarpun Tun hanya mewakili satu nombor, tetapi impaknya terhadap banyak nombor-nombor yang lain.
  25. Hajar May 4,2015 1:32 PM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    Nampaknya Tun sedang beri ’laluan’ kepada 2 PRK (Permatang Pauh dan Rompin) kerana tidak mahu dituduh sebagai orang yang menyebabkan BN/UMNO kalah nanti oleh para ’Jemuan/Pembodek/Pengampu’ PM yang jahil dan tidak boleh melihat realiti sebenar.
    Saya doakan apa2 saja keputusan di kedua-dua PRK akan mengINSAFkan PM kita supaya tidak lagi ’syok sendiri’ dan rela meletak jawatan. Pemimpin2 yang ’syok sendiri’ biasanya akan jatuh dengan cara yang mereka sendiri tidak sangka, dan pada masa itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

    Terima kasih Tun.
    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. **
  26. kerajaan langit May 4,2015 10:03 AM
    Salam,
    Rasenya artikel ini seharusnya ditulis edar sebelum serangan kepada PM Najib…..dan bukannya setelah segala bom dijatuhkan kpd kerajaan sekarang. Nampaknya Dr M juga semakin sedar akan salah langkah serangan tersebut dan saya bersyukur.
    Sekian Tkasih.
  27. oran May 4,2015 1:43 AM
    There’s no reason for people to vote for BN if they perceive UMNO leaders to be corrupt.
    Malaysians do not see Malaysia as a corrupt nation. We see others; Thailand, Indonesia, Philippines as corrupt & crappy.

    So when we hear foreign papers saying we are corrupt, that’s a blow to our pride. Worse still it relates the top leaders of the country.
    At this rate many Malaysians overseas will be embarrassed to admit so.
    We have to quickly rectify the situation otherwise our intellectual development will be stunted, kind like the countries mentioned.
    And this is what Tun was trying to nurture during his 22 yrs in office.
  28. musato May 3,2015 9:20 PM
    Assalamualaikum Tun.
    Najib tak boleh lari dari berdepan dengan apa yang Tun cuba sampaikan.
    Najib mesti bagi peluang pada Tun secara tertutup untuk cuba menjelaskan pada akar umbi UMNO kenapa Tun bising.

    Prinsip dalam kepimpinan tidak pernah salah sepanjang zaman.
    Jangan berhutang, jaga peribadi, pilih kawan kawan, jangan terlebih menonjolkan keluarga, kena pandai berpolitik (bukan setakat bekerja politik)
    Ini lebih kepada wasiat kepimpinan dan saya fikir ia bukan untuk pengetahuan dan memeningkan rakyat jelata memikir pasal mentadbir negara.
    Kalau tidak apa guna ada UMNO?
    Kita tidak membilang musuh pastinya.
    Terima kasih Tun.
  29. bourne007 May 3,2015 7:15 PM
    Salam to Respected Readers & Commenters,
    Chedet.cc has became one of the hot selling meta keywords, all time, all for one & one for all. I believe it has met its reachable and unreachable target through boiling issues, talks and media glares.

    Lets start with XYZ. Cause Alphabet derives from AlephBet.
    X. GOYIM is best refer as Non Jew Nation.
    And why they call a country like malaysia a goyim?
    The Answer is because Malaysia has a skyrocket debts and those debts are generated by World Bank, IMF and Jew linked Financial Institutions.
    Y. Children of Israel or Knesset has long served Malaysia.

    Put it this way, Rockerfeller is a backer for Team wawasan. yes the very same team wawasan that was headed by Pak Syeikh Anwar Ibrahim, and Muhyiddin Yassin was Pak Syeikh’s second man, do not forget where is PM Najib Razak during Masyarakat Madani and Anjakan Paradigma time. Even CheDet was backed by Rothschild when he tookover Guthrie from British. Dawn Raid.

    Z. Since they(super riches of Jews) have controlled the currency, moderate citizens dont see there is a problem, of the government pays it’s debt periodically. Observers cant see where is the direction of GOYIM except to become a “Bankrupt Nation”.
    And how to avoid bankruptcy? By awarding free lands, assets or oil & gas to GOY.
    Soal Jawab #GST
  30. milshah May 3,2015 4:56 PM
    Assalamualaikum Tun,
    Nampak gayanya, teori RAHMAN bakal menjadi kenyataan. Semuanya berlaku dengan takdir ilahi. Selama 56 tahun kemerdekaan negara kita, kita dirahmati dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang begitu amat mementingkan akan nasib agama, bangsa dan negara sehingga membawa Malaysia ke tahap yang cemerlang dan boleh dibanggakan. Suatu ketika dahulu Malaysia adalah sebuah negara yang cemerlang dan terbilang.

    Namun, bagi setiap permulaan, ada pengahirannya. Teori RAHMAN mengatakan Perdana Menteri terakhir dari kerajaan BN bermula dengan huruf ‘N’. Saya rasa kemuncak kegemilangan Malaysia adalah zaman pemerintahan Tun, dan permulaan kejatuhan Malaysia bermula pada zaman pemerintahan Pak Lah. Sedih apabila melihat Malaysia yang telah Tun pimpin menjadi sebuah negara Islam yang begitu cemerlang pada suatu masa dahulu menjadi seperti sekarang ini. Bertambah sedih juga Tun terpaksa melihat apa yang sedang berlaku.

    Kalau ada yang nak kata Malaysia ada hebat sekarang ini, saya ingin bertanya, hebat dari segi apa? Ekonomi kita? Rakyat dilanda kos hidup yang tinggi. Perhubungan antara kaum? Pentadbiran negara? Toleransi sesama Agama? Rasanya tiada apa yang boleh kita sebagai rakyat Malaysia banggakan sekarang ini.

    Ada penyokong Najib yang mengatakan Najib perlu diberi peluang. Bagi sayalah, Tun telah banyak beri peluang kepada Najib. Terlalu banyak kesilapan yang Najib buat seperti BR1M, Jambatan bengkok, landasan keretapi, dan banyak lagi. Semuanya Tun telah ‘Look the other way”. Selama 4 tahun Tun berdiam diri. Cuma isu 1MDB yang melibatkan berbilion-bilion duit rakyat yang tak mampu Tun ‘look the other way’. Cukup sukar untuk Tun ‘look the other way’ apatah lagi Najib adalah anak kepada Tun Razak. Antara sayang kepada Najib dan nasib bangsa dan negara, Tun telah memilih bangsa dan negara.

    Pada sayalah, kalau saya tidak bersalah, amat mudah untuk bukti kita tidak bersalah. Kalau benar kita tak bersalah, terlalu banyak bukti-bukti untuk menunjuk kita tidak bersalah. Sebagai contoh, kalau saya tiba-tiba tuduh seorang yang saya tidak kenali, awak mencuri, mampukah tuduhan saya itu diterima? Pastinya tidak. It is very hard to prove someone is guilty if he is indeed innocent.

    Sebab itulah, kalaulah saya Perdana Menteri, dan saya tahu saya tidak bersalah, saya akan cepat-cepat kemukakan bukti-bukti yang menunjukan saya tidak bersalah. Bahkan saya akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana saya tahu dan yakin saya tidak bersalah. Saya tidak akan beri peluang isu ini terus menjadi tanda-tanya dan kerisauan dikalangan rakyat. Seorang Kapten untuk sebuah kapal, apabila melihat api di kapalnya, adakah dia akan membiarkan terus membesar sehingga membakar seluruh kapal? Apabila ditanya berkenaan api tersebut, pegawai-pegawai kanan kapten kata “kami sokong kapten”. Penumpang-penumpang dalam kapal tentulah resah dan gelisah melihat api itu belum jua padam.

    Saya berdoa semoga Allah selamat bumi Malaysia ini. Semoga kita selamat menghadapi ujian ini.Amin.
  31. www.mukmin.biz May 3,2015 7:36 AM
    Dengan setiap hari berlalu, cita-cita DAP untuk memerintah Malaysia semakin hampir menjadi kenyataan.

    Selagi Najib tidak undur, halatuju Najib akan hanya bawa kehancuran kepada hegemony politik Melayu. Ketidakpercayaan rakyat akan kemampuan UMNO untuk memerintah dengan tegas akan menyebabkan kekalahan BN dalam PRU14.

    Najib masih ada peluang, hanya jika dia bergabung dengan Tun dalam menangani krisis kepimpinan sekarang. Ia mungkin sukar, tapi tidak mustahil. Manderam yang mengabui pemikiran Najib perlulah dibuang ke laut terlebih dahulu.
    Selamat berjuang Tun.
  32. Putih May 3,2015 5:36 AM
    Salamualaikum kpd Tun Dr Mahathir Muhammad.
    Salamualaikum kpd semua saudara2 ku.
    ” TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA ”
    Dan
    ” MELAYU MUDAH LUPA ”
    * dear visitors u have no idea for what u says.
  33. SokongTun May 3,2015 4:08 AM
    eddeved YOU ARE STUPID.
  34. mustaro May 3,2015 12:36 AM
    Lagu Pak Pandir “Yang remeh yang temeh”
    ——————————————-
    Ada mata pandang
    Ada telinga dengar
    Ada mulut diam
    Ada tangan garu
    Ada kaki goyang
    Ada otak pandai
    Ada akal pakai
    Ada bijak gadai
    Ada mata pejam
    Ada mulut kunyah
    Yang remeh dan yang temeh
    Berlegar di sekelilingmu
    Yang remeh dan yang temeh
    Berlegar di sekelilingmu
    Buatlah..(buatlah..)
    Buatlah tak tahu
    Buatlah..(buatlah..)
    Buatlah tak tahu
    Rela jadi tunggul
    Rela jadi patung
    Tunggu dilelong
    Suruh angguk-angguk
    Suruh geleng-geleng
    Oh puji lah aku
    Ampu lah aku
    Senang hidupmu
    Ada tangan tadah
    Ada maruah campak
    Yang remeh dan yang temeh
    Berlegar di sekelilingmu
    Yang remeh dan yang temeh
    Berlegar di sekelilingmu
    Biarkan..(biarkan..)
    Biarkan berlaku
    Biarkan..(biarkan..)
    Biarkan berlaku
  35. joetamchi May 3,2015 12:04 AM
    #SorakSorakSemuaDiJual..
    – jual maruah –
    Hub Penerbangan Serantau..
    Mungkin Juga Lemau..
    #MullerMulaJual
    #AkhirAkhirTergadai
  36. Fariq Islam May 2,2015 11:13 PM
    Assalamualaikum, Tun.
    Kalau kita mengimbas kembali sejarah pilihanraya, tidak boleh dinafikan yang serangan dan kutukan bertubi-tubi terhadap Pak Lah salah satu faktor terjadinya kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen dalam PRU 308.

    Sekiranya hati masih di pihak BN, baik janganlah memburuk-burukkan PM secara terbuka. Pilihanraya/ perhimpunan UMNO mungkin menjadi satu pentas yang lebih berkesan dan boleh diterima akar umbi, untuk menunjukkan sama ada akar umbi masih menyokong Presiden atau perubahan diperlukan.
  37. bkhoo May 2,2015 10:22 PM
    Tun yang saya hormati,
    Kesenyapan pihak “yang tak nak surrender” itu amat merungsingkan saya dan pada pandangan saya, dia seolah-olah nak sangat “buy time” – membeli masa ….tak tau lah apa hajatnya “membeli masa”? mungkin nak strike back pun kita tak tau etc.

    Moga Tun percepatkan momentum and tekanan mendesak beliau “buat apa yg dia patut buat” dgn secepat mungkin…..sengsara berada di bawah pemerintahannya dgn isterinya.
    Saya cuba petikkan pepatah Sun Tzu tentang pentingnya “speed in warfare”.
    In the Art of War, Sun Tzu wrote (chapter VII, verse 13):
    “When campaigning, be swift as the wind; (…) as unfathomable as the clouds, move like a thunderbolt.”

    Speed, indeed is “the essence of war” (ch. IX, v. 29) in this context.
    Tun bukan keseorangan tapi Tun’s view point adalah luahan, kegelisahan rakyat jelata biasa, Maka saya doakan Tun sihat and kuatkan semangat perjuanganmu kejayaan tetap milik Tun TQ
  38. joetamchi May 2,2015 9:12 PM
    eddeved
    May 2, 2015
    saya masih ada satu benda berharga yang ramai orang sudah lupa memanafaatkannya – Saya ada AKAL yang di Anugerahkan Allah….
    &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
    Ada akal tak semesti berguna…
    Panjang akal itulah caranya…
    Akal diguna menDaulatkan kita…
    Jgn hanya kecoh berkata….
    “Agama, Bangsa, Negara”
    #SorakSorakSemuaDiJual..
    #SorakTongKosong
    #MaruahJanganDiGadai..
  39. joetamchi May 2,2015 8:56 PM
    b) Mengapa saham MV Agusta dijual kepada salah satu syarikat yang saya tidak pasti namanya, dengan harga RM4.50? Adakah kroni Tun atau Tun sendiri ada mempunyai saham dalam syarikat tersebut?
    ****************************************
    Siapa yg punya saham.? Aku pun tak pasti.
    Yg aku tau sykt tu dibeli..
    zaman Tun M prdana menteri..
    Pngluar motor, sykt Italy…
    Zaman Tun Lah dijual pula..
    Kerana rugi mereka kata…
    Spatutnya dikembangkan sayapnya…
    Kerana Agusta dh punya nama…
    Lihat sekarang sykt Lotus kita..
    Kembangkan sayap ke antarabangsa..
    Dapat teroka pasaran China..
    Impian Agusta terkubur pula…
    #AkuRempit
  40. anti-jibaok May 2,2015 5:28 PM
    Belum sempat saya nak tegur UMNO soal – ‘Tak Seindah Wajah’ yang telah dipaparkan oleh para-pucuk Pimpinan UMNO pada masakini.., namun sudahpun ada pihak pula yang memperli dan menyindir UMNO secara memberi ‘Tribute’ kononnya.., sebagaimana video YouTube di bawah ini:-
    https://www.youtube.com/watch?v=F44DXKISKu4
    (Tak Seindah Wajah – Tribute to UMNO)
    Maka.., ahli-ahli UMNO kenalah perbaiki dan perbetulkan kembali pertubuhan mereka.., kalau benar-benar hendak menegakan Agama, membela Bangsa dan mempertahankan Negara.
    Kalaulah setakat ahli-ahli UMNO hendak akur secara membabi-buta kepada puncuk pimpinan yang semakin menyeleweng.., maka pastinya UMNO tidak akan lagi relevan buat orang Melayu.., lantas akan menggali kubur sendiri.
    Fikir-fikirkan.., Wassalam.
  41. Hajar May 2,2015 3:57 PM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    Mohon izin Tun untuk melencong sikit dari tajuk artikel Tun:
    Semalam (1 Mei 2015) berlaku lagi ’demonstrasi’ @ perhimpunan haram’ yang di bawa ke jalanan oleh Pembangkang yang membantah GST.

    Banyak kerosakan berlaku dan terang-terangan berlaku perlanggaran undang2 yg juga menyusahkan banyak pihak – kesesakan lalu-lintas, mengganggu premis2 perniagaan, etc.
    Saya sebagai warganegara yang menentang cara ’ganas, berdemonstrasi dan melakukan kerosakan’ di tempat awam untuk memprotes, sudah muak dengan KELEMAHAN pihak berkuasa @ Kerajaan pimpinan PM Ah Jib Gor dalam menangani pihak yang suka menimbulkan kekecohan dan mengganggu ketenteraman awan. Setiap kali ada demonstrasi haram, apa yang dibuat ialah ’TAHAN dan SOAL, ambil KETERANGAN, dan LEPASKAN’, dan akhirnya, tiada tindakan berkesan diambil. Jika beginilah, agak2nya adakah mereka akan berhenti melakukan kerosakan dan menyusahkan orang awam? Tindakan TEGAS perlu diambil jika mahu rakyat mematuhi undang2.

    Saya juga tidak setuju GST dilaksanakan pada masa sekarang (atas beberapa faktor), tapi tidaklah sampai mahu berdemonstrasi dan menyusahkan orang awam. Sifat suka ’berdemonstrasi’ ini adalah ’budaya buruk’ Pembangkang yang bakal menghancurkan Malaysia.

    Ahli2 akar umbi UMNO mesti sokong UMNO, tapi tolak pemimpin2 yang lemah, liberal, korup, tiada jadi diri Melayu/Islam, condong ke arah Pembangkang, tidak berjiwa rakyat, ’blur’, etc.
    PM Najib @ Ah Jib Gor wajar meletak jawatan sekarang! Anda gagal.
    Terima kasih Tun.
    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
  42. amin tan May 2,2015 3:46 PM
    Dear Tun,
    PM NAJIB may lose Putrajaya in PRU14 on GST
    1. Whoever advised PM to implement GST is doing PM a disservice. Now the situation is messy and it has become wrong timing.

    2. To aggravate the anger of the people, the advisor and PM blame profiteering and greed of the traders, sundry shops, Super markets for the 6% GST driven price increase.
    3. Why PM wants to create further controversy and widen the circle of people angered by the price increase by blaming the businessmen except Mydin store.

    4. Just like Pak Lah economic policy of redressing patrol increase by compensating through discount in road tax. Now PM Najib want to give unemployment benefits from GST money.
    5. better abolish GST and let the the voters be the winners and happy so that they vote BN. I fear BN may lose Putrajaya in PRU14, if PM Najib pushes through with GST. MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.It is only my opinion. Wallahu alam.
    amin tan
  43. wajaperak May 2,2015 12:49 PM
    eddeved
    Kepada Tun yang di”kasihi”.
    [banyak kejadian-kejadian pelik dan tak masuk akal yang pernah saya dengar di zaman kekuasaan Tun]

    a) Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Projek IC Sabah?
    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    Tun.
    Sejak dahulu manusia telah berbunuhan dari asalnya berlainan pendapat.
    Satu pendapat yang berdasarkan hawa nafsu akhirnya menjadi kebencian menyebabkan Qabil membunuh adiknya Habil.
    Siapakah mereka ini?..

    Anak seorang Rasul yang bernama Adam..
    Pertentangan pendapat berterusan di zaman Saidina Usman ra.
    Mereka-mereka yang buta mata hati memberontak dan akhirnya membunuh Saidina Usmann r.a.
    Alasan apa membunuh Saidina Usman r.a.?
    MENCARI DAN MENEGAKKAN KEBENARAN..
    Alangkah peliknya membunuh orang yang dijanjikan syurga oleh Allah dan RAsulNya…:)
    Begitulah kini di blog Tun ini..
    Janganlah kita benci membenci walaupun berbeza pendapat..
    Jika anda diterkam harimau maka wajiblah sembelih harimau tersebut..janganlah menyerahkan tengkuk anda sebegitu sahaja..
    Begitulah di sini Tun..

    Mengikut pandangan mata hati saya, saya mesti mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun kerana ‘berjaya’ merampas kembali Sabah dari tangan pendeta-pendeta kristian.
    Ribuan terima kasih Tun..

    Tidak pernah berlaku di zaman moden sebuah negeri Islam berjaya diselamatkan semula setelah ‘ditawan’ oleh orang-orang kristian..
    CUKUPLAH ALLAH SAHAJA MEMBALAS JASA BAIK TUN..
    Tun..

    Untuk mereka-mereka yang buta mata hati maka tak perlulah kita memberi apa apa penjelasan kepada mereka.
    Cukup banyak ayat Al Quran telah pun Allah firmankan untuk mereka..
    Tun..

    Walaupun Tun bukan seorang pendekar, saya amat kagum dengan ketangkasan langkah pendekar Tun.
    TERUSKAN PERJUANGAN..
    PANTANG PENDEKAR MEMBILANG LAWAN..
    E TAN..EPI TAN!!!
    Terima kasih Tun..
  44. sibotak May 2,2015 9:43 AM
    edevved
    Jawapan pada pertanyaan anda pada Tun a , b , c , d, e, f atau hingga ke Z
    Apa tujuan anda bertanya soalan sedemikian ?
    Tun bukan makluk asing atau malaikat
    Kenapa Tidak tanya semasa Tun memerintah dulu ?
    Baru bangun tidur ke ?
    Psst ….. psst ! ini tahun 2015
    Pertanyaan kami pada pemerintahan adalah masalah terkini
  45. HBT456 May 2,2015 6:44 AM
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-approval-for-funds-projects-if-wan-azizah-wins-ismail-sabri-tells-voters

    As umno mp, and also the minister at the national and federal level he cannot threaten the voters in pematang pauh. it will only back fired. Without state ruling party support, there is nothing he can do. We are here to find solution, we are not here to cari pasal. If you ask me, has bn done a lot for the people? Yes, they did. But because they loss 2/3 majority for almost 2 terms, they begin to loose semangat. I understand our ministers, they will be out of jobs if pr wins. That is why I stay neutral because I really do not want to see another round of unnecessary sacrifices before the next general election kicks off. if I am umno members, I will stay loyal to the party during ups and downs. I am just only a voter in selangor, and my obligation is to vote at state and federal level.
  46. eddeved May 2,2015 6:40 AM
    Kepada Tun yang di”kasihi”.
    Sebelum saya percaya dan melutut kepada Tun secara “membaby-buta”, harap Tun jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam banyak kejadian-kejadian pelik dan tak masuk akal yang pernah saya dengar di zaman kekuasaan Tun.

    a) Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Projek IC Sabah?
    b) Mengapa saham MV Agusta dijual kepada salah satu syarikat yang saya tidak pasti namanya, dengan harga RM4.50? Adakah kroni Tun atau Tun sendiri ada mempunyai saham dalam syarikat tersebut?

    c) Adakah Tun sedar bahawa San Miguel ialah syarikat yang menjual arak/beer yang terulung di Filipina yang mana mereka menjual 9 dari 10 tin beer di Filipina dan menyumbang 4.5 peratus dari cukai Filipina? Walaupun tujuan untuk diversify syarikat tersebut…namun Tun yang mendabik dada sebagai orang Islam kononnya…lupakah Tun bahawa arak ialah minuman yang diharamkan Allah untuk meminumnya?

    d) Ketika zaman penyatuan bank-bank tempatan, saya mendengar khabar angin bahawa Tun pernah menyalahgunakan kuasa dengan mengugut untuk membatalkan lesen Bank Utama sekiranya mereka tidak menjual saham mengikut harga “ciput” yang ditawarkan oleh Rashid Hussin Berhad. Benarkah itu Tun?

    e) Saya mendapat tahu bahawa Tun lah orang yang bertanggungjawab dengan kematian Ibrahim Mahmud dan peristiwa Memali…care to shed a light on that?
    f) Orang menyatakan Tun sangat lantang terhadap Yahudi, namun demikian, pada pandangan saya…ketika menonton wawancara Tun dengan BBC, saya lihat Tun ini umpama pot calling a kettle black…tidaklah selantang dan sebijak mana Tun ni pun pada pandangan saya…care to elaborate why you critic the jews sampai macam tu sekali padahal masa zaman Tun, Tun lagi dahsyat dari Yahudi pun!!! Mungkin Musa Hitam yang penjarakan Lim Kit Siang…Tun tak tahu menahu pun hal ini…sama macam kes Memali tu kot?

    Ini ialah pertanyaan saya dan harap Tun dapat jawab dengan jujur dan ikhlas sebelum saya membuat keputusan untuk “jump into the bandwagon”. Saya akui saya belajar setakat SPM aje…tak mampu lawan anak-anak Tun yang kaya raya semuanya…tapi sebagai rakyat, saya mahu tahu juga agenda sebenar Tun sebelum saya membuta tuli mengikut Tun atau “menjilat” Tun…saya masih ada satu benda berharga yang ramai orang sudah lupa memanafaatkannya – Saya ada AKAL yang di Anugerahkan Allah…

    Sekian Tun, kalau Tun tak jawab…sedarlah dan yakinlah saya…siapa Tun yang sebenarnya…
  47. joetamchi May 2,2015 6:30 AM
    Tulisan YRohayudin Hamba Refer
    Madah Melayu… Santun dan Budaya…
    Janganlah Kerana Mudahnya Kita…
    Lalu Diambil Kesempatan Oleh Sesiapa…
    Seandainya kita Sentiasa Leka….
    Mereka tidak berpejam mata….
    Setia Memerhati utk Mencuba….
    Agar Di Dunia Kita Terhina….
    #ZamanBerZaman
    #CaraKitaOrangTimur
  48. rodin May 2,2015 2:34 AM
    Disebab sayangkan UMNOlah maka Tun membangkitkan isu-isu yang sedang diperkatakan oleh rakyat pertengahan dan bawahan. Isu-isu tersebut jika tidak dijawab akan menyebabkan UMNO kalah dalam PRU 14 kerana perasaan dan protes. Kenapa PM tak boleh jawab soalan-soalan yang dibangkitkan terutama isu 1MDB. Jika tiada kesalahan berlaku, jawab secara terus terang. Ketua Audit Negara boleh susul kemudian untuk pengesahan. Tetapi apa yang kelihatan sekarang, jawapan-jawapan yang diberikan agak mengelirukan seperti ada yang disembunyikan.

    2. Selama ini pun tidak nampak TDM menuduh, cuma mengharapkan jawapan yang lebih meyakinkan daripada PM. Jika tidak dapat jawab, maka disarankan PM melepaskan jawatan supaya segala kesilapan dapat diperbetulkan oleh pengganti yang akan dipilih. Sebelum TDM membangkitkan isu-isu tersebut, sudah ramai yang telah membangkitkannya, tetapi seperti mencurah air di daun keladi, atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Maka sudah tentu TDM terpanggil untuk menyuarakan apa yang difikirkannya betul. Adakah ini merosakkan Negara? Seperti prinsip di dalam akta pencegahan, halang sebelum berlaku.

    3. Tentang cara hidup PM dan keluarganya menjadi perhatian rakyat. Prinsip “wasatiyyah” yang dilaungkan tetapi pelaksanaan tidak selari, baik di dalam urusan rasmi mahupun peribadi. Tindakan-tindakan lain juga menunjukkan Kerajaan tidak menghayati slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

    4. Akhir sekali wang rakyat yang dipertikaikan. Rakyat tidak mahu ia disalah guna. Terus berjuang TDM kerana benar dan demi masa depan generasi semasa dan akan datang. Hidup TDM.
  49. kklee0000 May 2,2015 1:15 AM
    GE 1995,1999,2004 our family total 16 votes went to BN. From 2008,2013 GE all 14 votes ( 2 members past away) went to PAS,PKR and Dap bacause we have no choice. Tun, if you come back all our votes return. Because your words are correct and convincing.We buy it.When you return, a strong gov is anticipated to form.But please remember batalkan GST okay.
  50. professional malay May 1,2015 10:19 PM
    Salam Tun,
    Syukur alhamdulillah you are still able to think and comment as a stateman at your current age. I always believe in you because you are always a man with right purpose and cause with deeper conscience for the benefit of malaysian society. I also always
    believe the UMNO struggle is truly pure and clean not only for malays but for malaysia as a whole but the biggest problem is it is being hijacked by the malay opportunists currently. I still remember your saying “melayu mudah lupa”…and it is really happening now. If the UMNO members fail this time…..nasi akan menjadi bubur forever….because the only option is pembangkang will take over exactly like P. Pinang and Selangor and the effect will be far reaching and beyond imagination to certain extent especially on malay cause in malaysia….The saying “power corrupts, absolute power corrupts absolutely” will haunt UMNO forever and leave malays in dilemma and confused. Thank you ver much and keep up your constructive criticsm Tun and I always pray to Allah for you and family semoga diberkati Allah sentiasa…
  51. Halim3869 May 1,2015 9:13 PM
    Salam Tun,
    Saya sangat banga mempunyai seorang pemimpin seperti TUN yang berani berucap kalau demi kepentingan Negara
    ingin saya nyatakan bahawa dari zaman arwah bapa saya selalu menyebut TUN seorang pemimpin yang hebat seperti kisah P.Ramlee
    satu ketika dulu beliau tidak dapat sokongan dari rakan perjuangan serta orang melayu selepas pemergian beliau barulah semua orang sedar memuja beliau betapa penting P Ramlee dalam dunia perfileman sama seperti kisah TUN mereka tidak sedar bahawa telah banyak membawa Malaysia terkenal diseluruh dunia sampai saya berada di Dubai orang orang arab disana memuji TUN memerintah Negara Malaysia sebut sahaja Malaysia Mahathir begitu hebat TUN terkenal dipelosok dunia Malaysia terkenal dengan adanya Litar sepang FI , PETRONAS tower , KLIA . Dibawah pemerintah TUN tidak menyusahkan rakyat saya masih ingat satu ketika dulu Amanah Saham Bumiputra TUN pernah mengumunkan kadar Faedah yang tinggi semua bumiputra dapat merasakan kenikmatan hasil Negara''

    Saya amat setuju dengan TUN pasal BRIM tidak sepatutnya kita bagi BRIM siapa yang dapat BRIM itu kalau setakat nak dapat undi untuk kaum lain lupakan sahaja mereka itu tidak pernah cukup atau puashati dengan kerajaan selagi mereka tidak dapat apa yang mereka mahu
    Sekian ucapan saya
  52. HBT456 May 1,2015 8:58 PM
    Amin tan, if court order is used, 50 percent of the mps of both side can be charged. when umo president starts to charge, other presidents will follow. Who wants to work for the country, may I ask?
  53. anti-jibaok May 1,2015 8:41 PM
    YABhg. Tun Dr.,
    Sebenarnya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi tidak menyedari akan musibah dan malapetaka yang bakal melanda pertubuhan yang mereka sertai, sayangi dan sanjungi itu.., pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

    Isu-isu semasa dan mutakhir (soal 1MDB) yang telah digembar-gemburkan oleh Tun selama ini sebenarnya tidak mampu difahami dan dihayati sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi. Itu adalah oleh kerana amalan dan budaya politik taat-setia secara membabi-buta, serta amalan bodek-membedek dikalangan dikalangan pimpinan parti disemua peringkat.., tanpa memikir dan mempersoalkan suatu tindak-tanduk yang sangat mencurigakan dilakukan oleh pucuk tertinggi pimpinan parti yang mungkin mempunahkan parti UMNO itu sendiri.., mahupun kestabilan negara samasekali.

    Terlebih dahulu kepada sesiapa yang ingin atau sudahpun menyertai mana-mana pertubuhan politik, maka mereka patut memahami dan menghayati sepenuhnya akan maksud dan mesej lagu ini (Melayu Asli – Langgam) yang telah dipopularkan oleh Tan Sri SM Salim, sebagaimana video-video URL berikut:-
    https://www.youtube.com/watch?v=DcYhseU8Eoo
    https://www.youtube.com/watch?v=ign7ADTUI_4
    (Tak Seindah Wajah – Tan Sri S.M. Salim)
    Mari kita menghayati isi maksud dan mesej senikata/lirik lagu tersebut yang sangat mendalam, sebagaimana berikut:-

    “… Ku sangka aur dipinggir tebing, rupa tebu dipinggir bibir..,
    Ku sangka jujur pancaran batin, rupanya palsu penghias zahir.
    Ku kira hati jiwa nurani, suci seindah wajah terbayang,
    Ku kira puji seikhlas budi, Ku lupanya lidah tidak betulang.
    Di manis gula semut binasa, kail berduri bersalut umpan,
    Di manis kata insan terlena, kerana budi hamba terkorban.
    Inikah dia lakunan hidup, di pentas dunia insan berpura,
    Tipu dan daya pencapai maksud, Budi dan harta merangkum noda…”
    ——
    Senikata/lirik lagu di atas adalah sangat relevan kepada kita semua, apatah lagi buat mereka yang bergiat dalam bidang politik. Ahli-ahli UMNO disemua peringkat wajar mengambil iktibar dari isi maksud lagu – ‘Tak Seindah Wajah’ itu.

    Perniagaan 1MDB itu telah melibatkan lantas mengheret Kerajaan kita pula (melalui kail berduri bersalut umpan) yang Tidaklah Seindah Wajah sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Perdana Menteri, serta mereka yang ‘sewaktu’ dengan beliau.

    Malahan wajah 1MDB kini sudahpun menampakkan wajahnya yang semakin hodoh setelah 5 tahun ianya beroperasi iaitu sejak tahun 2009 yang hanya mampu mempamerkan amalan perniagaan yang begitu ‘dubious’ dan mencurigakan. Apakah kita benar-benar hendak tunggu dan lihat sehingga wajah sebenar 1MDB itu direalisasikan dikemudian hari..? Kalau begitu hendaknya.., maka bersedialah kita terperanjat dan terkejut-badak kelak.
    Bak senikata/lirik sebahagian dari lagu tersebut, yang berbunyi:-

    “…. Inikah dia lakunan hidup, di pentas dunia insan berpura,
    Tipu dan daya pencapai maksud, Budi dan harta merangkum noda…”
    Maka.., apakah ahli-ahli UMNO sanggup menanggung kesalahan Tipu dan Daya oleh pucuk pimpinan mereka di masakini.., nescaya segala Budi dan Harta yang telah digembeling oleh para-pejuang UMNO selama ini akan dirangkum noda..!

    ——
    YABhg. Tun Dr.,

    Sebenarnya, Tun tidak perlu berharap untuk diberi peluang berjumpa dengan ahli-ahli UMNO biasa untuk menerangkan soal masalah kehilangan berbilion Ringgit yang dilakukan oleh pihak 1MDB.

    Sekiranya, pihak Media-Prima Berhad sanggup memberi ‘Air-time’ kepada Tun untuk mendapat slot dalam raungan bicara dalam TV-3 misalnya.., maka pastinya jutaan rakyat Malaysia akan ternanti akan siaran sedemikian. Pastinya ‘rating’ TV-3 pula akan melonjak naik.

    Namun.., kita terpaksa menunggu pula apakah ‘permainan’ Pengerusi Media-Prima Berhad (Tan Sri Johan Jaafar) dalam soal ini.

    Apakah Tan Sri Johan Jaafar.., apabila baru-baru ini pihak TV-3 telah memberi peluang untuk satu siaran bicara dalam TV-3 kepada Tan Sri Sharir Samad (Ketua, Parliament Back-benchers’ Club) untuk ‘menggasak’ Tun dalam isu 1MDB dan juga dalam kisah sejarah UMNO.., maka suatu siaran bicara yang sama pula patut juga diperuntukan kepada seorang mantan Perdana Menteri Malaysia yang sudah begitu lama berjasa kepada negara, untuk beliau memperjelaskan soal isu-isu semasa demi makluman dan kepentingan rakyat..!?

    Maka, kita tunggu dan lihat samada Tan Sri Johan Jaafar naik bermain ‘politik perut sendiri’ dan bedek-membodek demi menjaga kedudukan beliau.., ataupun beliau bersedia menggunakan media-massa perdana demi kepentingan rakyat jelata.
    Sekian.., Wassalam.
  54. safian May 1,2015 6:24 PM
    Talk is cheap kn tun.tapi silent is worst
  55. Tajuddin May 1,2015 2:14 PM
    Saya hairan kenapa Tun tidak boleh atau tidak mahu memahami bahawa Dato’ Sri Najib tidak boleh komen tentang tuduhan yang dilemparkan oleh Tun kerana siasatan sedang dijalankan. Apa2 komen oleh Perdana Menteri akan dianggap sebagai cubaan untuk mempengaruhi siasatan oleh Ketua Audit Negara. Sebab itu beliau enggan mengulas tentang beberapa perkara yg melibatkan tuduhan Tun terhadap beliau dan ahli keluarga terdekat beliau.
    Biarlah Ketua Audit selesaikan siasatannya.

    Kenapa Tun perlu berkeras bahawa Dato’ Sri Najib perlu meletakkan jawatan sekarang? Apakah Tun sudah lupa the Rule of Law? Apakah Tun sudah lupa atau sengaja lupa bahawa orang yang kena tuduh “is innocent until proven guilty”.
    Apabila Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dituduh merogol seorang gadis dibawah umur, itulah alasan yang Tun berikan?

    Begitu juga alasan Tun apabila wang tunai beratus ribu dijumpai di dalam laci bekas KP EPU.
    Saya merayu kepada Tun. Tunggulah sehingga siasatan selesai. Janganlah hancurkan parti Umno, yang merupakan satu-satunya harapan orang Melayu.
    Kalau Tun tidak mempunyai agenda peribadi, kenapa Tun tidak boleh menunggu sehingga laporan Ketua Audit dikeluarkan?
  56. joetamchi May 1,2015 1:03 PM
    Jurus menjurus…Jari telunjok…
    Kamit MakRos…bagi orang lentok…
    YaAllah,
    ilmu Mu, ilmu sebenar..
    Serata alam ia tersebar…
    Yg Benar Pasti Benar…
    Agar Diri Mencegah Mungkar…
    #AmarMakrufNahiMungkar
  57. joetamchi May 1,2015 12:42 PM
    Sibotak ada berkata….:
    Janganlah kita hanya melihat pada Keburukan , Kelemahan Najib saja
    Beliau pun ada Kelebihan yg sudah beliau buktikan
    Najib kena jaga image
    Lady Gaga suruh duk rumah saja , masak
    Sekali sekali bawalah, Potong Ribon ke , Tanam Pokok ke
    Kasihan pula Isteri Najib , hak Najib
    Ini seolah Lady Gaga
    Ada main peranan kelihatan & kedengaran
    +++++++++++++++++++++++++++++++++
    Aku Mengingat kan aje…:
    Lady Gaga atau Fart Lady..
    Sama saja… Maksud dan erti…!!
    Masa sentiasa mendahului…
    PRU tak sampai 3thn lagi…!!
    Melayu Bugis, Melayu yg bengis..
    Rendahkanlah diri, jangan la egois…
    Jangan sampai Melayu dihiris….
    Tergadai Malaysia, tak guna ditangis..
    #MakAkuBugis+Arab
  58. joetamchi May 1,2015 12:33 PM
    Janganlah kita hanya melihat pada Keburukan , Kelemahan Najib saja
    Beliau pun ada Kelebihan yg sudah beliau buktikan
    Najib kena jaga image
    Lady Gaga suruh duk rumah saja , masak
    Sekali sekali bawalah, Potong Ribon ke , Tanam Pokok ke
    Kasihan pula Isteri Najib , hak Najib
    Ini seolah Lady Gaga
    Ada main peranan kelihatan & kedengaran
    +++++++++++++++++++++++++++++++++
    Lady Gaga atau Fart Lady..
    Sama saja… Maksud dan erti…!!
    Masa sentiasa mendahului…
    PRU tak sampai 3thn lagi…!!
    Melayu Bugis, Melayu yg bengis..
    Rendahkanlah diri, jangan la egois…
    Jangan sampai Melayu dihiris….
    Tergadai Malaysia, tak guna ditangis..
    #MakAkuBugis+Arab
  59. joetamchi May 1,2015 11:57 AM
    Yg lagi dasyat…Kalau Jadi MACAI Amerika & Yahudi…..’TER’ Tandatangan plak TPPA
    …..…
    With the signing of the TPPA soon, our beloved Malaysia reverts back to the pre-Merdeka period again after all the tough work achieved by our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad and his distinguished predecessors. Our beloved Malaysia will once again be a Colony of Singapore. Singapore lives ! Malaysia dies !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ……
    #TPPAKITALAWAN
    #ADOiii….
  60. HBT456 May 1,2015 11:15 AM
    I fully support ds najib tun razak to make GREATER KL a reality via 1MDB under MoF, you are not alone, MJ. For those who are racist, stingy and pessimistic, they cannot blame pm najib because he has done according to the tradition of umno way. There is no way racism can survive in the next 20 years.
  61. amin tan May 1,2015 9:36 AM
    Salam Tun,
    Perdana Menteri telah menyatakan bahawa tidak kira sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang2 ,menipu, menyeleweng, bersubahat menipu, berlaku curang, memalsukan dokumen bertujuan menipu duit kerajaan Malaysia dalam peri hal 1MDB, tindakan undang2 akan diambil terhadap mereka ini, samada Jho Teik Low, Arul Kanda Kandasamy, atau Reza Aziz. Tiada perlindungan dan tiada pilih kasih untuk sesiapa. Jangan pula pihak pembangkang mendakwa bahawa Perdana Menteri yang suruh menipu.

    2. Perdana Menteri telah mengambil tindakan mahkamah terhadap tokoh2 pembangkang seperti Tony Pua yang menyindir bahawa PM terlibat dalam penipuan dana 1MDB.
    3. Selepas peristiwa 1MDB yang mengaibkan lagi merugikan ini, UMNO harus melantik ayahanda Tun Dr Mahathir sebagai penasihat PM dan kerajaan.

    4. Struktur jawatan cabinet mesti disusun semula supaya PM tidak boleh pegang jawatan menteri kewangan semoga kuasa mutlak tidak tertumpu kepada seseorang sahaja yang membolehkan penyalahgunaan kuasa.

    5. Saya menyeru masing2 akur dengan kebimbangan rakyat jelata. Janganlah berpecah. Lakukanlah yang membina demi kebaikan, keutuhan dan perpaduan bangsa, agama dan negara. Wallahu alam.
    amin tan
  62. teratai May 1,2015 8:26 AM
    Salam Tun,
    Everyday I pray Tun will be bless with good health by Allah.
    Tun ought to be given a chance to explain to grassroot members and make them see what are Tun showing to them and please understand.
    Those who wish to read English version of Tun’s writing, kindly click below http://www.translationfocus.blogspot.com
    Thank you.
  63. Hajar May 1,2015 8:05 AM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    1. Saya kurang setuju dengan penggunaan perkataan ’serangan’ yang kerap-kali digunakan oleh ’bloggers’ upahan PM bila mengulas ’’teguran/nasihat’ dan ’kritikan’ serta soalan2 Tun yang ditujukan terhadap PM Ah Jib Gor. Dari cara mereka ’menyerang’ Tun tanpa menjawab menjawab persoalan sebenar, memang wajarlah mereka mendapat gelaran ’bang*ng’ dari Tuan/Tauke mereka.

    2. Setahu saya, Tun masih lagi beretika dalam menegur dan Tun tidak pernah menggunakan perkataan2 yang kesat/kasar dan tidak pernah memaki-hamun; bila bercakap, nada Tun pun bersahaja dan bila Tun meminta PM berundur (pada perjumpaan di Melawati), Tun seolah-olah merayu pula. Sebaliknya, PM kita pula yang pernah guna perkataan yang pelik2 seperti perkataan ’bang*ng’ yg diucapkan di khalayak ramai.

    3. Yang ’menyerang’ adalah ’bloggers bang*ng’ yang membuat tuduhan membabi-buta dan dengan menggunakan gelaran2 dan perkataan2 yang kesat terhadap Tun serta memaki-hamun dalam serangan mereka; ada yang mencarut dan mengeluarkan cerita karut-marut yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Tun. Tetapi rakyat yang waras dan berfikiran rasional tidak akan termakan dengan ceritera dongeng mereka.

    4. Saya yakin di kalangan pembaca blog Chedet ada ramai juga ahli UMNO biasa (termasuk saya). Kami lah ’ahli2 akar umbi’ yang akan menerangkan kepada mana2 ahli keluarga yang kurang pengetahuan tentang 1MDB etc.

    5. Saya tidak fikir yang Tun akan diberi peluang untuk bersemuka & menerangkan kepada ahli2 akar umbi tentang 1MDB dan lain2 isu kontroversi yang berkaitan PM & gang. Bukankah Ketua2 Bahagian sudah bersolidariti dengan PM? Blog Chedet pun asyik di ’serang’, tapi yang peliknya banyak blog2 lain yang boleh merosakkan fikiran & akhlak (taraf sampah) dibiar berleluasa. Siapalah agaknya dalang ’serangan’ tersebut?

    6. Permatang Pauh akan dimenangi oleh PKR (ramai pengikut taksub), sementara di Rompin BN akan menang dengan majoriti jauh lebih kurang dari dahulu disebabkan ’kebang*ngan’ memperkenal GST tanpa persediakan yg mantap, dan juga kerana isu2 kontroversi melibatkan PM & gang termasuklah 1MDB, jet baru, etc.
    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
  64. sibotak May 1,2015 8:03 AM
    Dunia Islam
    Cina , Timur Tengah , Asia ,India, Barat dimana mana juga Melayu Malaysia
    Terutama Timur Tengah , terbau juga di Malaysia
    Berpecah belah kerana Tindakan sendiri
    Maka seiring dengan Tuntutan Islam
    Setiap Niat , Setaip Perbuatan , Setiap Pernafasan kita perlu
    Berniat Lillahitaalah dititiki dengan Amin
    Kita dan mereka berpecah belah bukan kerana Hasutan , Permikiran , Kuasa dari Luar
    Terutama Yahudi , Amerika , Negeri Barat atau si Kafir
    Meraka hanyalah Sebab musebab
    Kita Penentu nya dan Teraju nya
    Maka kini Kita harus Bersatu ,Berkalimah Lillahitaalah
    Bukan Lillah untuk kepentingan sendiri untuk kebendaan Sandiwara Dunia
    Ini punca Kesalahan kita bersama
    Ini sebab musebab nya
    Ini Kehancuran
    Maka kini saya si Botak
    Menyeru pada Pemimpin Islam ,Pemimpin Melayu
    Bodohnya kita perlu kita bersama
    Pandainya mereka hanya untuk Kepentingan mereka sendiri bukan untuk kita
    Sudah Kilhatan di Malaysia
    Kita sudah bertikam lidah sesama
    Di Timur bukan saja bertikam Lidah malah bermain Bom sesama sendiri
    Tidak hiraukan lagi erti Kemanusiaan ,Keindahan Sayang menyayang hingga Bayi Anak jadi Korban
    Kelihatan juga di Malaysia
    Sibuk menikam sesama sendiri , lebih pada Kehancuraan dari Pembangunan
    Sibuk mepersoalkan persoalan Dhubur Anwar , Menikam sesama mempergunakan Ajaran Agama
    Lebih Dari menurut Tuntutan Agama dengan Niat yg Suci
    Ini akan jadi Kehancuran kita
    Bukan si Kafir yg bertujuan
    Bukan si Yahudi yg berniat Umat kita Kehancuran
    Bukan Kehebatan Teknologi Amerika
    Bukan tujuan & Keseronokan Negara Barat yg sekarang menepuk tangan Kita Berpercah Belah
    Membunuh Menzalimi sesama sendiri
    Niat Kita Kemajauan kita
    Niat Kita Kehancuran kita
  65. rimba.emas May 1,2015 1:44 AM
    1. Salam Tun , terdahulu Rimba Emas ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian Tun menceritakan satu aktiviti yang berlaku oleh seorang pemimpin atasan yang selama ini meminta sokongan orang bawahan mengundi dan mengankatnya sebagai peminpin dan tiada pilihan mematuhi segala perkara semasa pemerintahannya seperti yang di kenakan sekarang iaitu GST.

    2.Bila Tun cerita apa berlaku dengan terperinci iaitu soal kewangan dengan perkiraannya sekali dalam bentuk jumlah wang rimggit maka Rimba Emas dapat dengan jelas dan dapat mengetahui cara si pelakunya mengendalikan sesuatu perbuatan dengan jelas sekali.

    3. Jadi patut sekali ucapan terima kasih di berikan kepada Tun yang nampak lebih berusaha memahamkan daripada sebahagian ahli Umno yang menerima terima kasih dari Tun yang hanya kerana sopan . Rimba Emas tidak menambah perkataan adap kerana bagi Rimba Emas perkataan ini boleh menyentuh kepada tingkah laku seseorang itu.

    4. Dalam Islam Rasullullah s.a.w ialah nabi yang terakhir yang dipilih oleh Allah s.w.t dengan diberi mukjizat bukannya secara undian sesama manusia.

    5. Di Malaysia kita rakyat yang ramai akan mengundi memilih Parti dan yang menang majoriti akan terpilih menjadi kerajaan.

    6. Pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri dipilih sesama ahli- ahli komponen BN dan diundi secara tertutup dari kalangan Parti tersebut. Maka jatuh bangun seseorang Perdana Memteri itu juga memerlukan jumlah peratusan yang menyokongnya.

    7. Kalau begitu dalam kalangan ahli Umno berapa ramai yang bersetuju seperti Tun. Desakan dalam akar umbilah yang dapat menukar kepada seseorang yang lain itu pun terpaksa mengikut hairaki.

    8. Melaikan ditukar cara pemilihan iaitu orang ramai dari semua negeri mengundi calon-calon sebagai PM barulah boleh kurangnya majoriti secara kroni.

    9. Tun yang memilih dahulu maka rakyat mengharapkan Tun yang akan dapat menurunkan secara lari dari tradisi pilihanraya yang lima tahun sekali. Itu pun rakyat lebih kepada memilih Parti daripada memilih seorang PM.

    10. Terbaik adalah cara Allah s.w.t memilih Rasulnya. Manakala cara kita sendiri pun akhirnya Tun pertikaikan kembali yang mana menunjukkan ada cara lain yang lebih baik dari itu. Kebenaran pasti menang hanya masa yang menentukannya.
    Wallahua’lam.
  66. YRohayudin May 1,2015 1:16 AM
    Untuk Tun dan ahki akar umbi UMNO:
    Menyanjung dan hormati orang yg lebih tua dan pemimipin….
    Orang berbudi kita berbahasa……
    Itu budaya santun orang Melayu kita
    Tersemat di dada untuk selamanya
    walau ada yg hanya tinggal sekelumit di hati anak-anak bangsa.
    Rakyat sedar pemimipin sekarang dipilih dan disara oleh mereka
    Semata-mata untuk memajukan rakyat dan negara.
    Malah rakyat masih lagi hormat pada penguasa,
    sungguh pun tahu ada cela dari penguasa,
    baik di depan mahupun di belakang mata.
    Sayangnya, ada penguasa yang sudah rasa diri seperti dewata,
    lebih angkuh dari penguasa purba.
    Mungkin duk lama di kerusi kuasa,
    hingga anggap itu milik mereka selamanya.
    Budaya dan santun Melayu dulu kini kian berubah kerana dek angkara penguasa yg bukan lagi rahsia malah di depan mata.
    Bila masa anak muda bertanya
    – jasa apa yg pemimpin bawa,
    – wawasan apa yg pemimpin cerna,
    – kemajuan apa yg pemimpin bina,
    – serta mengungkit gaji dan laba penguasa disarai mereka yang jelata…..
    ketahuilah keadaan tidak lagi sama…..
    kalau dulu pemimpin didewa-dewa,
    sekarang pemimpin bak hamba seraya pada jelata…..
    Berubahlah ikut peredaran masa jangan sampai diubah di masa pilihanraya mahupun di jalanraya………
    Mana mungkin Melayu mudah lupa…malah mungkin memendam rasa yang membara…..
  67. shak1437 May 1,2015 1:10 AM
    sekarang ialah waktu yang sangat mengecewakan sebagai seorang belia negara {>.<}
  68. sibotak Apr 30,2015 11:58 PM
    Tujuan Tun Ikhlas
    Begitu juga kami yg antara ruang masa ber blog sama Tun
    Suara kami hanya Suara
    Suara Tun bolih menyampaikan
    Betul tak betul Ini hanya layaran manusia
    Ikhlas Setiap Niat dan Perbuatan itu yg diperlukan
    Selepas itu Kita Berdoa Kita Berpasrah
    Dia menentukan segalanya
    Suara Tun sudah Bersara
    Suara yg mempunyai Jawatan & Kuasa ada bezanya
    Betul tak betul Suara yg berjawatan & berkuasa akan di dengar dan dipatuhi
    Suara Tun yg sudah bersara hanya didengar tidak mungkin dipatuhi
    Inilah masala Kita yg Bersuara
    Kalau Tun masih bertenaga masuklah ke Gelanggang Tun
    Menjadi Penasihat Perdana Menteri
    Anggota UMNO perlu demi UMNO demi Ummah demi Malaysia juga PM Najib
    Perlu menjemput Tun memberi Tun mandate sebagai Penasihat Negara
    Memberi Tun Office Kecil bergaji kecil dari PM Najib
    Saya rasa Tun memang Ikhlas
    Dari PM Najib mengambil Penasihat Luar
    Macamana Bijak mereka , Meraka akan Bodoh kan Kita
    Ini persoalan Ikhlas , Lillahitaallah
    Tujuannya
    Najib , Tun duduk bersama alangkah Indahnya
    Indahnya Kebersamaan
    Menistis air mata saya , bila saya menulis
    Alangkah Indahnya Tun , Najib & Kesemua Anggota UMNO
    Duduk serumpun di Putrajaya
    Di perilsakan Veteran lama seperti Rafidah , Pak Hamid dan yg lain
    Duduk bersama Nafas baru UMNO yg ada kini di PutraJaya
    Tidak akan rugi jika Malaysia membayar Veteran Lama sebagai Penasihat dalam kepakaran mereka
    Dari Kita membazir wang , Tanah dan sebagainya mendengar Pemikiran Agenda Luar
  69. BabyHooligan Apr 30,2015 10:11 PM
    Salam Tun,
    Saya masih tertanya-tanya apakah perancangan besar Tun. Tanpa keraguan, DSNajib perlu melepaskan jawatan PM jika beliau tidak boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tetapi, siapakah yang berkemampuan mengambil alih jawatan dan menerajui Malaysia ke arah yang betul? Saya bimbang Malaysia akan keluar dari mulut harimau dan masuk ke mulut buaya. Saya tidak nampak pemimpin sekarang yang pernah hidup susah, yang faham jawatan yang dipegang adalah amanah rakyat, yang percaya dan takut balasan Tuhan. Rata-rata pemimpin lebih cenderung untuk memenuhkan kocek sendiri kerana percaya mereka akan hidup selama-lamanya.

    Banyak khabar-khabar yang saya dengar yang saya tidak mempunyai kemampuan utuk membuktikannya. Contohnya, DSRosmah memberi arahan melalui talipon kepada pegawai-pegawai di 1MDB untuk memindahkan wang berjuta-juta ringgit ke akaunnya dengan sewenang-wenangnya. Beliau juga membeli dan menempah belaju melayu dan baju kurung beratus-ratus pasang bernilai sehingga RM300,000. Berita-berita ini biarpun hanya khabar angin, cukup untuk membuatkan mata sesiapa sahaja terbuka besar. Jika di bandingkan kepada gaya hidup pasangan nombor satu Malaysia, amat mudah untuk di percayai. Kesimpulannya, DSNajib perlu melepaskan jawatan PM jika beliau tidak boleh bertanggungjawab.
    Tapi persoalannya, siapakah yang layak untuk mengambil alih? Alangkah elok jika Tun boleh berkongsi perancangan besar ini…
  70. musato Apr 30,2015 8:32 PM
    Assalamualaikum Tun.
    Bagus untuk berbincang secara tertutup kerana ia tidak mengembar ngemburkan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi rakyat jelata melalui hebahan internet.
    Jika perlu kepada peralihan ia perlu ditentukan oleh ahli UMNO sendiri dan juga rakyat melalui pilihanraya.

    Perbezaan pendapat saya ini tidak seperti 2008 adalah kerana pada ketika itu perasaan saya adalah kerana mahu membalas budi Tun Mahathir yang selama ini memimpin Malaysia dengan baik.

    Maka saya mengenali dari mana asal usul dan darah yang mengalir dalam badan saya ini.
    Semasa saya memberitahu arwah Toki yang saya menolong Tun Mahathir dan Tun memberitahu semua orang apa yang saya cakapkan, itulah satu satunya riak muka arwah yang saya dapat baca kerana arwah tidak bersuara walau sepatah tentang perkara ini.
    Riak muka yang menyatakan…Jangan!!
    Setiap apa yang saya beritahu saya buat ini, saya buat itu, tidak bermakna apa apa sebenarnya.
    Seperti saya telah katakan lama dulu, saya hanya menulis di sini.
    Terima kasih Tun.
  71. sudin Apr 30,2015 8:31 PM
    Assalam….. Tun.
    Selagi tak kalah PM Najib tak boleh letak jawatan….
    Kerana Rosmah tidak akan membenarkan!!!
  72. mubarakchan Apr 30,2015 8:27 PM
    Tun
    The foreigners and myself perceive that Putrajaya has quietly adopted elements from the Ruler’s (1959-2015) Godless Ultra Communistic Political and Social System imposed on the citizens by Apparatchiks aka Meritocrats. This System is also known as the Singapore Model or authoritarian capitalism or benign dictatorship (no such thing) or rich Cuba without the havanas but the bananas.

    The late Ruler specially created this System to maintain his Power and weaken the financial well-being of the citizens so that they could not robustly oppose him. Smart. Russia and China adopted the Singapore Model because it suits them to climb down from the greasy Communistic pole of no return. No democratic country has adopted this System because it means robbing Peter (citizen) to pay Paul (Putrajaya) with a myriad of taxes. It is an absurd move anyway – to revert from Democracy to Communism. But our beloved Malaysia is now 50% Capitalist and 50% Communist without anyone informing the Rakyat !

    Our System is diametrically opposed to the Singapore Model. It is Free Malaysian Style Democracy with Open Capitalistic and Malay Characteristics. The insertion of elements from the Singapore Godless Ultra Communistic System into the Malaysian Democratic System is bound to fail. Hence, the present conundrum which is not between personalities or the young and the old but the failure to fit a Communistic central command element has played havoc with our once democratic seamless nexus between establilshed iconic institutions because we do not have a Dictator to micro-manage everything. That was the Ruler’s (1959-2015) life-time job in a tiny place to the very end.

    Because there has been a change of our tested and reliable Political System without informing the Rakyat, it is only DEMOCRATIC to permit our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad to explain to all the Malaysians and the UMNO members what has happened after great dislocation of human resources and assets was seen to be dysfunctinal since 2003 !
    With the signing of the TPPA soon, our beloved Malaysia reverts back to the pre-Merdeka period again after all the tough work achieved by our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad and his distinguished predecessors. Our beloved Malaysia will once again be a Colony of Singapore. Singapore lives ! Malaysia dies !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi

Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa - Najib   Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini. Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

"Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian," katanya.

"Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam...tapi kita berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut," katanya.

Najib berkata dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.

"Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.
 "Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya," katanya.
 

Najib bagaikan Ayam JANTAN 

 

Related image
Bukan main lagi kokoknya....
Ayam jantan, sifatnya berlagak, ego dan sentiasa menunjuk gagah, lebih-lebih lagi jika hendak memikat si ayam betina! Dengan bulunya yang berwarna warni, dengan megah dan gagah ia akan berkokok ke serata alam. Namun, demikian gagah, megah dan cantiknya si ayam jantan, ekornya meleret dan ada kalanya “menyapu” tahi yang diberaknya sendiri.

Peribahasa ini dianalogikan kepada mereka yang megah dan berlagak tetapi dalam masa yang sama sahsiah dan peribadi atau kelakuannya tidaklah semegah dan selagak dengan kecantikan luarannya itu.
Politik orang Melayu-Islam negara pada hari ini cukup bercelaru dan kelam-kabut, keluh-kesah dan gelisah seolah-olah tercabut daripada akar prinsip dan jati diri. Ya, politik yang tercabut daripada akar agama Islam.
Sudahlah pergaduhan dan perkelahian sesama ahli dalam parti tidak pernah sudah-sudah, perkelahian dan pergaduhan ini berlanjutan dengan orang seagama, sebangsa dan senegara. Politik diletakkan di puncak bagaikan itulah segala-galanya dalam hidup ini tanpa memikirkan balasan di akhirat.
Lebih mengecewakan, sekalipun berdiri atas nama Islam, Islam itu hanya tinggal nama kerana sepak terajang, bertegang urat dan berkelahinya mereka sama sekali tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.
Mereka berkokok bercakap tentang rakyat bawahan yang perlu bersatu-padu, berbuat baik, kebajikan, jujur, amanah, dan seumpamanya, namun ironinya merekalah yang bergaduh tidak habis-habis.
Mereka sendiri tidak boleh menjadi contoh yang baik agar diteladani oleh rakyat. Mereka hanya pandai bercakap tetapi akhlak mereka cukup teruk dan memalukan malah sentiasa mengambil tindakan-tindakan yang memualkan. Mereka tidak ubah ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi!




AMUKAMelayu - Apabila JUAK menjadi RAJA, tiada yang berani untuk MENDERHAKA.....kerana hidup dan KUASA bagaikan RAJA, berSULTAN di mata BERAJA dihati..................
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau dilantik Umno dan dipilih rakyat untuk memimpin mereka, dan tiba masanya Dr Mahathir membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-generasi-seterusnya-tadbir-negara-kata-najib-ke-dr-mahathir#sthash.UZbIUjqd.dpuf