Bila Anak Najib Buat Lawak ......
OLAK LEMPIT - Khamis 27 Syawal 1436H, dah jemu tengok TV......kalu TV3....dari awal kalu dia cerita pasal PM....maka semuanya okeylah.....semuanya baik......kalu 501 adalah sedikit menceritakan perihal sesuatu perkara itu dan kita perlu buat penilaian sendiri. Sebenarnya rakyat sudah tak kesah dengan semua ini.....tp penurunan ringgit nampaknya ada impak pada perbualan rakyat.
Najib nampaknya masih menjadi PUJAAN RAKYAT dan menduduki carta teratas dalam gossip kedai kopi.......komen anak tiri Bini Pak dia dalam beberapa hari ni banyak mengejutkan nitizen dan ada yang bertanya "ni anak yang mana.....ada ibu lain ka?"......mai la kita tengok apa yg penulis coopy 100% dari beberapa blog......meluat!!!!!!!!!!!!!.......jangan ludah atas laptop pulak....
Ini betul punya cerita, tak tipu sikit pun.Tadi petang saya lepak jap kat warung kampung sambil jengok2 berita online melalui tab. Laju jer saya scan tajuk2 mencari berita yang menarik, selalunya baca tajuk jer dah boleh agak apa isinya.
Tetiba saya terpaku dengan satu tajuk yang tak pernah disangka boleh keluar !
Serangan kepada ayah boleh buat rakyat derita
Wooooo ! Apahal ni ? Siapa mamat ni ? Siapa pula ayahnya yang boleh beri impak sebegitu kepada rakyat ?
OMG ! Anak Najib rupanya !
Woooit, wakpe mu senyum sorang2 ? tegur salah sorang rakan yang lepak sama.
Ni haaa..... sambil saya pas tab pada rakan tadi..
Sinar |
Anak Najib
KAHKAKAHKAHKahkahkahkah ............ spontan member tadi gelak ..
Wakpe ? Wakpe ? Yang lain pula menyampuk, minat nak join gossip.
Tak semena2 riuh satu warung bunyi orang ketawa sakan !
Memang teruklah Najib kena kutuk lepas tu. Serius ni ! Berlaku petang tadi.
Tak lama lepas tu, sekali lagi warung itu bergema dengan gelak tawa diikuti sekali lagi sesi mengutuk Najib bila saya tunjuk pula satu lagi artikel berkaitan -
Serangan ke atas bapa saya boleh rugikan negara, kata anak Najib
astroawani |
Anak Najib Diminta Nasihati Bapanya Oleh Netizens
Hingga saat ini telah terdapat lebih dari 3,000 komen dalam laman Facebook AstroAwani bila mereka menyiarkan laporan yang mengatakan Anak Najib minta serangan terhadap bapanya dihentikan..
Semuanya hampir sama nadanya dan kebanyakkannya meminta anak Najib itu menasihatkan bapanya supaya meletak jawatan bagi mengelakkan negara terus mengalami kerugian..
Ini laporan Astro Awani..
Anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta serangan bertalu-talu yang dilemparkan terhadap bapanya dihentikan segera kerana ia akan menyebabkan negara sendiri terkorban.
Menganggapnya sebagai serangan peribadi, Mohd Nazifuddin Najib berkata, tuduhan itu bukan saja memberi kesan kepada bapanya, tetapi akan menyeksa rakyat dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan.
"Ketiadaan kepercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Ini kerana pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilaporkan Utusan
https://youtu.be/NJ2tUVt9_1g
https://youtu.be/NJ2tUVt9_1g?t=2m51s
Ini jawapan Netizens..
Mana Cybertrooper UMNO yang suatu masa dulu Najib labelkan sebagai 'Bangang' tu
UMNO BAHAGIAN MENGAMPU
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan mendesak Timbalan Presiden parti TSMY berundur kerana telah banyak mengkritik YAB Presiden UMNO.
Ehhh! Jap. Suara dari SELANGOR?
Hmm...mabuk ke depa ni?
Negeri sendiri dah jadi negeri PAKATAN la Jamal oii. TSMY ke Pengerusi
PRU13 Selangor? Kau orang semuanya tidur lagi. Pakatan semakin kuat di
Selangor. Tu pun tak paham kah?
PenDEDAHan ini sahaja sudah CUKUP mengGUSARkan seluruh JENTERA UMNO
tetapi masih ada yang BANGANG cuba menutup NAJIS DINOSOR dengan DAUN
PANDAN..
Ada jugak yang tahap BANGANG sehingga menyamakan bahawa WANG ini
seumpama KHAIRAT keMATIan.. Mungkin untuk BELANJA menguburkan UMNO untuk
seLAMA-LAMAnya?
Yang NYATAnya, RAMAI yang GELISAH dengan keKORUPan tahap terTINGGI yang pernah diSAKSIkan oleh NEGARA ini.. Sedangkan WANG terSEBUT adalah 2 kali GANDA mengatasi DERMA untuk perBELANJAan KEMPEN PRESIDEN Obama sendiri.. Apakah kita berBANGGA dengan keKORUPan sedemikian RUPA? Sudah tentu DS Najib jugak kePANASan dengan penDEDAHan ini..
Maka dengan KUASA yang ada, diKERAHkan pulak POLIS untuk menahan mereka
yang diKATAkan cuba berKONSPIRASI terhadapnya.. KONSPIRASI apanya kalau
WANG masuk AKAUN sendiri?
Tentunya Zeti akan menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit yang dilihat menjunam dan terus menjunam..!
Tak
payah dengar la cakap Menteri pengampu dan Menteri yang seronok dengan
kejatuhan nilai ringgit..! Rakyat mahu dengar dari mereka yang layak dan
bertanggungjawab dengan kelangsungan nilai hidup rakyat..!
Rakyat mahu solution..! Jalan keluar dari kemelut yang melanda..!
Zeti dan BNM pun pasti boleh jelaskan apakah ada pelanggaran dalam Akta Bank Negara terhadap transaksi duit derma 2.6 bilion tu..!
Kenyataan rasmi BNM...bukan kenyataan syok sendiri...kenyataan membela diri!

Dua pemimpin Pemuda Umno Johor letak jawatan
Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin
Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor
meletak jawatan mereka hari ini.
Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".
Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.
Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.
"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.
Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala "pembela rakyat" akan dipecat.
Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.
"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.
Sementara itu Saiful Zakry berkata dia "malu" dengan tindakan segelintir pemimpin Umno yang bermuka-muka.
"Saya juga berasa malu apabila hendak menjawab soalan-soalan daripada akar umbi tentang tindakan tersebut.
"Dan dikalangan rakan-rakan pembangkang pula, (mereka) memulangkan paku buah keras kepada kami ahli Umno," katanya.
Perkembangan itu bukanlah yang pertama sejak Najib menyingkirkan Muhyiddin.
Semalam Pemuda Umno Labis mengeluarkan kenyataan menuntut Najib mengambil cuti sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.
Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

ADIK DOK CAMDEK NAJIB ABDUL RAZAK?
Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.
Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.
Sebelum ini, pemindahan dua pegawai kanan SPRM, Bahri dan Rohaizad ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengundang tanya tanya pelbagai pihak.
Muat naik itu menerima pelbagai komen daripada pengikut Instagram Nazir.
Sementara itu, Abu Kassim pula selesai menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sedang dalam cuti sakit.
Tempat beliau dipangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali sehingga Abu Kassim kembali bertugas. - AWANI
Musa Hassan - Najib dan Menteri Perkudakan Polis........
Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.
“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.
“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.
“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.
Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.
“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.
“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.
“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.
“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.
Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.
“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Dilema menjadi anak Perdana Menteri Malaysia - Diluah Mati Emak Ditelan
Mati Bapak
Terdapat ramai di kalangan belia yang bergelar jutawan di usia yang muda
, sekadar menyebut beberapa nama, mereka ialah Irfan Khairi, Taek Jho
Low, Linda Onn , Philip Lau , Ganesh Kumar Bangah dan Joey Yap.
sumber : BusinessAsiaOne
JUJUR - Mohd, Nazirfuddin adalah anak mak dulu
Ada yang mudah bergelar jutawan disebabkan berasal dari keluarga yang
berpengaruh, jadi 'network' untuk perniagaan telah sedia wujud,peluang2
telah ada di depan mata tambahan lagi dengan keyakinan bank untuk
memberi pinjaman bagi pembelian saham dan syarikat2 rakan niaga untuk
melabur disebabkan pengaruh ini . Mereka yang bermula dari 'zero' pula
terpaksa membina 'network' perniagaan dan terpaksa melalui lebih banyak
kesukaran.
Sekiranya anak seseorang yang sangat berpengaruh/kaya raya cuba melalui
proses yang dilalui oleh orang kebanyakkan dengan menghantar 'resume'
untuk meminta kerja di sesebuah syarikat, pasti persoalan yang timbul
adakah mereka ini akan dilayan seperti calon2 lain ? Tentu tidak , malah
sebaliknya mungkin di 'offer' untuk satu posisi yang lebih penting
dalam syarikat atau ditawar untuk mempunyai syarikat sendiri. Secara
logiknya ,pengarah2 syarikat berkenaan pasti menganggap itu adalah
peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan mereka kerana hubungan2
dgn orang2 berpengaruh , kenamaan adalah amat penting dalam strategi
dunia perniagaan. Jadi tidak menghairankan kenapa anak2 orang yang
berpengaruh dan kaya raya ini mudah untuk menjadi pengarah dan mempunyai
syer dalam syarikat pada usia yang muda.
Contoh mudah ialah Taek Jho Low yang di lantik sebagai Non Executive
Director dalam UBG Berhad, Loh & Loh Corporation dan Putrajaya
Perdana Berhad . Kes yang serupa berlaku pada anak lelaki PM iaitu Mohd
Nazifuddin yang dilantik sebagai Non Executive Director dalam Harvest
Courts Industries Sdn Bhd. selain mempunyai kepentingan dalam beberapa
buah syarikat yang lain.
Apa yang menarik mungkin disebabkan Mohd Nazifuddin mempunyai status
sebagai anak Perdana Menteri Malaysia , maka puak2 dari PR telah
memainkan isu ini dan menyebarkan kepada rakyat seolah-olah ia sesuatu
yang amat pelik. Apakah mereka mengharapkan anak2 PM hanya duduk di
rumah , main games , tengok tv, makan , tido ? dan adakah puak2 PR ini
mengharapkan sekiranya anak2 PM nak kerja , mereka hanya layak jadi
Operator Pengeluaran, Kerani,Jurutera, Technician, Doctor.. etc ..
persoalannya syarikat mana yang sanggup ambil mereka untuk buat2 kerja2
seperti itu kerana ini melibatkan reputasi syarikat. Adakah Pengarah
syarikat akan berkata "Anak PM kita kerja kat company I jadi engineer , I
bagi dia gaji RM3000 sebulan.." , duhhhh ??? Jadi semuanya serba tak
kena!
Beberapa hari lepas saham Harvest Courts Industries Sdn Bhd telah jatuh
merudum dengan teruk sekali akibat isu2 yang dimainkan oleh juak2 PR.
sumber . Mungkin untuk tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan memberi
kesan pada imej Dato Seri Najib , Mohd Nazifuddin mengumumkan
perletakkan jawatannya semalam selepas 25 hari dilantik sebagai Non
Executive Director dalam Harvest Courts Industries Sdn Bhd. Walau
bagaimanapun , beliau masih lagi mempunyai share di dalam syarikat. Pagi
ini selepas pengumuman perletakan jawatan Mohd Nazifuddin , nilai
pasaran saham syarikat terus meningkat setelah mengalami kejatuhan
beberapa hari yang lepas
Nazifuddin anak Yang Baik Perlu Belajar Dengan Pak Usu Nazir
by MegaBidaman
Dalam usaha Perdana Menteri, DS Najib Razak cuba membentuk satu
pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah dan bebas kronisma, masih ada
lagi dikalangan ‘inner-circle’ atau mereka yang rapat dengan beliau
menjual namanya untuk memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu
terutamanya dalam perniagaan. Kadang-kadang, pegawai –pegawai yang
bertanggungjawab dalam sesebuah syarikat sedar bahawa mereka sedang
berurusan dengan individu yang ada kaitan secara langsung dengan Perdana
Menteri Malaysia.
BAIK - Nampak macam anak Abah....ada imbas TUN ABD. RAZAK
Pegawai-pegawai ini berada dalam dilemma dan teragak-agak dalam membuat
keputusan apabila individu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
Perdana Menteri mula ‘menjual’ nama Najib Razak dan akhirnya terpaksa
bersetuju untuk bekerjasama dengan individu berkenaan. Natijahnya,
Najib Razak sendiri akan mendapat nama buruk dek kerana tindakan
‘inner-circle’ beliau yang gemar menjaja namanya bagi memperoleh
kepentingan tertentu. Apabila dikatakan ‘inner-circle’ ia terdiri
daripada rakan-rakan karib, penasihat dan ahli keluarga .
Pada penulis factor ‘rakan karib PM’ sukar untuk dijadikan modal oleh
individu yang mahu ‘menjaja’ keakraban beliau dengan PM bagi memperoleh
kepentingan-kepentingan tertentu. Semua orang boleh mengaku mereka
rapat dengan PM . Oleh yang demikian, factor ‘rakan karib PM’ bukanlah
satu factor kuat yang boleh mempengaruhi mana-mana rundingan dalam
perniagaan. Namun sekiranya ‘rakan karib PM’ itu juga mempunyai status
‘penasihat’ maka keadaan ini berubah , keputusan-keputusan yang dibuat
adalah berdasarkan pandangan ‘penasihat PM’ walaupun rundingan
perniagaan itu tidak ada kena mengena dengan PM.
Selain itu, satu lagi factor yang mempunyai impak yang agak besar ialah
dari mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri.
Hanya dengan status pertalian darah ini, aura Perdana Menteri secara
tidak langsung membayangi individu yang berurusan perniagaan dengan
syarikat-syarikat tertentu. Walau pun kenyataan dibuat adalah pandangan
sendiri, akan tetap wujud rasa hormat kerana individu itu ada pertalian
darah dengan Perdana Menteri , misalnya Nazir Razak (Pengarah Urusan
CIMB Group) .
Mungkin wujud laluan mudah untuk syarikat CIMB Group untuk berkembang di
Malaysia dan luar Negara kerana status pertalian darah Pengarah Urusan
nya dengan Perdana Menteri Malaysia. Namun itu hanyalah factor sampingan
kerana Nazir Razak diakui mempunyai karisma tersendiri sebagai seorang
ahli perniagaan berjaya sebelum Najib Razak dilantik menjadi PM lagi.
Tetapi apa pula pandangan masyarakat bagi individu yang mempunyai
pertalian darah dengan PM , agak muda tetapi mempunyai pelbagai
kepentingan dalam beberapa syarikat ? Penulis merujuk kepada anak PM
iaitu Mohd Nazifuddin.
Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel member pandangan
mengenai dilemma menjadi anak Perdana Menteri (klik sini). Asas dalam
membina sesebuah empayar perniagaan adalah ‘network’ . Bagi seorang yang
berstatus anak kepada Perdana Menteri , beliau tidak akan mempunyai
masalah dalam mencari ‘network’ , malah ‘network’ ini yang akan mencari
beliau. Mohd Nazifuddin tak terkecuali dalam mengalami dilemma ini,
penglibatan beliau dalam perniagaan mendapat kritikan beberapa individu
dalam dunia korporat dan ahli-ahli politik pembangkang. Pada satu
ketika, Nazifuddin dikritik hebat apabila beliau yang dilantik menjadi
Non-Executive Director untuk Harvest Court Industries Bhd menyebabkan
saham syarikat itu tiba-tiba meningkat secara mendadak kepada 2,500
peratus (14 Nov 2011) daripada 3 sen yang dicatatkan sejak 13 Oct 2011.
Peningkatan secara mendadak ini mengundang pelbagai persepsi malah ada
yang menganggap Nazifuddin menggunakan pengaruh Najib untuk memanipulasi
pasaran saham. Bursa Malaysia kemudian meletakkan saham syarikat itu
sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan.
Selepas mengalami peningkatan secara mendadak, saham syarikat itu mulai
jatuh apabila peningkatan sebelum itu menjadi buah mulut orang ramai
yang percaya ia ada hubung kait dengan perlantikan anak PM sebagai non
Executive Director syarikat. Pembangkang tak lepaskan peluang keemasan
ini untuk menghentam teruk Perdana Menteri.
Penulis berpendapat, tidak salah untuk anak-anak PM terlibat dalam dunia
korporat dan perniagaan . Namun, mereka harus sedar segala keputusan
dan tindak tanduk mereka dalam dunia perniagaan diperhatikan . Ahli-ahli
perniagaan ini akan bercakap sesama sendiri sekiranya anak-anak PM ini
‘menjaja’ nama bapa mereka bagi memperoleh keuntungan atau satu
keistimewaan dalam perniagaan yang diceburi. Hakikatnya, anak-anak
Perdana Menteri akan lebih di hormati sekiranya mereka turut bersaing
secara adil dalam dunia korporat tanpa menggunakan pengaruh bapa mereka .
Pakcik mereka, Nazir Razak mampu melakukannya dan kini dia merupakan
antara tokoh korporat yang dihormati di Asia.
Penulis sebenarnya bimbang dengan persepsi masyarakat apabila
cerita-cerita khabar angin dalam dunia korporat tersebar kononnya
Nazifuddin menggunakan pengaruh PM bagi memperoleh kepentingan tertentu.
Masakan tiada angin jika pokok bergoyang ? Mereka yang teguh menyokong
PM Najib Razak tidak mahu hal sebegini menjejaskan imej beliau.
Nazifuddin juga seharusnya sedar beliau berada di bawah mikroskop dunia
korporat kerana status sebagai anak PM itu . Sedikit kesilapan pasti
turut menjadi ancaman kepada imej PM Najib Razak yang mahu negara bebas
rasuah dan amalan kronisma. Jangan disebabkan kealpaan dalam mengejar
status dalam dunia perniagaan, imej ayahanda dirosakkan
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
apa Status Wanita UMNO Pasir Gudang Yang Serah Memo Kepada Najib, Apakah Tindakan Disiplin Akan Menyusul?
Laporan mengenai '107 Cawangan Umno dari Bahagian Pasir Gudang minta Najib berehat dari jawatan' telah disiarkan oleh Malaysia Gazette semalam.. tapi hari dah tak ada..
Walaupun begitu ianya telah disiarkan kembali oleh beberapa buah Blog samada Pro UMNO mahupun Pro Pembangkang dan juga laman Facebook.
Wanita Umno Pasir Gudang dari Cawangan Mawar yang menyerahkan memorandum kepada Najib yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, hari ini dilaporkan mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.
Berikut adalah laporannya..
JOHOR BAHRU, 10 Ogos: Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli Wanita Umno Pasir Gudang yang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, semalam.
Difahamkan, Wanita Umno berkenaan yang juga pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor yang bertugas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.
Kerusi DUN Permas dipegang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga ketua bahagian Pasir Gudang. Gambar Norwati bersama memorandum, yang dikatakan disokong oleh 107 ketua cawangan Umno, dari bahagian Pasir Gudang, disebar di Facebook, sejak lewat petang semalam.
Memorandum yang mempunyai 12 usul itu antaranya, meminta Najib berehat dari jawatan, diserahkan secara peribadi kepada presiden Umno selepas beliau merasmikan mesyuarat bahagian Pasir Gudang, semalam.
Sumber yang dekat dengan JASA berkata, mengikut peraturan, pegawai berkenaan mungkin berdepan dengan tindakan disiplin dan tatatertib susulan tindakan beliau.
“Sebagai pegawai kerajaan di agensi penerangan, penglibatan beliau dalam parti politik perlu mendapat kebenaran dari ketua pengarah jabatan,” kata sumber kepada The Rakyat Post.
Sumber mendedahkan pegawai yang mempunyai 10 tahun pengalaman bersama jabatan sepatutnya faham dengan tatakelakuan sebagai penjawat awam di mana beliau turut berurusan dengan Najib, bukan sahaja presiden Umno tetapi juga perdana menteri negara.
“Kami masih menunggu arahan dari ibu pejabat sekiranya siasatan akan dibuat ke atas pegawai berkenaan,” katanya.
Terdahulu, dalam majlis berbeza, setiausaha Umno Johor, Md Jais Sarday berkata, beliau tidak nampak apa-apa masalah untuk ahli parti menyerahkan memorandum kepada pemimpin tertinggi.
“Saya percaya, ahli parti mempunyai hak untuk berbuat demikian,” katanya selepas melancarkan resepsi Aidilfitri Jbiotech UTM-MTDC di Skudai, hari ini.
Namun, Jais mempertahankan prinsip Umno Johor supaya setia kepada presiden parti seperti yang disebut oleh ketua jawatankuasa perhubungan negeri, Khaled.
Sementara itu ketika dihubungi, jurucakap pejabat Umno Johor berkata, mereka akan menyiasat dakwaan sekiranya ada ahli jawatankuasa Bahagian Pasir Gudang yang bertindak di luar peraturan parti, semalam lapor The Rakyat Post
Serah memorandum pun nak dikenakan tindakan?.. bagus..
Berikut adalah laporan dari Malaysia Gazette mengenai insiden tersebut..
Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.
"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.
"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya ~ MalaysiaGazette
Selepas
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua
pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan
secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu
dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu
boleh dirasai di mana-mana.
Sama
ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan
atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu
benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah
tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang
tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai
tidak wajar sama sekali.
Kata
Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa
institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan
peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini bahawa kebenaran
mestilah dipertahankan.
"Saya
akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai
membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.
Serentak
dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika
kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.
Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!
Selepas
Muhyiddin dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh
Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ
barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.
Seolah-olah
menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta
menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain
yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini
segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.
Tetapi,
sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ
daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus
disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi
gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.
Kiranya
KJ dipecat juga, maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya
suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau
cuba menafikan hakikat itu.
Selain
KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan
pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.
Katanya,
walaupun pertukaran itu digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi
ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai
suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor
menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.
"SPRM
adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara
bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara
dalaman," tegasnya.
Beriringan
dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan
Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu
dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas
seperti biasa.
Johan
Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan
lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak
syak wasangka serta teori konspirasi".
Johan
adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk
didalamnya stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan
yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini,
beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak
diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.
Dengan
sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad
Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini
seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan
terhadap mereka.
Mereka
tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu,
malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih
merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran
selama ini. Di JPM nanti, bukan saja tiada tugas khusus, bahkan tidak
mustahil tiada kerusi meja pun disediakan kepada mereka.
Melalui
tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM
terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ
dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar
kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga
memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.
Tindakan yang sama juga pastinya merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.
Jika
Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran
tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut
tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang
bermakna untuk kita semua.
Dr Mahathir - Najib Perlu Di Singkirkan untuk selesaikan krisis negara
Jalan paling mudah untuk menyelesaikan krisis negara ketika ini adalah
dengan menyingkirkan individu yang menjadi punca kepada masalah tersebut
iaitu Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir tidak mengatakan secara spesifik individu dimaksudkannya,
bagaimanapun diketahui umum beliau paling lantang mengkritik Najib dalam
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pernah menggesa peletakan
jawatannya.
"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.
"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan,"
katanya semasa dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang.
Namun, Dr Mahathir berkata tidak mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan pemimpin nombor satu negara itu.
"Masalahnya bagaimana nak lakukan? Bahagian itu saya tidak ada jawapan lagi," katanya.
Dr Mahathir semasa sesi soal jawab juga mempertikaikan kepimpinan negara
yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai dengan mengaitkan
dengan skandal RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib.
"Apa pendapat anda? Adakah pemimpin sedia ada memberikan contoh yang
baik apabila pemimpin kita sendiri mencuri RM2.6 bilion?" soalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, menggunakan kaedah ganas bukan jalan
terbaik menyingkirkan Najib tetapi tiba masanya orang ramai
memberitahunya sampai masanya untuk beliau letak jawatan.
"Kita perlu mengambil tindakan tapi bukan secara ganas, tapi kita perlu
(beritahu) tiba masanya untuk kamu pergi (letak jawatan)," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini pengkritik lantang terhadap pentadbiran Najib,
khususnya dalam isu membabitkan 1MDB yang terpalit dengan banyak skandal
kewangan.
Beliau juga sebelum ini pernah menggesa supaya Najib melepaskan
jawatannya, namun sebaliknya berlaku apabila Najib memecat Tan Sri
Muhyiddin Yassin daripada Kabinet dan menteri lain yang tidak sehaluan
dengan pendiriannya dalam isu 1MDB.
Mengenai calon pengganti Najib, Dr Mahathir berkata, tidak semestinya
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu dilantik timbalan perdana
menteri akan naik menjadi pengganti, tetapi sebaliknya ia mesti
diputuskan parti sendiri.
"Itu untuk Umno buat keputusan, bukan sahaja untuk Zahid yang buat keputusan ataupun Najib buat keputusan.
"Umno perlu buat keputusan. Sebab Umno masih ada timbalan presiden yang
dipilih, Zahid tidak terpilih menjadi timbalan," katanya.
Beliau sebaliknya mengatakan supaya tunggu sehingga Umno membuat
keputusan terlebih dahulu dalam mencari pengganti Najib jika berlaku
peletakan jawatan perdana menteri.
"Jadi kita kena tunggu, apa keputusan Umno nak buat," katanyaAMUKANMelayu - UMNO akan HANCUR jika Najib tidak di turunkan segera......
Selepas
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua
pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan
secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu
dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu
boleh dirasai di mana-mana.
Sama
ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan
atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu
benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah
tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang
tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai
tidak wajar sama sekali.
Kata
Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa
institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan
peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini bahawa kebenaran
mestilah dipertahankan.
"Saya
akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai
membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.
Serentak
dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika
kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.
Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!
Selepas
Muhyiddin dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh
Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ
barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.
Seolah-olah
menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta
menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain
yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini
segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.
Tetapi,
sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ
daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus
disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi
gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.
Kiranya
KJ dipecat juga, maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya
suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau
cuba menafikan hakikat itu.
Selain
KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan
pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.
Katanya,
walaupun pertukaran itu digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi
ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai
suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor
menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.
"SPRM
adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara
bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara
dalaman," tegasnya.
Beriringan
dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan
Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu
dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas
seperti biasa.
Johan
Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan
lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak
syak wasangka serta teori konspirasi".
Johan
adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk
didalamnya stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan
yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini,
beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak
diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.
Dengan
sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad
Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini
seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan
terhadap mereka.
Mereka
tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu,
malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih
merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran
selama ini. Di JPM nanti, bukan saja tiada tugas khusus, bahkan tidak
mustahil tiada kerusi meja pun disediakan kepada mereka.
Melalui
tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM
terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ
dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar
kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga
memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.
Tindakan yang sama juga pastinya merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.
Jika
Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran
tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut
tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang
bermakna untuk kita semua.
Dilema menjadi anak
Perdana Menteri Malaysia - Diluah Mati Emak Ditelan Mati Bapak
Terdapat ramai di kalangan belia yang bergelar jutawan di usia yang muda
, sekadar menyebut beberapa nama, mereka ialah Irfan Khairi, Taek Jho
Low, Linda Onn , Philip Lau , Ganesh Kumar Bangah dan Joey Yap.
sumber : BusinessAsiaOne
JUJUR - Mohd, Nazirfuddin adalah anak mak dulu
Ada yang mudah bergelar jutawan disebabkan berasal dari keluarga yang
berpengaruh, jadi 'network' untuk perniagaan telah sedia wujud,peluang2
telah ada di depan mata tambahan lagi dengan keyakinan bank untuk
memberi pinjaman bagi pembelian saham dan syarikat2 rakan niaga untuk
melabur disebabkan pengaruh ini . Mereka yang bermula dari 'zero' pula
terpaksa membina 'network' perniagaan dan terpaksa melalui lebih banyak
kesukaran.
Sekiranya anak seseorang yang sangat berpengaruh/kaya raya cuba melalui
proses yang dilalui oleh orang kebanyakkan dengan menghantar 'resume'
untuk meminta kerja di sesebuah syarikat, pasti persoalan yang timbul
adakah mereka ini akan dilayan seperti calon2 lain ? Tentu tidak , malah
sebaliknya mungkin di 'offer' untuk satu posisi yang lebih penting
dalam syarikat atau ditawar untuk mempunyai syarikat sendiri. Secara
logiknya ,pengarah2 syarikat berkenaan pasti menganggap itu adalah
peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan mereka kerana hubungan2
dgn orang2 berpengaruh , kenamaan adalah amat penting dalam strategi
dunia perniagaan. Jadi tidak menghairankan kenapa anak2 orang yang
berpengaruh dan kaya raya ini mudah untuk menjadi pengarah dan mempunyai
syer dalam syarikat pada usia yang muda.
Contoh mudah ialah Taek Jho Low yang di lantik sebagai Non Executive
Director dalam UBG Berhad, Loh & Loh Corporation dan Putrajaya
Perdana Berhad . Kes yang serupa berlaku pada anak lelaki PM iaitu Mohd
Nazifuddin yang dilantik sebagai Non Executive Director dalam Harvest
Courts Industries Sdn Bhd. selain mempunyai kepentingan dalam beberapa
buah syarikat yang lain.
Apa yang menarik mungkin disebabkan Mohd Nazifuddin mempunyai status
sebagai anak Perdana Menteri Malaysia , maka puak2 dari PR telah
memainkan isu ini dan menyebarkan kepada rakyat seolah-olah ia sesuatu
yang amat pelik. Apakah mereka mengharapkan anak2 PM hanya duduk di
rumah , main games , tengok tv, makan , tido ? dan adakah puak2 PR ini
mengharapkan sekiranya anak2 PM nak kerja , mereka hanya layak jadi
Operator Pengeluaran, Kerani,Jurutera, Technician, Doctor.. etc ..
persoalannya syarikat mana yang sanggup ambil mereka untuk buat2 kerja2
seperti itu kerana ini melibatkan reputasi syarikat. Adakah Pengarah
syarikat akan berkata "Anak PM kita kerja kat company I jadi engineer , I
bagi dia gaji RM3000 sebulan.." , duhhhh ??? Jadi semuanya serba tak
kena!
Beberapa hari lepas saham Harvest Courts Industries Sdn Bhd telah jatuh
merudum dengan teruk sekali akibat isu2 yang dimainkan oleh juak2 PR.
sumber . Mungkin untuk tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan memberi
kesan pada imej Dato Seri Najib , Mohd Nazifuddin mengumumkan
perletakkan jawatannya semalam selepas 25 hari dilantik sebagai Non
Executive Director dalam Harvest Courts Industries Sdn Bhd. Walau
bagaimanapun , beliau masih lagi mempunyai share di dalam syarikat. Pagi
ini selepas pengumuman perletakan jawatan Mohd Nazifuddin , nilai
pasaran saham syarikat terus meningkat setelah mengalami kejatuhan
beberapa hari yang lepas
Nazifuddin anak Yang Baik Perlu Belajar Dengan Pak Usu Nazir
by MegaBidaman
Dalam usaha Perdana Menteri, DS Najib Razak cuba membentuk satu
pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah dan bebas kronisma, masih ada
lagi dikalangan ‘inner-circle’ atau mereka yang rapat dengan beliau
menjual namanya untuk memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu
terutamanya dalam perniagaan. Kadang-kadang, pegawai –pegawai yang
bertanggungjawab dalam sesebuah syarikat sedar bahawa mereka sedang
berurusan dengan individu yang ada kaitan secara langsung dengan Perdana
Menteri Malaysia.
BAIK - Nampak macam anak Abah....ada imbas TUN ABD. RAZAK
Pegawai-pegawai ini berada dalam dilemma dan teragak-agak dalam membuat
keputusan apabila individu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
Perdana Menteri mula ‘menjual’ nama Najib Razak dan akhirnya terpaksa
bersetuju untuk bekerjasama dengan individu berkenaan. Natijahnya,
Najib Razak sendiri akan mendapat nama buruk dek kerana tindakan
‘inner-circle’ beliau yang gemar menjaja namanya bagi memperoleh
kepentingan tertentu. Apabila dikatakan ‘inner-circle’ ia terdiri
daripada rakan-rakan karib, penasihat dan ahli keluarga .
Pada penulis factor ‘rakan karib PM’ sukar untuk dijadikan modal oleh
individu yang mahu ‘menjaja’ keakraban beliau dengan PM bagi memperoleh
kepentingan-kepentingan tertentu. Semua orang boleh mengaku mereka
rapat dengan PM . Oleh yang demikian, factor ‘rakan karib PM’ bukanlah
satu factor kuat yang boleh mempengaruhi mana-mana rundingan dalam
perniagaan. Namun sekiranya ‘rakan karib PM’ itu juga mempunyai status
‘penasihat’ maka keadaan ini berubah , keputusan-keputusan yang dibuat
adalah berdasarkan pandangan ‘penasihat PM’ walaupun rundingan
perniagaan itu tidak ada kena mengena dengan PM.
Selain itu, satu lagi factor yang mempunyai impak yang agak besar ialah
dari mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri.
Hanya dengan status pertalian darah ini, aura Perdana Menteri secara
tidak langsung membayangi individu yang berurusan perniagaan dengan
syarikat-syarikat tertentu. Walau pun kenyataan dibuat adalah pandangan
sendiri, akan tetap wujud rasa hormat kerana individu itu ada pertalian
darah dengan Perdana Menteri , misalnya Nazir Razak (Pengarah Urusan
CIMB Group) .
Mungkin wujud laluan mudah untuk syarikat CIMB Group untuk berkembang di
Malaysia dan luar Negara kerana status pertalian darah Pengarah Urusan
nya dengan Perdana Menteri Malaysia. Namun itu hanyalah factor sampingan
kerana Nazir Razak diakui mempunyai karisma tersendiri sebagai seorang
ahli perniagaan berjaya sebelum Najib Razak dilantik menjadi PM lagi.
Tetapi apa pula pandangan masyarakat bagi individu yang mempunyai
pertalian darah dengan PM , agak muda tetapi mempunyai pelbagai
kepentingan dalam beberapa syarikat ? Penulis merujuk kepada anak PM
iaitu Mohd Nazifuddin.
Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel member pandangan
mengenai dilemma menjadi anak Perdana Menteri (klik sini). Asas dalam
membina sesebuah empayar perniagaan adalah ‘network’ . Bagi seorang yang
berstatus anak kepada Perdana Menteri , beliau tidak akan mempunyai
masalah dalam mencari ‘network’ , malah ‘network’ ini yang akan mencari
beliau. Mohd Nazifuddin tak terkecuali dalam mengalami dilemma ini,
penglibatan beliau dalam perniagaan mendapat kritikan beberapa individu
dalam dunia korporat dan ahli-ahli politik pembangkang. Pada satu
ketika, Nazifuddin dikritik hebat apabila beliau yang dilantik menjadi
Non-Executive Director untuk Harvest Court Industries Bhd menyebabkan
saham syarikat itu tiba-tiba meningkat secara mendadak kepada 2,500
peratus (14 Nov 2011) daripada 3 sen yang dicatatkan sejak 13 Oct 2011.
Peningkatan secara mendadak ini mengundang pelbagai persepsi malah ada
yang menganggap Nazifuddin menggunakan pengaruh Najib untuk memanipulasi
pasaran saham. Bursa Malaysia kemudian meletakkan saham syarikat itu
sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan.
Selepas mengalami peningkatan secara mendadak, saham syarikat itu mulai
jatuh apabila peningkatan sebelum itu menjadi buah mulut orang ramai
yang percaya ia ada hubung kait dengan perlantikan anak PM sebagai non
Executive Director syarikat. Pembangkang tak lepaskan peluang keemasan
ini untuk menghentam teruk Perdana Menteri.
Penulis berpendapat, tidak salah untuk anak-anak PM terlibat dalam dunia
korporat dan perniagaan . Namun, mereka harus sedar segala keputusan
dan tindak tanduk mereka dalam dunia perniagaan diperhatikan . Ahli-ahli
perniagaan ini akan bercakap sesama sendiri sekiranya anak-anak PM ini
‘menjaja’ nama bapa mereka bagi memperoleh keuntungan atau satu
keistimewaan dalam perniagaan yang diceburi. Hakikatnya, anak-anak
Perdana Menteri akan lebih di hormati sekiranya mereka turut bersaing
secara adil dalam dunia korporat tanpa menggunakan pengaruh bapa mereka .
Pakcik mereka, Nazir Razak mampu melakukannya dan kini dia merupakan
antara tokoh korporat yang dihormati di Asia.
Penulis sebenarnya bimbang dengan persepsi masyarakat apabila
cerita-cerita khabar angin dalam dunia korporat tersebar kononnya
Nazifuddin menggunakan pengaruh PM bagi memperoleh kepentingan tertentu.
Masakan tiada angin jika pokok bergoyang ? Mereka yang teguh menyokong
PM Najib Razak tidak mahu hal sebegini menjejaskan imej beliau.
Nazifuddin juga seharusnya sedar beliau berada di bawah mikroskop dunia
korporat kerana status sebagai anak PM itu . Sedikit kesilapan pasti
turut menjadi ancaman kepada imej PM Najib Razak yang mahu negara bebas
rasuah dan amalan kronisma. Jangan disebabkan kealpaan dalam mengejar
status dalam dunia perniagaan, imej ayahanda dirosakkan.
AMUKANMELAYU - Saya doakan semuga Mohd. Nazifuddin akan mengantikan
Nenda Tun Abd. Razak yang banyak berjasa naik dengan KEMAMPUAN
SENDIRI.......tahniah kerana tak mahu di kaitkan dengan Abah......
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ