,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 18 August 2015

KERAJAAN DIKTATOR AKAN MEMBAWA SANG PENGUASA KE PENJARA



Tangkap Dr Mahathir dan Muhyiddin – Syed Rosli Jamalulail 

Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor

OLAK LEMPIT -  Selasa 3 Zulkaedah 1436H, mula main tuduh, sekarang ancam nak tangkap pulak....memang jelas nampak jelas, kelihatan jelas dan sudah terang lagi bersuluh. Apa yang di lakukan Najib kini nampak jelas PM Suamisteri ini dalam suasana yang tidak menentu. Fenomina SENYAP ibarat Api Dalam Sekam.  Sukar untuk di jelaskan dari 3.3 juta Ahli UMNO kini semuanya menjadi KELABU, Benar ahli ada 3.3 juta....tapi berapa orang yang masih BERSAMA Najib?

Cash is King mungkin bukan lagi penyelamat kepada kerier Politik Najib. "Beri kita ambil pangkah DACING tidak sekali"........kami bukan lagi rakyat yang bodoh......bualan kedai kopi sudah tidak lagi bersama UMNO. Hampir tiada lagi ahli UMNO yang berani buka mulut di Warung Kak Aisyah.......

Kata-kata Tun Mahathir bahawa "SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO" adalah betul... atau adakah POLITIK WANG yang beliau sendiri AKUI dan sukar untuk di hapuskan  masih SUBUR sehingga kini... atau pun ini semua adalah jalan bagi MEMUDAHKAN untuk UMNO TERKUBUR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 

Itu semua akan dijadikan oleh Rakyat sebagai PANDUAN dalam memilih Kerajaan dalam PRU14 nanti... cuma yang penulis risaukan ialah MENTALITI Orang Melayu yang MUDAH LUPA serta Kerja BODOH BIN BAHLUL yang kelihatan UMNO kini seperti KEMBAR kepada  Pakatan Rakyat (PR) terutama nya apabila menghampiri saat-saat dekat nya PRU berlangsung...perebutan hendak menjadi calon dan CAH KETING seakan sudah menkadi lumrah dalam UMNO kalau itu semua tidak  dapat diatasi rasa nya hanya Kuasa ALLAH SWT sahaja yang boleh MENENTUKAN untuk UMNO  MENDIRIKAN KERAJAAN selepas PRU14... wallahhuaklam.

PENDOKONG INSPIRASI NAJIB

Ketika Najib Makin Diasak, Projek Bodek, Puji Dan Puja Turut Juga Bermula 




Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman
KUALA LUMPUR - Tiada seorang pun daripada lima Perdana Menteri Malaysia yang memberikan perkhidmatan, bantuan, buah fikiran dan kerjasama yang lebih mantap melainkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demikian kata Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil menegaskan perkara itu adalah hakikat sebenar dan beliau mengatakan sedemikian bukan kerana ada agenda tertentu.



Nazri Aziz

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.

“Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.

“Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup,” katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.



  


Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya. 
“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya. 
“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma. 
“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan. 
“Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti. 
“Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video,” katanya dipetik sebagai berkata. 
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti. 
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu. 
“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi,” katanya kepada akhbar itu lapor The Malaysian Insider
Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah akan mempertahankan kerajaan Mohd Najib Razak sehingga ke titisan darah terakhir dan akan menjamin tidak akan berlaku rampas kerajaan dari belakang. Wah, hebat wong Jawa si Wak Jahid ini.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_we

 


tulah sebabnya mengapa berita tentang pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) Nur Jazlan Mohamed sebagai timbalan menteri dalam negeri, dan kenyataan susulannya bahawa pendengaran PAC berhubung isu 1MDB akan ditangguhkan sehingga Oktober ini, amat mengecewakan ramai. Seperti dijangka, kenyataan MP Pulai itu mencetuskan kemarahan ramai, daripada politikus hinggalah netizen. Mereka mempersoalkan sama ada pelantikan itu bermakna terhentinya siasatan PAC terhadap 1MDB. Menurut laporan Bernama, ahli kabinet yang baru dilantik itu telah berikrar akan membantu perdana menteri Najib Razak dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. “Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. “Saya juga akan membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri,” katanya seperti dipetik. Memang Nur Jazlan berhak menerima pelantikan itu, tetapi adakah ia satu tindakan yang betul? Sebelum ini, sikap Nur Jazlan yang tegas dalam mengetuai siasatan terhadap 1MDB telah menjadikannya semacam seorang wira, tetapi kini ramai yang tidak menganggapnya begitu lagi. Dengan menerima jawatan kementerian dan menangguhkan siasatan, Nur Jazlan telah mengabaikan siasatan PAC. Ia telah merosakkan harapan orang ramai yang mereka di belakang skandal 1MDB akan dihadapkan ke muka pengadilan. Jika Nur Jazlan benar-benar mahu membantu Najib, perkara terbaik yang boleh beliau lakukan adalah menolak jawatan tersebut, serta menggesa ahli PAC lain yang turut dilantik untuk membuat perkara yang sama. Beliau selaku ketua PAC sepatutnya meneruskan siasatan.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.

....terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan. 

Bukan ke PAC akan panggil Arul Kanda dan Shahrol minggu depan ?

Kemudian Peguam Negara juga ditukar .......

Begitu juga Bos Special Branch Dato Akhil Bulat .....

Adakah ini bermakna siasatan 1MDB akan ditunda ?

Dr M: Demokrasi sudah mati 

Add caption
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

“Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

“Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib,” kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Beliau melihat, Najib kini selamat daripada dituduh memperolehi dana secara haram, namun penjelasan perdana menteri berhubung perbelanjaan dan sumber wang tersebut masih disangsikan.

Beliau bimbang jika keadaan itu akan merosakkan sistem demokrasi yang memberi peluang sama rata kepada parti.

“Dakwaan beliau bahawa ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang tidak sepenuhnya benar... Dengan dana yang banyak, beliau boleh melakukan rasuah untuk menjamin kemenangan.

“Beliau juga boleh menggunakan dana itu untuk memanipulasi pilihan raya. Apa yang Najib buat ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Rakyat kini hilang pedoman,” katanya lagi.

Mahathir menjelaskan, beliau melihat bahawa Najib sejak awal lagi tidak selesa kerana tidak dapat mengawal pasukan petugas khas itu.

Sebab itulah Najib bertindak dengan menghentikan siasatan dan menghalang orang ramai daripada memperkatakan mengenai 1MDB, kata Mahathir lagi



OLAK LEMPIT - Selasa 3 Zulkaedah 1436H, riuh seluruh negara bila Zahid mengatakan ada GERAKAN untuk menjatuh Kerajaan,

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Shifo yang di DURHAKAI
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.




Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.

Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.

Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.

Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib. – 18 Ogos, 2015. TMI

* Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor.


 


MALAYSIA 2
1) Apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Kedaulatan undang-undang telah diperkotak katik sehingga rakyat seolah-olah tidak berkuasa untuk menegakkannya semula.
2) Ini kerana pemimpin yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek kepada proses perundangan. Beliau telah didakwa sebagai orang yang melanggar undang-undang. Oleh kerana tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang, seharusnya beliau perlu disiasat bagi menentukan sama ada benar beliau telah melanggar undang-undang atau sebaliknya.
3) Walaupun ini tidak pernah berlaku di Malaysia, perkara ini telah berlaku di kebanyakan negara, termasuk di negara Barat yg maju.
4) Mengimbas kembali kes Presiden Nixon dari Amerika Syarikat. Beliau telah mempergunakan pegawai kerajaan untuk mengintip pesaing politiknya. Ini telah dianggap sebagai salah guna kuasa di Amerika Syarikat.
5) Disebabkan itu beliau telah dicabar dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Naib Presiden mengambil alih dan pilihanraya diadakan. Naib Presiden memenangi jawatan tersebut. Masalah selesai.
6) Di negara lain, cara lebih ganas telah digunakan bagi menggulingkan seorang Presiden yang tidak popular, sama ada dipilih atau dikuasi tentera atau kumpulan politik berpengaruh.
7) Sekarang ini di Malaysia menolak cara ganas. Jadi, badan kerajaan dijangka akan melakukan penyiasatan dan mengenalpasti sama ada tuduhan terhadap PM benar atau tidak.
8) Institusi yang biasanya terlibat dengan hal seperti ini ialah pihak Polis. Institusi lain yang mempunyai kapasiti untuk menyiasat hal ini juga dijangka akan turut serta. Bagi kes yang melibatkan wang, Bank Negara dijangka akan melakukan penyiasatan dan laporan.
9) Kemudian suatu badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Kesemua ini ialah Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Sebagai tambahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dilibatkan.
10) Bagaimanapun mereka ini terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Oleh itu, Peguam Negara perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan undang-undang. Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes yang perlu diselesaikan, perlakuan jenayah terang-terangan sekalipun tidak akan dibicarakan di mahkamah.
11) Satu-satunya proses lain untuk memecat PM adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ini memerlukan majoriti mudah. Dengan kejatuhan PM, seluruh Kerajaan akan jatuh. Tetapi dengan keputusan majoriti di Parlimen, kerajaan baharu boleh ditubuhkan. Boleh jadi dari parti yang sama atau parti yang berbeza-beza. Sebagai alternatif pilihanraya boleh diadakan.
12) Inilah saluran undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.
13) Disebabkan tuduhan serius terhadap pemimpin tertinggi kerajaan, suatu petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dlantik dan ditubuhkan bagi mengumpul semua bukti yang relevan untuk Peguam Negara membuat keputusan terhadap tindakan yang akan diambil.
14) Kesemua agensi ini sedang berada pada pertengahan proses penyiasatan sehinggalah PM campur tangan. Pertama beliau memecat Peguam Negara dan melantik seorang lelaki untuk mengisi jawatan itu. Kemudian beliau membubarkan PAC dengan melantik Pengerusi dan tiga orang ahli PAC yang lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain. Pegawai SPRM yang berterusan menyiasat kes ini telah diganggu oleh pihak polis dan menuduh mereka membocorkan rahsia. Kedua-duanya dipindahkan ke JPM.
15) Khabar angin telah bertiup kencang dengan mengatakan bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana tuduhan rasuah. Walaupun beliau masih kekal sebagai Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada wartawan.
16) The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB ditutup. Akhbar The Malaysia Reserve disuruh untuk menjualnya semula kepada pemilik sebelumnya.
17) Najib juga telah memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada Menteri yang begitu lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan wang RM 2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib.
18) Melalui tindakan ini, Najib telah berjaya menghentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan 1MDB dan kemunculan RM 2.6 bilion di dalam akaunnya. Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan beliau sedemikian telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan dalam dakwaan terhadap beliau.
19) Bagaimanapun, pendapat umum masih tetap mahukan Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dari itu timbul pula cakap-cakap tentang undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.
20) Keadaan ini amat sukar kerana hampir semua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi kepada beliau. Dan pihak pembangkang tidak mempunyai jumlah ahli yang cukup untuk meluluskan usul tersebut.
21) Semua ini menemui jalan buntu. Tetapi ekonomi telah bertindak balas dengan cara sendiri. Ringgit menyusut kepada nilai RM3.80 berbanding USD. Kini di paras 4 Ringgit lebih dan dijangka jatuh lagi. Kesannya menjadikan negara miskin. Membayar hutang 1MDB dalam matawang USD menaikkan lagi kos. 1MDB tidak mampu walau untuk membayar hutangnya sendiri.
22) Pasaran saham kian jatuh. Para pelabur, terutamanya pelabur asing mengambil keluar wang mereka ke tempat yang lebih selamat di luar negara.
23) Kerajaan kekurangan dana. Kerajaan perlu memotong peruntukan bajet di semua kementerian. Pengenalan GST hanya menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menjadikan nilai Ringgit semakin kritikal.
24) Najib mungkin boleh membeli jalan kemenangannya melalui pilihanraya akan datang tetapi dia tidak mampu memperoleh dana bagi membeli dan mengekalkan popularitinya. Kerajaan yang dipimpin beliau tidak mampu meminjam. Ekonomi negara akan runtuh. Rakyat akan menderita. Inilah gambaran suram yang menipu rakyat kerana Najib pada dasarnya telah mengkhianati amanah Kerajaan.- http://chedet.cc/?p=1831v



AMUKANMelayu - Kuasa DIKTATOR Najib kini sudah di rasai hingga ke kampung-kampung....budaya senyap sedang menular ke dalam bahagian UMNO......