,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 10 April 2014

AIR ASIA ENGGAN KE KLIA2 KERANA MAHB SUDAH TIDAK MAHU LAGI MEMANJAKANNYA


 KENAPA AIRASIA ENGGAN BERPINDAH KE klia2?

1 -  Aerobridge - Aerobridge yang dijangka memerlukan Air Asia membayar RM 85 setiap kali mendarat atau RM 0.25 setiap penumpang.

2 -  Aerobridge - Pada asalnya klia2 dibina tanpa dipasang aerobridges( Rujuk kenyataan akhbar MAHB dalam laman web mereka).

Tetapi keputusan itu ditarik balik oleh Kementerian Pengangkutan yang mahu keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan. Maka aerobridges dipasang. Seorang pegawai memberitahu, isu ini adalah termasuk dalam ‘isu-isu yang belum selesai’ seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, Rabu lalu.

3 -  Menyimpan Airport Tax - Pada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008. Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu.

Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yagn berjumlah RM112.06 juta.

Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta. Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong,

“MAHB dan AirAsia bersetuju bahawa AirAsia perlu membayar RM111.6 juta selepas potongan RM25 juta sebagai “incentive”. Daripada RM25 juta, RM21 juta diberikan kepada AirAsia dan RM4 juta kepada AirAsia –X. maun yang diberikan kepada AirAsia adalah untuk menghargai AirAsia mempromosikan industri pelancongan

4 -  PENYUSUNAN SEMULA STRAKTUR SEWAAN MAHB -  Dengan system yang canggih di klia2 memberi isyarat jelas kepada Air Asia bahawa zaman “keangkuhan” mereka untuk di beri layanan istimewa dan BERALAH sudah berakhir.

 

Kolumnis Mingguan Malaysia, Johardy Ibrahim hari ini mendedahkan antara sebab Air Asia enggan berpindah ke KLIA 2 ialah penggunaan Aerobridge yang dijangka memerlukan Air Asia membayar RM 85 setiap kali mendarat atau RM 0.25 setiap penumpang.

Sebanyak 80 aerobridges tersedia di situ. Tetapi rupa-rupanya perihal aerobridges ini menjadi agenda perdebatan antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pelik? Memang pelik. Kalau tanya saya, memang akan pilih aerobridges. Bayangkan warga emas kena berjalan dalam cuaca panas atau hujan, sambil mengendong beg masing-masing. Bagaimana ibu bapa yang ada bayi. Kasihan.

Perdebatan AirAsia berkisar kepada model perniagaannya iaitu masa pusingan pantas bagi meningkatkan penggunaan pesawat. Secara ringkasnya, sejurus sahaja pesawat mendarat, penumpang keluar, kira-kira 10 minit kemudian kumpulan penumpang baharu menaiki pesawat dan berlepas semula.

Kaedah ini adalah kunci kepada formula penerbangan tambang murah iaitu membolehkan pesawat terbang lebih kerap ke sesuatu destinasi dalam sehari, terutama untuk penerbangan pendek antara sejam ke tiga jam penerbangan.

Oleh itu, AirAsia merayu diberikan pengecualian menggunakan aerobridges kepada MAHB pada 2011 iaitu semasa pembinaan klia2. Dalam semangat sebagai rakan perniagaan, kehendak AirAsia dipersetujui MAHB, yang tentunya harus menawarkan pengecualian serupa kepada syarikat penerbangan lain.

Aerobridges

Bagaimanapun, permintaan itu hanya di klia2. Di lapangan terbang lain di Malaysia, AirAsia menggunakan aerobridges seperti di Kuching, walaupun ada pesawat lain mengerahkan penumpang berjalan di atas landasan. Mungkin AirAsia akur kepada permintaan pelanggan yang merasa sangat leceh tanpa menggunakan aerobridges.

Lapangan terbang di negara lain di rantau ini mengenakan perintah mandatori (wajib) untuk menggunakan aerobridges bagi kesenangan dan keselamatan penumpang. Bila sesebuah syarikat tidak mahu menggunakan aerobridges, pesawat terpaksa berhenti di kawasan hujung terminal dan bas digunakan bagi mengangkut penumpang.

Dalam hal ini, AirAsia menyatakan syarikat itu mematuhi peraturan seumpamanya di luar negara kerana tiada pengecualian diberikan. Di klia2, AirAsia minta pengecualian. Dan MAHB beri pengecualian. Maka ketika itu, klia2 dibina tanpa dipasang aerobridges. Ini bukan cerita rekaan saya. Rujuk kenyataan akhbar MAHB dalam laman web mereka.

Tetapi keputusan itu ditarik balik oleh Kementerian Pengangkutan yang mahu keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan. Maka aerobridges dipasang. Seorang pegawai memberitahu, isu ini adalah termasuk dalam ‘isu-isu yang belum selesai’ seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, Rabu lalu.

Lihat dari segi kos. Caj MAHB kepada syarikat penerbangan untuk menggunakan aerobridges ialah RM85 sekali pakai. Ambil contoh pesawat A320 membawa 180 penumpang, kos puratanya adalah kurang daripada 25 sen setiap penumpang. Caj ini adalah terendah di Asia.

Menyaksikan siri terbaharu perdebatan AirAsia dan MAHB, mungkin ramai akan kehairanan. Kenapa AirAsia berkeras enggan berpindah ke klia2? Ini menyebabkan MAHB dikritik kerana seolah-olah memanjakan AirAsia dan sekarang dibalas tuba. Apa yang kita kena tahu ialah sejak 2002, MAHB memberikan AirAsia pelbagai dan paling banyak insentif sehingga berjaya menjadi penerbangan paling berjaya hari ini.

Lagi aneh bila AirAsia berterusan menyalahkan MAHB kerana didakwa tidak menyediakan klia2 yang ‘benar-benar’ boleh berfungsi dan selamat, landasan mendap dan retak. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sudah mengesahkan masalah itu telah diatasi dan selamat digunakan. Pun tak percaya?

Persoalannya, kenapa syarikat penerbangan lain seperti Malindo Air tidak berpendapat sedemikian dan akur untuk beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini?

Walau apa pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyatakan pendiriannya. Pindah! Tinggalkan LCCT yang umpama pasar malam mega. Sesak dan merimaskan. Letak kereta pun sampai ke bulatan besar. Terimalah klia2. Lebih baik, lebih selesa untuk kita semua. Artikel Penuh: Utusan Malaysia

DASAR BERLEMBUT KERAJAAN DAN MAHB MENJADIKAN AIR ASIA DAN TONY FERNANDES BESAR KEPALA




Apabila Air Asia membuat keputusan enggan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 9 Mei 2014 seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia bukanlah satu kejutan yang terlalu besar kepada mereka yang mengikuti perjalanan syarikat tambang murah paling berjaya ini.

Syarikat ini ditadbir oleh kumpulan manusia yang penuh keangkuhan dan merasakan mereka memberi sumbangan besar kepada negara sehingga ia kebal dari segala tindakan. Para pemegang saham Air Asia mempunyai yang sangat baik dengan koridor kuasa negara terutamanya pada era pentadbiran Pak Lah. Apabila pentadbiran Pak Lah berakhir mereka mengambil bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tan Sri Rafisah Aziz sebagai pengerusi Air Asia X.

Namun kenyataan tegas Perdana Menteri hari ini mungkin menyaksikan episod baru urus tadbir penerbangan awam yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke klia2 seperti yang dijadualkan dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.

Sungguhpun kenyataan Mohd Najib diiringi dengan kenyataan berlapik:

“Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.

Namun ia seharusnya memberi isyarat jelas kepada Air Asia bahawa zaman “keangkuhan” mereka mungkin sudah berakhir.

Sebelum ini apa sahaja keputusan dan pandangan MAHB selaku pihak berkuasa lapangan terbang dibantah atau dikritik oleh mereka.

Tidak cukup itu pada Februari 2014, berbangga dengan rekod keuntungan Air Asia, Tony Fernandes yang tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan MAHB dalam isu KLIA 2 dan cukai lapangan terbang mengkritik MAHB. Antara lain beliau menggesa MAHB supaya mula menguruskan keuntungan dengan bijak supaya dapat mengelakkan dari membebankan pembayar cukai.

Fernandes juga mengkritik MAS dan MAHB kerana terus berbelanja dan rugi.

“It’s supposed to be profit-making. This just hurts decent players in the business when they’re spending like there’s no tomorrow,” said Fernandes. ”

MAHB yang jelas telah lama bersabar dengan Air Asia akhirnya bertindak balas menjawab komen tersebut.

This has resulted in several enquiries being directed to MAHB especially by the shareholders. While it is not MAHB’s policy to comment on statements made by our partners but in this case we had been advised that as a public listed company, we need to correct the information related to MAHB.

MAHB wishes to clarify that since it was incorporated 22 years ago, its financial performance has been showing consistent profits yearly.

Over the last 15 years since being public listed, MAHB has continually paid the concession fees and taxes to the government, issued dividends to shareholders, paid incentives to airlines, and remained profitable.

Since 2002, AirAsia has been a beneficiary of MAHB’s strong financial performance as it has received the most incentives over the last 10 years from MAHB, despite it not being the airline that contributed the highest number of passengers or revenue.

MAHB had specifically introduced an incentive programme to support the growth of AirAsia, at its infancy stage. This had facilitated AirAsia’s growth to become the successful airline that it is today.

Ini tentulah satu kejutan kepada Fernandes yang selama ini cuba memprojekkan Air Asia sebagai sebuah syarikat tanpa bantuan kerajaan.

Bantuan MAHB kepada Air Asia

Pada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008. Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu.

Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yagn berjumlah RM112.06 juta.

Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta. Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong,

“MAHB dan AirAsia bersetuju bahawa AirAsia perlu membayar RM111.6 juta selepas potongan RM25 juta sebagai “incentive”. Daripada RM25 juta, RM21 juta diberikan kepada AirAsia dan RM4 juta kepada AirAsia –X. maun yang diberikan kepada AirAsia adalah untuk menghargai AirAsia mempromosikan industri pelancongan.

Lihatlah keistimewaan yang diperolehi oleh Air Asia. Cukai Lapangan Terbang bukanlah cukai keuntungan atau cukai pendapatan. Cukai Lapangan Terbang tidak ada kena mengena dengan Air Asia langsung. Ia dibayar oleh pelanggan Air Asia kepada kerajaan. Air Asia hanya membantu kutipan sahaja apabila kos dimasukkan terus ketika pelanggan membeli tiket mereka.

Dalam kaedah perniagaan seperti ini Air Asia meraih “kelebihan” besar apabila boleh menggunakan terlebih dahulu duit cukai ini sebelum diserahkan kepada MAHB. Malahan jika ada pelanggan yang tidak menaiki kapal terbang biar pun tiket yang termasuk cukai tadi telah dibayar, Air Asia tidak perlu membayar kepada MAHB.

Ini juga pernah menjadi kontroversi kerana Air Asia tidak pernah membayar kembali cukai tersebut kepada pelanggan.

Kerap “Ugut” Kerajaan?

Setiap kali ada isu kontroversi membabitkan MAHB atau kerajaan, Air Asia bukan bersifat merayu tetapi bersifat bercakap gah seolah-olah merekalah penyelemat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan kapal terbang tambang murah.

Air Asia pernah “mengugut” kerajaan secara tidak langsung untuk memindahkan Ibu Pejabatnya ke Jakarta, Indonesia sebagai reaksi tidak berpuas hati dengan sokongan kerajaan terhadap syarikat mereka. Kemudian menafikannya apabila berlaku rundingan untuk penggabungan dengan MAS.

Apabila usaha penggabungan tersebut gagal kerana mendapat bantahan ramai, Fernandes mengumumkan pemindahan ibu pejabat serantau beliau ke Jakarta.

Pada 2012, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Wee Choo Keong sekali lagi mengkritik Air Asia,

“Dulu, mereka mahu pindahkan ibu pejabat ke Indonesia tetapi apabila ditawarkan peluang bertukar saham dengan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), mereka tidak jadi pindah. Kini apabila perjanjian pertukaran itu dibatalkan, AirAsia mahu pindahkan pula hab mereka ke Jakarta.

“Ini tidak betul, kerajaan jangan tunduk lagi kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kita tidak perlukan sebuah syarikat yang hanya akan memihak kepada negara apabila semua keputusan memenuhi permintaan mereka.

“Tetapi apabila ada keputusan tidak memihak, mereka merajuk dan mahu memindahkan syarikat pula. Kita tidak perlukan syarikat seperti ini yang dikawal oleh individu yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri berbanding negara,” jelasnya.

Menurut Choo Keong, isu perjanjian pertukaran saham dengan MAS merupakan antara bukti sikap tidak bertanggungjawab AirAsia.

“Mereka kata perjanjian pertukaran saham itu bertujuan membantu MAS untuk terus berkembang maju tetapi kita boleh lihat, ia memberi kelebihan kepada AirAsia terutamanya dari aspek penggunaan kemudahan,” ujarnya

Apakah kenyataan Mohd Najib menandakan berakhirnya zaman keegoaan Air Asia sehingga kerap kali melampaui MAHB atau sekadar satu lagi cubaan Tony Fernandes menguji sempadan kuasa supaya beliau mengetahui di mana arah tuju para pelobi beliau untuk bergerak selepas ini?

9 Mei 2014 akan menjadi titik penentu siapa yang menang – Kerajaan atau Air Asia?

HOUSE PK: Ini aku ambil dari MyKMU. Dah lama aku tak usik Tony 'Macha' Fernandes ni. Bukan apa aku malas nak layan tapi bila tengok macha ni dah lebih-lebih aku kena usik jugak la. Dia ni dapat banyak kelebihan zaman Pak Lah, Airport tax tak bayar, habis burn macam tu je. Pehtu demand macam-macam

Sudah-sudahlah tu! Sudah tiba masa kerajaan kena berkeras dengan Air Asia!