,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 9 April 2014

MENGHINA MAHKAMAH - DI MANA KE ADILAN UNTUK RAKYAT



APAKAH RAKYAT MARHAEN LANGSUNG TIADA HAK BERSUARA?

Menjadi rakyat Marhaen di Malaysia ni memang susah kita akan asyik dibuli oleh orang yang berkuasa dan mempunyai wang. Ini juga yang terjadi kepada seorang hamba Allah yang teraniaya dalam permainan politik orang yang ada kuasa dan wang.

http://youtu.be/5bJyLOVGPlQ

Kenapa bila semua puak ini atau puak yang kuat merasuah langsung tak boleh diusik? Kenapa? Apa sudah jadi dengan negara kita ni? Mari kita tengok video di atas ini. Ini HASUTAN atau MENGHINA MAHKAMAH?


  Tuesday, April 8, 2014

Ada semacam yang tidak kena dengan KEADILAN di Malaysia.

Kes terbaru melibatkan seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri Wan Jusuh yang didakwa sebagai blogger PAPAGOMO merupakan contoh terbaik, bagaimana mereka yang mempunyai wang, kabel besar dengan sistem perundangan itu sendiri serta mampu mengupah peguam-peguam handalan bertindak ke atas rakyat marhein untuk tuduhan yang sama.

HINA MAHKAMAH!!!

Selepas Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, kini seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor turut mengambil tindakan yang sama. Dan menariknya, ketiga-tiga mereka mempunyai pangkal yang sama iaitu MALIK IMTIAZ, peguam PKR yang cukup ligat dalam pembelaan mereka yang mahu murtad dari agama Islam selain kaitannnya dengan beberapa pertubuhan luar negara yang menyalurkan kewangan menerusinya untuk kegiatan menentang kerajaan dan umat Islam di negara ini.

Sungguh aneh memandangkan Wan Muhammad Azri yang tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam parti mahupun sektor korporat atau perniagaan, diheret ke mahkamah oleh golongan yang terang-terang telah menghina mahkamah dalam terlalu banyak kes.

Anwar Ibrahim sendiri, ketika kesnya dibicarakan, dia boleh berceramah ke sana ke mari, menghasut rakyat dan menuduh hakim dan mahkamah Malaysia berat sebelah. Apabila dia menang kes, tuduhannya lenyap. Namun apabila dalam kesnya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Anwar Ibrahim kembali menghina barisan hakim, mahkamah serta seluruh sistem perundangan di Malaysia.

Walaupun ada laporan polis yang dibuat, tetapi tidak pula gesaan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengheret Anwar Ibrahim dan dibicarakan atas kesalahan menghina mahkamah. Begitu juga dalam kesnya membuat laporan polis palsu berhubung video seks Chinadoll yang kemudian disahkan palsu oleh pelbagai pihak pakar dalam dan luar negara.

Tiada sebarang tindakan terhadap Anwar Ibrahim. Manakala Rafizi Ramli yang terang-terang telah melanggar peraturan BAFIA, boleh pulak berceramah di sana sini menceritakan kononnya hakim, pendakwaraya dan mahkamah Malaysia tidak faham antara Akta BAFIA dan Akta Wistleblower sehingga permohonannya agar tuduhan tersebut dibatalkan, telah ditolak baru-baru ini.

Mengapa perundangan hanya berpilih-pilih? Adakah perundangan dan keadilan serta hukuman hanya melibatkan golongan marhein manakala golongan yang ada kabel besar, yang ada banyak duit, yang bergiat dalam politik, bebas menghina mahkamah, bebas mengatur hakim, bebas menghina sistem perundangan dan bebas daripada sebarang hukuman?

Apakah perkataan FITNAH itu hanya berkuatkuasa kepada golongan marhein manakala golongan seperti Anwar Ibrahim, perkataan tersebut hanyalah berstatus KEMPEN POLITIK?

Keadilan perlu dipulangkan semula kepada rakyat dan rompong-rompong sebegini yang dipergunakan secara optimum oleh golongan yang ada duit dan mampu mengupah peguam perlu diperbaiki.

Jangan cerita tentang AKIBAT FITNAH, jikalau BAPA PENFITNAH boleh lepas bebas dan terus melakukan fitnah serta hasutan di seluruh negara!!!


AMUKANMELAYU - Siapa pun yang memerintah, rakyat yang akan menjadi mangsanya jika PERKARA seperti ini tidak dapat di tangani oleh MAHKAMAH yang benar-benar BEBAS dan ADIL.......HUDUD tidak boleh di tangguhkan lagi.