Adakah Datuk Nik Aziz dan Najib memohon maaf kerana gagal membawa Ahli PAS dan UMNO kembali bertaut saudara Kerana Islam? |
Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas kesalahan menyatakan tidak perlu sambut Mauliddrosul kerana kononnya kelahiran Nabi Muhammad saw sama macam Mat-Mat kampung? |
Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas segala kesalahan dilakukan terhadap Tun Mahathir? |
Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana mendoakan supaya Dato' Sri Najib pecah perut? |
Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana melabel pemberi &penerima bantuan BR1M sebagai haiwan? |
Dunia politik Melayu Malaysia dikejutkan dengan lapuran media mengenai
Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS
memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan selama memerintah
Kelantan.
Media melapurkan permohonan maaf itu dibuat didalam satu kuliah suboh di
Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu yang terletak bersebelahan rumah beliau
pada hari Jumaat 26 Jamadil Awal 1435 bersamaan 28 Mac 2014
Saya melihat betapa besarnya jiwa dan akhlak umat Melayu-Islam yang
dengan segera dan tanpa sebarang soal menerima permohonan maaf Datuk Nik
Aziz tersebut, termasuk akhbar Utusan Malaysia yang pernah dilabel
pembangkang sebagai suratkhabar syaitan turut memberi lapuran penuh berserta dengan ruangan Editorial menerima permohonan maaf itu.
Let's forgive and forget - kata editorial Utusan Melayu. Begitu besar jiwa dan akhlak mereka.
Saya sendiri tidak ada masalah dengan konsep memaafkan orang yang
mengaku membuat kesilapan. Cuma kita perlu bertanya diri kita dengan
ikhlas, permohonan maaf apa yang sebenarnya diminta oleh Datuk Nik Aziz?
Berikut saya siarkan lapuran yang memetik permohonan maaf itu:
Bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan bergenang airmata hari ini memohon maaf atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri Kelantan.
Malah beliau yang juga Mursyidul Am PAS menganggap sakit yang
dialaminya sekarang adalah kifarat atas dosa yang dilakukan selama
memimpin negeri ini. 'Maafkan segala kesilapan saya sealam saya memimpin Kelantan'. 'Ini sakit mungkin Allah nak kifarahkan saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan'.
Nik Aziz mendedahkan bahawa dia kini menghadapi masalah prostat
sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan
bateri bagi menguatkan jantungnya - sila rujuk Facebook Datuk Nik Aziz
untuk kenyataan penuh.
Apa yang jelas ialah Datuk Nik Aziz yang sedang sakit sehingga terpaksa
menghurong air najis beliau sendiri didalam beg plastik, dan terpaksa
menggunakan bateri untuk jantungnya meminta maaf atas kesalahan selama memimpin (atau menjadi menteri Besar) Kelantan selama 23 tahun!
Datuk Nik Aziz tidak spesifik tentang kemaafan untuk kesalahan apa
yang dilakukan selama memerintah Kelantan, tetapi merangkumkannya secara
am.
Adakah ia masalah bekalan air yang tidak pernah dilaksanakan, atau
masalah tidak melaksanakan hudud walaupun sudah dijanjikan ratusan atau
mungkin ribuan kali; atau masalah perampasan tanah penerokaan rakyat;
atau masalah pembalakan haram di Kelantan; atau masalah perlantikan
menantunya sebagai CEO , atau banyak lagi masalah negeri Kelantan yang
lain.
Dan yang lebih penting, Datuk Nik Aziz tidak meminta maaf atas kesalahan
lain yang telah dia lakukan selama ini samada sebagai ahli PAS,
pemimpin PAS, Mursyidul Am PAS, sebagai Ahli Parlimen PAS, sebagai ADUN
PAS; dan yang paling penting, sebagai seorang Melayu-Islam!
Juga Datuk Nik Aziz tidak menyatakan kekesalan dan mengakui segala
kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan; cuma dia memohon maaf kerana
dia sakit; dan menganggap sakit itu sebagai kifarah dosa dia di
Kelantan!
Datuk Nik Aziz juga tidak menyatakan dia berjanji tidak akan mengulangi lagi segala kesalahan dan kesilapan itu.
Dan yang maha penting, Datuk Nik Aziz tidak berjanji akan memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan itu.
Bermakna kesemua ciri taubat tidak ada dalam permohanan maaf Datuk Nik Aziz!
Dan bagaimana
dengan segala kesalahan dan kesilapan Datuk Nik Aziz yang menyebabkan
umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, ukhwah,
persaudaraan, perpaduan dan akhlak yang serius sehingga hari ini;
sehingga boleh menyebabkan umat Melayu-Islam hancur merempat dalam
negara sendiri?
Adakah Datuk Nik
Aziz juga memohon maaf, mengakui kesilapan, berjanji tidak akan
mengulanginya dan berjanji akan memperbetulkannya?
Saya khuatir Datuk Nik Aziz kelak nanti bila sihat, dan ditanya tentang permohonan maaf ini akan membuat kenyataan lain pula.
Dan saya juga khuatir kerana Datuk Nik Aziz dalam membuat permohonan maaf atas kesilapan selama memerintah Kelantan menyatakan mungkin Allah sudah kifarahkan kesalahan-kesalahan itu!
Kifarah bermakna penebusan dosa; iaitu kesalahan dan kesilapan itu dikira setel dengan sakit yang ditimpakan. Adakah ini bermakna Datuk Nik Aziz merasakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama memerintah Kelantan sudah dikira setel dengan kifarah yang diturunkan?
Dan saya juga khuatir kerana Datuk Nik Aziz dalam membuat permohonan maaf atas kesilapan selama memerintah Kelantan menyatakan mungkin Allah sudah kifarahkan kesalahan-kesalahan itu!
Kifarah bermakna penebusan dosa; iaitu kesalahan dan kesilapan itu dikira setel dengan sakit yang ditimpakan. Adakah ini bermakna Datuk Nik Aziz merasakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama memerintah Kelantan sudah dikira setel dengan kifarah yang diturunkan?
Saya berharap bukan itu yang dimaksudkan oleh Datuk Nik Aziz.
Apa pun bak kata
rakan sejawat Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am Angkatan TIBAI Sheikh
Zahid Al-Ghafari bahawa Nik Aziz ni seorang politikus, dan dia terkenal
sebagai seorang politikus yang bertindak seperti ramalan cuaca.
Kita tidak pernah boleh meramal apa yang boleh beliau lakukan. Kalau
hari ini dia bercakap A, mungkin esok dia tukar menjadi B!
Pada saya, apa
yang penting untuk Datuk Nik Aziz lakukan hari ini sebagai bukti beliau
benar-benar ikhlas mengakui kesilapan dan memohon maaf ialah dengan
segera membuat perkara-perkara berikut:
1. mengakui
kesalahan dan kesilapan kenyataan-kenyataan, tindakan dan perbuatan
beliau yang selama ini menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis
aqidah, syariat, akhlak, ukhwah, keasatuan dan perpaduan yang serius;
2. menarik balik semua kenyataan-kenyataan itu dengan penuh kekesalan;
3. berjanji tidak akan mengulanginya lagi;
4. mengambil
tindakan segera memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan tersebut,
termasuk berjumpa dengan semua individu yang mana dirasakan pernah
dilakukan kesalahan dan kesilapan;
5. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib membawa PAS supaya kembali kepangkal jalan dengan berpolitik benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan kembali kepada perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas & takzir;
6. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan Datuk Seri Hadi Awang supaya menarik balik apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 dan sekaligus menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS yang masih berpegang kepada ideologi mengkafirkan orang Melayu-Islam lain yang tidak sealiran pandangan politik dengan PAS supaya menarik balik tuduhan kafir-mengkafir ini;
5. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib membawa PAS supaya kembali kepangkal jalan dengan berpolitik benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan kembali kepada perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas & takzir;
6. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan Datuk Seri Hadi Awang supaya menarik balik apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 dan sekaligus menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS yang masih berpegang kepada ideologi mengkafirkan orang Melayu-Islam lain yang tidak sealiran pandangan politik dengan PAS supaya menarik balik tuduhan kafir-mengkafir ini;
7. sebagai Mursyidul Am, beliau wajib menasihatkan PAS supaya bermufaraqah dengan Anwar Ibrahim dan PKR;
8. sebagai
Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan membatalkan semua kerjasama
dan pakatan politik dalam apa bentuk sekalipun dengan DAP samada
peringkat parti mahupun peribadi;
9. sebagai
Mursyidul Am PAS, segera mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dan
mengujudkan ukhwah, kesatuan dan perpaduan dengan UMNO dan semua NGO dan
gerakan Melayu-Islam lain.
Buat masa ini,
saya tiada apa-apa komen dengan permohonan maaf Datuk Nik Aziz, kerana
dia memohon maaf atas kesilapan dia selama memerintah Kelantan; dan saya
tidak pernah menjadi dan bukan seorang rakyat Kelantan, walaupun saya
cukup suka dengan orang Kelantan dan punya ramai kerabat, sahabat, rakan
dan taulan di Kelantan!
Apa pun, saya
mendoakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan sempurna
kepada Datuk Nik Aziz, menyembohkan beliau dengan segera, dan memberi
kekuatan iman dan jiwa kepada beliau untuk memperbetulkan apa yang perlu
diperbetulkan!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Jamadil Akhir 1435
03 Apr 2014
PERMINTAAN MAAF NAJIB YANG DI NEGETIFKAN
Tahun 2012 dalam satu majlis bersama rakyat, Datuk Seri Najib secara terbuka telah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN dan akan bertindak memperbetulkan keadaan. Baca selanjutnya di sini
Saya masih ingat lagi bagaimana sepantas kilat puak-puak Pas menghina
dan memperleceh permohonan maaf Datuk Najib pada masa itu. Lihat di
bawah sebahagian daripada bukti yang saya sempat cari bagaimana Pas
memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib. Kedua-dua makhluk yang
bercakap itu berkopiah atas kepala. Kononnya alim dan waruk lah….
Minggu lepas tiba-tiba Nik Aziz pula meminta maaf diatas kesilapan dia sewaktu menjadi Menteri Besar Kelantan.
Seperti yang sering saya tulis dalam blog ini, Allah Maha Besar, Allah
Maha Kaya. Setiap perbuatan yang kau lakukan pada orang maka satu hari
nanti kau akan terima balasannya. Apatah lagi orang yang seperti mereka
yang menjual agama Allah untuk kepentingan politik. Berkopiah dan
berjubah ke sana sini, tetapi mulut tak habis-habis memfitnah, mencerca,
menghina dan memaki hamun orang lain.
Seperti yang kita tahu permohonan maaf Nik Aziz dipandang sinis oleh
pelbagai pihak. Daripada dalam internet hinggalah ke warung kopi orang
memandang sinis permohonan maafnya itu. Ya lah…selama ini dia dan
orang-orangnya menggambarkan Nik Aziz itu sebagai seorang ulama yang
suci, bersih dan maksum. Tiba-tiba ulama maksum minta maaf. Itu yang
membuat orang ramai ketawa dan pandang sinis.
Selepas ini puak-puak Pas akan kata, Nabi dan para sahabat pun mengaku
salah dan minta maaf. Ya betul ! Saya setuju. Tapi cara puak-puak kamu
meletakkan pemimpin kamu mengatasi Nabi. Sehinggakan apabila Nik Aziz
kata Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW mamat kampung biasa sahaja, tiada
seorang pun orang Pas yang berani lawan atau tegur Nik Aziz. Seseorang
peliwat jangan kata nak berkawan atau bersahabat, sebaliknya Nabi
langsung tak mengaku sebagai umatnya. Tapi Pas selamba sahaja berkawan
dan menjulang seorang peliwat yang Nabi tak mengaku umatnya.
Berbalik kepada kisah permohonan maaf Nik Aziz, semalam Nik Aziz
melahirkan rasa kesal atau kecewa kerana permohonan maafnya minggu lepas
disalah tafsir atau dipandang sinis oleh kebanyakkan orang.
Apa kata Nik Aziz ?
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu.
Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir.
“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.
Sinar Harian
Apabila kita mengajar semua perkara di pandang negatif, ianya akan berbalik kepada siapa yang mengajarnya. Begitulah juga dengan permohonan maaf Nik Aziz telah dipandang negatif,... kenapa berlaku perkara seperti ini? Maka dia pun
berpesan-pesanlah dengan kebenaran sepertimana tulisan yang dihitamkan
di atas. Tetapi dimana suara dia sewaktu Penyokong Pas memperlecehkan
permohonan maaf Datuk Najib?
Jika benar dia seorang ulama, seorang tok guru dan seorang yang alim
yang meletakkan kepentingan islam lebih dari kepentingan politik,
sepatutnya dia membuat perkara yang sama seperti yang dia buat semalam
sewaktu puak-puak Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib dulu ?
Masyarakat tidak sepatutnya membuat
tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga
menimbulkan spekulasi, dan kalau perkara (yang ditafsir) itu betul,
tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat.
Betul apa yang di katakan Nik Aziz ini tapi penulis lebih melihat kepada KIFARAH ALLAH. Ini bererti bila ULAMAK sudah mula tidak di hormati, maka jangan terlalu cepat mengatakan ini adalah tanda akhir zaman, tapi periksa dulu dan bermuhasabah diri, kenapa sudah ada orang yang menyanggah sesuatu yang di kira baik atau sebaliknya ke atas Ulamak?
AMUKANMELAYU - Kita akan menuai dengan apa yang kita tanam