,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 1 April 2014

APAKAH DOSA DUA ULAMAK DAN ADUN BN INI DI BERI "BALA" SEHINGGA BEGINI ATAU IANYA ADALAH DUGAAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG BERIMAN?


SAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH DIRI

Maksud Surah Al Imran ayat 135 - 136:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah S.W.T dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” -  (Surah Ali ‘Imran: 135-136)

KASIHAN HAJI HADI, SAMPAI SEKARANG PKR TAK MAHU LEMBUT HATI TARIK BALEK SAMAN RM2 JUTA

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.
Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi manakala plaintif hadir di mahkamah.
Asmuni berkata dalam sesi pendengaran itu peguam plaintif, Vasudevan mendakwa wujud elemen baharu yang ditimbulkan pihaknya, justeru memohon penangguhan bagi memfailkan afidavit jawapan.
“Kes hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak defendan. Kami telah failkan hujahan bagaimanapun peguam plaintif meminta penangguhan bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit jawapan sebagai tambahan kepada afidavit yang telah mereka failkan dulu,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Pada 23 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lepas.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan

Asrama sekolah Maahad Darul Quran Haji Hadi terbakar


Kejadian Pertama


MARANG Saturday, February 9, 2013 - Sebuah blok asrama separuh konkrit Sekolah Maahad Darul Quran yang menempatkan 90 pelajar musnah dalam kebakaran semalam.

Kebakaran pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar tingkatan dua sekolah yang dikendalikan parti PAS tinggal sehelai sepinggang selepas asrama itu hampir seratus peratus musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas dan disedari orang ramai termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam sebuah daripada bangunan di kawasan itu.

Abdul Hadi berkata beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal namun tidak dapat memastikan bangunan yang terbakar kerana kedudukan bangunan di kawasan itu agak dekat antara satu sama lain.

Beliau kemudian menghubungi seorang daripada petugas di sekolah berkenaan untuk melihat punca asap tebal itu dan dimaklumkan mengenai kebakaran bangunan asrama menempatkan pelajar tingkatan dua.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas, kami tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa. Ada dikalangan penduduk setempat memadam kebakaran terlebih dahulu bimbang merebak ke bangunan lain.

"Saya bersyukur kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan ketika kejadian pelajar berada di dalam kelas tetapi kami tetap membuat pemeriksaan takut ada pelajar yang uzur (sakit) di dalam bilik asrama," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Abdul Hadi, yang juga penasihat sekolah berkenaan, berkata sekolah itu mula beroperasi sejak 1985 dan ketika ini 900 pelajar tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.

"Kita akan bina semula bangunan ini dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong penduduk kampung.

"Pelajar yang terjejas pula akan ditempatkan sementara di bangunan asrama yang lain buat sementara waktu," katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Zamri Awang Long berkata 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai Bomba Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api. Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
- Bernama 
KEJADIAN KEDUA
Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di Rusila,  terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.
Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik diri dan parti Pas.
Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh berlaku di Sekolah Haji Hadi itu,,,,sesuatu pertunjuk  kepada yang benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.
Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak.
Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.
Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulamak Pas juga tidak bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.
Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.
Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran.
Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan untuk direnungi.
Bila atap stadium di Gong Badak yang sedang dibaiki jatuh baru-baru ini, macam-macam puak-juak Pas mengata, tetapi apa ulasan mereka pula bila Sekolah Hadi di Rusila terbakar buat kali kedua ini? Terbakar ketika dalam suasana hujan….
 

INSAF - NIK AZIZ MINTA MAAF  ATAS KESALAHAN SEPANJANG PEMERINTAHANNYA

KESAYUAN JELAS PADA PANDANGAN MATA
Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini. Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.

Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.

"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.
Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.

Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013. Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.

Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.

Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat. Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.

Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka. -
Utusan

Gambar Rumah Adik Nik Aziz Terbakar




Gambar kebakaran diatas adalah rumah adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz Nik Mat), yang mana rumahnya terletak berdekatan dengan rumah Nik Aziz di Pulau Melaka telah mengalami kebakaran. Tidak diketahui bila kebakaran itu berlaku. Tetapi, Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa.
MALAM DO'A K.O UMNO


Timbul banyak persoalan, kesalahan dari aspek mana yang Nik Aziz maksudkan? Kita semua tahu, sejak Nik Aziz dalam PAS pelbagai 'hukum hakam' dan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Nik Aziz.

Kesalahan apa yang beliau maksudkan ketika beliau menjadi MB Kelantan sebelum ini? Adakah pelbagai 'janji manis' yang beliau taburkan pada rakyat Kelantan hingga kini tiada sebarang perlaksanaan yang dibuat.

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana air Kelantan masih kotor ?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana lebuhraya Kelantan tak siap?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana isu ladang rakyat?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kesalahanya 'menjual' tanah negeri Kelantan pada 2 pemimpin Cinabeng dalam pakatan pembangkang?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kesalahannya menyokong apa saja yang disyorkan oleh pemimpin DAP dan PKR walaupun melanggar syariat Islam?

Adakah Nik Aziz mengakui kifarahnya itu meliputi kesalahan beliau sewaktu menjadi MB Kelantan dan Mursidul Am PAS?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana menggelarkan ahli UMNO tak masuk Syurga?

Adakah Nik Aziz mohon maaf kerana mengatakan dengan undi PAS dijamin masuk Syurga?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kerap mengeluarkan fatwa perpecahan antara PAS dan UMNO?

Adakah Nik Aziz memohon maaf di atas kenyataannya yang samakan Nabi Muhammad S.A.W dengan mamat kampung?

Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kenyataannya yang mendakwa sambutan Maulidur Rasul itu bidaah?

Banyak lagi kemusykilan yang masih belum terjawab. Harap Nik Aziz spesifikkan permohonan yang dimaksudkan.

Adakah permohonan maaf itu hanya untuk rakyat Kelantan saja? Bagaimana pula dengan hati umat Islam dan rakyat Malaysia yang terguris hati mereka dengan 'fatwa-fatwa' pelik yang dikeluarkan.

Harap Nik Aziz beritahu perkara sebenar. Dalam Islam juga menggalakkan kita untuk mengakui segala kesilapan yang kita lakukan...tak nak nanti dihisab kat akhirat kelak. Geng-geng PAS atau blogger pakatan pembangkang pun boleh tolong jawabkan yer....backup sikit sebab korang kata Nik Aziz 'Ulamak besar'!!!

Berita BERNAMA Sahkan Rumah Adun Ajil Musnah Dalam Kebakaran

Hulu Terengganu - Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Gambar: Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa kebakaran rumah milik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang musnah terbakar di Kampung Batu 23.
 

Malam tadi selepas waktu berbuka puasa, rumah ADUN AJIL, Dato' Hj Rosol Wahid terbakar. Dipercayai habis ranap rumahnya.. Syukur Alhamdulillah, semua kaum keluarganya selamat. Ucapkan semoga YB Dato' tabah menghadapi suasana begini.  
SEBAHAGIAN DARI CATITAN YANG PENULIS PETIK DARI  CtKay's
Semasa kemelut perlantikkan MB Terengganu, dato' juga lah yang merancang supaya seseorang menawarkan rasuah kepada cikgu Zawawi untuk bersama Dato' Ahmad Said, nak kata licik dato' ni tapi ramai orang tahu.Dengan dakwaan itu kononya tawaran tersebut datang dari puak puak Ahmad Said, Dato' mengharapkan agar Ahmad Said di benci oleh rakyat dan di siasat BPR.

Ketika itu Dato' menjadi jaguh dan jurucakap kepada Idris Jusoh, dan disatu pihak yang lagi satu YM Tg Putera pula dilihat sebagai mewakili 6 Ketua bahagian yang menyokong perlantikan Ahmad Said.Dato' sangat lantang dan sudah berpatah arang dengan istana,setiap hari wajah dan kenyataan dato' keluar di berita utama stesen TV.


Lihat petikan berita internet dibawah :

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".

Dan lagi petikan akhbar

KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas."Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.


Petikan bernama pula:

KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.

Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu).

“Saya tidak dapat menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu (Datuk Wan Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.

“Kami Ketua Umno Bahagian memberi jaminan untuk memastikan beliau (Ahmad) mendapat sokongan daripada anggota Umno dan berharap rakyat turut memberi sokongan,” katanya kepada Bernama.

Itulah Dato' kerana terlalu yakin dengan perancangan dan pelan yang disusun bersama DS Idris Jusoh.dato' menerima padah.

Rata-rata sekarang rakyat Terengganu sedang menunggu apa tindakan Dato', kemana arahtuju Dato' selepas ini. Walaupun Dato' menganggap kemelut itu sebagai carik-carik bulu ayam, namum rakyat mengatakan Dato' sebagai hangat-hangat tahi ayam.

Akhirnya pada kesempatan ini ,saya ingin mengingatkan Dato' yang "Langit tidak selalu Cerah" Semoga Dato' belajarlah bagaimana untuk menghormati orang lain sama ada kawan ataupun lawan dalam politik.

Sekian Terima Kasih

CtKay's

AMUKANMELAYU - Mohon maaf sesama kita dan kita pula memafkannya itu adalah amalan mulia.