Hudud...kafirun persenda, UMNO mengelak, PAS bermain politik |
Kemuncak daripada permainan tersebut adalah pengkafiran UMNO dan umat Islam yang enggan menyokong PAS.
PAS berkata, mereka memperjuangkan hudud namun PAS jugalah yang banyak berdolak dalih dan sekadar mahu mencungkil kesalahan pihak lawan. PAS meletakkan beban perlaksanaan hudud ke atas UMNO namun pada masa yang sama, PAS sendiri tidak berani berhadapan dengan kemarahan DAP. Sedangkan UMNO pula berpendapat, undang-undang hudud masih belum boleh dilaksanakan di negara ini kerana terdapat terlalu banyak faktor terutama sekali umat Islam yang miskin dalam segala segi, termasuklah ekonomi dan jahil ilmu.
Alasan yang diberikan oleh UMNO tidak pernah mahu diterima oleh PAS kerana PAS beranggapan bahawa hudud adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira sebarang kos tanpa merujuk kepada ijtihad Syaidina Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Umar Abdul Aziz dan hadis Nabi s.a.w sendiri yang bermaksud:
"Tolaklah hudud sekiranya berlaku syubhat." (Hadis riwayat Al-Baihaqi) - Enakmen Jenayah dalam Islam dan Enakmen Negeri-Negeri, Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Halim El-Muhammady, 1998.
Kalau selama ini, PAS memekak tentang hudud dan sentiasa menyalahkan UMNO kerana kononnya menghalang perlaksanaan tersebut walaupun PAS telah selesai membuat deraf Undang-Undang Hudud di Kelantan, tetapi apabila baru-baru ini, PAS dicabar agar membentangkan usul di Parlimen dan UMNO pula berjanji akan menyokongnya, lain pula cerita yang dibuat oleh PAS.
PAS nampak tidak bersedia langsung walaupun para pengikut dan pemercayanya sentiasa menyalahkan UMNO. Kenyataan terbaru dari PAS Kelantan ialah, PAS memberikan pilihan kepada bukan Islam sekiranya hudud dilaksanakan sekaligus bertentangan sama sekali dengan keadilan dalam hudud itu sendiri.
Apabila hudud dan qisas dilaksanakan - takzir sudah pun dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO-BN - maka perlaksanaannya tidak boleh sama sekali mengecualikan mana-mana golongan. Tidak ada istilah KAFIR atau ISLAM dalam perlaksanaan hudud. Semua orang selagi mana berada di jazirah yang melaksanakan hukuman hudud, perlu dikenakan hukuman hudud sekiranya melakukan 7 kesalahan apabila disabitkan dengan kesalahan.
Hudud merupakan undang-undang yang telah ditetapkan hukumannya, bukannya berdasarkan IJTIHAD sepertimana yang cuba dilakukan oleh PAS.
PAS yang kehadapan kenapa hendak menyerahkan baton pada UMNO? |
Apa yang PAS lakukan sekarang adalah MENYERAHKAN BATON kepada UMNO untuk dibentangkan usul di Parlimen atas alasan UMNO adalah pemerintah dan PAS pula hanya akan menyokong. UMNO sebagai Kerajaan telah pun menyatakan bahawa undang-undang hudud perlu ditangguhkan terlebih dahulu sehingga syubhat telah dihilangkan, tetapi PAS pula mendesak kerana kononnya perlaksanaan undang-undang itu akan lebih memberkatkan negara ini.
Apa perlu PAS menyerahkan baton kepada UMNO sekiranya PAS yang beria-ia mahukan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan dan di seluruh Malaysia? PAS sepatutnya yang membuat usul tanpa perlu takut kepada Karpal Singh atau DAP sebagaimana ancaman parti chauvinist itu untuk menghukum PAS sekiranya berani mengusulkan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan.
Yang pasti, PAS sekadar melihat hudud sebagai komoditi mereka untuk terus bernafas dalam politik negara bermodalkan kejahilan dan kebodohan para pengikutnya!
PAS TAICI HUDUD PADA UMNO
Dalam penjelasan panjang lebar dari sudut perundangan negara, Jamil Khir turut menyatakan bahawa Kerajaan Pusat sedia memberi komitmen membantu Kelantan ke arah perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang diluluskan negeri itu. Antara yang bangun mencelah selepas itu Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), yang menggesa pihak kerajaan jangan hanya melihat isu hudud ini di Kelantan.
Kata beliau, selain Kelantan, Terengganu juga telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, ketika PAS memerintah negeri itu dahulu.Dan kini kata beliau, negeri Terengganu kembali ditadbir oleh kerajaan Umno BN dan enakmen hudud di negeri itu telah tersedia ada.
Maka kata beliau, jika benar kerajaan Umno BN ikhlas mahu undang-undang Islam itu dilaksana, maka perlaksanaan kanun itu tentunya mudah untuk dimulakan di Terengganu selaku negeri dikuasai BN dan tentunya Adun-Adun PAS akan menyokong. Jika tidak, kata beliau lafaz komitmen kerajaan BN untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud, hanya cakap-cakap politik semata-mata.
Selain itu, turut bangun mencelah Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang juga mahu kerajaan pusat betul-betul menunjukkan komitmen mahu undang-undang Islam itu dilaksanakan.Beliau menggesa, jika benar Umno menyokong hudud, maka pihak kerajaan pusat sendiri perlu mengemukakan usul di Dewan Rakyat, agar undang-undang itu diaktakan.
Itu katanya sebagai langkah pertama, biarpun tahu peringkat kedua, iaitu peringkat perlaksaanan akan menghadapi keadaan yang lebih sukar.
"Untuk perlaksanaan, kita boleh tubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji kaedah perlaksanaan.
"Namun untuk langkah pertama, kita kanunkan atau undang-undangkan dahulu dengan pihak kerajaan yang kemukakan usul di sini," kata beliau NAZRI ABDULLAH HARAKAH
Lihat Kenyataan TGHH ini. Jelas menunjukkan mereka ini memilik PASkan Islam. Pada pandangan penulis, ini adalah satu ketakutan yang jelas di hati mereka. PAS amat bimbang jika program-program seperti ini akan menawan hati Orang Islam Malaysia. Jika perkara ini terus berlaku dan ianya menjadi AMALAN UMNO, ceramah PAS akan menjadi hambar dan TONG MILO akan menjadi kosong. Dari mana PAS akan mengutip dana untuk mengerakkan aktiviti PAS?
Untuk siapa RM 2 juta ni? |
Lihatlah bagaimana mereka mengisi setiap perhimpunan di buat dan contoh yang nyata adalah Himpunan Derita Rakyat Baling
2.0 ini. Maki hamun, mendesak dan di sulam dengan Ayat-ayat Al-Quran dan selepas itu TONG MILO pun berjalan. Semuanya pengorbanan rakyat. Jika dah tahu rakyat susah kenapa perlu memaksa rakyat memberi derma?
Dimana unsur-unsur mendidik? Kenapa tidak mengajar rakyat supaya menjadi rakyat atau penganut Islam yang baik? Pernahkah pemimpin ini membawa atau memberi penyokong mereka idea untuk keluar dari Kepompong Kemiskinan dan kesusahan? Pernahkah mereka menghulurkan sumbangan untuk penyokong mereka berusaha mengubah nasib hidup mereka dan pernahkah mereka mengajar seperti Nabi Memajukan Madinah dengan Penduduk Madinah sendiri atau mencontohi Rasullullah mendirikan Pasar di Thoif?
Sebenarnya mereka adalah Pemimpin yang ketandusan Idea dan menggunakan Penyokong mereka untuk menanggung Kehidupan mereka dengan menjual Ugama. Lihat apa yang ada di dalam hati mereka dengan Program Selawat Perdana di Baling ini.
PAS tidak bermusim cinta Nabi SAW Kita tidak bermusim cinta pada Nabi – Presiden PAS
Haji Hadi |
BALING: PAS
tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya
membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan
perjuangan nabi menegakkan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.
"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.
"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.
"PAS tak macam itu. Ini cakap kita, inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi. Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.
"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.
"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat
"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin. Walaupun hujan lebat namun hadirin tidak berganjak dari tempat program yang bermula sejak petang lagi. Rakyat yang majoritinya petani datang mendengar ucapan pimpinan parti politik dan NGO yang memperjuangkan isu kejatuhan harga getah. Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkaitan petani yang membelenggu mereka.

SELAWAT PERDANA - Perbedaan politik dapat di elakkan, tapi kenapa harus mencemburuinya. |
"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat
"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin. Walaupun hujan lebat namun hadirin tidak berganjak dari tempat program yang bermula sejak petang lagi. Rakyat yang majoritinya petani datang mendengar ucapan pimpinan parti politik dan NGO yang memperjuangkan isu kejatuhan harga getah. Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkaitan petani yang membelenggu mereka.
AMUKANMELAYU - Orang BALING dah buka mata, sekarang sudah tiada lagi Gelang dan Rantai di dalam tin milo, kemana penyudahnya Gelang dan Rantai ini? Adakah ianya sama dengan nasib TABUNG MEMALI?