Penempatan awal askar kita di terumbu layang-layang |
Pulau Layang-Layang - Pengorbanan, Darah, Keringat Dan Air Mata
PENGISYTIHARAN perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 20 September 1979 menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya kajian segera dilakukan untuk mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini.
Sebuah tugu kemudian dibina di sini pada 21 Jun 1980 menandakan hak kedaulatan Malaysia. Ia disusuli dengan penempatkan anggota Paskal TLDM di sini pada Mei 1983 dalam keadaan yang cukup mencabar. Survivaliti pasukan Paskal ketika itu jelas menunjukkan kesanggupan mereka berkorban demi mengawasi kedaulatan negara. Dari segi geografi, kawasan perairan ini mempunyai kepentingan strategik dan ekonomi, khususnya mineral.
Perwira negara terawal yg dihantar ke Pulau layang2 |
* sila klik gambar di atas untuk besarkan saiz
Daripada sebuah terumbu, ia melalui beberapa fasa pembesaran sejajar dengan keperluan operasi di sini sehingga terbentuknya kawasan daratan lalu dikenali sebagai Pulau Layang-layang meliputi kawasan seluas 2.5 kilometer persegi. Ia hasil penambakan 70,000 meter padu pasir dan konkrit bagi pembinaan blok kediaman, hangar bilik janakuasa, kincir angin, menara pemerhati serta landasan kapal terbang sepanjang 1,367 meter yang hanya cukup-cukup menerima pendaratan pesawat bersaiz C-130.
Seperkara yang menarik, setiap penghuni stesen ini juga perlu mematuhi disiplin penggunaan air yang ketat kerana bekalan kira-kira 57 tan air bersih sehari itu diperolehi daripada sistem memproses air suling.
Selain pulau ini, TLDM turut menduduki Terumbu Ubi (Stesen Uniform), Terumbu Mantanani (Stesen Mike), Terumbu Siput (Stesen Sierra) dan Terumbu Peninjau (Stesen Papa) yang menempatkan terup Paskal. Kesemua stesen ini dikenali sebagai Stesen Luar Pantai di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2 (Marwila 2).
Melihat persekitaran pulau ini sudah cukup menjelaskan mengapa ia penting sebagai 'aset' yang perlu dipertahankan. Bukan bertujuan mewujudkan provokasi, sebaliknya penempatan TLDM di sini adalah bagi mengawasi hak dan kedaulatan perairan negara.
Untuk rekod, Stesen Lima TLDM di Pulau Layang Layang adalah terletak kira-kira 156 Batu Nautika Barat Laut Pulau Labuah, Sabah. Stesen TLDM di terumbu Layang Layang mula beroperasi setelah terdirinya tugu yang pertama pada Jun 1980 serta penempatan anggota pasukan khas laut (PASKAL) pada Mei 1983.
Keseluruhannya pelaburan kerajaan melalui ICU JPM dalam pelaksanaan 9 projek pembangunan yang berjumlah RM81,770,264.00 telah menjadikan terumbu Layang Layang atau lebih dikenali sebagai Pulau Layang sebagai pusat pelancongan antarabangsa khususnya di kalangan penggemar ‘scuba-diving’ selain sebagai penempatan TLDM.
PULAU LAYANG-LAYANG MASA KINI
TRIVIA MENARIK DAN SEJARAH
1 - Isu perbatasan negara di Kepulauan Spartly ini lebih hebat dari mana-mana cerita aksi seperti Perang Dingin di antara Amerika Syarikat(AS) dan Soviet Union umpamanya.
2 - Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.
3 - Maka ATM pun menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.
4 - Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.
5 - Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.
Humble Bhut - kediaman awal ATM di pulauini |
6 - Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
7 - Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini. Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.
8 - Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.
9 - Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.
Proses penambakkan terumbu karang diperingkat awal |
10 - Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Philipina.
11 - Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
12 - Celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Philipina.
13 - Kali pertama komando Philipina cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Philipina berundur.
14 - Kali kedua, masih komando Philipina, masih mencuba dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando-komando ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
15 - Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang. Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.
INSIDEN DI STESYEN LIMA
16 - Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil.
17 - Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam. Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.
18 - Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.
19 - Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil.
KEMATIAN MISTERI ANGGOTA TLDM
20 - Ada satu misteri yang timbul mengenai Stesyen Lima ini, melibatkan kematian seorang anggota TLDM di situ.
21 - Ada macam-macam versi, ada yang katanya, beliau mati dengan kesan kelar di leher dan ada juga yag berkata, beliau mati akibat ditembak. Jenazah beliau dibawa keluar oleh helikopter Nuri.
22 - Tarikh kejadian tidaklah diketahui tetapi ia mungkin terjadi antara 80an dan 90an dan perbuatan tersebut paling hampir secara teorinya dibuat oleh komando Vietnam tetapi entahlah, kepada sesiapa bekas tentera yang tahu cerita ini, bolehlah mengutarakan kisah sebenar di ruang komen.
RUMAH HANTU DI STESYEN LIMA
23 - Menurut Kolonel Josey yang pernah tinggal selama beberapa hari di Stesyen Lima memberitahu, dahulu ada satu rumah papan dibina di hujung landasan.
24 - Tujuan rumah itu dibina tidaklah diketahui tetapi askar2 kita sering menembak ke arah rumah itu sebagai “target practise” apabila kebosanan tahap maksimun melanda.
25 - Yang anehnya, ada saksi yang melihat, TOK LEBAI pakai Serban selalu berkunjung ke rumah tersebut dan hilang, rumah itu bagaimanapun sudah tidak ada lagi.
IMPAK KEPULAUAN SPARTLY
26 - So far belum ada mana-mana negara yang mampu menentang China. Negara paling ok pun Malaysialah…kalau kita lihat seluruh kekuatan udara dan laut kita diguna untuk mengawal dan meningkat kuasa tempur kita di laut.
27 - Dalam kesemua negara di Asia Tenggara ini, aset-aset milik ATM banyak dikhususkan untuk peperangan maritim dan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai pesawat-pesawat maritime strike yang berdedikasi seperti F18 Hornet sebanyak lapan buah.
28 - Pesawat-pesawat baru yang bakal dibeli untuk TUDM mungkin dari Thypoon dan Rafale akan dioptimunkan untuk serangan maritime.
29 - Ada orang kata mustahil untuk kita menentang China, ya mungkin jika kita buat kajian ke atas peperangan Falklands.
Argentina negara yang kuat tetapi akhirnya tewas kepada armada laut British yang berdepan dengan pelbagai masalah dan terpaksa belayar beratus-ratus kilometer dari United Kingdom. Argentina sendiri tewas akibat masalah dalaman, tekanan politik dan ekonominya yang sedang runtuh. Kalau kita lihat, British tidaklah menyerang dan mengebom Argentina malahan konflik banyak berkisar di perairan Falkland sahaja.
30 - Ruang udara Malaysia tidak akan dihujani dengan peluru berpandu atau kita akan lihat pesawat-pesawat pengebom China terbang di atas ruang udara Putrajaya.
31 - Jika terjadi konflik antara negara terlibat, ia lebih tertumpu pada kawasan sekitar kepulauan Spartly saja.
AMUKANMELAYU - Hanya KEBIJAKSANAAN Pemimpin ISLAMELAYU sahaja akan menyelamatkan Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu.