,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 6 June 2012

ALLAH YANG MENETUKAN NASIB NAJIB, bukannya PRU ke 13


Aku terima NIKAHnya RM dengan mas kawin sebanyak blablabla.....hutang!!!!!!!

SEJARAH NAJIB


Latar belakang

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala LipisPahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh PuanRahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepadaDatuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malverndi Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 19931996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .

Kontroversi Pembelian Kapal Selam Scorpene dan Altantuyaa 
Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kencaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga dimana kenyataan bersumpah dialakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

NAJIB berdosa kerana membeli Kapal Selam ini.
Bukan kerana komusyen, tapi kerana Najib nak menjaga Tanah Melayu


Kenyataan Rasmi TLDM..
"..Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan....."

"....Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur...." 27 April 2007

Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Gambar FITNAH Superimpose yang di buat oleh YB Tian Chua

Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister  pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi. Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.

Akuan Sumpah - RPK perlu lebih jujur untuk kebaikan Negara
Pengendali laman web 
"kontraversi", Raja Petra 
Kamaruddin yang menghilangkan
 diri sejak sekian lama, 
malam ini muncul dengan 
pengakuan bahawa 
beliau tidak pernah 
menuduh Datuk Seri 
Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah 
Mansor terlibat dalam kes pembunuhan 
wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Lihat 
laporan Utusan Malaysia

Beliau sekadar penyampai maklumat tersebut. 
Kita yakin bahawa RPK menyiarkan maklumat 
tersebut kerana amat menyakini kebenaran 
maklumat yang beliau terima bahawa Najib dan 
Rosmah terlibat dengan kejadian pembunuhan 
Altantuya.

Menurut laporan Utusan, RPK telah menerima 
maklumat daripada beberapa individu yang 
antaranya adalah Azmi Nik Daud, John Pang , 
penulis blog, Din Merican dan perisik tentera
 dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Kesemua individu yang disebut nama itu berjanji 
akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa 
di mahkamah.

Amat jelas persoalan sebenarnya sekarang ialah ' 
Apakah benar bahawa Najib dan Rosmah 
terlibat dengan pembunuhan wanita Monggolia, 
Akltantuya Shaaribuu sebagaimana maklumat yang 
disampaikan oleh beberapa individu 
sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK?'

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk 
membuat tuduhan bahawa Raja Petra menuduh 
Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan 
tersebut tanpa meneliti akuan bersumpah itu.

Akuan Bersumpah RPK - Klik gambar untuk besarkan :



“Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

Amat jelas sekali dalam SD RPK bahagian ke (7) diatas menerangkan bahawa 'tujuan akuan bersumpah ini adalah untuk menggesa kesemua mereka yang telah maklum benar dan mempunyai maklumat (mengenai) perkara ini, tampil ke muka untuk mendedahkan kebenaran tersebut supaya pihak polis mampu melakukan siasatan yang wajar dan rapi terhadap pembunuhan Altantuya Shaaribu".

Utusan melaporkan RPK sebagai berkata , “Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.

Siapa 'mereka' yang namanya disebut dalam SD RPK itu? Meneliti senarai nama 'mereka' di bahagian (1) itu adalah :

1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib
2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung
3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah.

“Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis,” tegasnya.

Kalau diteliti dalam SD RPK bahagian ke (6), 'Saya sedia maklum, siapa yang memberitahu saya tentang perkara ini (Pembunuhan Altantuya), juga saya sedia maklum bahawa seorang sultan telah diberi penjelasan dan menyedari perkara tersebut; tetapi saya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat ini (nama Sultan tersebut) selain menyatakan bahawa Perdana Menteri (Abdullah Badawi) dan menantunya telah diserah dengan tangan satu laporan bertulis mengesahkan apa yang telah saya dedahkan.'

Jelas sekarang bahawa tuduhan tersebut datangnya daripada orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK. Beliau hanyalah sebagai menyampaikan maklumat tersebut.

Bahawa bukan RPK seorang sahaja yang menerima makalumat tersebut daripada individu tertentu, Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi dan menantunya juga turut menerimanya melalui penyerahan dengan tangan - in person himself! Malah seorang Sultan yang enggan dinamakan oleh RPK turuk dimaklumkan sendiri oleh pemberi maklumat tersebut.

Sudah tentulah pemberi maklumat tersebut bukan calang-calang orang kerana boleh berjumpa dengan Perdana Menteri malah mengadap seorang Sultan!

Cumanya, RPK seorang sahaja yang berani mendedahkan maklumat pembunuhan tersebut kerana kesedaran tanggungjawabnya sebagaimana dinyatakannya dalam SD bahagian (3) yang antara lain beliau menyatakan 'adalah satu kesalahan untuk tidak mendedahkan bukti yang mungkin boleh membantu siasatan polis dalam siasatannya berhubung kejadian jenayah tersebut.'

RPK tiada hak untuk menafikan kebenaran maklumat tersebut dan beliau sendiri tidak pernah menafikan kebenarannya kerana pemberi maklumat terlibat telah pun membuat akuan bersumpah mengenai perkara yang dinyatakan dan mereka sanggup menjadi saksi jika dihadapkan ke mahkamah.

Kita berharap agar pihak berkuasa menyiasat individu-individu tersebut dan mengheret mereka ke mahkamah keadilan supaya nama Najib dan Rosmah dapat dibersihkan daripada tuduhan tersebut dan menghentikan gejala FITNAH yang semakin melebar dalam kehidupan Islamelayu kerana GILAKAN KUASA dan nak MENGEKALKAN KUASA.


Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut.  Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.

Rosmah Waktu Altantuya Dibunuh

Rosmah Mansor berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, tarikh di mana Altantuya dibunuh. 

Rosmah Mansor ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006. Turut kelihatan ialah Mejar Norhayati Hassan (berdiri, empat dari kiri).

Rosmah Mansor bersama sebahagian anak yatim ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006. 




Perhimpunan Kampung Baru 1987
Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. 

Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular
Dalam mengekalkan stategi UMNO untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama, Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."

Perkauman
Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina.  Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.

Kecekapan dan kemampuan diragui
Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".

Semasa menjawat Perdana Menteri
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang. Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.

amukanmelayu - duk heran.....kenapa "ORANG LELAKI" yang duk marah sangat dengan RM....kenape ye?