Isu PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.
"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.
"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.
Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.
Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti.
"Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik.
"Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri.
Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka.
"Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini  seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.


Mangsa KERAKUSAN Politik Kepartian....
Apakah kita sedang menuju kehancuran?....ini adalah persoalan yang bermain di kotak fikiran amukanmelayu. Bermula dengan KEGILAAN politik yang berlebihan dan mengheret sama mahasiswa kedalamnya....kita sedang menuju kearah kehancuran "Budaya Belajar". Seawal umur 3 tahun, anak-anak telah di ajar untuk tidak bersyukur dan "MEMPROTES". Umur seawal ini anak-anak sepatutnya di bawa untuk belajar dengan pengisian Ugama dan di ajar keatas perkara yang baik-baik. Tapi apa yang kita ajarkan kepada anak-anak kita? 

Kita mengajar dan menunjukan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Mengheret anak-anak ketempat ceramah yang sebenarnya tempat "Memaki-hamun dan umpatan" yang tidak bersempadan....kita sebenarnya telah mengajar mereka menjadi "LIAR" akal fikirannya. Mereka mendapat pelajaran yang pertama dengan perkara yang kurang baik. Mereka merasakan inilah "Perjuangan". Memaki hamun, tidak bersyukur, merosakan harta awam, merusuh....semuanya di anggap betul. Mereka akan menurunkan budaya ini kepada jenerasi seterusnya.....
POLITIK

PETRIOTIK

akoustik - Bagaimana hendak membalas jasa mereka?
Walau pun siapa yang memerintah selepas ini.....mereka inilah yang akan turun kejalan raya untuk merusuk sekiranya ada yang tidak memuaskan hati mereka. Bagaimana untuk membawa balik mereka ini kejalan yang sepatutnya?

Jawapannya adalah PELAJARAN!!!....bagaimana hendak meneruskan pelajaran sedang PTPTN di bekukan? Jelas disini....anak-anak telah menjadi mangsa kepada pemimpin yang rakus dan tidak bertanggung jawab. Samaada bagi pihak Kerajaan Pusat mahu pun Si Tukang Menghasut. Penyelesaian keatas perkara ini hendaklah di cari supaya anak-anak tidak menjadi mangsa. Dengan memansuhkan atau membekukan PTPTN bukanlah jalan penyelesaiannya. Pada mereka yang di tanggung sepenuhnya semasa sebelum tiada PTPTN adalah dengan KELUARGA bertanggung jawab sepenuhnya. Bapa mencari REZEKI menanggung anak yang sulung dan selepas itu, anak-anak yang terdahulu telah berkerjaya akan menanggung adek-adeknya pula.....dan tradisi ini di teruskan sehinggalah kesemua adek beradek menamatkan pelajaran dan berkerjaya.

Samalah dengan PTPTN....pemiutang yang pertama WAJIB membayar hutangnya untuk memberi laluan kepada pemiutang yang kedua pula. Jika hutang tidak di bayar kerana di HASUT oleh beberapa kerat ahli politik dan mahasiswa di heret kedalam masaalah politik mereka yang tak bertanggung jawab ini....akibatnya adalah "KELUARGA dan MAHASISWA itu sendiri. 

HASUTAN ini juga menjadikan pihak pengurusan PTPTN dalam delima. Kerana bimbang dengan hutang yang tidak di bayar khususnya keatas Pusat Pengajian Negeri yang di miliki oleh Kerajaan Negeri yang tidak sehaluan dengan Pusat. Tindakan seumpama ini seakan tidak boleh di elakan lagi. MANGSAnya tetap MAHASISWA ia itu anak-anak yang tidak berdosa. 

Untuk penyelesaian keatas perkara ini adalah di cadangkan.....Kementerian Pengajian Tinggi perlu memindahkan Mahasiswa-mahasiswa yang berada di Pusat-pusat Pengajian Negeri ke mana-mana Universiti yang di kawal oleh PUSAT. Sementara Kerajaan Negeri yang hendak memansuhkan atau yang hendak memberi pengajian PERCUMA ini perlu meyediakan dana khusus. 

Bagi amukanmelayu....inilah masa yang terbaik untuk "KATA DI KOTA, JANJI DI TUNAI". Buktikan dulu yang dijanjikan itu boleh di tunaikan.....sekiranya UNISEL dan KUIS dapat  menyediakan pengajian percuma, ini adalah satu cabaran kepada Kerajaan Pusat dan pengajian PERCUMA ini sebenarnya adalah boleh di laksanakan. 

Menjual aset dan hendak menyaman PTPTN bukanlah tindakan yang cerdik....sebaliknya ia menampakkan semua janji-janji selama ini adalah mainan kata-kata POLITIK sahaja.....dan raayat bukanlah SEBODOH yang di sangkakan dan boleh di momokkan dengan apa jua yang di janjikan. Perbaikilah apa yang ada....janganlah kerana TERLALU gilakan KUASA kita sanggup menjajnjikan BULAN dan BINTANG dan akhirnya Kerajaan terpaksa "BERGOLOK-BERGADAI kerana hendak menyelamatkan Negara dari terjerumus ke lembah kehancuran yang akhirnya BALA ALLAH diturunkan hanya kerana TANGAN-TANGAN kita sendiri.