,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 28 June 2012

Oppp...cantas..tercantas...cah keting..oppp...cantas...eeeee budakni...



Mat Sabu : Mungkin Nasha Tak Jadi Calon PAS PRU13

AIDCNews – 28/06/12 – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti dilaporkan Antarapos berkata kemungkinan Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden PAS tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Nasharudin tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok yang pernah dimenanginya itu.
Portal itu turut melaporkan timbul ura-ura tiga calon lain yang bakal menggantikan tempat Nasharuddin iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok Ahmad Marzuk Shaary, Arif Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wan Nik Wan Yusoff yang tewas kepada penyandang kerusi, Datuk Awang Adek Hussain pada pilihan raya umum lalu.
amukanmelayu - Ustaz Nasha.....bersabarlah....kembalikan PAS kepada landasan asal.....Ustaz tentu lebih tahu parasit-parasit dan pencacai yang tidak berilmu menjadi pemimpin....inilah akibatnya.