,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 25 June 2012

HIDUP SUSAH....MATI PUN LAGI SUSAH...


TAMAN KENANGAN ISLAMELAYU SUNGAI KOB


Ke Mana Hilang Lim Soo Nee Dalam Kes Memorial Park Sungai Kob, KULIM?

Satu pembohongan terbesar yang dilakukan oleh Kerajaan PAS tentang Memorial Park Sungai Kob adalah apabila menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan pada tahun 2007. Kononnya, kelulusan telah diberikan kepada Prestavest untuk membangunkan sebidang tanah di tengah-tengah berpenduduk Melayu seramai lebih 16,000 orang oleh pentadbiran terdahulu. 
Bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan TIADA SEBARANG KELULUSAN yang diberikan oleh pentadbiran UMNO-BN pada tahun 2007 kepada syarikat berkenaan untuk membangunkan sebuah tanah perkuburan swasta di kawasan berkenaan. Sebaliknya, kelulusan hanya diberikan pada tahun 2009 oleh pentadbiran PAS-Pakatan Rakyat.
Kita simpan dahulu perkara berkenaan bersama-sama buktinya!
Lim Soo Nee, ADUN Kulim ketika mengulas berkenaan demonstrasi di hadapan Wisma Darulaman yang membantah kewujudan Memorial Park Sungai Kob, secara selamba menyatakan bahawa tanah tersebut adalah tanah persendirian, bukannya Tanah Rezab Melayu. Katanya lagi, tanah-tanah itu telah lama dijual kepada Syarikat Prestavest dan sekarang ianya dibangunkan walaupun pada masa yang sama, memberitahu kelulusan telah diperolehi dari tahun 2007.
Lulus tahun 2007, tahun 2009 baru nak bina?
Benarkah dakwaan Lim Soo Nee bahawa tanah berkenaan merupakan tanah persendirian dan bukannya Tanah Rezab Melayu? Benarkah seperti apa yang diomongkan oleh para pecacai PAS menerusi blog-blog serta risalah-risalah mereka yang ditabur di merata-rata tempat seluruh Kedah bahawa yang meluluskan projek berkenaan adalah Kerajaan UMNO-BN dan bukannya Kerajaan PAS-Pakatan? Benarkah fakta yang disebarkan oleh pecacai PAS bahawa tanah berkenaan adalah tanah persendirian dan bukannya Tanah Rezab Melayu?
Berdasarkan siasatan, KESELURUHAN TANAH YANG DIJADIKAN PRESTAVEST sebagai Memorial Park Sungai Kob itu adalah TANAH REZAB MELAYU dan status berkenaan masih belum ditukar, walaupun ada usaha-usaha menukarnya yang cuba dilakukan menerusi Pejabat Tanah dan Galian Daerah Kulim oleh pihak-pihak tertentu!
Mungkin menyangkakan bahawa yang berhadapan dengan mereka adalah penduduk kampung, manakala Prestavest pula merupakan sebuah syarikat pemaju tanah perkuburan swasta yang turut mempunyai memorial park di Taiping dan Alor Star, maka segala-galanya dilakukan tanpa mengikut undang-undang yang sewajarnya. Paling ketara ialah apabila mengatakan TANAH-TANAH BERKENAAN ADALAH MILIK PERSENDIRIAN.
Daripada tiga sijil carian tentang tanah-tanah yang telah dijadikan projek perkuburan swasta di Sungai Kob, secara jelas, ianya berstatus TANAH REZAB MELAYU dan berstatus pertanian. 
Justeru, timbul pertanyaan, ke mana hilangnya Lim Soo Nee yang kata-katanya bahawa itu adalah tanah persendirian dan telah lama dijual kepada Prestavest digunapakai oleh kaum propagandis Pakatan Rakyat? Timbul juga persoalan tentang jalan yang baru dibuka menghala ke Hutan Simpan Gunung Bongsu untuk pengeluaran balak yang ditohmahkan sebagai kerja-kerja orang kampung, padahal ianya milik individu tertentu yang turut menggunakan Memorial Park itu sebagai topeng?
Ironinya, PAS yang meluluskan tanah berkenaan pada tahun 2009 untuk perkuburan swasta di atas Tanah Rezab Melayu, PAS jugalah yang menuding menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional yang menerima proposal pada tahun 2007!!!
amukanm melayu - sekiranya UMNO buat salah...PAS betulkanlah, dan kalau PAS buat salah seharusnya UMNO perlu membetulkannya...jika perlu di pertahankan HAK....UMNO/PAS perlu pertahankannya. Kalau pakat duk lawan tunjuk sapa salah....kedua-duanya sama saja....MENGGADAIKAN UGAMA BANGSA kerana "KERUSI".......