,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 24 June 2012

SALAH GUNA MAJLIS ILMU.....siapa yang perlu di salahkan?



Tahniah PAS...!! Ceramah Israk Mikraj 

Di malam Israk dan Mikraj, umat Islam di surau dan masjid akan mendengar ceramah berkenaan perjalanan Nabi Muhamad S.A.W dari Mekah ke Baitulmaqdis. Setiap kali mendengar ceramah berkisar dengan kisah Nabi Muhamad S.A.W pastinya semua umat manusia akan insaf....

Pada malam yang penuh keberkatan itu, Wanita PKR Sarawak telah menjemput YB Violet Yong yang mewakili DAP bagi menyampaikan ceramah Israk Mikraj.

Intipati ceramah Violet Yong lebih kepada pembohongan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membelanjakan wang berjumlah RM3 juta semasa berada bercuti di Amerika Syarikat. Isu ini sememangnya dirancang memandangkan ramai di kalangan mereka yang hadir adalah orang Melayu.

Menjadi harapan Violet Yong dan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk merendah-rendahkan kreadibiliti Najib Razak yang sememangnya disegani rakyat Malaysia dengan pendekatan transformasi yang dibawanya. Hanya dengan taburan fitnah boleh menyebabkan mereka yang mendengarnya terpedaya biarpun itu adalah pembohongan.

Seperti sebelumnya, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak akan lupa mengungkit dan menyebarluaskan isu NFC. Dengan nada berjenaka menyamakan Shahrizat Jalil dengan lembu, Violet Yong secara tegas mencerca pemimpin wanita Islam biarpun mahkamah belum lagi memutuskan sebarang kesalahan berkaitan NFC. Violet Yong itu seolah-olah seorang hakim yang telah memutuskan kesalahan yang sedang dalam perbicaraan.

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu dan hadirin yang hadir pada malam itu dibawakan pula masalah bekas Pengerusi MAS, Datuk Tajuddin Ramli kononnya dibayar RM550 juta. Kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah biarpun kerajaan telah bersedia berhadapan dengan Tajuddin berhubung isu itu.

Melihat kepada kekayaan dan ekonomi yang dikaut oleh orang Cina, Violet Yong mengajak rakyat melakukan perubahan khususnya kepada perubahan politik. Bersandarkan ekonomi sekarang yang banyak menguntungkan rakyat, Pakatan Pembangkang memanipulasi bahawa ekonomi Malaysia sekarang meleset. Hakikatnya..., Pakatan Pembangkang cemburu melihat keyakinan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Malaysia dan memastikan ekonomi Malaysia terus maju.

Kredit - WIRA Kenyalang

Kesimpulannya; Intipati ceramah Israk Mikraj digunakan untuk memfitnah Najib, mengungkit kisah Shahrizat yang terbukti beliau tidak terlibat dengan isu NFC, mengungkit juga kisah lapuk Tajuddin Ramli dimana kesemua cerita ini TAK ada kena mengena langsung dengan kisah Rasulullah s.a.w dibawa menaiki Buraq bertemu dengan Allah swt...