Berbagai analisa politik di buat selepas PRU ke 12. Tambahan di mana BN sebagai gabungan kepada PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU, MALAYSIAN CHINESE dan MALAYSIAN INDIAN CONGRESS sebagai sebuah PERTUBUHAN yang begitu dominan dengan raayat Malaysia. Pada asasnya mereka bergerak sebagai sebuah pertubuhan mengikut kaum dan bersatu dibawah BARISAN NATIONAL. Dengan kontrek sosial yang masing-masing memahami dan di persetujui, mereka telah melakarkan sejarah negara dengan sebuah negara yang miskin berteraskan bijih timah yang mendatangkan Cina ke bumi bertuah ini dan di ikuti dengan perladangan yang di miliki penjajah membawa masuk India pula sebagai kuli di ladang-ladang penjajah....
Selepas tidak berapa lama kita di belai dengan rasa bangga mendapat kemerdekaan yang sebenarnya kita tak perlu pun kepada KEMERDEKAAN itu.....kerana kita pada dasarnya tidak di jajah sebaliknya campur tangan yang melampau beberapa perjanjian kita TERJAJAH tanpa disedari.....kita mula pandai berpolitik, maka tertubuhlah Parti-parti yang pada mulanya hanyalah dukungan beberapa individu yang tidak puas hati dengan UMNO, MCA dan MIC.
Untuk menampakkan sistem demokrasi itu berjalan baik maka banyaklah yang di luluskan oleh ROS parti-parti baru yang amukanmelayu nampak mereka ini sebagai parti-parti "NYAMUK". Mereka ini datang dan pergi....tapi yang terus berkembang segar adalah DAP, PAS dan yang terbaru adalah PKR. Ia mewakili 2 bangsa sahaja....cina dan Melayu...india setakat ini masih tiada kumpulanya sendiri. PKR lebih merupakan Parti yang bercorak atau Copy dari Parti "GERAKAN".
Dalam sejarah perjuangan yang panjang....nampaknya PAS seakan sebuah parti yang kebal dengan perbagai cuaca. PAS nampak begitu kebal. Menyedari hakikat ini. PKR perlu mengambil peluang keemasan ini. PKR sedar yang penyokongnya tidak setia seperti penyokong PAS. Dengan menubuhkan Pakatan Raayat yang asalnya Barisan Alternatif.....Anwar dapat menjinakkan PAS duduk sekandang dengan DAP. Dengan organisasi yang agak tersusun dan tenaga kerja yang mudah di beri "PAHALA".....PR memperkudakan PAS semahunya. Sementara DAP pula adalah penyumbang dana untuk PR bergerak laju...... apa yang BN buat kini PR juga akan buat perkara yang sama. Ini menjadikan raayat tidak terkejut dengan "PERALIHAN KUASA" nanti.
Tapi bersediakah PAS menggantikan UMNO? jelas yang untung adalah kaum Cina da India. Mereka mendapat apasaja yang di minta sehinggakan ada yang bercanggah dengan PERLEMBAGAAN. Sehingga UMNO melalui BN tidak mampu lagi untuk memberi selebihnya, ini kerana Islamelayu masih jauh ketinggalan di belakang. Melihat kelemahan ini, India dan Cina kini condong kepada Pakatan Raayat setelah mereka "MERATAH" habis hak Islamelayu dari kantong UMNO.
Melihat janji-janji PR.....maka sebagai undi penentu mereka yakin mereka akan mendapat lebih dari apa yang mereka dapat dari UMNO. Perkara in sememang boleh berlaku.....semasa 11 bulan Nizar memegang Perak, kaum cina telah mendapat Hak keatas Kampung Baru dan Sekolah Cina sehingga 999 tahun. Sedangkan banyak tanah hak Islamelayu hanya berstatus TOL atau pajakan 99 tahun sahaja dan banyak yang berbaki kurang dari 50 tahun.
Kini PRU ke 13 bakal menjelma. Nampaknya sekali ini UMNO dan PAS akan memberi apa saja kepada Cina dan India hanya kerana "LAPAQKAN KOSA", UGAMABANGSA di ketepikan dan di gadai, lebih malang lagi.....kini gulungan ULAMAK juga sudah begitu TAKSUB dengan DEMOKRASI dan BERPARTI. HUDUD dan NEGARA ISLAM di gadai begitu sahaja tanpa rasa sayang dan bersalah.
Banyak orang marah kerana "SOTONG" ni...
STATUS AGAMA PENDUDUK MALAYSIA
Sebagai sebuah Negara berbilang kaum, penduduk Malaysia juga menganut pelbagai agama. Penganut Agama Islam adalah yang terbesar di Malaysia dengan 59.1% penduduknya beragama Islam. 10% darinya bukan orang Islam etenik Melayu.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satu parti politik di Malaysia yang berteraskan agama. Bagaimanapun, sejak awal penglibatan parti ini di dalam politik, PAS sudah mengamalkan dasar PAS untuk semua dengan menekankan perjuangan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Ini bersandarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada Majalah Belia Bilangan 16 Tahun 1, 27 Julai 1955 sewaktu berkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah.
Namun agenda Islam yang dibawa PAS seringkali digunakan oleh parti lawannya untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sempit perjuangannya atau parti untuk perjuangkan orang-orang Islam sahaja.
Walaubagaimanapun, jika dilihat dari skop sempit sekalipun, PAS merasakan mempunyai pasaran yang lebih besar kerana penduduk Malaysia beragama Islam sebanyak 59.1% dan Islamelayu pula ialah 50.3%.
TABURAN PENDUDUK ISLAM DAN MELAYU – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU
Walaupun jumlah penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih ramai daripada kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun dari segi politik, PAS sentiasa lebih lemah dari UMNO dalam banyak aspek seperti terutamanya,
- Jumlah keahlian, cawangan dan kawasan.
- Jumlah kerusi di Parlimen.
- Jumlah negeri yang ditadbir.
Namun begitu PAS sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan di Kelantan di mana ia pernah memerintah semenjak merdeka sehingga 1978 (1974-1977 PAS di dalam Barisan Nasional). PAS berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 dan mentadbirnya sehingga ke hari ini.
Terengganu, negeri yang mempunyai bilangan penduduk Islam dan Melayu terbesar juga pernah ditadbir oleh PAS dan kali terakhir ialah selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.
Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS juga dapat menawan Negeri Kedah dari BN.
Perlis, sebuah lagi negeri yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi juga sering dilihat sebagai berpotensi di tawan oleh PAS, namun masih gagal. Pilihanraya 2008 bagaimanapun menampakkan peningkatan yang memberangsangkan.
Di negeri-negeri dan wilayah lainnya PAS gagal menyaingi UMNO dan BN. Ini kerana sebelum 2008, UMNO sering mampu meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Sokongan ini diantara lain disebabkan faktor hubungan UMNO dengan parti-parti komponen BN yang mewakili lain-lain etnik.
Politik berteraskan ras sebelum ini juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu dan penting bagi mengekalkan kerhamonian masyarakat berbilang kaum.
Segregasi politik mengikut ras juga adalah senjata utama BN yang telah bertahun-tahun menanam ke dalam masyarakat bahawa keseimbangan dan kestabilan politik negara hanya akan tercapai menerusi sokongan kepada parti-parti politik berteraskan ras.
Oleh yang demikian, pengundi-pengundi merasakan perlu mereka mengundi mengikut garisan perkauman kerana takut etnik mereka kehilangan suara dan pengaruh di dalam Kerajaan.
Bagaimanapun sebelum pilihanraya 2008, perlahan-lahan arus perubahan sudah mula dapat dirasai. Arus itu pada mulanya datang bersama gerakan reformasi pada tahun 1998 tetapi reda setelah Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan.
Kumpulan yang merasakan mereka yang membawa perubahan sebenarnya adalah silap. Sebenarnya pemerhati yang "BERDIAM DIRI" adalah sangat ramai.....dan mereka ini adalah orang-orang yang bijak. Kemenangan sebenarnya bukan terletak keatas ramainya penyokong tapi "PENGHUNI ATAS PAGAR" inilah yang menentukan kemenangan sesebuah PARTI itu.
Mood pengundi di Malaysia boleh berubah bila-bila masa. Kononnya Gerakan reformasi 1998 membawa keprihatinan di dalam generasi baru tentang peranan mereka dalam menentukan hala tuju politik negara. Tapi sebenarnya tidak. Rasa bosan dengan perangai "Pemimpin-pemimpin" UMNO mereka ini membuat undi protes. Inilah yang di alami di Trengganu.
Sebelum 2008 lagi, masyarakat Malaysia sudah tidak tertahan dan semakin resah dengan corak pentadbiran UMNO dan BN yang antara lain dilihat semakin berleluasa dengan
- Amalan korupsi
- Kronisma
- Nepotisme
- Diskriminasi kaum dan agama
Beberapa insiden pemusnahan rumah ibadat dan surau pelbagai kaum untuk memberi laluan kepada pembangunan mendapat liputan meluas terutamanya dengan berkembangnya teknologi informasi.
Lahirnya web portal dan laman-laman blog serta jaringan penetrasi jalur lebar yang lebih meluas memudahkan audio dan video dipamer dan ditonton.
Perkembangan teknologi informasi ini telah mengakhiri dan menamatkan cengkaman kerajaan didalam penyebaran maklumat. tapi malang....dengan timbul portal-portal kecil yang tidak bertanggung jawab....menyebabkan minda raayat tercemar. Kerana terlalu lama di sogokkan dengan imfomasi satu sumber, raayat seakan tidak bersedia untuk atau gagal untul menapis sumber berita yang di salurkan.
Akhirnya, Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan satu trend baru pengundian yang melampaui batasan agama dan etnik.
ANALISA PEMILIH DALAM PRU12
Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang).
PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR).
Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras.
Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula.
ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING
Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN.
Malangnya pihak SPR mengeluarkan statistik undi yang diterima oleh setiap parti komponen BN sebaliknya ianya disatukan dibawah satu sahaja,
Walaupun tidak mustahil, tetapi ia akan mengambil masa untuk secara tepat mengumpulkan semua undi-undi yang BN terima menurut parti komponennya. Bagaimanapun adalah menarik untuk menghitungnya bagi melihat undian yang dibuat berteraskan garisan ras.
PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen.
PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.
DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular.
Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli - PR ada 82 kerusi semasa itu).
PAS memperlehi tambahan satu kerusi apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO BN di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan pada Januari 2008.
Jika amukanmelayu mengatakan PAS bermimpi di siang hari....tentu ramai yang akan marah. dengan Kerusi PAS hanya 23 KERUSI apakah yang PAS dapat lakukan? Jangan berharap kepada DAP dan PKR.(kerusi PR kesemuanya 83 kerusi)
ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DEWAN RAKYAT / PARLIMEN – SEPINTAS LALU
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen.
Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.
Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi.
Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu.
Ironinya bila Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya.
Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%.
Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia.
Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen.
UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.
APA AKAN JADI PADA ISLAMELAYU SELEPAS PRU 13?
Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan ketuanannya dalam politik Malaysia.
Perangkaan 2003 menunjukkan etnik Melayu adalah 50.3% sahaja. Jumlah ini diambil berdasarkan kelahiran seseorang itu daripada etnik Melayu, iaitu tidak mengambil kira sama ada individu tersebut membesar dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu.
Bancian dibuat setiap 10 tahun dan ia akan dilakukan semula pada tahun 2010. Kemungkinan besar perangkaan baru selepas 2010 akan menunjukkan bahawa etnik Melayu akan kurang dari 50%.
Secara langsung ini akan menjadi masalah utama bagi UMNO yang memperjuangkan agenda Melayu. Ia kerana pasaran bagi mereka semakin menguncup.
ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG
Hampir 60% penduduk Malaysia beragama Islam. Tidak seperti masalah menguncupnya etnik Melayu di Malaysia, Islam sebagai sebuah agama boleh terus dikembangkan.
Adalah mustahil untuk meMelayukan orang bukan Melayu tetapi tidak mustahil untuk mengembangkan Islam di kalangan bukan Melayu.
Perangkaan terkini menunjukkan hampir 10% penduduk Islam di Malaysia adalah bukan dari etnik Melayu. PAS sebagai gerakan Islam merasakan telah memainkan peranannya untuk mengembangkan umat Islam di Malaysia dan dalam masa yang sama menyisihkan UMNO dari kehidupan seharian PAS.
Dengan "KEMBANG PUNGKOQ" Pas merasakan kononnya telah mengembangkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah tetapi menerusi dasar pentadbiran Islam. Dalam 4 tahun bersama PR ni....dah berapa ramai yang PAS Islamkan kafirun DAP?
PERANAN BARU PAS
Sekiranya di Izinkan Allah, PR menawan Putrajaya, PAS perlu bersedia untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti induk etnik Melayu.
UMNO perlu menerima segala kemungkinan dan perlu juga bersedia untuk menerima persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah parti politik yang korup, mengamalkan dasar diskriminasi kaum, kronisme dan nepotisme yang sememangnya berlaku dalam UMNO.
PAS mengatakan dan berpendapat sebahagian orang Melayu telah menolak UMNO dalam PRU12. Benarkah begitu atau PAS yang kehilangan sokongan Islamelayu kerana bersekongkol dengan DAP? Dan kata PAS lagi kerisauan utama UMNO ialah majoriti penduduk bukan Melayu telah menolaknya. Ini memang betul....tapi malang, PAS mula menerima KAFIRUN menjadi rakan mereka dan ini menjadikan PAS dan UMNO tiada bezanya.
Mungkin UMNO berpeluang mengembalikan sokongan sebahagian orang Melayu yang menolaknya, tetapi adalah mustahil untuk UMNO melaksanakan satu polisi yang boleh berjaya dalam jangka masa pendek untuk menarik orang Melayu dan bukan Melayu serentak kembali kepadanya dan BN.
Tambahan pula isu rampasan Kerajaan menerusi jalan belakang oleh UMNO dan BN di Perak terus membuat orang-orang bukan Melayu jauh hati dengannya.
UMNO memerlukan sokongan padu bukan Melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di negeri-negeri di Pantai Barat. Tanpa sokongan orang-orang bukan Melayu, UMNO dan BN akan berdepan dengan cabaran getir di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Untuk mengambil alih teraju UMNO sebagai parti induk Melayu, PAS harus memperkukuhkan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi untuk tujuan itu, PAS harus terlebih dahulu meperkasakan hubungannya dengan parti-parti lain di dalam Pakatan dan bukannya BALACI PR atau DAP.
BENARKAH PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK DARI BN?
Sekiranya PAS bersama BN pada hari ini, PAS akan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN. Tetapi, PAS akan selamanya menjadi parti yang lebih kecil dari UMNO. Itu adalah anggapan sebahagian dari PAS
Ini bermakna UMNO akan sentiasa boleh mengawal perkembangan PAS.
Memandangkan kebanyakan kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah menentang UMNO, sudah tentu berlaku perebutan kerusi ini dalam pilihanraya akan datang.
UMNO mungkin bersedia memberi PAS lebih kerusi tetapi sudah tentu ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh melemahkan kekuasaan dan ketuanannya dalam BN.
Menerusi pembahagian kerusi Parlimen sahaja UMNO sudah boleh melemahkan PAS. Sudah tentu keutamaan bagi UMNO ialah untuk memberikan kepada PAS kerusi-kerusi parlimen yang tidak selamat untuk UMNO tandingi.
Akibatnya, UMNO akan sentiasa lebih besar dan PAS akan sentiasa lebih kecil.
Implikasinya, agenda PAS untuk melaksanakan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam akan tidak tercapai kerana UMNO akan sentiasa lebih besar dari PAS.
Bagaimanapun, jika PAS bersama PR, peluang untuk PAS mengambil alih kedudukan UMNO terbuka luas. PAS hanya perlu menewaskan UMNO di kubu-kubu terakhirnya.
Dengan itu, PAS akan terus berkembang dan mempunyai harapan menjadi parti yang terbesar pengaruhnya dan dengan itu ia akan dapat melaksanakan agenda-agendanya.
Menewaskan UMNO di kubu-kubu kuat UMNO adalah bukan tugas mudah tetapi ianya juga bukanlah tugas yang mustahil dilaksanakan.
Mimpi PAS ini terlalu enak....tapi satu perkara yang mereka kurang memberi perhatian ialah.....adakah 3 juta Ahli UMNO akan bersama PAS dan sebahagian besar yang "Duk Lena Atas Pagaq" yang duk perhatikan keupayaan Pemimpin-pemimpin PAS yang terkial-kial menyaingngi KETOKOHAN pemimpin DAP dan PKR.
Walau pun Keputusan PRU12 dan keputusan-keputusan pilihanraya kecil membuktikan kenyataan di atas.
ANALISA KONSTITUENSI PARLIMEN PAS TEWAS DALAM PRU 12
Daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS tewas 43 buah kerusi. Bagaimanapun ia berjaya merampas Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil.
Dalam PRU12 PAS telah bertanding di 30 konstituensi di negeri-negeri penduduk Melayunya lebih 60%. Daripada jumlah tersebut, PAS telah menang di 17 konstituensi dan tewas di 18 konstituensi lain. Prestasi PAS di Terengganu adalah amat mengecewakan memandangkan secara keseluruhan PAS mendapat peningkatan besar undi popular di negeri-negeri lain.
PAS tewas di kesemua 2 konstituensi yang ditandinginya di Perlis tetapi ia telah mendapat undi yang memberangsangkan. Di Arau PAS tewas dengan majoriti kurang dari 1% manakala di Padang Besar PAS tewas dengan majoriti kurang dari 5,500 undi.
Di Kedah PAS menang 6 dari 8 kerusi yang ditandinginya manakala di Kelantan, PAS menang 9 kerusi dan tewas di konstituensi Gua Musang dan Jeli.
Di negeri Perdana Menteri Malaysia, PAS melihat harapan untuk melakukan sesuatu walau tewas kesemua 6 konstituensi Parlimen yang ditandinginya. Di konstituensi Jerantut, Bera, Lipis dan Kuala Krau, kesemuanya PAS tewas dengan peratusan majoriti kurang dari 20% atau jumlah undi kurang dari 5,300 undi.
Prestasi PAS di Negeri-Negeri Melayu Kurang 60%
PAS meletakkan calonnya di 31 konstituensi di 9 negeri dan wilayah yang majoriti penduduk Melayunya kurang dari 60%. PAS telah berjaya meraih 7 kerusi Parlimen iaitu 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua di Perak dan 4 di Pahang.
Terdapat 7 konstituensi di mana jika diteruskan momentum PRU12, PAS mempunyai harapan untuk merampasnya. Konstituensi tersebut ialah,
- Larut
- Kuala Kangsar
- Sepang
- Tasek Gelugor
- Parit
- Tanjong Karang
- Sungai Besar
- Lenggong
Calon-calon PAS tewas dengan peratusan minima 6% dan undi maksimum 5,000 undi sahaja.
Di dalam konteks PRU 12, prestasi PAS paling corot adalah di Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, jika sentimen yang di lihat di Bukit Gantang berterusan, PAS ada harapan menawan 3 kerusi Parlimen di Johor.
Kesimpulan
Berdasarkan momentum PRU12 dan sentimen semasa hari ini, harapan PAS untuk melangkah sebagai parti induk orang Melayu memang cerah. Bahkan, tidak mustahil untuk PAS akan berjaya mengambil alih peranan UMNO jika langkah yang tepat diambilnya.
Bagaimanapun, PAS perlu belajar dari UMNO, iaitu, kekuatan UMNO sebagai parti induk orang Melayu bukanlah pada konstituensi yang majoriti Melayunya tinggi. Tetapi UMNO menjadi parti induk Melayu di arena politik Malaysia untuk sekian lamanya ialah kerana ia berjaya meraih sokongan dari pengundi-pengundi bukan Melayu.
Kejayaan UMNO adalah kerana ia bertanding di bawah banner Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.
Bersediakah untuk menjadi pemimpin untuk keseluruhan Islamelayu? Benarkah PAS hari ini sudah berada dilandasan yang betul bersama Pakatan Rakyat?. Benarkah PAS hari ini sudah berjaya meraih undi bukan Melayu?. Perlukah PAS memperkukuhkan kedudukannya dan komitmennya didalam Pakatan Rakyat atau MENGGENGGAM ERAT salam yang di hulur oleh UMNO? Fikir-fikirkanlah.....
Langkah menuju PUTRAJAYA
amukanmelayu - semasa PAS dan UMNO bersatu, Tanah Melayu talah menjadi TANAH KAFIRUN IMEGRAN....menangis airmata darah sekali pun kita tak akan dapat balik negera ni seprti kita kehilangan PATTANI, PHILIPHINA, KEMBOJA dan TEMASIK........