,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 22 June 2012

KALAU TIDAK TAHU MENARI....di katakan lantai yang tinggi rendah....



MEMALUKAN - PAS Sudah Kuburkan Dokumen Negara Islam


Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.


 Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional. Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.


 Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa. Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi. Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.


 Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan. Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.


 Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.


 Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.


 Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.


 Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas. Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”


 Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya. Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya. Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata.


Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?-Sinar Harian


Komentar KP : Sebenarnya ,isu Negara Islam ini sudah lama diperkatakan sejak dari perkenalan Dokumen Negara Islam oleh PAS sendiri hingga saat PAS menguburkan dokumen ini untuk memberi laluan kepada Tawaran Negara Berkebajikan yang tampak lebih umum tanpa disebutkan Islam sebagai namanya kerana terpaksa tunduk atas tekanan rakan parti dalam Pakatan Rakyat yang sememang liberal dan sekular fahamannya.


Sememangnya tawaran Negara Berkebajikan PAS yang dicanang untuk menggantikan Negara Islam kerana kata Hj Hadi pada muktamar PAS yang lalu,Negara Islam tidak disebut dalam Al Quran dan yang ada hanyalah negara berkebajikan adalah mirip dengan apa yang sudah ataupun sedang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada.

 

 Sebenarnya ,manifesto Negara Berkebajikan PAS ini hanyalah wayang untuk menutup mulut ahli-ahli PAS kerana kesilapan pimpinan PAS yang sudah membakar dan menguburkan Dokumen Negara Islam dan sebagai jenama barunya,diperkenalkan Negara Berkebajikan untuk menyedapkan mata pandangan pimpinan dalam Pakatan Rakyat.


Jelas,PAS berpura-pura sahaja didepan penyokongnya dengan agenda Islam dan Hudud mereka padahal mereka tidak mungkin dapat melaksanakannya jika berjaya menguasai Putrajaya kerana mana mungkin parti yang bertanding hanya 67 kerusi dalam Parlimen akan menjadi majoriti dalam pakatannya.Adakah Chauvanist DAP dan Lahanat PKR akan bersetuju dengan desakan dan tuntutan dari PAS ?? Kita bercakap melalui realiti yang sedia ada dan bukannya setakat fantasi semata-mata.Puak-puak PAS perlu buka mata bahawa janji dan jihad Islam mereka hanya sia-sia kerana ditipu oleh pimpinan mereka sendiri.Dulupun Hj.Hadi pernah kata "kita sanggup kalah kerana melaksanakan Islam".Ini apa???Islam apa yang Hj Hadi hendak laksanakan sedangkan kepada realitinya mustahil walaupun Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akibat pengaruh DAP dan PKR yang lebih kuat.


Jadi,apa pun dokumen ataupun tawaran daripada PAS selagi mereka masih bertahaluf siyasi dengan  DAP dan PKR,sampai bila-bila mereka tidak akan pernah berjaya dalam perjuagan mereka.Lihatlah ,dinegeri dibawah pakatan mereka,haru-biru dibuatnya ,pelbagai masalah rakyat dilaporkan setiap hari di akhbar dan media massa.Beginikah mahu diberinya negara untuk ditadbir oleh mereka??Punah ranah lah nanti jawabnya..

amukanmelayu - jangan salahkan PAS....kegagalan melaksanakan hukum HUDUD dan JOURNAL PANDUANnya pun banyak yang mendatangkan kekeliruan.......ia amat memalukan ISLAMELAYU keseluruhannya......