,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 25 June 2012

PAS - PARTI ANAK SENI


5 Shaaban 1433, Olak Lempit - Demokrasi semakin lengkap sekarang ini. Ini di terjemahkan lagi dengan pembabitan Gulungan Artis kedalam Parti-parti yang bergerak cergas di Malaysia. Banyak suara-suara sumbang yang di perdengari bila beberapa artis melibatkan diri bersama dengan Parti Pembangkang. Kesuburan demokrasi ini sepatutnya di ambil peluang sepenuhnya oleh Penggerak-penggerak Parti.

Jangan di pandang enteng dengan kemampuan mereka(artis) ini. Artis sekarang bukan lagi seperti artis-artis terdahulu. Mereka kini berpendidikan dan berilmu. Penulis amat tertarik dengan AURA "Fantasia Bulan Madu" Bob Lokman. Sebagai pembuka jalan kearah Artis Berpolitik, penulis nampak Bob Lukman dan yang lainnya mampu pergi lebih jauh lagi.

Filiphina dan US telah membuktikan Artis mampu memimpin negara. Penulis nampak ini bukan satu fonamina, tapi sebaliknya 'TRANFOMASI" ke atas diri artis itu sendiri. Artis adalah hak milik masyarakat, aura mereka tiada tandingnya berbanding dengan ahli politik yang terpaksa menumpang dengan glamor artis. Jika perkara ini berterusan, penulis nampak, artis-artis yang menjadi Ahli PAS dan dengan laluan "MUDAH" yang di berikan pada mereka untuk berada diatas pentas PAS, mampu menenggelamkan "Pengaruh" Mat Sabu mahu pun Tok Guru......dan tidak mustahil mereka akan pergi lebih jauh dalam muktamar PAS nanti.....

Dengan wajah yang bersahaja, Bob Lokman mampu melonjakan pengaruh dan karyanya sebagai satu kelebihan jika di bandingkan dengan penceramah PAS yang lain yang masih menggunakan beberapa "AYAT" pendek yang di petik dari Al-Quran untuk menjadi modal ceramah.


Begitu juga dengan Dayangku Intan yang masih tidak kekok dengan pembesar suara di tangan. Dengan memikirkan gejala sosial yang begitu merunsing keseluruhan ibubapa....Dayangku Intan cuba membawa pendengar kewadah berfikir dan memandu mereka kesatu perkara yang lebih NYATA dan tidak terikat dengan isu-isu politik sahaja.

Menyesali dengan peristiwa silam semasa muda remaja....Aishah memterjemahkan dan melakukan perubahan besar dalam hidupnya.....meninggalkan dunia glamornya dan lari dari pentas KESERONOKAN dan beralih kepada pentas yang mencernakan kesedaran....dengan peminat yang masih ramai... Aishah mampu mengubah KONSEP cara PAS berceramah dan berfikir.

Keayuan wajah Abby mampu meronton setiap jiwa lelaki.....dengan sifatnya yang malu-malu membuatkan ramai "Lebai-lebai" PAS yang tak tidur malam....tambahan pula melihat wajah Abby tidak perlu lagi membeli tiket seperti semasa dia di dalam ELIET dulu.......sekarang dengan selamba menyelok poket dan di masukan kedalam "TABUNG JIHAD"....dulu RM 2.00 ringgit sahaja, sekarang RM 200.00 tak rasa pun....Abby punya pasal.
 Pada wajahnya yang serius dan badannya yang sasa...sudah sememangnya watak Lefternan Adnan itu serasi dengannya....


Kerana takutkan "Hantu Kak Limah" Pak Jabit lari berlindung di bawah bulan.....walau pun tak glemor macam orang lain...tapi Pak Jabit jangan di perkunonkan daya kepeimpinannya.
Mungkin ini sorang lagi akan bersama PAS.....tak kesahlah apa pun parti yang mereka sertai....tapi, melihat kepada 3 artis perempuan di atas....penulis terpegun dengan PAS. Ini kerana 3 Mak Dara di atas telah menyempurnakankan nilai-nilai seorang perempuan Islam....tambahan pula dengan "STATUS MAK JAN" mereka itu membuatkan mereka bergerak sendirian atau kalau tidak pun di teman oleh Ustaz-ustaz PAS yang mampu memberi "kaunseling" kepada mereka untuk menjadi wanita Islam sejati....tak baik kalau lama-lama menjanda.....

Tidak syak lagi....dengan penglibatan para artis ini menyemarakan sistem demokrasi kita mekar subur....PAS telah berjaya dalam Trasformasinya dalam PAS berwajah baru....ada Lebai, ada Ustaz, ada Proforsional, ada Pakar Nuklear, ada Artis, Ada Tok Guru dan ada FARASIT.(Kata Hassan Ali)

Dengan masuknya Profosional.....wajah-wajah Tok-tok lebai dan Ulamak menjadi kureng sikit Ummmnya. Kini masuk pula artis...nampaknya....Profosional pula mula menjai kurang powernya....

Dengan "SENIMAN" sebagai persatuan untuk artis-artis ini bernaung...jelas disini...artis-artis ini jauh kehadapan....walau pun mereka bercanggah pendapat antara Parti yang mereka wakili...tapi mereka akan sekata bila mereka di SENIMAN....Jika mereka ini tahu kekuatan yang mereka ada....tidak mustahil mereka akan Trasform PAS sekali lagi menjadi "PARTI ANAK SENI", sebelum sempat PAS menggantikan UMNO, PAS di gantikan dengan PAS. Dengan tidak mengubah apa-apa pada PAS..... PAS tidak dapat lagi lari dari dihilangkan seperti PAS kehilangan arah perjuangan. PAS akan kehilangan PARTI ISLAM SE MALAYSIA .....walau pun PAS tetap ada dan terus ada di pesada politik tanah air...........

Renungan Jauh Seorang Pemimpin

amukanmelayu - tebayang ZED Zaidi menjadi PM.....hahahahahaha...kuasa ALLAH tiada sipa yang tahu dan sukar untuk di ramalkan untuk hari esuk......