Waypoint SADRI adalah titik akhir kehilangan MH 370 dari RADAR |
1 - Titik pertama (KLIA) ke titik ke Dua kehilangan 1 jam 05 minit
2 - Titik kedua ke Titik ke Tiga kehilangan 1 jam 45 minit
3 - Titik ke Tiga ke titik ke Empat kehilangan 15 minit
4 - Titik ke Empat ke titi Kelima kehilangan 1 jam 15 minit
5 - Titik ke Lima ke titik ke enam (Waypoint SADRI) kehilangan 1 jam 05 min.
Jumlah 5 jam 25 minit, minyak telah di gunakan dan berbaki lagi 3 jam 05 min.
Pada pendapat penulis, MH 370 dengan minyak yang berbaki 3 jam 05 minit ia tidak mapu untuk ke hujung Lautan Hindi. Seperti gambaran di bawah...ianya adalah bertepatan dimana MH 370 meninggalkan ke semua Penumpang dan anak kapal MH 370 di Diego Garcia dan mengisi minyak sebelum ianya di terbangkan semula secara alat Kawalan Jauh ke Lautan Hindi untuk menyembunyikankan KOTAK HITAM di 12 ribu kaki di dasar Lautan Hindi.
Berdoalah semua, semoga Allah selamatkan kesemua Penumpang dan Anak Kapal. InsyaAllah. Konspirator US sedang mereka-reka scrip baru untuk Menjadikan US atau sesiapa sahaja sebagai Hero. Percayalah....pemimpin-pemimpin Malaysia tidak tahu kesemua ini. Negara kita menjadi Kambing Hitam di atas "Perang Dingin" antara US dan Negara China. Bacalah apa yang tersirat dari Kenyataan Hisshamuddin dan Kenyataan Najib. Dalam Konspirator ini....kedudukan Pemimpin kita sangat bijak mengatur langkah untuk MENARIK BENANG DALAM TEPUNG. berilah moral suppot kepada mereka. Kita hanyalah ada telunjuk sedangkan mereka sedang menjalankan Tanggung Jawab mereka kepada Negara untuk kita tidur dengan lena..........
DIEGO GARCIA |
USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Facebook Darul Manzil)
Untuk lebih lanjut anda boleh baca petikan catatan beliau dibawah:
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk.
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (USTAZ MIMPI BAGAIMANA PUNCA MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN?)
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…Saya tersedar…
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————PERINGATAN…!!Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..- USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Facebook Darul Manzil)
MH370: Kerajaan Harap Penumpang Pesawat Selamat |
Najib - MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi |
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..
"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370 "Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations" "Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."
"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean." "We will be holding a press conference tomorrow with further details." "We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."
"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development." "I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -
Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??
Jumaat, 28 Mac 2014Antaranya masej berbunyi
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."
Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968
Di forum berkenaan Philip sempat memuat naik gambar hitam sebagai picture profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisis data exit dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg
Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )
Spoiler for Hangar Diego Garcia
Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH370
Spoiler for saksi mata
Di akhir posting forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Menurut seorang forumer daripada forum Kaskus Indonasia TehGanteng dan kimbo555 telah membuat analisis maklumat ini adalah seperti di bawah:-
Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.
Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak
Quote:Original Posted By kimbo555 ►
terjemahan postingan philip wood :
postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)
photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)
kamera yg digunakan :
GPS :
DAFTAR MANIFEST MH-370 :
http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf
NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA
low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..
GPS di hp udah kebaca tuh..
yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.
ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ???
ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..
Walahualam hanya Allah mengetahui kebenarannya. Saya tak berhasrat untuk bahas logik atau tak masej berkenaan. MH370 makin menjadi tanda tanya selagi serpihan tidak dijumpai, selagi mayat tak timbul dan selagi kotak hitam masih tercari-cari....selagi itulah seluruh dunia mengharapkan keajaiban berlaku dan MH 370, KEMBALILAH, jangan di bawa rajuk yang panjang.!!
AMUKANMELAYU - Deago Garsia....mereka ada di sana.