,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 2 July 2012

HUDUD dan QISAS DI MALAYSIA ADALAH IMPIAN SELURUH UMAT ISLAM NUSANTARA


HUDUD dan QISAS....


Amukanmelayu tersentak sebentar, benarkah apa yang di ucapkan oleh ADUN UMNO itu, kalau ADUN PAS yang ucap semua orang kata "HUDUD POLITIK". Amukanmelayu masih lagi duk terkejut bewak ni bila terbaca laporan berita pasai Adun dari Umno cadangkan dalam Sidang DUN Johor supaya Johor laksanakan hukum hudud, nak jadi negeri pertama yang jalankan hukum hudud di Malaysia.


Selama ni pendirian rasmi Umno tak pernah setuju nak laksanakan hukum Hudud. Alasannya mudah, hudud yang PAS bentangkan di Kelantan dan Terengganu dulu sebagai 'hudud PAS' cuma alasan untuk depa tolak hudud, supaya orang Islam yang perihatin terutama dari kalangan ahli dan penyokong Umno tak marah.

Realitinya Umno sejak dulu memang nampak "KERAS" takmau undang-undang hudud terlaksana di mana-mana negeri di Malaysia dan tentunya di peringkat persekutuan jugak. Tapi sejak selepas Era Tun M nampaknya ia agak lembut sedikit, Amukanmelayu mengikuti setiap penulisan dan pendapat Tun M tentang HUDUD....jika diamati sepenuhnya, ia tidaklah seperti di gambarkan. Katanya Tafsiran Al-Quran mengikut "KEFAHAMAN" ulamak yang banyak berbeda dengan ulamak yang lain atau lebih senang di cakapkan begini, antara ulamak-ulamak ini sentiasa ada saja perbedaannya dan berbedaan itulah sebenarnya menjadi halangan kepada PERLAKSAAN HUDUD dan QISAS di MALAYSIA ini.



Al-Quran adalah panduannya....kalau di tanya pada ulamak-ulamak ini....."BERAPA NILAI TERENDAH KECURIAN" yang membolehkan tangan di potong? Bahagian mana yang hendak di potong? (Istilah tangan adalah dari BAHU hingga ke hujung 5 JARI).... Jawapan yang di beri  kadangkala jauh  "MEREWANG" entah kemana dan jika hendak menjalankan hukuman mati(Pancung) pula, terbunuh macamana yang  "MATI" di balas MATI ini.....kerana kemalangan di Malaysia ini ada yang kecuaian menjadi punca kematian....sebagai contoh kereta yang terbabas ke arah bertentangan dan berlanggar dengan kenderaan yang berada di lorong yg betul, dan kematian itu adalah pemandu kereta yg terbabas ke arah jalan yg bertentangan. Perkara seumpama inilah yang perlu dijelaskan......

Sebab itulah  jika undang-undang hudud dilaksanakan, tanpa mengambil kira perkara seumpama ini di takuti akan berlaku penginayaan kepada mereka yang tidak bersalah. Sebenarnya perkara ini jugalah yang "MEMBANTUTKAN" perlaksaan hudud di Kelantan dan Terengganu dan sememangnya banyak ULAMAK yang cuba tak mahu bertanggung Jawab dan mencari seseorang atau pihak yang lain untuk di salahkan. Ini jelas sekarang ini apa juga yang berlaku dan membawa keburukan adalah di sebabkan UMNO ....gejala sosial...UMNO...jenayah meningkat...UMNO, anak luar nikah menjadi-jadi..UMNO. Amukanmelayu percaya, sekiranya UNDANG-UNDANG HUDUD dan QISAS ini jiaka di jalankan di Johor dan di laksanakan dengan "PANDUAN" yang di rangka UMNO....tunggulah, pasti banyak yang tak betul, keliru, tak adil, tidak mengikut Al-Quran dan macam-macam lagi cerca nista akan di lemparkan pada UMNO dan dengan itu, dengan sendirinya HUDUDm itu menjadi "TIDAK RELEVAN" kepada MALAYSIA dan ia menjadi satu PENGHINAAN pepada penganut dan pengmal Islamelayu keseluruhannya.



Apa pun, amukanmelayu  berharap sangat-sangat dengan memanjat doa kepada Allah SWT....semoga ALLAH memperkenankan doa yang telah lama di pohon keseluruhan ISLAMELAYU NUSANTARA ini menjadi kenyataan.

Walaupun amukanmelayu kurang  yakin yang Umno takkan berani buat tapi KALAU betul Umno Johor berani buat, PAS patut ucap terima kasih banyak-bayak kepada Umno Johor pasai bukak jalan perlaksanaan udang-undang hudud.

Pasainya dah tentu punya akan timbul bermacam-macam masalah dari sudut perlaksanaan. PAS cuma nantinya perlu 'alignment' bagi selari dengan kehendak pendapat jumhur ulama'.


      



Masjid Qisas Jeddah

Masjid Qisas Jeddah. Gambar dari Google
Masjid Qisas sama seperti masjid-masjid yang lain yang 
kita gunakan untuk menjalankan tanggungjawab kita 
sebagai seorang islam. Tetapi ianya menjadi tumpuan 
pelancong kerana perkarangan Masjid tersebut menjadi
 tempat hukuman pancung dijalankan.
Bangsal tempat hukuman pancung dijalankan


Dalam perkarangan Masjid itu terdapat sebuah bangsal yang 
menjadi tempat hukuman pancung dijalankan. Jika  benasib 
baik saudara serta ahli-ahli rombongan akan dapat melihat 
hukuman ini di jalankan pada jam 11 pagi pada hari setiap Isnin.
 Pesalah akan sampai jam 8 pagi. selama 3 jam di beri kepada 
waris untuk berbincang untuk mengampunkan atau tidak kepada 
pesalah ini. kalau kesemua waris memberi keampuanan....maka 
terlepaslah hukuman mati itu. 

Jika anda sampai kesini, Bau hanyir darah masih dapat dihidu 
walaupun sudah berhari-hari berlalu walau pun simen sert
 kawasan sekitar telah dicuci selepas hukuman dijalankan.

Lihat lubang berhampiran bahagian kaki bangsal masih terdapat
 air yang berwarna merah air bercampur darah. Lihat gambar  
yang rakam dibawah ini.





Hukuman pancung dijatuhkan kepada mereka yang melakukan 
kesalahan yang melibatkan kematian.

Insyaallah kita akan berjumpa di Johor sekiranya apa yang di 
impikan menjadi kenyataan....... 

Sultan Abu Bakar Mosque, Johor

Mungkinkah "kawasan" ini akan di jadikan tempat 
hukuman bila JOHOR menjalankan HUDUD nanti.... 





Hudud di Johor - Nik Aziz Sokong Cadangan Adun UMNO.


KOTA BAHRU 2 Julai - Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kemelah,
 Datuk Ayub Rahmat agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan hukum Hudud 
disambut baik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam 
kenyataan beliau pada hari ini, isu perlaksanaan Hukum tersebut wajar dilakukan
 demi kepentingan Umat Islam sejagat.
 “Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, 
saya menyokong sepenuh hati. Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan
 telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, 
silakanlah,” katanya.

ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan
 Kelima Dewan Negeri Johor ke-12 Khamis lalu menggesa agar Johor dipilih Negeri 
pertama yang melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini. Namun beliau 
menjelaskan, perlaksanaan Hukum Syariah tersebut didakwa berbeza dengan Hukum
 Hudud yang dibawa PAS.



amukanmelayu - dengan doa yang di panjatkan kepada ALLAH
 yang menjadikan sekelian alam.....marilah kita sama-sama 
merealisasikan HUKUMAN ALLAH ini...semoga kita semua di 
lindunginya dalam kita menumpang di buminya ini.