Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain
Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.
Angkut-angkut membuat sarang
Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada semua pembaca dan pemikir,kepada peminat sejarah dan warisan bangsa,kepada penjejak misteri bangsa yang hilang,kepada pencantum teka-teki akhir zaman,kepada anak-anak Melayu,kepada warisan Bani Jawi di Timur Jauh,
Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di Tanah Arab,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:
"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah murni"
Pada halaman yang lain,
"....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"
Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.Lihatlah apa yang terjadi kepada penduduk Filipina.Mereka bukanlah orang Sepanyol yang berpindah beramai-ramai dari Amerika Latin ke Kepulauan Melayu itu namun mereka adalah mangsa penjajahan beratus tahun sehingga kehilangan jejak warisan bangsa sendiri.Misteri asal-usul mereka mampu dikesan melalui sebutan nombor-nombor dalam bahasa Tagalog yang masih berbekas bahasa Melayu Nusantara yang digunakan oleh empayar-empayar purba bangsa Mala sehingga ke Empayar Srivijaya dan Majapahit.Bagaimana seorang dari Filipina mengaku 'berbangsa' Filipino namun menyebut angka-angka yang dari segi linguistiknya sama dengan bahasa-bahasa Malayo-Polinesia?
Mengapa Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki persamaan?Mengapakah maharaja-maharaja Srivijaya dan Majapahit menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca,bahasa kesusasteraan dan perdagangan?Kita akan sentuh misteri ini dalam artikel pengiring 'Melayu:Bahasa atau Bangsa?"
Dalam artikel itu,kita akan menyedari bahawa mengapa orang Samoa mempunyai angka dalam sebutan 'lima' dan 'sepuluh' sama seperti Bahasa Melayu dan anehnya sebutan nombor-nombor kaum-kaum Polinesia dan Pasifik ini mirip bahasa Melayu-Jawa.Nampaknya ada satu bangsa yang menggunakan Bahasa Melayu telah memimpin semua kaum-kaum Austronesia dan Polinesia dalam ketamadunan,sistem angka,sukatan dan ilmu-ilmu sains,atau adakah semua kaum-kaum seperti Samoa,Maori dan Hawaii serta kaum-kaum misteri sejauh di Pulau Easter melangkaui pulau-pulau Pasifik dan mencapai Tamadun Inca dan Maya adalah berasal dari satu induk yang sama?Ini akan disentuh dalam artikel ATBM V3.0 'Austronesia dan Polinesia'
Kita akan memahami betapa sesuatu bangsa itu pada suatu ketika telah mencapai ketamadunan yang tinggi atau klimaks ketamadunan,kemudian mereka akan mengalami masa-masa kejatuhan dan ada yang pupus atau lenyap atau sekurang-kurangnya terserap ke budaya dan tamadun lain sehingga hilang identiti dan jatidiri mereka.Ini yang terjadi kepada bangsa Maya,Aztek dan Inca yang diketahui mempunyai pengetahuan astronomi dan arkitek yang tinggi,walaupun berimej seperti kaum aborigine di dalam hutan rimba di Amerika Tengah,namun mereka telah mencapai kemuncak ketamadunan,mampu mencerap pergerakan bintang dan galaksi dan menghasilkan sistem kalendar sendiri yang berkali ganda lebih hebat dari bangsa-bangsa Eropah yang ketika itu membersihkan diri dengan air kencing sendiri!
Ini juga telah menimpa bangsa Assyria,Mesir Purba,Babilon Kuno,Chaldea dan Akkadia.Mereka telah mencapai tahap ketamadunan yang menggerunkan pada masa-masa keemasan mereka,namun dimanakah bangsa-bangsa ini pada hari ini?Mengapa bangsa Yahudi masih wujud walaupun pernah sezaman dengan mereka?
Ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada bangsa Melayu Funan dan Champa,di mana seorang profesor tanahair telah melakukan kajian intensif perihal sistem metrik Tamadun Champa,angka dan teknologi dan betapa beliau terkejut dengan penemuan beliau dari manuskrip-manuskrip purba Champa yang sebahagian besarnya kini disimpan oleh bangsa Vietnam yang menakluk mereka kemudiannya.Kemuncak tamadun Funan-Champa adalah selari dengan lingkungan garis masa antara klimaks ketamadunan Aztek,Maya dan Inca.Apakah sebenarnya di sebalik misteri ini?Benarkah terdapat pertukaran atau komunikasi teknologi di antara kedua bangsa misteri ini melalui Lautan Pasifik yang luas itu?Mungkin,jika kita memahami sifat dan kelebihan bangsa misteri sebagai pelayar yang gigih,pelaut yang berani bermain dengan lautan dan ombak sehingga kaum-kaum di Kepulauan Pasifik mengenang legenda nenek moyang mereka yang belayar dari Kepulauan Melayu hingga ke pulau-pulau sepi di tengah-tengah Lautan Pasifik.Mungkinkah mereka mencapai Benua Amerika?
Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di Timur Jauh.Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.
Hasad dengki dan tamakkan kekuasaan adalah kelemahan bangsa Melayu tipikal yang pernah memimpin seluruh Bani Jawi dalam empayar mereka.Seperti kaum Benjamin,Reuben,Gad dan Manasseh yang menjadi pemimpin bagi seluruh kaum Bani Israel (The House of Israel),membina kerajaan dan meluaskan wilayah jajahan,begitu juga raja-raja Melayu yang dipandang oleh Bani Jawi sebagai layak dan lebih bijak dari mereka untuk membina tamadun.Sepertimana Bani Quraisy dan Bani Hasyim yang dipandang lebih 'moden',bijak dan berkelayakan dari seluruh Bani Ismail (The House of Ishmael),begitulah kaum-kaum Melayu-Jawa yang membina empayar dan menakluk Nusantara dan Bani Jawi (The Hidden House of Jeavi).Bani Quraisy adalah kaum 'urban' elit yang tinggal di kawasan bandar.Terdapat juga kaum-kaum Bani Ismail (bangsa Arab) yang lain bersifat seperti aborigine sebagai contoh Arab Badwi dan suku Jurhum.Ini sama lah seperti karakter Orang Asli,Jakun dan Dayak.Mereka tinggal di pedalaman dan kepada merekalah bayi-bayi dari penduduk kota diserahkan untuk disusui dan ini adalah budaya biasa pada masa itu dimana Nabi Muhammad s.a.w juga turut diserahkan kepada penduduk Arab pedalaman ini.
Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya':
"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah yang ditinggalkan..."
pada m/s 188:
"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir Besar..."
Catatan pengembara,tentera dan panglima 'warlords' Tamadun China telah menjumpai kota-kota yang berbumbungkan emas dan bertembokkan batu tebal ketika meninjau keadaan di Benua Siam (Indochina).Penulis mereka telah mencatatkan bahawa kaum lelaki mereka tidak berpakaian dan berperawakan kasar namun mereka makan di atas pinggan-pingan emas.Kaum wanita mereka memakai perhiasan dari emas dan seluruh kehidupan mereka kaya dengan emas dan perhiasan-perhiasan.Ini adalah catatan beberapa ratus tahun sebelum Masehi...lama sebelum kemunculan Empayar Melayu Srivijaya dan jauh sebelum masa kelahiran Patih Gajah Mada,negarawan alam Melayu dari Empayar Majapahit-Nusantara.Ini adalah kerajaan Funan Purba dan mungkin satu empayar sebelum Funan dan ia bukanlah kaum Khmer ataupun kerajaan orang-orang Mon.Di dalam Sejarah Melayu ada diceritakan Raja Cempa (Champa) seperti Pau Gelang dan anak cucunya seperti Pau Bania,Pau Tari dan Pau Gama.Pau Gama inilah yang mahu menyerang Majapahit tetapi kelicikan Betara Majapahit menawarkan puterinya kepada Raja Champa Pau Gama dan hasil dari perkahwinan mereka lahirlah Raja Jakanak yang kemudian ditemukan jodoh dengan seorang puteri (dari mana?Puteri Mon atau Khmer?) bernama Pau Ji Yan Bi.Perhatikan gelaran yang mempunyai nama kemelayuan dan kecinaan.Disebutkan juga tentang raja Kuci (mungkin salah seorang raja Dai-Viet) yang membuat helah untuk menembusi kota Champa yang ketika itu diperintah oleh Pau Kubah keturunan dari Pau Gama itu.
Raja Kuci menjanjikan harta yang banyak kepada Bendahari Champa dan akibat termakan umpan itu,maka pintu kota Champa yang amat teguh dan terkenal dikalangan kaum-kaum Indochina seperti Mon,Khmer,Dai-Viet dan lain-lain telah dibuka untuk membenarkan kemasukan segala persembahan harta kekayaan dari Raja Kuci.Namun setelah dibuka pintu kota bukan harta persembahan yang masuk tetapi tentera Raja Kuci yang banyak telah merempuh masuk ke dalam kota Bal dan membumihanguskan kerajaan Champa.Ini adalah taktik kotor yang biasa dipraktikkan oleh pihak yang tidak mampu untuk menyerang sebuah kota yang amat kukuh,misalnya dalam peperangan Troy.Dua anak raja Champa itu telah berjaya lari;seorang bernama Syah Indera Berma dan beliau inilah yang singgah ke Melaka dan dijadikan menteri Melaka kerana kehalusan pekerti dan kebijaksanaannya.Seorang lagi bernama Syah Pau Ling,telah belayar ke Aceh dan menjadi raja di sana,dan yang menariknya ini adalah tepat dari kajian sejarah dan linguistik pakar-pakar budaya pada hari ini yang berusaha bertahun-tahun menyelesaikan misteri mengapa bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Champa.
Kita juga mesti mengkaji warisan raja-raja Melayu di Timor sebelum di 'portugiskan' dan raja-raja Sulu sebelum di'sepanyolkan'.Kita juga kita akan mengkaji apakah pendirian dalam Sumpah Pemuda ketika Indonesia masih dalam bahang kemerdekaan,mempertahankan Bahasa Melayu bersama-sama keturunan House of Bni Jawi di Tanah Melayu, tetap sebagai bahasa penyatuan seluruh Bani Jawi.
Seperti satu kota purba yang berjaya digali di Jordan,penduduk Arab memanggil tempat itu sebagai Jawa dan kaum kuno yang pernah tinggal di situ sebagai kaum Jawa.Adakah ini ada kaitan dengan perjalanan kaum-kaum Bani Jawi untuk menjejak tanah kelahiran ibu mereka di Timur Jauh?
Agak banyak rasanya saya berceloteh,nanti akan mengurangkan kejutan dalam artikel sebenar pula nanti.Apa boleh buat...bidang sejarah adalah 'nirvana' saya.
Perlu diingat,pencarian rahsia bangsa misteri bukanlah semudah yang disangka.Ia bukan dicatat di dalam buku-buku akademik yang sudah tersusun rapi di rak-rak perpustakaan.Tetapi ia adalah seperti menjelajah seluruh dunia,mencantumkan seluruh 'puzzles' yang berselerakan.Sebahagiannya adalah dari kajian saya bertahun-tahun sejak dibangku sekolah lagi dan apabila dewasa saya mampu melakukan 'channeling' secara sendirian setelah mempelajarinya sekian lama di universiti.
Jika anda setia bersama saya menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka.
Pengetahuan rahsia itu,hanya untuk orang yang mahu memahaminya sahaja.Tidak lebih dari itu.
dipetik dari blog srikandi
amukanmelayu - Islamelayu itu GAH namanya...tapi suka menyembunyikan dan menyamar menjadi orang lain.....