,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 4 July 2012

Rafizi Ramli - PRU13, PR Comfirm Ke Putra Jaya !!!


PAS Umum Bertanding 80 Kerusi Parlimen

alt

MARANG 1 Julai - PAS  hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ianya sebagai cadangan parti dalam memastikan PAS sebagai tulang belakang pentadbiran Negara jika Pakatan menguasai kerusi Parlimen di Peringkat Parlimen. Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu,  PAS telah mempertaruhkan 66 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 23 daripadanya berbanding DAP dan PKR yang mendapat jumlah lebih besar. Pada PRU 12 dahulu, PAS bertanding di 67 kerusi Parlimen. Tidak menang 44 kerusi dan menang di 23 kerusi. Undi popular adalah 1,160,728 pengundi.

Kebanyakan adalah kerusi majoriti Melayu. Ada 6 kerusi Parlimen yang PAS bertanding kurang 60% undi Melayu, dan ada 2 kerusi bawah 50% undi Melayu. Satu kerusi P111, Kota Raja, Selangor, PAS menang besar dan satu lagi P161, Pulai, Johor, PAS kalah teruk.

Namun, kemenangan atau kekalahan PAS tidak boleh diukur dengan berapa kerusi majoriti Melayu dan bukan Melayu, tetapi ianya ada hubungkait dengan negeri-negeri dimana PAS bertanding.

Contohnya di Johor, PAS bertanding di 10 kerusi. Semuanya kalah. Ada 1 kerusi bawah 50% Melayu, 4 kerusi 50-60% Melayu, 1 kerusi 60-70%  Melayu, 3 kerusi 70-80% Melayu dan 1 kerusi yang Melayunya ada 84%. Semua kalah.

Tetapi di Kelantan, kerusi Melayunya semua 90% ke atas semua PAS menang. 1 kerusi Melayu 80%, PAS menang, kecuali 2 kerusi PAS kalah dari 11 yang bertanding, P30, Jeli, 98% Melayu dan P32, Gua Musang, 83% Melayu. 2 faktor kekalahan itu adalah kerana calon yang dibawa BN.

Bagi kes di negeri Kedah, dari 8 kerusi yang PAS bertanding, PAS menang 6. Kalah di Jerlun, 90% Melayu dan Kubang Pasu, 96% Melayu. Yang lain menang. Peratus Melayunya ialah dari 78% hingga 93% Melayu. Bagi kes Kedah, undi Melayu atau bukan Melayu tidak signifikan, ianya hanya signifikan kepada geografi dan calon. Di Jerlun, yang memenangkan BN adalah calonnya, iaitu Mukhriz Mahathir dan Kubang Pasu, adalah tempat lama Tun Mahathir.

Cuma yang menampakkan keperluan undi Melayu bagi banyak-banyak negeri adalah di Perak. PAS bertanding di 7 kerusi Parlimen, menang 2. Menang di Parit Buntar dan Bukit Gantang, masing-masing 66% dan 63% Melayu. Kalah di Gerik, 73%, Lenggong 81%, Larut 88%, Kuala Kangsar 66% dan Parit 92%.

Begitu juga di Selangor, keperluan undi Melayu adalah penting.Dari 7 yang bertanding, PAS menang 4. 3 yang kalah semuanya Parlimen luar bandar iaitu Sungai Besar, Tanjung Karang dan Sepang. Masing-masing dengan 68%, 72% dan 59% undi Melayu. Manakala yang menang semuanya di kawasan Bandar kecuali Kuala Selangor, 61% Melayu, Hulu Langat, 53% Melayu, Shah Alam, 68% Melayu dan Kota Raja, 47% Melayu.

Bagi kes Terengganu, semua kerusi adalah 90% ke atas adalah pengundi Melayu kecuali Parlimen Kuala Terengganu, 88% Melayu. PAS menang di Marang dan pada PRK, PAS menang Kuala Terengganu. Agak malang PAS tidak bertanding di Dungun.

Namun, secara keseluruhan, PAS bertanding di Parlimen 60% undi Melayu keatas, iaitu 61 kerusi dari 67 kerusi yang bertanding. Maka, di sini, PAS perlu memberi tumpuan yang khusus untuk mendapatkan undi Melayu semaksima yang mungkin.